Wednesday, July 21

milo... membesar dengan sihat!

ha! mesti suma orang pernah tgk, rasa n beli MILO rite? k.. di sini ingin saya kongsikan satu kempen anjuran MILO yang  bisa menarik perhatian anda.....

"MILO® sekali lagi tampil meneruskan tradisi pencarian pemain baru yang berbakat di Malaysia. Dengan visi untuk melahirkan bakat-bakat yang bakal menjuarai sukan tanahair satu hari nanti, MILO® aktif mengelolakan acara sukan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan peminat-peminat sukan bagi melangkah maju ke hadapan. Dengan berkomitmenkan visi ini, MILO® memperkenalkan MILO® HIDUP BOLA® pada 2006, iaitu satu acara futsal peringkat kebangsaan yang didekasikan khas untuk remaja bawah umur 16 tahun di Malaysia.

Dengan peningkatan minat di kalangan remaja terhadap futsal, MILO® percaya dapat membangkitkan semangat di kalangan mereka dalam sukan futsal untuk membina dan mengembangkan sukan bolasepak tanahair untuk masa depan. Melalui futsal, persahabatan dieratkan lagi tidak kira jauh atau dekat, luar bandar atau bandar, jantina, mahupun kaum dan bangsa.

MILO® HIDUP BOLA® merupakan satu platform yang dapat menyemarakkan semangat kesukanan yang membara di kalangan remaja, lebih-lebih lagi dalam bidang futsal/bolasepak. Dengan pengenalan kedua-kedua kategori, iaitu kategori Bawah 12 dan Bawah 16 tahun, HIDUP BOLA® menawarkan pelbagai hadiah menarik dan acara futsal yang amat dinanti-nantikan ini terbuka kepada semua remaja di 14 buah negeri di Malaysia. Peminat MILO® HIDUP BOLA® bukan sahaja dapat merasai kemeriahan bermain futsal, malah melalui MILO® HIDUP BOLA® ini juga dapat bertemukan mereka dengan individu yang berbeza dari segi cara hidup. Ini sekali gus dapat melahirkan komuniti yang bersatu padu di kalangan remaja di mana mereka dapat berkumpul dan meluahkan pandangan dan minat masing-masing dalam permainan tersebut.

Pada tahun 2010 ini, HIDUP BOLA® dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Dengan kehangatan Kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 yang meliputi seluruh penjuru dunia, kami mengalu-alukan remaja di Malaysia bagi mencungkil bakat mereka dalam arena ini melalui HIDUP BOLA®. Melalui penglibatan mereka dalam aktiviti seperti ini, MILO® akan terus membina jaguh-jaguh sukan yang baru. MILO® percaya HIDUP BOLA® 2010 dapat menyaksikan wajah-wajah baru yang berbakat serta mempunyai minat dalam arena futsal/bola sepak."

sumber : http://www.milo.com.my/hidupbola/about/default.htm

No comments:

Post a Comment

thanks for ur time dear..