Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Wednesday, August 2

number four...


introducing. number four


Sharifah Ameera Ufaira Wan Hasburllah
moga menjadi seorang anak yang secantik namanya, berani menegakkan agama, berani membantu sesama insan atas nama kebenaran dan kebaikan....



-Posted using BlogPress from my iPhone 6s

Tuesday, August 11

Pengalaman Bersalin yang ke-3



Salam



Lama betul dah blog terbengkalai.... Seiring dengan perkembangan semasa, bertambah banyaknya media sosial, dah tak terkawal nak monitor yang mana satu....



Eh tersasar pulak dari tajuk..;)



As usual, due date kali ini 27.07.2015- sama tarikh hari lahir puteri sulung kami Amani....
Kehamilan kali ini mmg luar jangkaan, bayangkan kandungan kali ini hanya disahkan bila dah masuk minggu ke 17! Itupun hanya ikutkan sahaja kiraan mesin scan. siap buat full medical checkup.. jumpa doktor di klinik kata tak da apa.. sedangkan klinik tu ada mesin scan tp dia tak mau sca.. adoiyai.. lepas tu p jumpa pakar puan je senang.. buat scanning.. nengok nengok dah besar, pakar tu siap kata sharifah lagi ni... dah datang monthly check kali kedua boleh tukar statement kata laki... hahaha mana tak bapaknya p tukar pakar lain, dahtu siap tanya setiap kali jumpa betol tak anak dia laki hehehe



Di rumah, di opis, pening memanjang. Usah cerita lah... Saban hari minta tolong kekawan di opis urutkan kepala buang angin kononnya... Kebetulan geng lain ada juga simptom

Pening yg sama.... So mmg tak sangkarable la mengandung..;) panjang kisah nya kalau nak dicoretkan di sini....



Mommy pendekkan lah hingga hari bersalin ya...



14.07.2015 (Selasa)

Daddy start cuti raya keesokkan harinya, so niat balik kampung di miri tgahri atau petang sebb daddy amik halfday...mommy dh start cuti 13.07, itupun atas saranan KB sebb dia tengok condition mommy yang ala tanker besar dah rosak.. Hehe ikutkan hati mmg tak
 Nak cuti lagi! Sebb kalau daddy cuti sekali isnin mmg dah balik miri ahad lepas



0400am-mcm biasa bangun sahur temankan daddy n nenek makan.... Lepas tu mommy sambung tido... Tapi mlm tu, mmg tak leh tido. Gelisah sesangat, kiri salah ke kanan salah....



Daddy p kerja as usual, mommy mandi, lepas tu tengok ada lagi lebihan bahan buat kek kat almari.. Semak punya semak, boleh buat kek lapis masam manis.... Yang seronoknya kali ini, semua kek yg dibuat semua last minit decision, lepas tu ada je bahan tertinggal mcam org baru belajar buat kek!



1000 am-masih lagi melapis kek dengan jaya nya.... Tapi pelik kek jadi keras semacam.... Mcm kurang menjadi semua kek tahun ni... Hehe time ni perut ok je.. Tak sakit tak de tanda nak bersalin apa...

utk kek kali ini pun meragam jugak. huhu mmg ank lelaki yg dikandung... tu yg semua x menjadi kot.....



1100 am- abang call cakap sampai dr miri, tujuan abg dtg nak tolong bawakan kereta i10 balik miri..

Nanti senang mommy nak pakai keta di sana... So p terminal bas, drive n amik... Time ni perut dah rasa lain... Keras kejap kejap dalam jarak 15-20 minit... Mommy cool lagi... Sampai rumah mak dah lapiskan separuh dr adunan... Nampak la mak dah tak sabar nak balik miri beraya.. Beg baju, kotak semua dah tersusun depan pintu umah...org lama tak balik umah sendiri... hehehe



1230 pm- call daddy, tanya dia balik pukul berapa, katanya halfday.. Perut mmg dh start sakit.. Masuk tandas nak tengok ada blood show x.. Sebb yg sebelum Ni dua2 anak ada tanda ni.... Mak sarankan p cek di hospital ..nanti terberanak on the way mcm engko! hehehe. So sementara tunggu daddy sampai.. Mommy packing baju nak balik kampung...



1:00pm - mommy dan daddy gerak p BMC ( bintulu medical centre)..

Mmg smpat jumpa DR Lim sebelumnya sebb takut terberanak di bintulu in case tak sempat di miri bersama DR LEE MCMC.

Jam ni semua klinik pakar tutup, so we decide pg terus bahagian O& G .Tp ini kali pertama berurusan dengan BMC, so kami p kaunter pertanyaan, "miss, kmk sa nak beranak lah" jawab pompuan kaunter-"naik ktk ke tingkat 3 jak..."



Naik tingkat 3, jumpa lagi kaunter. "I rasa nak bersalin", org kaunter- "masuk ke wad bersalin di dalam, belok kanan, ada kaunter sia"..
Adeh! Kami berdua tersenyum sama sendiri, banyak betul kaunter.. Sampai kaunter maternity, (kaunternya kecil je, satu meja L, mcm pusat kumpul staff je).. "Nurse, kmk rasa mcm nak bersalin"

So nurse tanya "since when u sakit?" Mcm biasa la, takkan mummy nak jawab "baru je", kalau jawab cenggini kompom diorang suh balik... Hehe so my answer "since 10 am tadi.. Tp currently makin kuat...."


