Showing posts with label homelinkresidence. Show all posts
Showing posts with label homelinkresidence. Show all posts

Tuesday, May 22

Long deep silence



lama betul dah tak menulis di sini. iklan pun macam dah kena tarik dah, on & off. selamat tahun baru kepada yang sudi menjengah.... dan dah masuk bulan ke 6 2018 merangkap anak ke 4 dah nak masuk 9 bulan...dan beberapa hari lagi kita akan ditinggalkan Ramadhan.....

tahun ini dimulakan dengan kehidupan coretan cerita kita pindah ke rumah baru.. yang mana rumahnya dibeli tahun 2012 kemudian siap 2014 tp tak leh nak duduk sehingga 2017... siapa pernah tahu perasaan menunggu tu macam mana, dari anak seorang sekarang dah ada 4 anak baru kita boleh pindah masuk... tapi seronok bila kita pindah masuk anak-anak dah mula mengenal kehidupan dan dah pandai menzahirkan isi tersirat perasaan mereka.. kemanisan itu lagi terasa dan takkan dapat dilupakan..... dan lebih seronok bila anak anak semakin membesar dan sudah pandai menilai erti cantik, mahal dan berjaga-jaga...



kami pindah masuk selepas mengambil kira sempena hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW... 1 Disember yang lepas... alhamdulillah.. semua nya berjalan lancar... proses pindah 100% kami berdua berjaya laksanakan..... dengan kudrat dan daya sendiri.. dan kemudian mcm biasa mommy mintak me time- massage.... ehehheehe

jadi kebiasaan nya minggu anniversary mmg kami suami isteri akan amik cuti rehat seminggu, but then 2017 punya celebration mmg digunakan sepenuhnya dengan mengankut dan mengangkat semua barangan di Flat UPM ke rumah manis rumah.... seronok bila sama-sama susah senang keluarkan dan masukkan balik barang-barang sedia ada .. dan bila dah pindah randah macam ni, kita dapat tgk brg kita banyak mana selama idup di tempat org ni...

to be continue.. rajin nanti update lagi

Thursday, May 8

progress: Rumah Kami











Salam

lama dah tak mencoret kisah rumah kami beli 2 tahun lepas (2 tahun dah ke?), sebulan lepas ada lah pergi melawat tapaknya... yang makin rancak dibina skang ialah kepala rumah merangkap umah tuan tanah....aritu ada amik gambar umah tuan tanah, tapi tak ketemuin  pulak mana letaknya.... huhu

umah warga kampungnya dalam 90% untuk luaran... dalaman masih banyak lagi nak disiapkan... mengikut alkisah anak tuan tanah merangkap ketua projek perumahan ni... diorang berhentikan salah satu subkobtraktor sebab buah umah tak mengikut specs yang diorang nak.. so kena carik subkon baru...

ok sila cuci mata.... 

ini pemandangan dari bilik master bedroom kitrang. nampak umah org seberang jalan.. hehehe


ni lorong yang kedua kot.



Friday, December 28

rumah kami di Homelink Residence, Bintulu

Ahad Lepas sempat menjenguk Homelink Residence kat Jalan Sebiew, p tengok progress rumah kami.....


rumah kami rumah tengah no 2.Atap dan carporch  pun tak pasang lagi
.

ni Rumah kat barisan hadapan rumah...

ni plak pemandangan dari tingkat atas rumah. rumah barisan lorong belakang

tangga dalam rumah. ni pun nak tunjuk ek? hehe

tingkat atas. dinding tak naik lagi

depan rumah. carporch tak buat lagi. balkoni atas dah ada

 Memang sangat teruja bila tengok progress rumah ni. agak cepat jugak la pemaju ni buat kerja. kami book dalam bulan mei 2012, masih tanah lagi, skang dah nampak rangka. sepanjang perjalanan balik, mmg banyak tol perancangan mummy and daddy. plus angan-angan Amani dah pandai bercakap lagi syiok kalo masuk rumah nanti.

untuk kabinet kitchen, settle dah.. nasib baik pemaju bermurah hati nak beri kitchen kabinet free (bawah je). dan kitrang just keluarkan bajet rm3k untuk completekan atas dan meja breakfast. plus, kitrang dapat free accesories dalaman. kira orait lah kan... ;)
kitrang pilih kaler ni.
 
p/s: hajat nak amik corner, tp harga umah corner di Bintulu dengan tanah yang seciput je tepinya, mak aiiii! . Apa nak buat,tak mampu :) nak beli kena tambah another rm100k. Takpelah, kot ada rezeki lain beli lagi umah lain.

