Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, June 30

Udang goreng butter

Salam

dengan bangganya.. Dah menjadi otai udang goreng butter.. Kata cik hubby... Dah takyah p restoran seafood Lagi nak makan... Havoc!








Rahsia menjadi telur tu??? Hehe begini...

Kuning telur 3 biji (kacau sikit)
1cawan minyak masak
1 sudu besar mentega

Panaskan kuali, masukkan minyak dan kemudian mentega (tolong follow sukatan di atas.)

Amik senduk kepala bulat, buat pusingan dlm adunan dipanaskan td... Bila sedang panas, teruskan buat putaran dan tuangkan kuning telur tadi... Putar hingga berbuih.. Jangan hangit.. Bila dah agak2 masak tutup api dan toskan... Siap!!!

Untuk resepi udangnya.. Sila google!




Ni versi butter basah berkuah mabeles!!


-Posted using BlogPress from my i5s

Location:Bintulu,Malaysia

Monday, January 13

Nasi Hujan Panas versi bersantan

Copy resepi letak kat blog sendiri sebab next time tak perlu googling lagi...

Nasi Minyak Hujan Panas
Sumber resepi: rosmarlina @jintanmanis.com

Bahan-bahannya:

3 cawan beras biasa ( kalau guna beras basmathi atau beras Jasmine lagi sedap) 

1 batang kulit kayu manis
2 inci halia ( dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar ( dicincang halus)
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
3 sudu besar butter@marjerin
2 kuntum bunga lawang
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau
susu segar secukupnya @ susu cair
sedikit kismis dan garam

Cara-caranya

1. Basuh beras seperti biasa dan toskan. Kemudian di dalam kuali masukkan butter dan tumis kayu manis dan bunga lawang . Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis senbentar hingga semuanye layu.

2. Kemudian masukkan beras yang ditos tadi dan gaul sebati.

3. Masukkan beras yang siap ditumis tadi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan susu segar serta kismis, kuantiti susu segar bergantung pada paras air di dalam periuk nasi masing-masing ya, sesuaikan rasa, masukkkan sedikit garam. On periuk nasi dan tunggu sampai masak.

4. Setelah nasi masak, ambil 3 batang lidi atau chopstick, masukkan 1 lidi di dalam pewarna merah, hijau dan kuning, kemudian cucukkan di dalam nasi, letak kan dua tiga tempat setiap warna, kemudian gaul rata nasi, anda akan dapatkan warna warni yang cantik, jadilah nasi hujan panas.

sedap dimakan panas-panas dan sedia untuk dihidangkan ape jua lauk pauk kegemaran anda. Selamat Mencuba.

- untuk menaikkan seri lagi nasi minyak hujan panas ini, boleh juga ditabur dengan sedikit hirisan daun celery@daun sup ataupun bawang goreng, sedap dimakan panas-panas dan mudah untuk di sediakan.

Nasi Hujan Panas (nasi warna warni)

NASI MINYAK HUJAN PANAS
Resepi : Makyong

Bahan-bahan ( 5 orang )

4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

bahan tumis
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

bahan hias
bawang goreng & kismis

Cara :
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka...

Amacam?! Ini mummy buat guna berasmathi faiza... Amani suka.. Daddy pun suka... Yeay!!!

Wednesday, July 10

Karipap Rangup

Okey! Cuti panjang..4 hari wok! Mana tak rerajin nak masak.. Pagi td buat lAksa sarawak.. Ni mmg dh expert punya otai (pujidiriituperlu)......
Lepas tu buat la jejak jejak blog... Terjmpa la resepi buat karipap.. Apa lagi.. Tgk bahan semua ada.. Terus la buat...;)
Kredit to Hasue... Resepi kitak share semua best!!!!
Karipap Ros Sedap
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam
Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 9

Resepi vermicelli Goreng

Selamat Hari Ahad.. Memandangkan daddy Amani balik kerja waktu Subuh, so mmg idak la akan makan minum di luar hujung minggu...

