Tuesday, May 22

Long deep silence



lama betul dah tak menulis di sini. iklan pun macam dah kena tarik dah, on & off. selamat tahun baru kepada yang sudi menjengah.... dan dah masuk bulan ke 6 2018 merangkap anak ke 4 dah nak masuk 9 bulan...dan beberapa hari lagi kita akan ditinggalkan Ramadhan.....

tahun ini dimulakan dengan kehidupan coretan cerita kita pindah ke rumah baru.. yang mana rumahnya dibeli tahun 2012 kemudian siap 2014 tp tak leh nak duduk sehingga 2017... siapa pernah tahu perasaan menunggu tu macam mana, dari anak seorang sekarang dah ada 4 anak baru kita boleh pindah masuk... tapi seronok bila kita pindah masuk anak-anak dah mula mengenal kehidupan dan dah pandai menzahirkan isi tersirat perasaan mereka.. kemanisan itu lagi terasa dan takkan dapat dilupakan..... dan lebih seronok bila anak anak semakin membesar dan sudah pandai menilai erti cantik, mahal dan berjaga-jaga...



kami pindah masuk selepas mengambil kira sempena hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW... 1 Disember yang lepas... alhamdulillah.. semua nya berjalan lancar... proses pindah 100% kami berdua berjaya laksanakan..... dengan kudrat dan daya sendiri.. dan kemudian mcm biasa mommy mintak me time- massage.... ehehheehe

jadi kebiasaan nya minggu anniversary mmg kami suami isteri akan amik cuti rehat seminggu, but then 2017 punya celebration mmg digunakan sepenuhnya dengan mengankut dan mengangkat semua barangan di Flat UPM ke rumah manis rumah.... seronok bila sama-sama susah senang keluarkan dan masukkan balik barang-barang sedia ada .. dan bila dah pindah randah macam ni, kita dapat tgk brg kita banyak mana selama idup di tempat org ni...

to be continue.. rajin nanti update lagi

Thursday, November 2

30 Kesan Maksiat dan Dosa?

30 Kesan Maksiat dan Dosa?

Setiap dari kita mesti pernah buat dosa dan maksiat. Buat setakat pernah, bahkan mengulangi lagi dosa-dosa itu. Sebab apa ulang? Sebab rasa seronok. Tetapi, dalam dunia ini juga, setiap perbuatan dan tindakan kita, PASTI akan ada kesan. Kesan sama ada baik, atau buruk. Jadi hari ini, insyaAllah kami akan kongsikan KESAN daripada berbuat maksiat.

Untuk apa?

Supaya kita sama-sama muhasabah, dan berusaha sebaik mungkin untuk tinggalkan maksiat. Moga Allah pelihara dan bantu kita untuk tinggalkan maksiat sebelum kita jadi mayat.

1. Membantutkan potensi diri

Baca surat panjang Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqash semasa pembukaan kota Parsi.

2. Nafsu tidur akan bertambah

Kata Hassan al Basri, 

"Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan dosa, dia akan terhalang melakukan solat malam dan puasa di siang hari".

(Al-Maqrizi, Mukhtasar Qiyaam-Allail)

3. Nafsu makan akan semakin liar.

Kata Ar Robi’ (semasa menambah kata-kata Imam Syafie),

"Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.”

(Siyar A’lamin Nubala)

4. Banyak kerja tak menjadi.

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 124, 

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

5. Allah tarik keberkatan rezeki.

“Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.”

(Riwayat Imam Ahmad)

6. Hubungan dengan manusia makin rosak

Kata seorang salaf,

"Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.”

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

7. Allah tarik nikmat kesihatan tubuh badan

Kata Ibnu Abbas r.anhu,

“Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

8. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati.

Kata Imam Malik,

“Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.”

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

9. Otak malas berfikir.

Kata seorang ulama salaf,

"Perbuatan dosa dan maksiat mampu merosakkan akal fikiran manusia kerana dalam akal fikiran ada cahaya, manakala perbuatan derhaka dapat memadamkan cahaya. Apabila cahaya itu padam, akal fikiran menjadi lemah.."

