Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

Thursday, September 1

hotel review: Hotel Pullman Miri

salam sejahtera.. wow macam dh nak buat teks ucapan pulak

tetiba rerajin sesangat nak menulis hari ini sebab cuaca sejuk.. kerja pon dah settle so culik masa kejap cerita pasal hotel baru kitrang stay di miri

mommy mmg org miri ... tetapi apabila cik hubby ada task ke miri, secara otomatik akan dapat la menginap di hotel secara alaminya percuma... Memandangkan cik hubby diberikan pilihan utk memilih hotel yang mana, jadi kita kompomla memilih hotel yang baru buka  (walaupun kena kuarkan bajet sendiri dahulu sebb hotel belom daftar untuk LO company).

ok kali ni kita stay di  Hotel Pullman Miri. Lokasi dia betul betul tepi waterfront miri berdekatan dengan restoran muara lelapan yang glamer tu..


Tarikh Penginapan: 31 July- 6Ogos 2016 (7 hari 6 malam )

Jenis Bilik : Deluxe Room, With 2 single beds & Sea-view
Ulasan: bila masuk je ke dalam bilik ni.. wow! mmg deko dia superb plus cantik. benda masih baru semua kan .. apa nak heran??? nama dah hotel nak dekat dekat 5* .. hehehe

layan gambar dulu ye..dan baca caption mommy komen sana sini ya


gambar gelap sikit..p/s i pakai ipon utk call dan msg je.. tangkap gambar i tak reti;p

ini partition tengah-tengah bilik. bisnes hotel kan, mcm ala empira hotel subang. open wardrobe

yg ni mmg superb sangat oii! deko sangat cantik gilosss. part paling annoying, item toiletries punya  mcm mini shampoo so on tu, kena mintak! tu pun kalo sempat terserempak dengan staff dia! kamon la! takkan staff tak kena brief pasal refill balik yg dah habis tu... kitrang stay 7 hari kot?????? mmg kitrang salu bawak toiletries stuff sendiri.. tp yg hotel punya tu kitrang buat jadi bubble bath untuk budak berdua tu...next akan jadi 3 la team mandi tu...

tapi i akan tetap datang balik la stay di pullman ni.. best what tido hotel free ..;p



ini mini pantry la konon. 7 hari duduk sini, everyday kena mintak stuff 3 in 1 tu di refill. bukan la nak kata i nak sangat benda free tu, tp kalau hotel lain setiap kali lepas diorang kemas bilik all the stuff diorang refill tau! ini perkara basic ok. 


pernah sekali ktrang stay di sunway tower hotel... housekeeping staff tu kira mcm dah kenal la sebb duduk 3 minggu kot, so dia tgk ktrang ada anak-anak, dia siap letak extra toiletries plus 3 in 1 ni semua...sampai towel pun dapat extra everyday tanpa perlu request...


ini lah sea-view yang kitrang hadap hari-hari. nanti cukup jam ada la kapal -kapal lalu lalang yang bawa pekerja offshore balik onhsore lalu kat muara ni sungai miri ni... hehehe  sea-view sangat  (mata ke atas)

ini kawasan lobi. macam standard deko je upa design pullman ni..sebab kalo masuk pullman kuching ke, atau tgk iklan pullman lain, design dia lebih kurang je. 

ini kawasan pool, ada pool dewasa dan kanak-kanak

ini muka mmg tak boleh tak, kalo stay hotel wajib mandi swimming pool

ini pool diorang, sapa pernah stay merits hotel miri, tak pon ala marina bay hotel Singapore,,, ala macam ni.. ngadap bandar pool nya. area pool ni ada jakuzi dan bilik sauna. guest boleh pilih lak nak guna mana-mana kemudahan ni. plus ada spa dan fitness gim. kalau tengah swimming di pool ni, mmg guest dari bilik boleh lihat u clearly.. malam seronok pulak tgk org swimming sebb mcm ikan duyung je org dalam kolam plus ada lampu kan



untuk komen pasal staff.. ada yang positip ada yang negatif...

