Thursday, December 30

buku merah @ buku rekod kesihatan ibu

Panduan berguna untuk sesapa yang pertama kali "pregnant"...wah baiknya aku nak sediakan panduan pulak. ni based on my experience la. lebih2 lagi sesapa yang duduk di sarawak (seluruh Malaysia pun guna buku yg sama)...untuk PENDAFTARAN KEHAMILAN. .Sila baca dari awal hingga akhir... :

1. saat anda merasakan anda hamil, sila terus ke poliklinik berdekatan atau klinik kesihatan kerajaan. Mungkin ada yang berpendapat tidak perlu, yes! mmg tak perlu kalau anda memang senantiasa berpoket penuh atau tinggal di kawasan yang hospital swasta nya adalah serba lengkap dengan bekalan darah, pakar dan sebagainya. seawal tadi telah dimaklumkan, ini untuk panduan sesiapa di SARAWAK.

Untuk pengetahuan, di poliklinik atau klinik kesihatan, tidak kesemua hari adalah hari ibu. maksudnya disini, anda hendaklah memastikan hari anda pergi mendaftar merupakan hari ibu. kalau tidak, sia-sialah sahaja kedatangan atau cuti anda pada hari kejadian. berkenaan. sila la bertanya kepada kengkawan atau berhubung terus dengan pihak terbabit.

til this date 28/04/2015- tak buat dah buku merah untuk anak ke-3 ni.. sebab hospital colombia asia bintulu terus preparekan untuk mummy...

n nowadays dengar2 semua hari dah boleh daftar untuk kehamilan.....

2. sesiapa pun maklum bahawa poliklinik adalah tumpuan ramai, untuk mengelakkan merasa sangat bosan menunggu, sila la tiba di tempat mendaftar lebih awal. kalau boleh  tunggu la sebelum pintu gate dibuka....(acah je). penantian mmg satu penyiksaan. ok. buat yang berada di Bintulu, seandainya anda pergi mendaftar di poliklinik Bintulu, anda tidak perlu mengambil nombor giliran. terus lah ke klinik pemeriksaan Ibu mengandung dan tinggalkan Kad pengenalan anda di kaunter pendaftaran. dan tunggu sehingga nama anda dipanggil.

3. jangan lupa membawa sijil nikah anda kerana ianya diperlukan untuk membuktikan anda mengandungkan anak yang sah dan bukan luar nikah. selain itu, adalah disarankan untuk membawa sample air kencing anda dari umah. kerana mungkin bekas yang disediakan pihak hospital kotor dan tidak memenuhi tahap kebersihan anda, dan mungkin juga anda tidak mahu bergelut degan orang ramai menggunakan tandas awam yang sedia ada.

4. selepas pendaftaran, anda akan menunggu lebih kurang sejam ke 2 jam (seandainya anda lambat datang...macam saya..;p) sehinggalah nama dipanggil. anda akan ditimbang, diambil tinggi, ujian air kencing dijalankan dan kemudian menuggu untuk masuk ke bilik pemeriksaan.

5. dalam bilik pemeriksaan, anda dikehendaki untuk berbaring dan dibuat pemeriksaan buah dada. jadi, seeloknya anda berpakaian lah dengan sekasual mungkin. dan juga pemeriksaan rahim. darah akan diambil dalam 5ml untuk diuji di makmal. selain itu, permiksaan HIV juga dilakukan.selain itu, jururawat juga akan check masalah tiroid (tekak) jika ada. mungkin ada dikalngan ibu mengandung mengalami masalah bengkak dalam tekak.  kadar tekanan darah anda akan diperiksa dan beberapa tips dan panduan berguna  diterangkan oleh jururawat.

6. bagi yang mendaftar lewat kehamilan mereka, mungkin berpeluang untuk terus discan kandungan. namun bersedialah untuk dimarahi kerana lewat membuat pendaftaran. seelokknya seawal mungkin anda merasakan hamil dan jangan menunggu hingga 12 minggu.

7. seandainya tiada masalah, selesai la sudah, dan anda akan dapat buku merah @ buku rekod kesihatan ibu. dan anda akan diberi pilihan untuk membuat pemeriksaan bulanan di poliklinik atau di luar (klinik swasta la ni...). dan semua yang termaklum di atas kos nya ialah : PERCUMA!

macam ni la rupa buku rekod kesihatan tu. saya tak sempat nak upload saya punya. gambar ni saya cilok dari sini : http://yeopaja.blogspot.com/2010/08/buku-pink-rekod-kesihatan-ibu.html
KEPENTINGAN NYA????

1. Seandainya berlaku komplikasi kritikal, hospital swasta tidak dapat membuat sebarang penyelesaian,anda akan dirujuk semula ke hospital kerajaan. dan buku ini sangat penting untuk rujukan mereka. kalau tidak........anda akan dilayan dengan ...tak payah cakap!
2. semua maklumat berkenaan diri anda adalah termaktub dalam buku rekod ini. dan ianya benar2 membantu pihak kesihatan melakukan tugas mereka......


Sekian. Terima Kasih.... ^_^

Friday, December 24

saat itu.....