Midwife (aka general manager), ok jom masuk labour room kita cek.. On mesin monitor baby, perut semua tampal apa ntah,

"Eh! Ya kamu ada contraction, n sangattt kuat... Muka kamu rilex je.. Kalau ikut bacaan mmg sangat sakit n u boleh reques Epi atau etonox"...
Mommy-" yakah? Ok lagi sakit ni... Dulu lagi sakit... "



Midwife- i cek bukaan ya, dulu u beranak lambat ka cepat?



Mommy- 1st baby admit 1pm delivered 4pm, 2nd baby admit 7am, delivered 7.30am.. Wow! Hebat boleH ingat semua ok...;)



Midwife- uitt.. Around 2cm to 3 cm sudah. U nak doktor mana? Lim atau Lau??

Nasib baik mommy dh pernah cek dgn dr lim.. So mmg sebut dr lim



Mommy- yakah? Sempat tak saya balik miri???



Midwife- ish! Mana sempat kalau based on ur experience.. Tp u tanya Dr lim nanti ok...😅



2.15pm- Dr Lim sampai, terus cek bukaan, 6cm! Midwife terkejut! " eow surie, mana boleh u nak balik miri, sangat cepat ok!"


Dr Lim kata beri ubat berak dulu, n rilex.. Dia kata tunggu saja... Mommy x puas hati, i will deliver so fast doc.. Based on previous experience.... Dr Lim kata boleg i keluar sekejap ka??? Sekejap sahaja...

"No! Mmg i dh rasa nak deliver betul2! "

Dr Lim masukkan jari lagi, owh surie! Ur baby on his way!!

"See! I told u so" 😅😅😆😅

"Surie, follow all my instruction... Push.. Stop... Push... Stop... N last push...."

Zup zappo zuppp zapppp.. EH DAH BERANAK DAK! Kali ini En hubby betol2 berdiri depan pintu rahim... mmg tengok anak dia kuar real betol la.. hehe sebb yg lagi dua dia masih nebes2...

"Surie, previously sapa dr yg jahit??"
"Dr lee di MCMC, y??"
"Sgt kemas dan cantik jahitan dia. Ok now i nak tekankan ur perut sikit so u senang nk berpantang nanti..."

Maksud dia tekan tu, Dr keluarkan darah yang ketul-ketul besar mcm
Daging dr perut kita....kata org tua2 mcm lebihan bantal utk baby baring waktu masih dlm perut....

Lepas jahit, than my 1st handsome baby boy pun diletakkan dalam dakapan........

Tamat.....

Ni baby boy dh berusia 8 bulan.. Baru siap karangan mommynya




-Posted using BlogPress from my i6s

Tuesday, May 19

new member in the family!

salam sejahtera...

lama betul dah tak berblog disini... mmg lama sangat.. benarlah kata orang.. mula-mula mmg rajin menghapdate.. lepas tu lelama terus suam-suam kuku dan kemudian ada sesetengah org terus tutup buku...dan akhirnya blog dia tinggal kenangan yang abadi selamanya di alam maya....


well, tru blogging ni jugak boleh buat duit...so jgn ingat kita syok sendiri dan kendian share segala menda kehidupan dalam blog kita.. abaikan percakapan segala mak nenek manusia diluar sana yang belum tentu suka dengan kehidupan kita....


tgh counting menunggu hari kelahiran anak ke-3.. wow! mcm tak percaya dah anak nak masuk 3.. ya allah, permudahkan lah segala urusan sebelum dan selepas kehadiran.. jadikan hamba ini insan yang lebih baik dan bertAQWA.. MMG DIAKUI.. mulut ni susah nak jaga...  banar kata pepatah.. diam lebih baik dari berkata-kata.. takut kita ada menyakiti hati dan perasaan org lain pulak... sia-sia menambah dosa...

nak masuk anak ke-3.. perasaan tetap sama.. takut, fobia... apalah nasib saat bersalin kelak.. entah dapat melihat dunia lagi ke tidak.. semua ketentuaan Allah.. tapi tak tahu lah sama ada amalan yang hendak dibawa cukup atau tidak...


p/s: 
 
Bak kata Joni Depp,
"Kalau kita sayangkan dua orang dalam satu masa, pilihlah yang kedua. Sebab kalau kita sayang yang pertama, kita tak akan jatuh sayang dengan yang kedua"




bye!