1. certain staff mmg sangat beradap dan beretika kerja di hotel ni  .. ada staf oh my gucci! dia mcam pilih muka tau.. bila tgk muka makcik ni selekeh je..buat-buat tak nampak je dia...time cik hubby masuk checkin, staff mcm buat derk je tgk dia.. which was not a good perception when u are for the first time enter a house..... the next day, cik hubby pakai formal siap ada logo company.... then baru diorang buat muka manis bagai till checkout.... tp kat makcik ni... masih tetap makcik kampung ....

2. time lepak d pool, satu kaunter ala reception la kunun nya, ada staff jaga bahagian gym ada yg spa... perempuan 2 org.,. sayang mommy tak ingat nama... pandangan mata mmg tak layak ko duduk kusi front-line... muka tu mmg kena la jaga bebetul,  Senyum sayang, jangan buat muka ketat,, taula mommy ni muka tak da duit juta-juta...  huish, spoil! sebb mommy pun bertugas di kaunter perkhidmatan bersama geng sekerja lain... never ever u jeling ur client or tunjuk muka masam even ko tgk monopos ke ...pms ke... itu semua letak tepi...

3. tapi semua yg negatif ni boleh diperbaiki... improve ke arah yg lebih baik nanti ya....


breakfast-

ktrang dapat 1 je free breakfast.. i was like... erkk... salu (mmg selalu sgt) dapat 2 free breakfast than kitrg akan add on for my mum.. but this time dapat 1 je.. kendian cik hubby pergi taste dulu.. only get 2/5 star je boleh bagi... ruang besar.. tp menu dia sangat-sangat simple plus no choice sangat....... we have better di tang dynasty park hotel KK, even topup bayar rm12 je. 

OVERALL: THIS VISIT WAS NOT FAVORABLE. WE STAYED FOR 7 DAYS. BUT NOTHING SPECIAL TO REMEMBER. THANKS PULLMAN MIRI...ADA REJEKI JUMPA LAGI....

Tuesday, April 22

Leaving on a Rushy Plane

Salam


Wah! Been a while not updating my sweet heart here... Nampak sangat buzy (hahaha) it was like habis madu sepah dibuang... Bukan apa, updating fb/ twitter much much more easier than writting here.....

Last friday (good friday ph here in borneo), we are travelling unplanned journey to Kota Kinabalu by car! Mr rushy the great..;)

Kali ni travel dengan 2 orang anak pulak! Kali terakhir ke KK usia Amani (kak long) adalah seusia dengan Irdina g skang... Bila dh dengan dua anak... Daddy take care Amani n mummy take care irdina.. Plus, mummy got no time nak snap2 secara menggila... Sebb mendukung irdina sangatlah trill!!

Here some piccas both of them;















Nama unplanned journey.. So takde lah pusing2 sakan.. Cik hubby kata dia nak mam seafood di kk je.. Missed all that stuff cooking by sabahan kot?! Hehehe
As usual, kitrang akan stay di tang dynasty park hotel.. We have family deluxe room for only rm127 with 3 free breakfast... Ada juga rasa nak stay di services apartment.. Tp takut pulak tak terdayanya nak memasak .... Plus it just a short trip kan....

Here some piccas yang sempat mummy snap snap in my canggih fon... All pic taken all the way to kk/ all the way back to miri/ at tanjung aru blaaa blaaaaa...















But this time, kami sempat tgk
satu persembahan air pancut berirama di Perdana park, lokasi seberang pintu masuk KKIA2

Here some piccas;















Berada di kk for just 3 days 2 nite... Sebb banyak tempat dh cover travel before this, so tak yah lah mak p masuk 2/3 kali kn..

Sebb duit brunei banyak lagi (banyak la sangat) so kitrang sempat lah teatime di brunei.. Termengidam betul dengan cheesy cheese fries di Jolly bee  yang sangat sedap!!
Ok lerr .. Bye!! Till next entry....