  • Saat itu buat pertama kalinya merasa sangat-sangat  terharu mengenangkan bagaimana siksanya emakku dulu mengandungkan aku
  • saat itu aku merasa akan siksanya kalifah kecil ini membesar di dalam diri ini, titisan airmata dengan mudahnya tumpah mengenangkan bagaimana cekalnya emak dulu mengandungkan kami 10 orang semuanya........
  • saat itu diri ini merasakan besarnya dugaan Tuhan buat seorang ibu sebelum melahirkan, sekali lagi aku terkenangkan emak yang sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anakknya... dan semua itu mungkin tak akan menjadi lebih terasa andainya tidak merasakannya sendiri
  • saat itu aku rebah pasrah tidak dan lemah tidak dapat berbuat apa-apa, terkenang bapaku yang semestinya sentiasa memahami isterinya terlalu memerlukan bantuan...... dan terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan insan terbaik buatku yang sentiasa membantu
  • saat itu aku menyaksikan mudahnya seorang wanita itu menanggung segala dugaan ketika kalifah ini membesar, sebenarnya dalam hati mereka tiada siapa pun tahu...... dan aku mula sangat memahami
  • semoga aku akan terus dikurniakan dengan kesihatan yang terbaik, little caliph juga akan menjengah dunia dengan sihat dan sebaik-baik ciptaan Tuhan.........Amin Ya Rabb

khabarnya ...

khabarnya ...

lama sungguh dah blog ni tak berkarang... seban hari rasa malas nak menulis semakin menjadi-jadi... ada berita hendak  ku kongsikan di sini.. sangat menggembirakan kami.. seakan doa kami termakbul dengan cepatnya...

inside of me.. there's a little caliph yang sedang fighting utk memakmurkan bumi Allah... Mohon perlindungan dan rahmat mu Ya Allah atas setiap perjalanannya.....

macam mana leh syak da someone??? hehehe bermula bila my hubby asyik nak makan benda masam... time tu takde la pelik sangat.. tp semakin pelik bila dia kata nak makan mangga asam.. yang aku mmg tak pernah terliur langsung nak makan... lepas tu.. mengidam plak nak makan kedondong. pegi mana-mana tamu mesti dia carik buah tu.. siap dia makan sebiji semalam takut stok habis... cian my big baby... hehehehe...

pastu... aku plak hari-hari balik kerja pening kepala... seakan bermasalah besar di pejabat... sedangkan tiada apa yang merunsingkan jiwa.. chewah.. dah pandai dah aku bermadah pujangga ek... hehehe kendian... saat kedatangan bendera merah... hanya seketika sahaja... pelik rasa di hati... simptom-simptom wanita untuk kehamilan awal langsung aku tak rasa selain dari pening kepala,,,, mr hubby tiba-tiba mengeluarkan isi hati terbuku di jiwa... "entah-entah ada baby nak??? kmk rasa macam besar jak perut kitak.." aku ketawakan sahaja... lately mmg berat badan aku naik... jadi tak kan menyangka langsung untuk ada kalifah kecil dalam diri....  mula nya hanyalah membiarkan sahaja hari berlalu... sehinggalah bila malam aku dah tak leh tidur.. asyik kepanasan memanjang....

bertanya di kaunter Google.. petanda orang hamil... ada kaunter yang menjawab... salah satu simptom ialah tak leh tidur malam dan badan mengalami kepanasan melampau... dan aku sebulat hati menerima pendapat itu... hehehe so kami decide untuk ke Guardian cari PUT.... DUG DAG...DUG DAG.......

30 November 2010, Jam 6.19 pagi... di Lot 3754.... hehehe saspen... pregnancy test menunjukkan double line... lidah kelu tak terkata....lagi 5 hari anniversary perkahwinan kami... Tuhan dah menghadiahkan pemberiannya in advance, sangat bersyukur sekali....  kedua kami kelu tidak berkata.. namun dalam hati berbunga ceria......

ceritanya belum tamat lagi... masih ada lagi yang akan aku usaikan di sini.. ada yang melucukan kami dan mungkin tidak bagi yang membaca.. tunggu lah bila ada masa nya nanti....

Ya Allah jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada obat kecuali obatMu yang tidak akan membawa penyakit Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat Ya Allah jadikanlah dia orang yang sehat, sempurna, punya akal, cerdas, alim mau mengamalkan ilmunya. Ya Allah berilah dia umur panjang, badan sehat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al qur'an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam...

Thursday, October 28

readers

wah! aku ada readers..suka nya... ari ni ntah brapa kali dah aku update blog ni... datang rajin la tuuuu.... kang nanti-nanti bersawang 2-3 bulan...

seronok bila online tgk2 ada 5 guest online... yelah.. aku menulis untuk suka2 aku.... tak sangka la pulak ada orang sudi nak membaca.....

Update entry flickr tru phone


Update entry flickr tru phone, originally uploaded by MRS. HONEY.

Wah! Aku dh berjaya! Berjaya untuk updating blog aku tru phone....adakah ini boleh dikira sebagai live blogging???? Skang waktu pejabat...jgn buat entry panjang-panjang....zassssssss

Posting guna flickr plak.....