Tuesday, February 24

pengalaman bersalin kedua #sharifah ameera irdina


salam sejahtera,

lama tol dah tak mencoret.. belek punya belek, mmg takde la cerita pasal bersalin anak kedua.. kesian adeq nina... nanti lupa pulak mummy momment beranakkan dia kan... skang zaman IT, kot2 la mummy tak leh hidup lama. Nina boleh google search je macam mana moment dia dilahirkan.. just video je tak de nak amik.. lom tahap gaban nak amik video saat bertarung nyawa.... ok kita mulakan ceritanya begini;

27/10/2014 (ahad)
as usual, mumy akan bercuti awal, start 21/10/2014 dah balik miri untuk preparation beranak... n setup semua nak bersalin dibawah seliaan (chewah ayat!) Dr Lee dari MCMC (Miri city medical center).. kali ni ada lambat sikit buat appment dengan beliau.. sebb daddy tah habis-habis join shut down.. tak macam waktu beranakkan amani... sebulan lebih bawah pengawasan Dr Lee. jadi dr lee ingat-ingat lupa dengan mummy n daddy....

daddy pulak bila dah mummy cuti mcam ni, akan balik Bintulu pagi isnin, sebab takut la akan beranak bebila masa,, dan semangat nak bersama sewaktu bersalin tu mmg sangat terujanya.... as usual, bila daddy datang, plus hari pun dah gaji, so kitrang pergi berjimba la seharian.. p makan apa yang nak makan.. then p beli apa nak beli bawak perut yang mmg dah sarat... dan daddy selalu cakap kt adeq, adeq kuar lah time daddy masih ada kat miri, kalau kuar hari ni, nanti date adik lahir sama dengan mummy n kakak Amani 27hb.... tp mmg takde langsung tanda nak kuar.... due pun dalam seminggu lagi... time ni dah 39 weeks.


28/10/2014 (isnin)

 3.30 pagi
as usual, pagi subuh, daddy wake up  3.30 in the morning (cheh! sepeaking london), p mandi kemas baju semua sebb nak balik bintulu kerja mcm biasa.. mummy masih tido lagi... sedap kot tido... hehehe

4.30 pagi,
daddy dah setel kemas dan minum pagi sket.. tapi hati mummy tetiba sedih, sengaja lewat-lewatkan daddy nak gerak... "tunggu lah lepas subuh, dah alang-alang.. nanti tak sempat sembahyang.. then daddy agreed.

dalam hati mummy ni, adeq tak nak kuar arini ke... kesian daddy asyik ulang alik je.... then tetiba, mummy terfikir nak minum air zam-zam yang besties mummy Intan beri waktu dia p umrah haritu. baca bismillah dan alfatihah dan niatkan dalam hati " atas izin mu ya allah permudahkan urusan bersalinku,permudahkan semua proses kelahiran anakku".


5.15-5.30 pagi
lepas sembahyang subuh, tetiba perus memulas, sakit mcam nak buang air besar, kejap berhenti kejap mulas balik, cakap kat daddy " takyah balik bintulu, perut dah rasa lain mcm nak bersalin" . dan kemudian mak kata, p mandi dan kemas, jangan lupa kira kekerapan sakit tu.. ntah-ntah dah contraction.

6.00 pagi
sempat balik umah lutong (sebab selama seminggu ni stay rumah kakak sebab dorang pi holiday ke singapore), tinggalkan amani dengan mak adengnya... niat nak bawak, tp risau pulak kang dia tak lehe masuk wad bersalin.

6.30 pagi
dalam perjalanan ke MCMC, biasalah pagi isnin, manusia semua  berebut nk ke tempat kerja dan hantar anak sekolah. urat pinggang rasa nak putus, sakit teramat sangat dan tak tertanggung dah rasanya, perut memulas sangat-sangat macam nak terberak sangat dah. waktu dalam perjalan mmg mencabar keimanan, even dah pasang emergency light kereta, tetap jugak tak nak berikan laluan, time ni dah pikir pelik-pelik.. ntah-ntah aku ni beranak dalam kereta .. adoiya!

7.00 pagi
tiba di MCMC, Time ni jugak la nurse semua baru nak tukar syif, baru nak punch... pastu paling mummy menyampah bila nurse tanya.. ko ni nak beranak sangat dah ke.. anak ke berapa, dulu anak sulung beranak macam mana, blaaaa blaaaaaa helo! mummy nak beranak bukan nak menjawab soalan merepek merapu....

datang senior nurse cekkan bukaan (part yang paling tak best bila nak bersalin) ... "eh! dah 6cm! u ada amik selusuh ke? kan belum due, asal u tetiba nak beranak dah arini" boleh push ke wad bersalin, call dr lee skang suh otw... huh! tau cuwak...

7.20 pagi
mummy dah masuk wad bersalin, siap tunggu lagi atas katil bersalin, time ni mmg dah tak tertahan dah rasanya... rasa macam senang sesangat nak beranak berbanding Amani dulu.. 3 jam kena tahan contraction. mungkin fadilat minum air zam-zam yang Allah kurniakan,

nurse: "sue, jangan push dulu tau, kita tunggu doktor".. 
mummmy: adoi.. mcm mana nak tahan kalau dah tak leh nak tahan nak berak ni
nurse: tunggu, kejap lagi dr lee smpai, eh tp dr lee ada pembedahan jam 8 pagi
mummy: i peduli apa dia nak operate ke apa, yg penting i nak beranak dah ni
nurse: huhu kalo u bersalin jugak, kitrang akan sambut ye
mummy: eh, u dah gemuk la sekarang, dulu i beranak yg sulung u jugak yg sambut, tp time tu u macam baru masuk kerja
nurse: ye ke! gemuk?? (well, perempuan mana suka dipanggil gemuk kan)..