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

10. Allah tarik keberkatan masa

Kata Ibnu Qayyim,

"Sungguh! Maksiat itu adalah sebab hilangnya keberkatan rezeki dan waktu."

11. Allah tarik nikmat beribadah

Lihat penerangan nombor 3.

12. Melengah-lengahkan solat terasa normal

Kata Ibnu Qayyim,

"Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali"

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)


13. Susah menerima teguran dan nasihat.

Allah berfirman dalam surah al-Muthaffifiin ayat 14,

“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”

14. Rasa diri hebat dan paling betul.

Allah berfirman dalam surah as soff ayat 5,

Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.

15. Semua orang dia nak komplen

Allah berfirman dalam surah al maarij ayat 19 -21,

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah,
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

16. Tak suka tengok kelemahan diri

Lihat pada poin 13 dan 14.

17. Suka cari kesalahan orang

Allah berfirman dalam surah yaasin ayat ke 18 dan 19,

Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

18. Sebulan tak baca Quran rasa normal

Lihat pada poin nombor 3.

19. Hati tak terasa apa-apa dengan kematian

Kematian itu sepatutnya menghidupkan hati. Tetapi apabila hati tak terasa apa-apa dengan kematian, itu tanda hati dan mula "nazak".

20. Sukar bergaul dengan masyarakat

Lihat pada poin nombor 6

21. Jiwa cepat resah

Rasulullah sallahu alayhi wasallam bersabda,

“Mintalah fatwa pada jiwamu. Mintalah fatwa pada hatimu (baginda menyatakannya sampai tiga kali). Kebaikan adalah sesuatu yang menenangkan jiwa dan menenteramkan hati. Sedangkan keburukan (dosa) selalu menggelisahkan jiwa dan menggoncangkan hati.”

(Riwayat Ahmad dan Ad Darimi)

22. Cepat putus asa

Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 36 dan 37,

“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.”

“(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”

23. Suka lari dari masalah

Lihat pada poin nombor 22

24. Suka mencarut

Rasulullah sallahu alayhi wasallam bersabda,

“Tidak lurus (istiqamah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”

(Hadis riwayat Ahmad)

25. Cepat marah dan melenting

Rasulullah sallahu alayhi wasallam bersabda,

"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api.."

(Riwayat Abu Daud)

Syaitan itu sifatnya sukakan maksiat. Mana ada syaitan sukakan pahala dan amal soleh.

26. Subuh gajah terasa normal

Lihat pada poin nombor 12

27. Mengelak dari majlis ilmu

Lihat pada poin nombor 8 dan 9

28. Mengelak dari bersama orang yang soleh

Maksiat biasanya membuatkan kita SENGAJA menjauhkan diri daripada orang-orang soleh sebab takut daripada ditegur atas maksiat.

29. Memendekkan umur dan keberkatan hidup

Kata Ibnu Qayyim,

"Ketahuilah bahwa maksiat dapat mengurangi umur dan pasti dapat pula mengurangi keberkatannya, sebagaimana pula amalan kebaikan dapat menambah umur. Itulah perbuatan dosa dapat mengurangi umur."

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

Bahagian ini, ulama' ada selisih pandangan. Ada yang kata kurangnya umur ni maksudnya kurangnya/tiada keberkatan hidup. Tiada keberkatan hidup ni maksudnya hidup jauh dari Allah. Ada juga kata ia memang hakiki kurang umur. Walaupun Allah dah tetapkan ajal, tetapi Allah juga ada hak untuk panjangkan umur, dan pendekkan umur. berdasarkan apa yang Dia mahu. Sebab memang ada hadis tentang panjangkan umur.

Wallahua’lam.

30. Maksiat menumbuhkan maksiat lain

Kata seorang ulama salaf,

"Jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorongnya untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi pelakunya."

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)


Moga Allah beri kita kekuatan untuk meninggalkan segala maksiat dan ketagihan maksiat, lalu dengan pantas berlari kepada Allah untuk bertaubat lagi dan lagi sampailah mati. Huhu.

Wallahua'lam

- Shukery Azizan -

Sunday, August 20

Sh. Ameera Ufaira- pengalaman bersalin.