Dh try sepuasnya tru blogger tak dapat...aku beralih guna cara lain plak untuk mobile blogging ni.....

nokia C6

ari ni genap la 3 bulan aku guna nokia C6. performance??? insyallah tak lama lagi aku tukar fon baru... hahaha so faham-fahamlah bahawa fon ini tidak menepati piawaian sirim aku....;p sebabnya?

  1. kadang-kadang fon ni tiba2 hang ... tak tau pasal apa
  2. kadang-kandang, touchscreen dia tak boleh nak ditouch langsung
  3. kadang-kadang, time aku tgh seronok surfing, opera mini aku terpadam sendiri dan aku  kena mulakan balik apa aku dah search tadi
  4. bila aku nak buat mobile blogging asyik tak menjadi... tajuk je kuar
  5. bila ada orang call, aku tak leh nak tekan mana2 butang tuk jawan fon tu... dan ini telah menyebabkan mr.hubby tarik muka (menalah by?)
  6. tiba-tiba aku rasa fon ni tebal plak.... tak menepati diriku yang ala-ala feminin ni... hahaha
  7. merangkap insan yang mmg sentiasa bersosial melalui rangkaian internet, amat pentingla memiliki sebuah telepon bijak... hahaha bukan apa, kadang2 dah aku on facebook tu 24 jam, boleh tak update plak status.. haish! bikin gua marah looo
  8. dan seterusnya sehingga lah aku dapat fon baru... aku akan terus menyatakan keburukan dari kebestannya
  9. namun walaubagaimanapun.. seandainya iphone 4 belum dapat dimilikki .. aku akan tetap memilih nokia... kerna aku dah jerak@serik untuk menggunakan sE...;P 
      • p/s: skang tgh mengintai N8

so bersedia lah untuk mencari menu terbaru terbaik untuk dijadikan bahan mainan terbaru seterusnya.... bercadang dalam kepala ini nak angkat IPHONE4.. tp tunggu la dalam 6 bulan lagi... sangat pasti bahawa iphone akan diupgrade kepada yg lebih baik.... simpan dulu no pitih tu banyak2 ok......

p/s: buat mr hubby.... awak nak juga ke????;p

Wednesday, October 27

Dia yang T.E.R.B.A.I.K......


"Out of every MAN I meet, no other can compete I'd ditch em all for a night with you. I know you don't believe you mean this much to me, but I promise you that you do."

love u till the end sayang.......

tolong!

macam mana nak hapdate tru fon ni... aku punya la taip memanjang guna fon.. yg kuar kat post hanya subject atau tajuk entry saja... huhu sedey! apa kah lagi caranya.. kalo tru sms agak mahal.. 30 sen satu entry.. better guna tru email fon.... huhu

Entry ke2 dgn fon

Update entry guna phone

PENGALAMAN

benarlah kata pujangga..pengalaman mengajar kita erti kehidupan...... tatkala memeningkan kepala di pejabat.. aku sempat la buka satu laman web yang benar2 menyentap perhatian dan hati nurani.. kisah dan pengalaman beharga dari insan lain benar2 memberikan kesan yang mendalam....

http://www.prihatin.yks.org.my ....... klik.. dan explore la sendiri


p/s: oo..mr.hubby dah mula berblogging..lepas ni kena beli sorang satu lappy.. so malam tak de la nak menunggu giliran...

percubaan pertama

selaku mr.hubby... try untuk menconteng di sini... dan moga akan sentiasa ada masa untuk menconteng sepert perempuan ituuuuuu..(jgn mara a...)

selama ini hanya mrs.honey je yg terror bab2 IT ni.... hehehe skang bakal masuk campur plak....

Love U dear...

Friday, October 8

suka suki

semakin lama semakin kekusutan idea nak menulis di sini... mungkin mood atau seru tak sampai lagi untuk mengeluarkan ayat-ayat menarik... ditambah kan lagi dengan kepiluan hati bila terpijak skrin laptop hingga retak seribu....
begini rupanya..... sob! sob!
nak tunggu beli baru... banyak lagi barang2 dalam wish list yang belum tercapai tahun ini... tak masuk senarai pun. maybe sebagai alternatif lain, nak beli monitor je.. sebab keyboard dan hardisk segalanya masih dalam keaddaan yang amat baik sekali...

perancangan bercuti ke luar negara ditangguhkan untuk tahun ini, huhu sedih la babe! dah beria-ia nak g... tapi tak jadi.. percutian dalam negara sahaja.... tapi lokasi tak tahu lagi.. yang pasti tak nak g KL... dah boring jejak kaki di sana...;p

Thursday, September 30

photoshop, kreativiti, teknologi

pernah gunakan photoshop tak? i mean adobe photoshop tak kira la Version cs1 ke, 2 ke, 5 ke... asal photoshop. first time aku masuk kelas design, aku diperkenalkan dengan adobe photoshop. dan aku masih ingat hingga kini, masuk kelas tu, belajar bulat2 dengan manual atau hasil usaha sendiri. search la dimana2... pensyarah aku tugas dia bagi markah je kasi kitrang lulus... oppps... sensitif ok isu ni.. terima kasih la puan mendidik saya menjadi sebegini sekarang..... ;)

terjumpa satu web yang sangat-sangat menarik bagi aku yang mmg gilakan apa2 yang sebegini lagi2 berkaitan dengan graphic dan kreativiti walaupun aku ni taklah kreatif sangat... kalau nak tengok lebih lagi click je sini. antara gambar yang menarik perhatian aku:

hehehe..kentucky Fried Chick!



opps!

comey kan.. hehehe


haha..try la buat pemimpin negara kita gini, sah2 ko kena buang negara ;p

angel the pirates


kalo gantung kat ruang tamu mmg cantik. klasik!