Posted using BlogPress from my i5s

Tuesday, January 28

TRIP: Hong Kong 2013 tanpa Travel Ejen plus Bajet

Tarikh: 2 Disember 2013- 5 Disember 2013 

1. Airline-Air Asia (kalau mampu, naik airlines lain ye)

Bintulu-Kuala Lumpur- Hong Kong = RM2090

AirAsia ticket 3 Person
Return Promo plus
Luggage 30kg depart/40kg arrival plus bevarage for 3 of us.
Length of Journey- 3hrs 40 Min
p/s: LCCT sangat la terukss suasananya sekarang... sangat jauh nak dibandingkan dengan Apot Hong kong even naik low cost carrier.... TILL DATE MEI 9 2014.. SKANG DAH KLIA2.. CANTIK WOOO BERBALOI NAIK aa DARI mAS

2. Accomodation-
Hotel California, (2 langkah je masuk stesen MRT YE!)
Tsim Tsa Tsui, Hong Kong (kawasan ni mmg di tengah tengah bandar hong kong, mcam area bukit bintang la..)
Booking dr malaysia-rm883.( book tru Agoda.com)
Sampai Hong kong, sangat terkejut!  bilik tersangatlah sempit untuk masukkan Amani plus beg...
Nak tak nk kitrang upgrade lagi bilik ke 3 og dan tambahan lagi 900hkd (untuk 3 malam) ....
SO FAR UNTUK BILIK DIA OK.. bilik mandi ada pemanas, siap ada pemanas dalam bilik sebab sejuk hongkong time kitrang pegi.. siap tak PERNAH ON aircond sebb mmg sejuklah sesangat time ktrang dtg ni
Tambahan-RM382.20
Total-RM1265.20

3. Duit Bekal  - Time kitrang pergi kadar tukaran ialah RM42= 100 HKD. Dan kali ini kami travel mmg bawak CASH ONLY! TANPA guna credit card (sebb dah full buat bayo tiket flight n hotel). dahtu tak aktipkan langsung ATM Card untuk pakai di obersea (ini mmg tak patut tak buat!! )

dan kitrang tukar RM3500 = 8,333hkd! hambik kau.. dahtu kitrang divide la 4000hkd sorang laki bini n berharap akan survive.. ;)

p/s: tukar sesiap di MALAYSIA! tukar di hongkong- kitrang try rm100- jadi 240 hkd je!

duit ni mmg keseluruhannya untuk:
  • pengangkutan (semua bayar pakai OCTOPUS CARD YE!)
    • MRT
    • Star Ferry
    • double decker bus
    • TRAM
    • teksi (tak naik langsung pun di HK)
  • cenderahati- wajib beli dalam Disneyland sebab sangat cantik dan awesome walaupun agak mahal
  • shopping PERSONAL(barang-barang merepek macam perfume... hehehe)
  • keluar masuk Tourist Spot yang berbayar
    • Disneyland Hong Kong- 450hkd utk adult/ below 3years free
    • Maddame Tssusade Hong Kong
    • The Peak
    • Sky Terrace

4. Makan Minum- kitrang anak beranak berjaya untuk tak beli apa-apa pun makanan sepanjang jenjalan kecuali hari terakhir sebab nak habiskan Dollar Hong kong. Mummy pack kan beras, makanan tin, plus nesvita, 3 in 1, air kotak segala buat bekalan. PERCAYALAH! Ini sangat menjimatkan sebb duit makan kat kedai leh buat beli benda lain! bajet tapau dari Malaysia =RM100.


5.TOTAL:RM 6955.20 

kalo saya rajin, nanti saya buat detail post pasal perjalanan di sana... kalo rajin.......
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, December 10

Confinement day #35: we are @Hong Kong, Republic of China

Salam....

Hari 35 berpantang... Lagi 9 hari nak tamatkan tempoh berpantang..

Dan pada hari 35 ini merangkap tarikh masihi 2 Disember 2013 kami bertiga berangkat ke Hong Kong untuk percutian seterusnya...😃

Kompom ada yang tertanya (adakah?) kenapa bertiga n tidak berempat.. Sesungguhnya nenek Amani tidak memberikan pelepasan untuk baby Irdina follow sekali... Dalam hati mummy n daddy mmg kuat nak bawak sekali.. Tp ada pro n kontra jugak....