dan mummy dah open 10cm!

then dr lee sampai around 7.25am, yeay!!! everyone smile... sue dah nak beranak kah?? jom beranak...

tengah mummy nak push tu, daddy fon ringing..... daddy boleh pulak answer the call... it atok kuching

daddy: kmk dalam bilik bersalin, surimah nak bersalin dah
atok: belum, ilek la.. abah ada hal mok runding tok...
daddy: surimah tengah nak beranak dah tuk...
atok: yakah?.... tuutt tuttt tuuutttt

and suddenly mummy gelak!

dr lee: surie, u nak beranak ke tidak ni.. boleh ketawa pulak
mummy: ok, ok.. im ready ..
1st attempt to push...adeq still tak kuar .. try harder.. bayangkan pagi tu hanya minum segelas air zam-zam tanpa makan apa-apa then ko kena beranak mengeluarkan anak manusia ... bayangkan..... huhu hanya Tuhan yang tahu....

2nd attempt.. dah rasa semput... mak pulak " try buka mulut dan bernafas".... dr lee/ nurse: surie try harder, u can do it! sikit lagi.. kepala dah nampak.....

sebab dah tak tertahan n kuatkan semangat nak melahirkan, mummy dah terasa adeq stuck di pintu kuar, n dr lee try menarik jugak.. dan alhamdulillah... Irdina dilahirkan tepat jam 7.39 pagi ...... Alhamdulillah.......

Dan hashtag dr lee "great surie! see u next year... hahaha"

alhamdulillah... tiada yang terindah bila saat dapat melahirkan seorang lagi hamba Allah... terima kasih ya allah.. dan moga urusan seterusnya dipermudahkan juga........



















Wednesday, October 22

Bacakan utk anak-anak sebelum tido

Panduan buat diri sendiri...


Dipetik dari :SINI


********************************************************
Untuk mendapatkan anak yang sholeh, lembut hatinya, rajin belajar dan juga rajin beribadah, bacakan ayat-ayat ini sebelum anak-anak betul-betul terlelap tidur. Jadi kira-kira mereka sudah terpejam tapi masih bisa menerima stimulus dari luar.

Bacakan Ayat-Ayat Ini Sebelum Anak Anda Terlelap Tidur

Apa ayat-ayat yang dibaca?

1. Surat Al-Fatihah 1 kali
2. Ayat Kursi 1 kali
3. Surat al-Insyiroh 1 kali
4. Surat Thoha ayat 1-5, 1 kali

Setelah itu kemudian hembuskan di ubun-ubun anak kita. Niatkan agar anak menjadi anak yang sholeh dan pandai, rajin beribadah dan juga belajar.

Jika sudah terlanjur tidur, bisa juga anda bacakan ayat-ayat tersebut ketika anak anda sedang tidur. Kemudian hembuskan juga di ubun-ubun dengan niat yang sama. InsyaAllah anak-anak akan menjadi anak yang kita idam-idamkan. Amin…


- Posted using BlogPress from my i5s

Friday, April 4

Irdina. Adik Amani

Salam. Lama tol puasa dr dunia blogging... Benar kata org. Kalo tak benar2 bersungguh.. Mmg akan jd hangat2 taik ayam......

Anak kedua-



Ini SHARIFAH AMEERA IRDINA BINTI WAN HASBURLLAH. Umur baru 5 bulan...

Dua anak, pd usia 30 tahun... Wow!! I dunno to described how my feeling is.... It awesome!! Incredibles!! Subhanallah

Kerjaya-



Ini kek dr geng pkbs avengers untuk tahun ke-30 penghidupan di dunia.. Terima kasih kawan-kawan....



My library big boss - merangkap ayahanda setiap orang yg bekerja.. New collegues... Awesome great job n very smart... Bekerja bersama mereka ... Stress menerima arahan atasan.. Even ada lah luahan kemarahan sana sini... Tp best! Diorang profesional dlm kerja diarahkan.... Hasilnya tip top!


Emergency pegi airport... Igtkn hanta big boss library.. Rupanya p menghantar vC- sultan selangor masuk Belon u... Ko ada???! Btw thanks dear cik D!! U mmg owesome... And to all dear frens!

Masuk tahun ke-4 berkhidmat bersama UpM.. Banyak lagi benda nak belaja... Banyak lagi nak didalami... Banyak lagi nak dikongsi ilmu yang pernah belaja dulu.....

Lalinks-




How do i miss this girl.... Jangan pedulik org la, kalo hati sendiri tak suka kan tN?! ;p mak dia buat air bandung n asam pedas sangat sedap sedonia ok!



Makcik cleaner ni kalo sebilik dengan dia mmg best.. Tak menyesal..;p

Honestly lalinks.. Bila nak lepak lagiiizz rindu lah.....


p/S: jgn pelik tajuk entry jauh larik dari entry😝


Posted using BlogPress from my i5s

Friday, November 1

Alhamdulillah. Kurnia-Nya yang terindah ke-2












Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan, memberi semangat dan keikhlasan... Semoga semua yang terbaik berbalik kepada anda sekeluarga.