Friday, September 24

Tempat Baru

wah!!! dah pertengahan bulan syawal dah.. tak terasa Syawal plak nk meninggalkan kita... sungguh-sungguh aku tak terasa dengan pemergian ramadhan... sangat cepat berlalu.. dan ramadhan kali ini memberikan kenangan terindah buat aku dan mr. hubby..

biarpun berpuasa dan berbuka dengan Mr. HUbby dekat2 nak raya... namun kemanisannya tetap terasa... ramadhan pertama kami sebagai suami isteri.. dan seronok sekali rasanya dapat tinggal sebumbung dan memenuhi tanggungjawab seadanya....

kali ini masuk kali ke 3 aku bertukar tempat kerja.... semoga yang ini adalah persinggahan terakhir alam pekerjaan buatku hingga pencen... insyaallah... moga Allah mempermudahkan pintu tezeki buat diriku ini.....

Tuesday, September 7

Rezeki Ramadhan

1 Ramadhan 2010, merupakan tarikh permulaan umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan bulan ibadah. selain itu semua umat Islam mula berpuasa, dan pada tarikh ini juga, aku dapat offer letter untuk kembali berhidmat ke bumi kenyalang...alhamdulillah..... menambahkan lagi kesyahduan, aku akan berkhidmat satu bandar dengan Mr. Hubby... of course la seronok gilozzz..... dan bermula lah episod kami menjadi pasagan suami isteri 2 sejoli kembali.... hehehehe

kronologi kerjaya aku agak menarik juga....  job pertama, mula bertugas 1 Julai 2010. aku berkhidmat selama 7 bulan... Di Lawas , Sarawak. satu daerah yang mungkin tak akan pernah aku jejaki jika tidak menerima tawaran ini..... dan ia mengajar ku erti bermasyarakat ........

Selepas 7 bulan merantau, aku mendapat perkabaran gembira... bakal diserap ke jawatan tetap sektor awam. sebelum ini aku mmg benar2 tida kberminat utk berkhidmat dengan kerajaan... mungkin Tuhan nak menunjukkan apa yang ada dalam sektor ini yg boleh menyebabkan aku tidak berminat.... hehehe paham sik ayat tok? sik paham sikpa. tawaran diterima seminggu selepas mendirikan rumahtangga... mmg rezki kawen... namun sedihnya... aku di hantar berkhidmat di pusat pentadbiran negara.... iaitu di Putrajaya....... sekali lagi.. aku terpaksa merantau.. meninggalkan yang Tersayang ....;( tanggal 2 februari ku mula memijakkan kaki ke Jabatan Peguam Negara dan berkhidmat untuk negara di sini......

Dan 7 bulan kemudian... hidup aku nimmg tak lari dari angka 7... my faveret number.... hehehe aku dapat tawaran yang benar-benar mengejutkan.... ingatkan dah takde peluang... Tuhan menentukan... alhamdlillah.... aku bersyukur teramat sangat.....

semoga hari mendatang akan lebih membahagiakan

Tuesday, August 24

Blog aku suka lawat....;)

dalam bosan-bosan, aku mmg rajin buat "blog hopping". aku pun tak tahu dari mana datang term melompat dari blog ke blog ni.... dan hari ini, bagi menghilangkan rasa mengantuk yang amat sangat, aku mengambil kesempatan untuk melisting 7 blog yang aku mmg rajin buka sama ada secara senyap atau di ketahui oleh pemilik blog berkenaan... kenapa aku letak 7 terpilih je??? nanti aku tulis kenapa ekk...;)