Dan percutian ini berakhir pada 6 Disember 2013..... 5 Disember 2013 genap usia perkahwinan kami 4 tahun... Alhamdulillah

ps: nanti ada kelapangan mummy tuliskan lebih details...


Lapangan terbang Hong Kong terminal 2


Check-out


Avenue of stars






Antara pancingan...


Victoria Peak





Hong Kong Disneyland


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 29

Tick tock tick tock




Are you ready????????



Get set.. ...




Go!



Oppss


Few days left



Ready to fly.....✈️✈️✈️✈️✈️✈️


P/s: doakan semuanya berjalan lancar...., tick tock tick tock

Bye!

Pss- all pic credited to Google images search

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 7

Entri tertangguh: jalan-jalan langkawi 2013 (Day 1)

salam sejahtera,

dah masuk minggu 36 kehamilan dah ni.. kiraan matematik bulan 9 bulan.. kalo kata bidalan mengandung 9 bulan 10 hari..  tp berdasarkan pengalaman mengandungkan Amani mummy beranak minggu ke 40. dengan kata lain bulan ke 10.. itulah tak tahu camne leh kuar istilah mengandungkan anak 9 bulan 10 hari tu.. huhuhuhu

merepek pulak dah.. ni nak cita psal jalan jalan ... tahun dah nak berganti baru teringat nak mencoret kat sini.. bukan apalah nak tulis kat sini. sesaja kang ada masa senggang busan.. leh view balik dah jalan p mana kan.... so ari ni tetiba semangat nak cerita pasal p langkawi plak dah...

entri terdahulu pasal ni ada kat sini. Entri ini sangat la panjang, dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental nak menaipnya.. hehehehe

 so banyak part ye!

Travel period: 27 MAC SEHINGGA 30 MAC 2013 (4 hari je pon!)

Hari PERTAMA @ Day 1 (27 MAC 2013)
It's my bufday!!! happy 29th birthday to me! hahaha mmg sengaja pilih hari ini kot... tiket dah beli awal tahun.. dahtu time beli, kitrang amik yang termurah la kononnya... amik la flgt dari miri ke kl, tp tak amik tiket balik lagi.....sebab nak jaga bajet la kononnya.. tapi kitrang amik fligt langkawi/KL pergi balik sebab mmg rasa sangat murah lah kononnya kalo pergi bertiga time tu plus beg segala kan....

nak dijadikan cerita, bilA TIBA SAAT nak pergi, daddy plak kena fly ke KL seminggu sebelum tu. so nak tak nak beli la tiket dari Bintulu pulak dan kali ni sebab tiket ke KL mmg dah mencanak naik, nak tak nak beli la jugak tiket Bintulu Ke KL , daddy hanya balik bintulu semata nak p amik mummy n amani... hua hua hua.. mmg membazir sudah di sini ye.....

perjalanan dari bintulu ke kl amik masa dalam 2 jamlah.. then kitrang bermastautin di LCCT terlebih dahulu, n tunggu jam 3.30 petang untuk fly ke Langkawi pulak dah. waktu ni Amani mmg dah sangat laju berjalan dan mmg dah tak reti lah nak duduk diam.

flight kl ke langkawi makan masa 30 minti ke  sejam je (tak ingat lah deng)... tu pon kitrang lama kat atas tunggu nak landing sebab keadaan trafik udara sesak.. oh ye! time kitarang pergi ni. kebetulan LIMA 2013 sedang berlangsung.. dan mmg ramai giloss manusia plus semua benda jadik mahal dan sesak!!
Selamat Datang Ke Pulau Langkawi.. ^_*


sesampai je kat airport, kitrang terus la mencarik kereta sewa... memula nak book awal-awal dari Bintulu, tp servey punya servay, nampak sangat pemilik kereta sewa naikkan harga kereta sewa diorang smapai 3 kali ganda! so kitrang decide la nak kamikaze je amik sewaan setibanya di langkawi. Keluar je dari pintu ketibaan, dah bertembung dengna deretan kaunter syarikat kereta sewa.. dan harga yang ditawarkan takdelah mencekik sangat, tapi masih mahal lah berbanding kalau kita smpai langkawi pada hari-hari biasa (bukan cuti skolah mahupun LIMA)