Terima Kasih , Ya Allah. Atas peluang ini sekali lagi.......

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kampung Pangkalan 2,Miri,Malaysia

Friday, October 25

Almost. Almost. There ^_*

Minggu 38...
Lama tol x bercerita pasal mengandungkan adik Amani....;) x macam Amani dulu.. Hapdated nya stp kali bertukar minggu....

Hua hua besar diameter pewut kali ini mmg melebihi diameter mengandungkan Amani...;) lain anak lain pengalamannya kan....
Tiz time antara yang menarik (wah! Menarik eik?!)-
1. Checkin Hospital 5 hari.....
2. Berat turun mendadak hingga 57kg
3. Lepas je kuar speta, terus mulut tak berenti mengunyah n makan hingga berat cecah 75 kg dh skang
4. Minggu 38, adeq baru 2.8kg tambah/tolak... Sampai gynea pun kata, "mummy u mmg makan utk diri sendiri n not baby".. Haish!! Kejam je bunyiknya....
5. Dah start cuti bersalin since 21/10/2013.....dan mmg menunggu hari
Doakan mummy selamat bersalin semuanya.. Ampunkan salah silap... Maaf atas kekasaran, keceluparan dan ketidakbertanggungjawaban....
- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Lorong Desa Senadin 2A,Miri,Malaysia

Monday, September 16

Minggu 33: Preparation???

Salam

Nampak nya anak kedua ni macam kureng sikit mummy update kt sini....

Sorry little one, bukan tak teruja, tp takdak masa n idea nak mencoret sayang..... Mummy n daddy pun excited lebih as many as ur sis Along Amani previously...^_*

Preparation untuk baby
1-Since check-up masuk 3/4 bulan doc dh detect gender, so mummy n daddy decide nak selongkar balik all newborn clothes Amani
2- but! Ada but.. It did'nt mean that our new sweetheart are getting all recycled stuff! No no no.. Dont u dare to think that way! Haaha chewah
3- sesungguhnya sangat beruntung dapat mak yang kaki sopping mcm mummy ni.... Hehe ada jeeee
4- pampers, mattress, toiletries semua bla bla bla semua belum standby lagi.. Asyik nak postpone je...
5- this time mummy n daddy decide nak dapatkan baby cot! Yeayyyy!! Mummy extra excited.




Majoriti in pink color..;) n plg mengejutkan.. All those clothes are still in great condition..9/10 lah.. Sbb terlampau banyak sangat kot baju dibeli n diterima....


Preparation untuk bersalin
1- insyaallah mummy akan bersalin d hospital yang sama dengan tempat bersalinkan Amani
2- n menggunakan khidmat doktor yang sama....;)
3- set berpantang, last time guna set gamat emas n shaklee.. This time mummy nak try guna set Nona roguy.... Sbb berat naik sangat mendadak kali ini ok.. N based on blogwalking reading n reviewa pelbagai pihak.. so im gonna get it!

Baru 33 weeks mummy dah mncecah 70kgs!!!


4- beranak amani dulu mummy punya final weight is 67kg jerrr!
5- persiapan lelain? Hahaha this time mummy mmg jenis ilek2 arrr.. Smpat lagi nak besopping.. Tp tgk lah nanti...

As usual, time mengandung perut membesar.. Kompom nak expose diri tu kureng.. Till we met again! Daaaaa....;)


Minggu 32 pregnancy


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 20

Selamat Hari Raya 2013/ 1434H

Assalamualikum dan salam sejahtera...