  1. http://www.onggon.com/
    • antara blog pertama yang menarik minat aku untuk menulis...teringin nak ada kamera macam khairul onggon tok ada... tapi ya lah.. sikit2 lama2 jadi bukit.. insyaAllah, leh juak megang dslr kedirik versi untuk entry level jak pun jadi la..  dah la tang best juak rupa onggon tok merantau sia situk.... kenapa cakap sarawak? cos blog ini ditulis dalam bahasa ibundaku... ;)
  2. http://www.rushmooradt.blogspot.com/
    • membaca blog ini seakan ikut sama ke destinasi yang dilawati penulis... sangat seronok.. dan sedikit sebanyak telah menanam satu semangat untuk diri aku juga untuk pergi ke luar Malaysia walau setahun sekali. gambar yang diambil, pengalaman beliau mengembara benar-benar memberikan informasi yang amat bernakna sebagai panduan permulaan bagi yang tak pernah ke tempat beliau pergi. selain itu, penulisannya teratur dan benar2 memberi kesan yang mendalam
  3. http://nurulism.com/
    • blog ni aku jumpa tahun lepas. waktu tu tengah sibuk nak buat persiapan kawen. tertarik dengan blog ni bila nampak gambar sanding chika n hubbynya kaler itam dan putih, dan disebabkan itulah jugak aku nekad menggunakan kaler hitam n putih untuk majlis pernikahan, dan alhamdulillah, mR. Hubby setuju je... selain itu, penceritaan kisah hidup chika dari zaman universiti hingga la kini.. dah ada medina anak gadisnya di Australia, memang seronok untuk dibaca oleh wanita-wanita seperti aku ini... hehehe
  4. http://www.esempoi.com/
    • blog ni ada beberapa author yg mengepalainya.... banyak maklumat dan info menarik yang aku leh baca dalam blog ni... sesuatu yang mungkin di luar jangkaan manusia juga la maklumat yang dipaparkan.. sangat menarik. kadang2 aku buka ie je, terus nak tengok blog ni kot2 ada info terbaru lagi kreatif. 
  5. http://mazidulakmal.blogspot.com/
    • rasanya tak perlu lah diperkenalkan penulis blog ini. beliau adalah antara pengacara popular tv3. aku rajin baca sebab kebanyakkan kesnya mmg menarik perhatian. dan kadang-kdang boleh menyedarkan betapa banyak kekurangan dalam institusi perundangan kita... opps... isu sensitif di sini... namun beliau berani meluahkannya...
  6. http://misi5april2009.blogspot.com/
    • blog ini pun aku jumpa ketika tengah mencari tips-tips dan persediaan untuk majlis perkahwinan aku. sekarang ini, penulis blognya dah bersalin dah.. aku jugak yang tak meletup lagi.. opps... ehehe kat sini sapa yang bakal-bakal naik pelamin, mesti teruja nak baca.. banyak tips dan panduan yang beliau kongsikan. selalunya wanita la yang rajin buat blog hopping kan?.
  7. http://susudalambotol.blogspot.com/
    • yang ni pun antara favor aku... hehe. semualah antara favor aku. isteri kepada Adi Nang n merangkap adik ipar kepada Saiful Nang. banyak tips menarik yang. bakal-bakal ibu, boleh merujuk di blog ini, Hidd ada kongsikan beberapa panduan untuk melahirkan..... 
  • oklah.. sekian dulu dari saya.... dan kenapa aku list 7 je??? suka hati i la nak list 10 ke. 11 ke.. 100 ke... hehehe
selamat berpuasa!

Thursday, August 19

a picture speaks a thousand word...;)

pernah try tak picture editing???? lama dah jumpa link free pixs editing ni.. tp kali ni share salah satu yang aku suka guna.... ini link nya: http://www.photofunia.com/

so enjoy ours moments:-



Monday, August 16

A.N.G.R.Y

hari ke-6 berposa hari ni.. dan tetiba aku hangin satu badan kat opis.... tapi tak la tunjuk... tp mmg angin......sesungguhnya aku tak tahu pasal apa hangin ni leh datang... n cara terbaik adalah dengan meluahkannya melalui tulisan.. dan sesungguhnya aku sangat la tak sabar dah nak balik ke pangkuan mR. Hubby.. n i do really miss him so much... huhu



nak marah!

Friday, August 13

Perkhabaran Gembira awal Ramadhan


Sebelum memulakan bicara... selamat menyambut ramadhan.....

perkhabaran gembira diterima 1 ramadhan... seronok la mr.Hubby dah tak payah berjauhan lagi lepas raya ni... sangat2 menyeronokkan berita tawaran yang ku terima itu. sungguh tak sangka... tapi dalam kegermbiraan ada juga kesedihan.. meninggalkan teman2 sepejabat disini.... bnyk benda telah ku pelajari dan dapat dijadikan panduan dan peringatan untuk aku berada di tempat baru nanti....  Insyaallah.. jika tiada aral yang mendatang... 20 september ini akan pergi melapor di upm Bintulu...

sesungguhnya aku semakin percaya dan yakin lagi bahawa semua kejadian adalah yang tertulis untuk manusia. dan ada hikmahnya... dan kini terasa sudah kemanisannya... Alhamdulillah ...