kitrang amik kereta VIVA je.... dahtu meneruskan perjalanan terus ke MALI PERDANA RESORT di pantai Cenang, kitrang pilih stay kat Cenang ni atas nasihat besties mummy.. diorang dah sampai dahulu ke langkawi ni. katanya better duduk cenang sebab lebih happening daripada duduk di KUAH (tgh bandar). sebab kuah pekan mati bila tiba malam. 

untuk tempahan hotel ni, kitrag buat try Booking.com. melalui booking ni nampak murah, tetapi terdapat hidden cost macam gomen tax dan service tax segala. dan kami bernasib baik sebab dapat bilik, mummy tempah sebelum LIMA 2013 diumumkan tarikhnya lagi. so kira macam dah tak risau la untuk penginapan. amik senang kitrang tempah 3 malam terus lah. berdasarkan pengalaman TN N TKIZ, mak tak sesat punyer kalo duduk dalam Langkawi ni. pusing-pusing tang tu jugak,

p/s: namun percayalah, bahawasanya  mummy lebih prefer untuk menempah hotel tru Agoda.com sebab harga semua termasuk tax, breakfast n bila sampai hotel dah tak perlu nak tambah apa-apa lagi atau kuarkan duit bayar otel lagi.

Hari pertama ni, dengan keadaan mummy yang mmg tengah mabuk kepayang, dan kesiannya Amani n daddy kena follow mummy duduk dalam bilik je.... sebab mmg dah tak larat sesangat kot nak berjalan dengan keadaan asyik nak muntah n pening kepala...... huhu hujungnya, kitrang lepak dalam bilik je smbil makan lah apa je yang ada.........


BAJET HARI PERTAMA
A. Tiket kapal terbang
1. MYY-KUL RM 210 (burned!)
2. BTU-KUL/ KUL-BTU  RM966  (2 adult + 1 infant)
3.KUL-LGK/ LGK-KUL RM379.00  (2 adult + 1 infant)

TOTAL TIKET : RM1555 (ni dah boleh sampai HONG KONG OK!!!)

B. Bayaran Kereta Sewa
1. VIVA 1.0CC- Untuk 3 mlm RM 350.

C.Penginapan-  MALI PERDANA RESORT, pantai cenang
4 hari 3 malam - RM423.40 

Bajet makan-makan tak yah la share eik!


  TOTAL BESAR: RM 2328.40
 

Tuesday, August 20

Selamat Hari Raya 2013/ 1434H

Assalamualikum dan salam sejahtera...