Godek punya godek ada vermicelli (sy panggil mihun itali)... Ada udang sosej bla bla blaaaa...

Ini resepinya (pinjam dariSini
Plus ada edit sikit sikit..;)

Bahan-bahan untuk membuatnya:

Spaghetti (aku pilih San Remo Vermicelli 1/3 bungkus)
- rebus selama 6-8 minit dan toskan, masa merebus aku masukkan minyak masak sedikit.
15-20 ekor Udang (aku suka udang)
- buang kepala & kulit, belah belakang udang
5 tangkai cili kering - rendam dalam air panas dan potong menyerong (tak letak sebb Amani kecik lagi/ tp ganti dengan campuran puri tomato 2 sudu makan & 1 sudu makan cili giling)
Cendawan butang dalam tin) - hiriskan nipis
1 biji bawang besar Holland - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
4 s/b olive oil ( guna minyak masak je)
Sedikit oregano (tak letak)
serbuk lada hitam
serbuk cili (bagi sape yang suka pedas lebih)

garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan air rebusan spaghetti

Cara membuatnya:

1. Masukkan Olive oil dalam kuali
2. Cara aku gorengkan udang terlebih dahuludengan olive oil tu, udang dah masak & garing terus angkat & ketepikan dulu.
3. Guna olive oil yang sama goreng udang tu untuk tumis bawang besar dan bawang putih.
4. Bila bawang dah layu, masukkan cili kering.
5. Masukkan cendawan, air rebusan spaghetti, garam dan gula.
6. Bila dah agak kering sikit jer, masukkan spaghetti, oregano, serbuk lada hitam, serbuk cili & udang yang telah di goreng tadi. Kacau rata dan tutup la apinya.
7. Dah siap, hidangkan utk keluarga tersayang...




Ini lh hasilnya.. Sedap sgt.. Trust me!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 7

cuti Gawai 2013: Karipap Pusing

selepas kejayaan untuk membuat karipap berhasil.. akhirnya hari kedua cuti Gawai tu rerajin la sesangat nak buat karipap versi pusing.. kali ini guna resepi kat bawah ni, thanks kak liyana! sharing is caring... 

Resepi Karipap Pusing
Bhn utk doh:
Doh A

2 cwn tepung gandum
1/4 cwn air ( bole tambah jika kurang)
sedikit garam

Doh B:

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn margerine ( jika belum boleh mnjadi doh tambah lg margerin)

Cara membuatnya...

1. Satukan bhn A uli sehingga sebati dan menjadi doh.Bulat2kan sebesar bola golf.ketepikan.
Bila bhn dah menjdi doh ketepikan.Buatlah bebrepa biji dgn adunan yg ada.

2. Uli pula bhn B sehingga sebati dan bole dikepal.Jika masih berderai bolelah ditambah sedikit margerine
lagi.Awas jgn terlalu byk margerine nnti pastrinya terlalu rapuh dan kurang sedap.Bila bhn B dah sebati
bulat-bulatkan sebesar bola golf .
Buatlah beberapa biji dgn adunan yg ada.

3. Ambil bhn A leper-leperkan dan masukan bhn B seperti inti.( Bhn A masukan dlm bhn B).
Bulat2kan kembali......
4. Setelah semua siap di bulat, leperkan mngikut ketebalan yg sesuai... (jgn terlalu tebal dan jgn terlalu nipis)
5. Setelah dileperkan, gulung adunan td dan potong adunan kepada 8 bahgian.
6. Leperkan setiap bhagian, masukan inti dan buat sisi karipap spt biasa. ( permukaan yg digelek adalah bhgian luar karipap)
7. Goreng dgn mnyak yg byk dan jgn terlampau panas. Menggoreng dgn cara mnyiram mnyak ke atas karipap supaya pusingan nya lbih ketara...
Selamat mencuba... ♥♥♥
 
huargh! excited menjadi... hehehe
 
 post signature

Cuti Gawai 2013: Karipap Versi Biasa


Ini Entri Tertunggak.. baru nak hapdate....