* lepas ni boleh la mula membina rumahtangga sebaiknya.... amin


selingan... hehehe

Saturday, August 7

genting highlands

  • on 1st august, both of us went to Genting High land. by bus off course.....
  • perjalanan bermula jam 1 tgah hari bertolak dari kl sentral. memandangkan kereta kabel naik ke punca genting dalam penyengelaraan, so tiket untuk ke sana hanya berharga rm5.30 untuk smpai ke terminal first world genting. kalo tak, harga tiket bas plus kabel car, rm 9.30.
  • mr. Hubby dah tempah bilik awal tru online. kebetulan sempena 45 tahun ulang tahun genting, kami dapat bilik deluxe rm 95 semalam di First World Hotel Genting. ala... hotel yg berwarna-warni tu.... seperti gambar di bawah... hehehehe buat makluman semua hotel kat genting ni tak de aircond.. diorang letak kipas je.. sebab mmg dah sejuk giloss pon.. tp takyah la bawak baju sejuk tebal-tebal macam org pakai kat tmpat bersalji nun...
First World Hotel Genting
  •  sedikit info untuk hotel ni, ada two tower, tower 2 and tower 1. kitrang hari tu bernasib baik dapat tower 2, so turun je dari hotel, leh terus ke kawasan indoor theme park dalam indoor theme park ni adalah permainan yang kurang extreme... macam sesuai untuk permainan kekeluargaan la... sebagai contoh, ada snowlands, ada keretapi, then ada rumah hantu, merry go round , n gandola romantik (yg ni buat aku pening gilerrrrrr pusing sungai dalam bangunan n slow tahap gaban,...)
  • ada satu tempat nama dia snowlands.. dalam ni takleh bawak kamera..sebab diorang mmg saja nak jual service skali print...Pakej 5R+8R = RM30 siap board frame sekali…... . huhu bayaran masuk sekepala dewasa ialah rm20. di pintu masuk akan diberitahu sekali lagi yg kamera dan handpone berkamera tidak boleh digunakan... kecuali anda mmg berani tangkap gambo curik-curik.. kalo kantoi dahla...Macam membazir jer kalau masuk semata2 takde kenangan, kan kan kann…?  So alang kepalang membazir, marilah kita buat sampai puashati.. jangan nanti balik nak menyesal pulak… dahtu akan diberikan set baju sejuk.. tp terus terang.. masuk dalam snow lands ni ibarat masuk dalam freezer je... hehehe ais memanjang......
  • sebenarnya ada jer orang yang seludup handphone masuk Snowland tu.. dalam masa 45minit kat dalam tu, 30minit jer staff dia duk dalam… dekat2 nak tamat time tuu, takde orang so korang boleh sangat laaa nak snap2 pakai handphone ke.. cukuplah dari tak ada langsung, kan??;p
  • kalo nak main outdoor plak, hotel yang paling dekat ngn pintu masuk outdoor theme ialah hotel theme park. kuar je dari lobi hotel, terus jumpa pintu masuk utama outdoor park
  • kat genting ni ada pakej untuk main indoor sahaja, atau nak main outdoor sahaja atau nak main keduanya. tentang harga plak... tak ingat dor....... rasanya untuk keduanya satu hari is around rm51 ringgit.....  tp berbaloi2 la......
  • dahla... mesti ramai dh g.. aku je excited nak citer... tgk gambo aku plak ek... hehehe
  • p/s: mungkin ada bayaran yang tak sama untuk tarikh anda baca ni.. ni time ktrang pegi ogos 2010.....
mr hubby yg hensem lagi macho.... hehehe

it's us!
on the way nak ke terminal bas first world, ada sekawan monyet yang lepak2.. so carefull
    we are having so much fun here... sure really excited
    bring enough $$$ so u will not be disappointed.... hehehe
    makan???? jangan takut ... halal
    kembali ke zaman kanak-kanak riang
    dan muka ku bertambah tembam,.,,,, huhu

  •  seterusnya.. misi untuk ke B------! semoga berjalan lancar... amin....

Tuesday, July 27

Testing

Aku try bloging tru my new gadget! Hehe nak tau apa? Suprise... *ngegeh*
try buat post tru my smart fon. Kalo berjaya... So tak da halangan nak mengamuk d sini anytime. Hehe syiok......

Tp tgh blaja cmne nak selitkan skali gambo.... Kena googling lagi la ni jawabnya.... Ilmu mmg kena cari....

Da.....

Wednesday, July 21

milo... membesar dengan sihat!

ha! mesti suma orang pernah tgk, rasa n beli MILO rite? k.. di sini ingin saya kongsikan satu kempen anjuran MILO yang  bisa menarik perhatian anda.....

"MILO® sekali lagi tampil meneruskan tradisi pencarian pemain baru yang berbakat di Malaysia. Dengan visi untuk melahirkan bakat-bakat yang bakal menjuarai sukan tanahair satu hari nanti, MILO® aktif mengelolakan acara sukan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan peminat-peminat sukan bagi melangkah maju ke hadapan. Dengan berkomitmenkan visi ini, MILO® memperkenalkan MILO® HIDUP BOLA® pada 2006, iaitu satu acara futsal peringkat kebangsaan yang didekasikan khas untuk remaja bawah umur 16 tahun di Malaysia.

Dengan peningkatan minat di kalangan remaja terhadap futsal, MILO® percaya dapat membangkitkan semangat di kalangan mereka dalam sukan futsal untuk membina dan mengembangkan sukan bolasepak tanahair untuk masa depan. Melalui futsal, persahabatan dieratkan lagi tidak kira jauh atau dekat, luar bandar atau bandar, jantina, mahupun kaum dan bangsa.

MILO® HIDUP BOLA® merupakan satu platform yang dapat menyemarakkan semangat kesukanan yang membara di kalangan remaja, lebih-lebih lagi dalam bidang futsal/bolasepak. Dengan pengenalan kedua-kedua kategori, iaitu kategori Bawah 12 dan Bawah 16 tahun, HIDUP BOLA® menawarkan pelbagai hadiah menarik dan acara futsal yang amat dinanti-nantikan ini terbuka kepada semua remaja di 14 buah negeri di Malaysia. Peminat MILO® HIDUP BOLA® bukan sahaja dapat merasai kemeriahan bermain futsal, malah melalui MILO® HIDUP BOLA® ini juga dapat bertemukan mereka dengan individu yang berbeza dari segi cara hidup. Ini sekali gus dapat melahirkan komuniti yang bersatu padu di kalangan remaja di mana mereka dapat berkumpul dan meluahkan pandangan dan minat masing-masing dalam permainan tersebut.