RAYA MODE
  • masih mode raya lagi arini... baru 13 Syawal... InsyaAllah kalau ada kesempatan, ingin dan akan rasanya membuat sunat puasa syawal dan seterusnya ganti kan puasa yang tertinggal tu....
  • Tahun ini giliran menyambut Aidilfitri di Kuching... umah sebelah hubby plak.. kitrang balik seminggu awal, sebab dah lama sangat rasanya tak menjenguk Parent in laws
  • dah masuk kali ke 2 rasanya menyambut syawal terlebih dahulu di umah mentua. jadi macam dah terbiasa sedikit walaupun kekoknya masih ada
  • untuk syawal kali ini. mummy preggy masuk 7 bulan.. dahtu sabtu ahad mummy akan merajinkan diri nak buat kek sendiri untuk hidangan hari raya... bukan apa.. pengaruh rakan kat opis jugak.. excited tengok diorang berkongsi resepi dan teruja jugak rasanya nak buat sendiri...
  • tahun lepas banyak pembaziran dalam menyediakan bahan kek... tp tahun ini agak teratur dan Alhamdulillah takde la membazir.... 
  • menjadi satu kepuasan yang tak terucap bila kita tengok sendiri apa yang dah disediakan untuk hidangan tetamu adalah hasil tangan sendiri dan bukan beli  tunjuk..^_^ 
  • raya ke -5 kami dah start travel balik ke miri. dan perjalanan kali ini rasanya makin pnjng. di mana kami terpaksa bermalam di sibu sebab mummy dan Amani mabuk perjalanan. mungkin tak makan tengahri sebb semua kawasan rehat tak buka kedai makannya... mungkin masih mode raya lagi.
KANDUNGAN
  • adik amani ni dah masuk 29 minggu 2 hari saat coretan ni.. benarlah kata orang.. setiap kandungan dan kelahiran pasti ada saat manis pahit yang berlainan
  • tipulah kalo kata kali ini takde perasaan takut dan gementar. perasaan itu sentiasa ada. entah bagaimana sesi pertarungan melahirkan Hamba Allah ini nanti
  • "berikan  yang terbaik dan permudahkan la segala urusan ini ya Allah" 
  • bila kandungan dah masuk 7 ni.. mula la excitednya nak sediakan barang-barang keperluan. baju baju NEW BORN Amani yang mash elok sesangat dah start dibasuh .... mana yang dapat diguna pakai semula akan digunakan....  
  • insyaallah kali ini memilih doktor yang sama menyambut kelahiran Amani yang lepas, masuk kandungan 8 bulan nanti akan mula buat checkup dengan Dr Lee. pakar sakit puan di Miri City Medical Centre. bukan tak nak beranak di Bintulu, tpi lebih mudah di sisi family sendiri. mak pun dekat dan segala urusan selepas bersalin lebih mudah Insyaallah
  • dalam perancangan, nak berpantang di umah sendiri di Bintulu... tapi... tengoklah nanti bagaimana....
Gambar?
hehe.. tetiba malas nak share gambar kat sini.. sebab banyak dah di muatnaik di FB.. kalo rajin boleh lah ke www.facebook.com/SurimahSueHasburllahWan


wassalam....

Wednesday, July 31

Sh. Ameera Amani turns 2!

Salam semua!

entri tertangguh.. ingat nak hapdate on the date baby amani dilahirkan... sungguh la takda kesempatan.. so sori my lalink sweetie pie Amani...







Sharifah Ameera Amani, masuk tahun ke -2 dah umurnya, Alhamdulillah.. membesar dengan baik sekali ditambahkan lagi nampak hasilnya bila anak menyusu ibu. bijak dan sudah pandai nak menilai dan mengerti arahan dan larangan.. cuma mummy and daddy dcide tak nak la regit sangat mentadbir urus cik kak sorang ni. ditambhkan lagi nanti adiknya akan menyusul...

sorry mummy nothing can describe anymore... i'm speechless and i love u so much dear amani and daddy...




Friday, July 12

lagi kisah pasal vaksin untuk anak



rentetan post semalam.. kebetulan tgh blogwalking di blog Dr. Halina a.k.a blog owner for barelysupermommy ... so ini lah sharing dari sahabat baik beliau yang boleh dijadikan input/ informasi tambahan buat semua....klik je link di bawah

---------> Happy Reading semua!

Wednesday, July 10

14 imunisasi wajib untuk anak

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak.
Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.

Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.

Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan.

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian.

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri.

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).

ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan.

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun.

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme.

TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.

HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.

HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan.

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi.


Sumber: www.MeetDoctor.com
Disemak oleh Dr. Vinny Yoanna 

Wednesday, May 29

kehidupan kami

betapa merindui untuk mencoret disini... rindu sebab lama dah tak membebel disini... kiranya bila ada kesempatan dan kelapadangan pun, belom past kuat nak mencoret disini...

kerana betapa sakitnya kepala nak buat ayat dan melayan jiwa bila nak mencoret disini.....

 Kehamilan:
  • alhamdulillah, usia kandungan @ adik Amani @ baby kiut masuk minggu ke 17 sudah atau bahasa senangnya masuk 4 bulan.
  • dan akan due pada 6 November 2013..  ini pun berdasarkan tarikh scan.. dan seperti biasalah.. yang menentukan nanti Allah bila nak adik Amani ni kuar.. kot terawal kah.. atau terlambatkan...
  • dan sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa atas segalanya, kali ini mmg merasa penatnya mengandung.. dengan pening, mual dan loya serta muntah berterusan hingga saat ini. dan sesungguhnya hati ini berdebar apa lah pulak dugaan untuk hari yang akan datang
  • kadang-kadang pernah terduga di hati jahat ini, apakah ini balasan atas dosa-dosa yang lampau.. yang sering meninggalkan tiang agama... dan seterusnya diduga dengan segala keranah mengandung ini....
  • buku pink dah setel dah... buat di kk kidurong, sangat la susahnya nak buat di bintulu ni.. kalo kat miri or kuching tak buat pun takpe.. selagi beranak kat hospital yang kita pilih tu n tak perlu nak buang masa p buat
  • dan buat pertama kalinya jugak.. kandungan kali ini  membuatkan mummy amani cek in hospital sela,a 4 hari 3 malam.. seronok siot! ahaha adalah manusia suka masuk speta... lagi-lagi bila masuk speta sebb kurang air dan kencingnya banyak keton... nak tahu apa itu keton dalam urin, sila lah google sendiri ye
Amani 
  • Usianya  menjangkau 2 tahun, perangainya boleh la tahan sesangat. saban hari ada je benda nak digaduhkan dengan anak bijak ni
  • but i miss her so much while writing this... sob! sob!
  • macam dah tahu sesangat dah cik kak ni bila mummy preggykan her sis/bro....hari-hari she love to kiss my tummy. kata org tua-tua.. bila yang kakak/abang tu suka sangat dekat ngn perut kita time mangandung... maknanya jantina yang didalam tu sama la dengan dia... 
  • mungkin ada benarnya.. sebab mummy sejak dah preggy balik, no seafood! no rice! kalo makan jugak pening dan angin semacam... sedangkan semua tu adalah fanatik kalo jumpa...
  • dan lagi dua bulan genaplah sudah tempoh penyusuan amani.. betapa merinduinya cik kak ni nanti nak bergantung lepas mummy balik kerja.. tp skang dia macam dah paham sesangat je bila tengok mummy balik penat.. so she will get her own drinks... minum dalam cawan n duduk dan baca bismilllah sambil tadah tangan nak baca doa... ;)