Okey! Cuti panjang..4 hari wok! Mana tak rerajin nak masak.. Pagi td buat lAksa sarawak.. Ni mmg dh expert punya otai (pujidiriituperlu)......
Lepas tu buat la jejak jejak blog... Terjmpa la resepi buat karipap.. Apa lagi.. Tgk bahan semua ada.. Terus la buat...;)

Ini Versi Karipap Biasa tak pusing pusing ok.. untuk karipap pusing ada lagi kisahnya... hehehe
 
Kredit to Hasue... Resepi kitak share semua best!!!!
Karipap Ros Sedap
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

bye!

ini sebelum masuk kuali untuk digoreng

atas tu, karipap sedikit hangit sebab api kuat. yg bawah tu laksa sarawak leerrr



post signature

Wednesday, November 21

Omellette yang cantik a.k.a telur dadar versi hotel


credits: yummy!

Me kalo stay kat hotel, opkos le nak sekali breakfast, n the no 1 things yg nak rasa ialah omellette nya... a.k.a telur dadar versi otel... tp some people say omellette is not telur dadar.. so whatever! n serius.. lain otel lain rasa omellettnya... n the mos sedapness one me pernah rasa is at Concorde hotel shah alam.... the taste never change.. yummy!
n kang pulak ada plak kata me mengada nak masak telo dadar pun nak buat ala hotel.. helo.. pernah tak u all rasa bila makan telur dadar kat kedai lagi sedap dari u buat kat umah??? pernah tak?? even telur tu hanya didadarkan tambah garam sahaja??? ;p

so memandangkan takkan la ari-ari nak makan kat otel, so dengan sangat merajinnya mak budak ni menggoogle la caranya yg terbaik... dan terjumpalah satu blog yg berbahasa ibunda saya memberikan tips do and donts berkenaan mendapatkan omellette yg best! ....

layan..!
 
 
 
So here the dos and don'ts.

Dos:
  • Use butter. Real butter. I used salted butter.
  • Use at least three eggs. 3 okels?
  • Prepare ingredients in advance and set them separately (onions/bell peppers/tomatoes/etc). 
  • Add few drops of water into egg batter (steam from water bubbles help to make omelette cook evenly and puffy) I used 1 tbsp of fresh milk.
  • Use super low heat hence waiting is essential.  
  • Whisk egg batter only when you are ready to cook. Do not prepare any and set aside while you get other things done. 
  • Add a pinch of baking powder. ;)
  • Cover the pan while waiting for your omelette to cook. 


Don'ts:
  • Don't flip omelette at all. 
  • Don't use salt. Google said salt breaks down the egg texture. That's the reason why I used salted butter, to accommodate the taste.


How to:
[1] Heat non stick pan.
[2] Add butter and it should bubble up almost immediately. Tilt the pan to coat it evenly.
[3] As butter foam starts browning, pour in eggs. Cover the pan.
[4] Once bottom of the omelette starts to thicken and the top still a bit runny/creamy, sprinkle the ingredients but not too much. Cover the pan.
[5] Let the omelette brown for few seconds (less than a minute) and yeszaaa, perfect omelette is ready to serve.
 
 
p/s: jgn tak try! trust me its works
 
 
 

Tuesday, October 9

Nasi Briyani tanpa perencah Briyani

Semalam mode rerajin nak masak something rare in life.. Wah! Ayat....
Kebetulan skang kt umah mkn berasmathi dh, so y not try buat briyani... Dan pencarian mencRi bahan segera bermula!! Berjalan dr rak ke rak dlm supermarket, mommy x jmpa pn 3 in 1 briyani...(yes! sy mmg berniat nak guna paste segera buat briani ok!;( hampir putus asa di situ.....)