Pada tahun 2010 ini, HIDUP BOLA® dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Dengan kehangatan Kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 yang meliputi seluruh penjuru dunia, kami mengalu-alukan remaja di Malaysia bagi mencungkil bakat mereka dalam arena ini melalui HIDUP BOLA®. Melalui penglibatan mereka dalam aktiviti seperti ini, MILO® akan terus membina jaguh-jaguh sukan yang baru. MILO® percaya HIDUP BOLA® 2010 dapat menyaksikan wajah-wajah baru yang berbakat serta mempunyai minat dalam arena futsal/bola sepak."

sumber : http://www.milo.com.my/hidupbola/about/default.htm

Friday, July 16

25 painless ways to save ur money.

dalam jabatan aku, adalah menjadi satu keperluan untuk masuk APEL. satu platform yang disediakan untuk kakitangan jabatan menimba ilmu pengetahuan luar dari bidang tugas masing2. dalam melayari APEL, aku pun terjumpa lah satu e-book berkaitan dengan kewangan. butiran ebook ini adalah seperti di bawah;

1,001 Ways to Save, Grow, and Invest Your Money
Author: Rye, David E.
Publication: Franklin Lakes, NJ The Career Press, 1999.
Product ID: 25008
eBook ISBN: 9780585212326
ISBN: 9781564144041
Subject: Finance, Personal.
Saving and investment.
Home economics--Accounting.
Retirement--Planning.
Language: English
dalam e-books ni ada beberapa chapter. so kena la search sendiri untuk bacaan sendiri ok... paling aku tertarik ialah berkenaan dengan 25 cara menyakitkan untuk membuat simpanan. kenapa dikatakan painless... sebab mmg memerlukan ketahanan fizikal dan mental untuk membuatkannya menjadi satu kenyataan... hehehe. takleh nak copy paste.. so aku dengan rajin nya buat print screen untuk rujukan semua... ;)



Amacam? boleh buat tak?? setengah dari ni aku dah pernah buat.. n ianya berhasil! seronok tgk saving bertambah saban bulan.. n hujung tahun boleh habiskan.. opssss!

Monday, July 5

7TH

dalam banyak2 nombor.. aku suka nombor 7. dari kecik smpai sekarang aku mmg suka nombor 7. ari ni, 5 july 2010.. genap la 7 bulan usia perkahwinan kami.... dan  hingga ke hari ini juga, kami masih lagi tidak sebumbung. di pisahkan dengan laut cina selatan....

dan saban hari hingga ke hari ini... masing2 masih menjalani hidup bersendirian lagi... entah kan sampai bila, hanya masa dan takdir lah yang akan menentukan segalanya. dan kami selesa buat masa ini....;)

aku jugak suka nombor 7. sebab kami memulakan hari bersejarah men"declare"kan yang hati kami satu pada 7hb februari 2004. dan tak siapa pun perasan akan ketika itu... hehehe

selain itu juga, nombor 7 sangat bermakna kerna dalam tarikh lahir mrs Wan ada anagka tersebut.. hehehe (berat sebelah la nampaknya.) nombor 7 jugak banyak di pakai oleh pemain2 ternama dunia. terutamanya dalam arena bola sepak..... NAK CONTOH?




My Dear Loves.


When you make me laugh

There are moments when you drive me mad

There are seconds when I see the light

Though many times you made me cry
There’s something you don’t understand

I want to be your man
Nothing to lose

Your love to win

Hoping so bad that you’ll let me in
I’m at your feet

Waiting for you

I’ve got time and nothing to lose
There are times when I believe in you

These moments when I feel close to you

There are times I think that I am yours

Though many times I feel unsure
There’s something you don’t understand

I want to be your man

Nothing to lose

Your love to win

Hoping so bad that you’ll let me in
I’m at your feet

Waiting for you

I’ve got time and nothing to lose
I’ll always be around you

Keep an eye on you

Cos my patience is strong

And I won’t let you run

Cos you are the only one
Nothing to lose

Your love to win

Hoping so bad that you’ll let me in
I’m at your feet

Waiting for you

I’ve got time and nothing
But even though the

Cold from your still beatingnd even though the cold in your eyesmakes me freeze all the

Time

Wednesday, June 30

Cinta seorang suami...

  • kehidupan kami yang berjauhan satu sama lain mungkin boleh aku jadikan faktor untuk memaparkan artikel ini.
  • bukan tidak percaya, tapi sekadar peringatan sahaja...;)
  • artikel ini aku jumpa di salah satu blog yang secara tidak sengaja aku membacanya.....

Kenapa si gadis masih terperangkap dalam situasi begitu? Aku bukan pakar perhubungan manusia, tetapi ini sesuatu yang lahir dari akal pagi Isnin aku. Mereka yang terperangkap dalam cinta suami orang ini selalu berfikir yang suami orang adalah seorang lelaki yang perfect. Perfect dari segala segi dan tidak semena-mena, suami orang itu menjadi seorang lelaki yang memenuhi kriteria seorang lelaki sejati. Ini yang sebenarnya.