Work 
  • masih lagi dalam proses belajar menyanyangi tempat kerja.. dalam hati mungkin rasa nak carik tempat lain.. tapi kekadang keseronokan di tempat kerja tu tak datang tiba-tiba dan sekelip mata....
  • mungkin 10 tahun mungkin 20 tahun baru kita sedar betapa kita bekerja di tempat itu adalah keseronokan dan kerinduan berpanjangan
  • kadang-kadang rindu jugak nak balik ke tempat kerja lama.. tpi yang tak seronoknya bila mengenangkan jauh dari suami dan keluarga...
  • kadang-kadang, tak semuanya dapat di coretkan di sini.. biarlah ia tersimpan dalam hati  

Tuesday, April 9

Breastfeeding, pregnancy, life..... episod Akhir






hehehe.. tajuk bersambung dari yang lepas.

lepas suggestion mr hubby nak buat UPT, SO before mr Hubby fly to kl that nite, chewah! nak juga cakap omputih. kitrang singgah ke guardian, n sebab pengaruh artis sesangat, mummy p amik clearblue digital tu plus 2 lagi yang ordinary UPT kits.

dahtu sampai je kerumah, terus buat UPT sebb mmg dah tak sabar kot.. badan mmg dah rasa lain macam kan. so mmg tak teragak agak la lagi  nak buat...Keputusannya begini...

sangat jelas double linenya.. berbanding kali pertama pregnant dulu... masih ada kabur-kabur sedikit
ni pengaruh fasha sandha la ni.. nak jugak perabih duit beli yang digital punya konon nak dapat exact weeks.. tpi upanya, dia leh mention sampai 3 weeks plus je.. nak tak nak ko kena jugak p jumpa doktor ye


 k lah... bye..;)





Monday, March 18

Breastfeeding, pregnancy, life..... episod 1


Assalammualaikum wbt,

pergh tajuk nak aje dalam bahasa omputih ya mak Amani.... lama sungguh dah tak menulis disini.. banyak cerita suka duka dan khabar berita nak dikongsikan. hopefully semua nya mendapat keredhaan dan rahmat dari Illahi. Khabar apakah agaknya geng-geng yang lain, yang nukilannya lama dah tak dijejak. maaflah, bukan lupa atau tak lalu nak tengok, tp kesempatan dan masa sentiasa mencemburui jika kita tak pandai nak mengurusnya dengan bijak.
kisahnya begini ( ni baru nak cerita berkaitan tajuk entry)...  rasanya dah lama sangat mummy tak cerita kisah penyusuan bersama Amani, cik Kak tu dah berusia 1 tahun 8 bulan @ 20 bulan. bermakna lagi 4 bulan genap tempoh penyusuan nya secara ekslusif bersama mummynya yang kiut ni.. (awww!) 

beberapa bulan kebelakangan.. perubahan pelik mula terasa, puting macam melecet plus sakit selepas Amani menyusu. macam memula start menyusukan Amani saat baru lahir dulu... tp mummy ignore aje... kendian, bila sesi mengepam, mummy pelik... even pam masih 3 kali sehari di opis, tp hasilnya penghujung petang hanya 4oz sahaja atau sebotol kecik tu dan itu hanya untuk sekali penyusuan sahaja. stok beku tak usah cakap lagi, mmg habis terus.. tambah lagi mummy attend sukan bornoe staff ipta early february.....mmg takde langsung stok kecemasan. tp budak bijak ni, even tak dapat susu sebelah pagi (di taska) dia tak merengek. still minum jugak air suam atau air milo yang bs sediakan untuk beliau. tp time mummy balik kerja, siaplah... bergantung samapai pagi eseoknya......

ceritanya tak habis di situ je.... kendian awal Mac, mummy dah rasa satu badan hangin. lagi-lagi bila pagi petang dah mual plus angin... dan baru perasan dekat 2 bulan dah tak period. memula nak abaikan aje.. sebab sejak bersalin dan menyusukan ni.. memang period sy tak teratur langsung... sehinggalah daddy Amani perasan ada perubahan dalam dirinya (daddy ok!). malam malam dia akan cari something masam untuk buat ulam. dan favor dia kompom kedondong. dan segibik dengan perangai dia time mummy preggy kan Amani dulu! pada satu malam (wah! dah macam cerita panglipur lara)... " Better u buat UPT, Kot kot Amani nak dapat adik".. mummy just laugh. .....