Dan godekpunya godek, mommy buat resepi sendiri (hasil research bersama Mr. Google)...

Macam ni..
Bahan-bahannya
1. Berasmathi -3cup (ni makan 6-8og)/ beras biasa pn boleh
2. Bunjut sup adabi-1 bgkus
 3.halia-sedang nak- tumbuk
 4.bawang holland/ bawang besar-1 biji dihiris memanjang
5. Serbuk kari-2 sudu makan
 6.serbuk kunyit-1 sudu teh 7. Stok ayam- untuk sukatan masak beras di atas (mommy buat stok guna ayam yg bakal dijadikan lauk bersama beriani ni)
8. Minyak sapi-2 sudu besar (penting! Sebb ni buat lg sedap)
9. Ayam (mommy guna drumstick besar 6ketol)/ daging lembu/daging kambing- rebus utk buat stok td
 10. Santan 150ml/ susu sejat

Cara membuatnya- 1. Basuh beras dan tos. Biar sejat seketika
2. Bunjut adabi dibuka dan ditumbuk halus-sehalusnya kalo dapat, kalo tak nak tumbuk pn boleh.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak sapi, tumis bunjut adabi yg dh ditumbuk tadi, sekali bersama bawang, halia
4. Bau tumisan harum, masukkan beras mati, gaul rata
5. Masukkan serbuk kari, servuk kunyit garam, gula (jika nak)
6. Gaul sebatio jangan hangus- dlm 2-3 minit je
7. Kendian alihkan beras digoreng td dlm periuk nasi , masukkan stok ayam/stok daging dan santan. Ikut sukatan memasak nasi biasa. DAN! Ayam dimasukkan sekali! Gaul merata!
8. Kalo nk wangi masukkan daun pandan.tekan cook! Dan biarkan
9. Selain itu, kalo rasa bunjut td x berempah sangat, leh masukkan rempah ratus tambahan
10. Done! Selamat memcuba


 p/s: gambar dh letak kat instagram... hehehe

Monday, June 11

Resepi kek sponge kastard

Mommy monster tgh mode baik punyer.... Rerajin sesangat nk try resepi kek span kastard dr opismate... Jom try!


KEK SPONG KASTARD

BAWAH
200 gram spong mix
4 biji telur
2 sudu kecil vanila
2 1/2 sudu besar air
3 sudu besar mentega (cair)

Pukul sponge mix dengan telur menggunakan high speed selama 5 minit. Tambahkan air dan pukul lagi selama 3 minit. Masukkan mentega dan gaul rata. Bakar selama 15 minit (180 'c).

TENGAH

800 gram susu segar
3 sudu kecil serbuk agar - agar
180 gram gula
6 biji kuning telur
100 gram susu segar
40 gram kastard

Masakkan agar - agar bersama 800g susu segar dan gula.
(adunan lain) Kuning telur, kastard dan 100g susu segar dicampur bersama. Satukan ke dalam adunan agar - agar.
Biarkan sejuk sekejap sebelum dilapis ke atas kek.

ATAS

Campurkan instant jelly (NONA) bersama 400 gram air panas. Biarkan sejuk sekejap sebelum dilapis ke atas kastard. Simpan ke dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA BOSS......




Sunday, April 1

Nasi Ayam + Ayam goreng madu

Ahad!!! Hari ni banyak menda setle. Things to do today;

1. Stok beras blended untuk bubur
2. Stok puri ayam, karot, brokoli, kentang, epal dan lai. Semua done, dan sy sangat berpuas hati walaupun penat.
3. Siapkan nasi ayam untuk makan tengahri.

Resepi?? Hehe sy rajin sy buat entrinlain. Layan gambar je dulu ek....














Alhamdullilah.. Daddy Amani kata "thumb!"
- Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Ketam masak merah

Menu dinner malam sabtu..... Syiok! Sekilo masak makan bertiga... Ingatkan boleh makan 2 kali. Rupanya tidak... Sedap hingga menjilat jari...;)

Resepi?? Google sudah...;p

Daa!!