1.Kedudukan kewangan yang kukuh. Oh yeah! Sudah semestinya ini yang seorang gadis cari dalam diri seorang lelaki secara am’nya. Dan, secara kebetulan, seorang yang mempunyai kewangan yang kukuh adalah mereka yang bekerjaya, berusia & sudah berumah tangga. Mereka mempunyai kewangan yang kukuh kerana mereka berusaha untuk menjaga keluarga mereka untuk hidup selesa. Rezeki yang seorang lelaki dapat ketika ini adalah niat asalnya untuk di’nikmati oleh si isteri & anak-anak, dan apa kes kau nak merasa pula?


2.Bertanggungjawab & ambil berat. Suami orang sayang, seteruk mana pun seorang lelaki yang bergelar suami orang, mereka sudah tahu apa erti tanggungjawab & bagaimana untuk melaksanakan’nya. Apa yang mereka aplikasikan ke’atas kau adalah satu proses berulang yang sudah mereka tahu itu mampu mempamerkan sifat kejantanan mereka. Kau orang kedua, atau senang cakap apa yang kau terima itu perkhidmatan second hand.


3.Romantik & pandai memujuk rayu. Dengar baik-baik, romantik & pujuk rayu adalah bidang yang menjadi kepakaran seorang lelaki selepas kahwin. Kepakaran di’sini merujuk kepada bagaimana mereka mengaplikasikan apa yang telah mereka cuba di’rumah ke’atas gadis-gadis bujang yang mendambakan sifat romantik seorang lelaki. Tanggapan yang lelaki bujang kurang romantik adalah tidak adil. Kenapa tidak kau bentuk sifat romantik seorang lelaki itu untuk kau & hanya kau seorang dan bukan’nya menjadi salah satu bahan eksperimen suami orang untuk memantapkan kepakaran mereka.

Aku tahu majoriti pembaca di’sini bukan’lah gadis-gadis sunti tetapi ada lelaki & suami orang yang boleh tolong sampaikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan. Secara realistik’nya, artikel sebegini seperti tidak berguna untuk mereka yang sedang hangat di’lamun cinta dengan suami orang, tetapi mencuba itu’kan lebih baik.



Ada pengalaman terperangkap dengan cinta suami orang?

kasut tinggi punca mandul?

entry menarik yang aku jumpa waktu bermalasan time keje...;p

Bahaya Bertumit Tinggi



Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID
BERKASUT tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita. Selain sebahagian daripada fesyen, penampilan akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.
Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.
Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.
Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.
Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).
Malah, dengan ketinggian begitupun, ia tidak boleh dipakai lebih dari tiga jam setiap hari secara berterusan.
Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung.
Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.
“Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung.
“Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.
“Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya.

“Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.

Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang.
“Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus.
“Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus,” ujarnya.
Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.
Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang.

“Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu,” katanya.

Menurut Dr. Asmah, kekerapan memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang.

“Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis.

“Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot,” katanya.
Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.
Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.
Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah tadi dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah.
Pada waktu malam, hati tidak dapat bekerja sepenuhnya bagi mengepam darah ke bahagian kaki. Cecair boleh ‘terkumpul’, menyebabkan peredaran akan menjadi lambat dan urat-urat di bahagian kaki akan membengkak. Cecair ini boleh menyumbang kepada terjadinya kekejangan otot dan sakit kaki.
ika tanda-tanda seperti di atas di alami oleh wanita yang hamil, mereka dinasihatkan untuk melihat semula jenis kasut yang dipakai.
Menurut Dr. Asmah lagi, dengan perut yang membesar dan payu dara yang juga ikut membesar, wanita hamil seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga.
Mereka akan berasa mengah dan nafas tercungap-cungap apabila berjalan agak lama dan jauh kerana terpaksa membawa badan yang begitu berat.
Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.
Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.
“Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan.
“Untuk lebih selesa, mereka digalakkan memakai kasut sukan kerana ia akan memberi keseimbangan.
“Jika masih berkeinginan untuk bergaya dengan kasut tumit tinggi, disarankan memakainya ketika kandungan belum lagi mencecah usia enam bulan,” katanya.
Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tip untuk penjagaan kaki semasa mengandung:
* Elak berdiri untuk jangka masa yang panjang tanpa rehat.
* Memakai stoking dengan kasut bertutup akan menambah keselesaan pada kaki. bagus4

* Mengangkat atau meninggikan kaki apabila perlu dan jika kaki mengalami kesakitan, cuba rendam kaki untuk seketika.


Monday, June 28

1st love song

OUR FIRTS LOVE SONG EVER... LOVE IT TILL NOW! N EVER

as i look into your eyes


i see all the reasons why

my life's worth a thousand skies

you're the simplest love i've known

and the purest one i'll own

know you'll never be alone

[chorus:]

my baby you

are the reason i could fly

and 'cause of you

i don't have to wonder why

baby you

there's no more just getting by

you're the reason i feel so alive

though these words i say are true

they still fail to capture you

as mere words can only do

how do i explain that smile

and how it turns my world around

keeping my feet on the ground

[repeat chorus]

i will soothe you if you fall

i'll be right there if you call

you're my greatest love of all

[repeat chorus]

arianna i feel so alive