to be continue...^_*



Wednesday, January 2

opening story




tajuk nak juga bahasa omputih. entry pertama untuk tahun baru, ada azam kah tahun ni?? rasanya macam takde... eh ada.. satu! nak cukupkan 2 tahun tempoh penyusuan Sharifah Ameera Amani bin Wan Hasburllah. Amin, lagi 6 bulan untuk sampai tempoh.


skang cik kak tu dah semakin pintar dan bijak pulak.. tak lama lagi kalo dah pandai cakap, maknya ni kompom akan jadi kamus dan National Discovery bergerak.... tp keseronokkan membesarkan anak adalah sangat tak terhingga rasanya.. lagi-lagi bila tetiba hati jahat berjaya buat mak ni jadi mulut jahat, ada paham??? hehehe tak paham sudah...;p

untuk tahun 2013 ni, mummy dan daddy mmg kena kerja kuat.. eh yg kerja kuat daddy.. sebab mummy nak kerja kuat camne... sebb gaji maintain je sepanjang tahun .. nak OT tak leh.. so daddy kerja kuat..;p tp mummy leh membantu dari belakang untuk belajat kurangkan bershopping menda "BERFAEDAH" tahun ni, kurangkan verangan nak bercuti sakan hokey... ala kadar sekadar nak melepaskan penat kerja ok lah kot.

InsyaAllah rumah yang beli tahun lepas complete bulan July.. tp itu estimate je... tak termasuk nak dapat kan CF semua... plus belanja nak masuk rumah lagi.... dan mungkinkan pindah in 2014?? we wait n see rezeki macam mana.....

k done! selamat tahun baru.. semoga lebih baik dari tahun lepas dan berjaya menjadi insan yang TAAT suruhan Yang Maha Esa... amin

Friday, December 28

Perjalanannya begini

28/12/12.
* Semalam my lil princess Amani yg kiut genap 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah.
* perjalanan membesarkan Amani sangat happening n menyeronokkan. Kadang-kadang mummy rasa macam dah dara dah cik kak tu... Kekadang gaduh benda kecik je kot... Pity Amani. yang seronok nya untuk di kongsi, Amani masih lagi menyusu badan, cuma skang mummy dah start beri minum fresh milk. tapi cik kak tu menolak dengan sangat jayanya susu tersebut, adoiii...
* masuk Disember, pembinaan Masjid terindah memasuki alam ke 3 tahun, pergh betul ke ayat makciq ni?? Dan seandainya ada kesempatan.... Biarlah ia bertahan hingga ke syurga hendaknya....
* ramai dah tanya bila nak dapat adik untuk Amani, please jangan tanya. Itu kerja TUhan... Kami tak merancang... Cuma lambat atau cepat itu bukan kerja kami.. Semuanya bergantung dengan rezeki Allah SWT
* rumah yang dibeli awal Jun lepas masih dalam pembinaan. Tp kitrang dah start buat payment awal untuk membiasakan diri.. So far alhhamdulillah... Masih cukup untuk makan minum hingga hujung bulan gaji seterusnya.....
*what else? Lama dh tak
Menconteng disini... Rasa banyak cerita, tapi tak tau nak
Mulakan dari mana
* p/s: untuk diri sendiri. Jangan mengata orang kalo sendiri masih seperti yang dikata. Itu cerminan sendiri....

Wasalam



Chak!!


-Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 3

rindunya.....

seorang ibu muda yang lagi comel... bersuamikan seorang ayah yang hensem.. dan ada seorang anak yang tanteq lagi pandai posing..... dan kedua ibubapa itu mempunyai sorang satu telefon maha pintar....


apalagi!layannnnn...






























P/S: ini blog mummy, opkos gambar mummy lg byk dr daddy..;p

Wednesday, November 21

Mode: Blogpress-gila blogging

K done! Another wonderfull stuf added in My ipun... Memandangkan dh 24 jam internet plus gajet mahaiii di tangan... Apala salahnya memiliki blogpress sebagai tambahan aplikasi kan??? Rugi tak gunakan sepenuhnya kalo pakai fon pintar tp untuk receive dan buat call atau sesaja nak bermesej atau buka page google je 24 jam?

Dan seyakinnya sangat best guna aplikasini even dah terlambat menggunakannua kerana nk update blog kena buka pc adalah sgt mensampahkan...

Skang sambil cik kak bf pn dh boleh mommynya ni hapdate blog....

Da adios!
P/s; nak juga cita pasal cik kak ni.


Budak kecik ni mmg patuh pada peraturan.. Mommy tak tipu, kat umah jam 7.30 mlm, dia p rak buku dia n take one of the books n paksa mummy or daddy read it for her sedangkan dia tak tahu apa menda pun dlm tu.... Tp alhamdulillah... Mummy suka n ini cara kami...;)

- Posted using BlogPress from my iPhone