Friday, February 24

Amani 1st Fever!

Malam semalam masuk malam ke- 3 baby Amani tak lena tidur malam. Bila di amik suhu badannya.. tidak lah tinggi bebenar. Tapi Amani merengek halus, badannya panas, lemah lesu sahaja tak macam selalu. Batuknya semakin menjadi..
Tp mlm ni dh kurang sedikit. Alhamdulillah. Cuma suhu badanya asyik berubah.

Setiap sejam badan Amani dilap. Kiub ais beberapa ketul dicampur dengan air biasa. Amani seronok plak di-spongebobkan.. Hehe tp marah bila hingusnya dilap.. Ish!! Dan.. Amani sangat MANJA ketika ini...

 Amani anak yang tabah. teringat 2 hari lepas, kepalanya terhantuk di meja makan sebuah restoran, kalo anak orang lain yang selalu didengar akan meraung sakan. tp Amani bila dipeluk, terus diam dan buat muka kesiannya.... sori sayang,  mummy leka..... ;(

Amani dah mula asyik gigit jari... air liur meleleh dengan banyakknya... kalo menyusu pun... kompom jadi mangsa Amani.. dari umur 4 bulan dah Amani mula  bersikap macam ni... tp gigi tak kuar jugak. tapi semalam mmg menduga jiwa.. start pukul 2 pagi.. Amani dah merengek.. semuanya serba tak kena... Mummy bangkit dari katil... keluar bilik sebab tak nak kacau daddy tido.. (selalu mmg begini... kena take turn, supaya masing-masing dapat rehat sikit). smpy jam 3 Amani merengek... datang bisikan syaitan.. "susah nya beranak kecik"! Isgtifar... sesungguhnya Anak adalah bekalan dunia dan akhirat kelak.... SABAR...

Jam 3.15, Amani dah merengek ajak masuk bilik sambung tido... Mummy terlena.... tiba-tiba.. terdengar suara daddy plak tgh pujuk Amani....



Wednesday, February 22

MILK BOOSTER

minum pagi dan mlm-sangat mujarab!

banyak minum air-WAJIB!

yes! sy minum ESP;)- untuk protein tambahan

kurma-sangat berkhasiat!

HASILNYA!

 
selingan:sesi perahan 9am (hari ini)

TETAPI.....
    jangan ponteng mengepam!


KHAS UNTUK:
buah hati-sumber LDR (LETS DOWN REFLEX)

JANGAN LUPA....


DOA
Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah
Wasallam.
ANDA??


 

Sunday, February 12

Makanan bayi bernama Amani

1. Ya! Sy mmg mak yg extra rajin..;p kena beri pujian kat diri sendiri dulu... Untuk menambah semangat meneruskan usaha hingga bila-bila.
2. Sy bukan penjimat orgnya. (mmg kena mengaku sebab BETOL). Kerna ada suara sumbang kata sy ni berjimat... Kedekut... Berkira... & sewaktu dengannya. Kerna sy beri susu ibu kpd Amani, kerana sy x nak beli produk nestle kerrr... Apa kerrr di pasaran.
3. Amani nak masuk 7 bulan. Dan ya, dia masih menyusu ibu. Dan sy mmg masih mengusung perkakasan mengepam sy ke mana-mana. Ke opis sudah semestinya.
4. Dan Amani dah start makan. Dan sy akui, satu apa pun menu di rak supermarket sy tak beli lagi. Tp sy sibuk belek bahagian ingredient dia. Sebab nak buat sendiri di rumah.
5. Bubur Amani sy buat sendiri. Beras sy goreng tanpa minyak, sy blend dan simpan buat stok sebulan. (sama mcm cereal nestum kedai kan?? Tp yg kedai mesin buat, dan sy x nak Amani makan air tangan Robot)
6. Setiap hujung minggu sy curi masa buatkan puree sayuran buat Amani. Sy rebus/ steam buah atau sayuran, kendian sy blend buat puree. Utk buat stok sy simpan dlm bekas ais tertutup dan jadikan kiub. Bila nak guna sy amik la....
7. Ada kata sy show off. Ya! Mmg... Sy bangga buat semua itu untuk anak sy.
8. Ada kata Amani anak pertama, mmg la ikut perturan dan jaga serba serbi. Janganlah doakan sy begitu. Doakanlah yg baik-baik utk sy dan keluarga sy... InsyaAllah sy akan buat hingga berapa puloh org pun anak sy.

Sekian.
golden milk
dalam proses rebus brokoli dan karot
pemangsa..;p
ada yg masuk kiub ais, ada yg masuk bekas dadih

Friday, February 10

cuti-cuti sabah

subhanallah. cantik betul pemandangan di sini

hampir sebulan la jugak dah balik dari sabah...ini merupakan kehadiran ke 4 ke negeri pimpinan Musa Aman,  tp satu entry pun tak sempat nak buat.. or kata lain nya malas nak buat atau kata lainnya lagi MALAS! kesudahannya earning dalam nuffnang pun tak bergerak...dan sebarang iklan untuk 2012 langsung x masuk.   padan muka!

kali ini mr & mrs hubby ada geng baru untuk bercuti-cuti... cutey Amani.. welcome to the club. u are so lucky because ur parent kaki berjalan! tahniah and alhamdulillah budak tomey! entry kali ini mmg akan banyak gambar dari kata-kata ..

tp apa yg boleh diucapkan, percutian kali ini, adalah yg pertama buat diri mrs ni tak amik gambar sesuka hati.. sebab first time jalan bawak baby yg mmg tak reti duduk diam... jadi amatlah sedikit jumlah gambar nyer.... berada di negeri di bawah bayu selama 9hari 8 malam! hambeq ko!
kecuali simpang mengayau jer tak jejak lagi.. hopefully nanti leh sampai kalo ada rezki... at least tourist spot terdekat di kk semua dah masuk..yippie!

biarlah gambar menceritakan segalanya...sebarang pertanyaan, boleh la diajukan ke kaunter pertanyaan (bluerk!) PM me je.... nanti i sudi menjawab segalanya.... ;)

gambar hari pertama di kota kinabalu






tahap kegelian yg melampau!




waktu singgah sekejap di bandar seri begawan, brunei 

poring hot spring
ada banyak lagi... tp ..hehe pepaham la... boleh tgk kat fb sy kalo rajin ek...;)


I LOVE ME HEALTH CONFERENCE:2012

sesiapa yang berminat boleh la join conference ni. ia adalah percuma!!! PERCUMA!!
Kalau la saya berada di Kuala lumpur ketikaitu, kompom saya akan pergi....;) sedikit makluman untuk conference ini..(edisi malas nak translate....



I LOVE ME Health Conference is a 1-day FREE women's health conference organised by the Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia (OGSM) aimed at educating women to make informed decisions about their health and general wellbeing. The conference provides a platform to share extensive information on various preventive measures and is presented by leading medical specialist in Malaysia.
Held in conjunction with International Women’s Day, the second edition of the I LOVE ME HEALTH CONFERENCE will take place from 9:00 am to 5:00 pm on Saturday, 10 March 2012 at Cititel Hotel, Mid Valley , Kuala Lumpur.