RAYA MODE
  • masih mode raya lagi arini... baru 13 Syawal... InsyaAllah kalau ada kesempatan, ingin dan akan rasanya membuat sunat puasa syawal dan seterusnya ganti kan puasa yang tertinggal tu....
  • Tahun ini giliran menyambut Aidilfitri di Kuching... umah sebelah hubby plak.. kitrang balik seminggu awal, sebab dah lama sangat rasanya tak menjenguk Parent in laws
  • dah masuk kali ke 2 rasanya menyambut syawal terlebih dahulu di umah mentua. jadi macam dah terbiasa sedikit walaupun kekoknya masih ada
  • untuk syawal kali ini. mummy preggy masuk 7 bulan.. dahtu sabtu ahad mummy akan merajinkan diri nak buat kek sendiri untuk hidangan hari raya... bukan apa.. pengaruh rakan kat opis jugak.. excited tengok diorang berkongsi resepi dan teruja jugak rasanya nak buat sendiri...
  • tahun lepas banyak pembaziran dalam menyediakan bahan kek... tp tahun ini agak teratur dan Alhamdulillah takde la membazir.... 
  • menjadi satu kepuasan yang tak terucap bila kita tengok sendiri apa yang dah disediakan untuk hidangan tetamu adalah hasil tangan sendiri dan bukan beli  tunjuk..^_^ 
  • raya ke -5 kami dah start travel balik ke miri. dan perjalanan kali ini rasanya makin pnjng. di mana kami terpaksa bermalam di sibu sebab mummy dan Amani mabuk perjalanan. mungkin tak makan tengahri sebb semua kawasan rehat tak buka kedai makannya... mungkin masih mode raya lagi.
KANDUNGAN
  • adik amani ni dah masuk 29 minggu 2 hari saat coretan ni.. benarlah kata orang.. setiap kandungan dan kelahiran pasti ada saat manis pahit yang berlainan
  • tipulah kalo kata kali ini takde perasaan takut dan gementar. perasaan itu sentiasa ada. entah bagaimana sesi pertarungan melahirkan Hamba Allah ini nanti
  • "berikan  yang terbaik dan permudahkan la segala urusan ini ya Allah" 
  • bila kandungan dah masuk 7 ni.. mula la excitednya nak sediakan barang-barang keperluan. baju baju NEW BORN Amani yang mash elok sesangat dah start dibasuh .... mana yang dapat diguna pakai semula akan digunakan....  
  • insyaallah kali ini memilih doktor yang sama menyambut kelahiran Amani yang lepas, masuk kandungan 8 bulan nanti akan mula buat checkup dengan Dr Lee. pakar sakit puan di Miri City Medical Centre. bukan tak nak beranak di Bintulu, tpi lebih mudah di sisi family sendiri. mak pun dekat dan segala urusan selepas bersalin lebih mudah Insyaallah
  • dalam perancangan, nak berpantang di umah sendiri di Bintulu... tapi... tengoklah nanti bagaimana....
Gambar?
hehe.. tetiba malas nak share gambar kat sini.. sebab banyak dah di muatnaik di FB.. kalo rajin boleh lah ke www.facebook.com/SurimahSueHasburllahWan


wassalam....

Friday, June 7

cuti Gawai 2013: Karipap Pusing

selepas kejayaan untuk membuat karipap berhasil.. akhirnya hari kedua cuti Gawai tu rerajin la sesangat nak buat karipap versi pusing.. kali ini guna resepi kat bawah ni, thanks kak liyana! sharing is caring... 

Resepi Karipap Pusing
Bhn utk doh:
Doh A

2 cwn tepung gandum
1/4 cwn air ( bole tambah jika kurang)
sedikit garam

Doh B:

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn margerine ( jika belum boleh mnjadi doh tambah lg margerin)

Cara membuatnya...

1. Satukan bhn A uli sehingga sebati dan menjadi doh.Bulat2kan sebesar bola golf.ketepikan.
Bila bhn dah menjdi doh ketepikan.Buatlah bebrepa biji dgn adunan yg ada.

2. Uli pula bhn B sehingga sebati dan bole dikepal.Jika masih berderai bolelah ditambah sedikit margerine
lagi.Awas jgn terlalu byk margerine nnti pastrinya terlalu rapuh dan kurang sedap.Bila bhn B dah sebati
bulat-bulatkan sebesar bola golf .
Buatlah beberapa biji dgn adunan yg ada.

3. Ambil bhn A leper-leperkan dan masukan bhn B seperti inti.( Bhn A masukan dlm bhn B).
Bulat2kan kembali......
4. Setelah semua siap di bulat, leperkan mngikut ketebalan yg sesuai... (jgn terlalu tebal dan jgn terlalu nipis)
5. Setelah dileperkan, gulung adunan td dan potong adunan kepada 8 bahgian.
6. Leperkan setiap bhagian, masukan inti dan buat sisi karipap spt biasa. ( permukaan yg digelek adalah bhgian luar karipap)
7. Goreng dgn mnyak yg byk dan jgn terlampau panas. Menggoreng dgn cara mnyiram mnyak ke atas karipap supaya pusingan nya lbih ketara...
Selamat mencuba... ♥♥♥
 
huargh! excited menjadi... hehehe
 
 post signature

Cuti Gawai 2013: Karipap Versi Biasa


Ini Entri Tertunggak.. baru nak hapdate....