Selamat menjamu selera @ ITadakimasu!
- Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Ayam goreng madu

Resepi?

Ayam
Kicap pekat
Madu
Bwg merah+ bwgputih+cili+halia+serai = blend

Semua bahan diatas digaul dan diperap sebati. Plg koman 30 minit.

Kendian goreng.

P/s: ini entri jumaat sepatutnya. Tp Kesuntukan masa la pulak..... Enjoisss!


Done!

-Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Saturday, March 24

Udang Sepit Biru Masak Cili

Ok. Daddy Amani balik dr KL hari. So mommy rerajin la memasak sepesel. Resepi untuk mereka yang bukan pakar memasak... Ulangan... Bukan pakar memasak.

Resepi:
1. Udang galah 1/2 kg
2. Bawang merah + bawang putih + cili kering (yg dh dibuang biji n direbus) + halia+ serai +garam kasar= diblender sebati ( kalo rerajin boleh tumbuk)
Siap!

Eh... Eh... Blm lah.. Itu bahan utk memasaknyer

1. Tumis bahan yg dh diblend. Sehingga keluar minyak.....
2. Biarkan hingga pecah minyak. Pecah minyak bermaksud minyak keluar dr bahan tumisan kita tadi
3. Kalo sy, sy biarkan tumisan tu lama sikit atas api. Motif: cili masak, ramuan sebati, lagi sedap rasa kuah.
4. Masukkan sos tomato sesudu makan, sos cili sesudu makan, dan sesudu teh pati asam jawa, gula ( jika nak)
5. Selepas 15-20 minit, baru lah sy masukkan udang



6. Begini lah rupa selepas udang terjun ke dalam periuk ye kawan-kawan.......

7. Kerana sy malas nak masak satu lagi hidangan. Sy add-on brokoli dan kubis bunga sebagai hiasan...

8. Kalo brokoli dan kubis bunga tu dah layu ( jgn layu sangat, nanti vitamin hilang). Tutup api dan boleh dihidangkan.

Done! Selamat MEncuba (jika nak cuba)



- Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Friday, June 3

udang goreng butter basah

Nak share resepi ni...

udang kalo masak apa pun..mmg sy hantu bantai.. sekilo tu boleh makan sorang... tp yang menariknya.. waktu mula-mula preggy... sangat alergik ngn udang... mmg tak nak makan langsung.... tp skang dah masuk minggu 32.. dah datang balik dah minat nak makan udang... hehehe

sekarang dah melelat pulak dah cerita pasal  menda lain.. sedangkan nak cerita pasal resepi.... ini versi basah.... bukan yang kering yang ada telur bagai tu......


BAHAN-BAHAN:
500 GM/ 1KG Udang (ikut suka)
200ML susu isian sejat (susu cair) *200ML ni setengah tin susu sejat yg 400g
1 tangkai daun kari
5 biji cili padi di potong-potong (kalo tak nak pedas, boleh guna 1 biji cili merah besar) 
100gm BUTTER 
garam, gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. panaskan minyak dalam kuali (minyak hendaklah betol-betol panas).
2. goreng udang hingga kemerahan.. (jangan terlampau garing, nanti tak sedap...). asingkan
3.  panaskan kuali (kuali baru), masukkan butter... apabila butter dah cair dan berbuih, masukkan susu sejat/susu cair..... kacau hingga sebati dan pekat.. kalo nak lagi sedap.. boleh juga tambah nestum atau oat.. kalo nak plain pun boleh.....
4. kendian, masukkan garam, gula, cili padi udang dan daun kari tadi.... gaul hingga sebati
5. siap.. dan hidang.. ^_^

nota kaki: kalo tak pekat, sy tambah tepung jagung sikit ..gula tak tambah pun sebab susu sejat tu kadang-kadang ada yang dah manis...

selamat mencuba... ;)