Apapun, aku bersyukur sangat dengan rezeki yang ada. Rumah,walau sekecil mana pun ia,jika ada keberkatan didalamnya....pasti damai. InsyaAllah.

~kesimpulannya.. jangan membazir ye Surimah!

Wednesday, September 19

oh dear! memiliki rumah sendiri



beritahu aku sapa yang tak excited nak ada rumah sendiri? dgn hasil pendapatan sendiri dan sendiri jugak yang kena keluarkan duit untuk mendirikannya? di saat tengok brochure plus baru nak apply loan dari bank, laki bini dah sibuk declare  "rumah kita". ....kannnn?

ditambah kan lagi dengan verangannya.. yang tak ingat dunia, macam duit tu masuk tak reti nak habis... itu perkara NORMAL! DAN TAK BERDOSA PON!! dan hakikatnya kena ada angan-angan lah apa yang kita nak dan mahu pada rumah baru tu nanti. dan bertambah moleknya jika (ada extra budget) mendapatkan khidmat nasihat interior designer........

tp.... SAPA NAK SPONSOR TOLONG BERI KHIDMAT NASIHAT FREE KAt  MOMMY NI???????


BERIKUT ANTARA KEINGINAN BERNAFSU BESAR MOMMY:

AREA DAPURNYA BEGINI:



RUANGTAMUNYA BEGINI:


 KAMAR BERADUNYA BEGINI:



BILIK AIRNYA BEGINI:



Ruang Makannya begini:

dah! p tutup PC skang... BYE!

Thursday, July 19

House:Kitchen Kabinet again!

Bajet Ciput nafsu besar...huhu now Miss Nina (house ejen/ anak tauke developer) dah tambahkan pening kepala plak.. aritu mmg  developer offer free kitchen cabinet.. basic lah macam   yang dalam entry ni lah... lepas bayar downpayment, Nina offer plak another upgrading kitchen cabinet... siap lah... mata nak semua.. duit nya? NANDO!

Tadaaa! cantik kan design dapur umah kitrang?? hahaha! verangan la sangat...
ada few option kitrang dapat.. dan paling murah di offer 3k!  design yang bawah ini.. segibik! ni sy cilok dari facebook kontraktor yang akan buat kc ni nanti....




 dan seperti gambar-gambar dibawah ni opkos kena tambah lebih lagi.. dan bahagian dapur agak kecik lah.. sebb diorang tak buat seperator wet n dry kitchen. so kena buat sendiri renovationnya...

design ni lawa juga... tp dapur sempit akan jadi lagi sempit kot...
untuk design ni kena tambah another 3k. tp dapurnya takde la besar cenggini
kabinet kaler putih ni agak cantik jugakkan... tp takut plak nampak kotor.. so we decide pilih dark cekelet...tp lam hati ni masih kuat nak pilih putih as kc.

Monday, July 16

House: Sneakpeak




 TADAAAAA!!!!

cantik kan! ni umah ketua kampung kitrang nanti.. hehe owner tanah ni merangkap empunya projek perumahan ni punya rumah... buat rumah kat kepala masuk taman. tu sebab sy kata dia ketua kampung... hehehe

HA! ni lah bentuk modelnya... kitrang amik umah tengah je.. no 2 lepas corner..  itu yang termampu terdaya... alhamdulillah




zoom dekat sikit.... hubby suka bumbung carporch tu seperate.. maksudnya tak bersambunglah dengan umah sebelah. ala-ala carporch sendiri.. lepas ni mr. rushy takdelah berpanas berhujan lagi.... insyaAllah



halaman belakang.. besarlah sikit dari sekangkang kera kan...


umah ktrang sebelah kanan. siap buat divider lagi... hehehe


k lah.. itu sahaja progressnya setakat ini..... insyaAllah takde apa hujung tahun depan dah boleh pindah masuk katanya.... 

Wasalam.