Okey! Cuti panjang..4 hari wok! Mana tak rerajin nak masak.. Pagi td buat lAksa sarawak.. Ni mmg dh expert punya otai (pujidiriituperlu)......
Lepas tu buat la jejak jejak blog... Terjmpa la resepi buat karipap.. Apa lagi.. Tgk bahan semua ada.. Terus la buat...;)

Ini Versi Karipap Biasa tak pusing pusing ok.. untuk karipap pusing ada lagi kisahnya... hehehe
 
Kredit to Hasue... Resepi kitak share semua best!!!!
Karipap Ros Sedap
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

bye!

ini sebelum masuk kuali untuk digoreng

atas tu, karipap sedikit hangit sebab api kuat. yg bawah tu laksa sarawak leerrr



post signature

Thursday, January 10

Catatan 2.17 pagi

Lama nak pikiaq tajuk... Jam 2.17 pagi aiiih maknya ni nak menulis.... Saat ide@ideanya datang... Nak tak nak buat lah kan...

Saja nak membebel sendiri di sini... Andai ada terasa hati... Maaf, ini nukilan peribadi......

1. Kadang kita minat sesuatu benda, bukan sebab kepercayaan atas kebiasaan. Contoh- beli loket Tulisan cina bertulis (kebahagiaan/percintaan). Menurut kepercayaan cina ianya kalo dipakai akan membawa maksud tersebut. Halo! Kalo og Islam dh minat. N kelihatan kiut bila pakai, dan membelinya tanpa maksud apa-apa.. InsyaAllah iman, akidahnya masih terjaga sayang oiii.....

2. Kadang-kadang, apabila kita merasakan terlampau banyak dh nikmat dikecapi, jangan sekali-kali bangga diri. Ingatlah mati itu pasti...... Jangan selalunya nak menyakiti mahupun merendahkan diri og lain... Masing-masing akan nampak kekurangannya....

3. Sudah-sudahlah bercakap tp isinya tak ada.... Sudah -sudahlah mengata tp mengata dirinya sendiri.....

4. Dah la Surie... P tido sekarang...

Salam......




p/s: belinya tahun lepas, tp rezeki kami dpt pergi time LIMA 2013 berlangsung.. Tak tahu pun pada tarikh tu. All booking done! Counting.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, February 10

cuti-cuti sabah

subhanallah. cantik betul pemandangan di sini

hampir sebulan la jugak dah balik dari sabah...ini merupakan kehadiran ke 4 ke negeri pimpinan Musa Aman,  tp satu entry pun tak sempat nak buat.. or kata lain nya malas nak buat atau kata lainnya lagi MALAS! kesudahannya earning dalam nuffnang pun tak bergerak...dan sebarang iklan untuk 2012 langsung x masuk.   padan muka!

kali ini mr & mrs hubby ada geng baru untuk bercuti-cuti... cutey Amani.. welcome to the club. u are so lucky because ur parent kaki berjalan! tahniah and alhamdulillah budak tomey! entry kali ini mmg akan banyak gambar dari kata-kata ..

tp apa yg boleh diucapkan, percutian kali ini, adalah yg pertama buat diri mrs ni tak amik gambar sesuka hati.. sebab first time jalan bawak baby yg mmg tak reti duduk diam... jadi amatlah sedikit jumlah gambar nyer.... berada di negeri di bawah bayu selama 9hari 8 malam! hambeq ko!
kecuali simpang mengayau jer tak jejak lagi.. hopefully nanti leh sampai kalo ada rezki... at least tourist spot terdekat di kk semua dah masuk..yippie!

biarlah gambar menceritakan segalanya...sebarang pertanyaan, boleh la diajukan ke kaunter pertanyaan (bluerk!) PM me je.... nanti i sudi menjawab segalanya.... ;)

gambar hari pertama di kota kinabalu






tahap kegelian yg melampau!




waktu singgah sekejap di bandar seri begawan, brunei 

poring hot spring
ada banyak lagi... tp ..hehe pepaham la... boleh tgk kat fb sy kalo rajin ek...;)