HARI KE 30 SELEPAS BERSALIN.


- seminggu sebelum kelahiran.. mommy makin penat.. terasa berat bebenar dh membawa seorang bayi dengan anggaran 2.7-2.8kg kata Dr.
- kali ini, adalah kelahirannya disambut oleh Dr yg sama menyambut kelahiran Syed Ameer Rizwan...2 tahun yg lepas...Di Bintulu Medical Center
- Khamis, 20 Julai.. Mommy x masuk pejabat.. ingatkan dah nak bersalin dengan tak boleh tido malamnya... rupanya false alarm....
-jumaat, 21 Julai... masuk pejabat.. makan pagi dan tengahari sesama kawan di pejabat.. kemudian berjalan2 dan selesaikan saja apa yg patut... sebab mmg dh merasakan akan bersalin dalam masa terdekat....malam ni, perasaan nak makan laksa sarawak membuak pulak.. jam dah 10 malam.. tp niat ditangguhkan.. tunggu esok.. lagipun dalam seminggu ini... menu laksa sarawak mcm dh hari2 makan..
- Sabtu, 22 Julai, jam 4 pagi... mommy rasa sakit pinggang yg sangat tp masih mampu bertahan.. bahagian ari2 dh terasa pedihnya.. tp masih memaksa mata untuk dilelapkan....
-jam 7.30 pagi, bangun dan nak buat laksa. potong ayam, udang, rebus mihun dan... tgh merebus ayam untuk stok.... kepedihan semakin terasa di bahagian ari-ari... lain macam dah ni...
- terus mandi dan gerakkan mr. hubby.. dan kontraksi seakan 5 minit jaraknya... mr hubby siap mandi menyanyi.. aii.. ilek pulak cik abang ni mandi... dan terpaksa diberitahu mmg dh rasa nak bersalin... berat tu dah makin terasa di bahagian bawah.. 
- sampai hospital 8.30am pagi, direct ke klinik dr lim.. potong que sedia ada... dr lim periksa bukaan, oh my surimah! it's... already 9cm... if any contraction to push.. please wait..😂 stop walking n use the wheelchair to the labor room.... masuk bilik doktor lenggang kangkung sekali kuar naik wheelchair siap senyum lagi .... 
- 8.45 am i was in the labor room, before there's a young woman waiting for her c-sec... going out n we are smiling each other..
- nurse mcm dh kelam kebut sebb tetiba diberitahu ada patient nak bersalin.. mommy tukar baju  and baring atas katil untuk bersalin... mulut dah tak berhenti dengan zikir Nabi Luth dalam perut ikan,... 
- Dr lim masuk, Suri, sy pecahkan air ketuban.. if any contraction happen.. u be ready to deliver... few mins.. the sensation are cominggggg.....
- dengan berpandukan arahan dari encik doktor, Sh Ameera Ufaira dilahirkan.... dalam meneran tu, cik hubby yang berdiri sebelah kanan tetiba tukar posisi ke depan nak tengok jugak ufaira keluar .. hehehe n i was.. wheres my husband?? time meneran sempat pulak malu takut terberak.. oh my! selepas 2 kali pushing.. welcome to the world dear!

- u are blessed! dan dr Lim berulangkali menyatakan begitu sambil membuat kerjanya yg seterusnya...u're coming here, within few minutes it's time... oh my! u're been blessed! i really believe that woman like u are blessed! kalau la kamu dtg tengah malam td.. sy mmg tak sempat nak sambut anak kamu.. kerana jarak umah sy, 30 minit dr sini.....😘
- dan sesungguhnya.. dalam hati ini menangis mengenangkan dosa2 yg pernah dilakukan selama d muka bumi Tuhan ini....😇

9.15 pagi, 22 julai 2017, Sabtu @ Bintulu Medical Centre... merupakan kali ke 4 mommy melahirkan seorang lagi kalifah muka bumi dengan berat 2.84kg... 

Nama nya - Sharifah Ameera Ufaira Binti Wan Hasburllah- yang mulia PUTERI YANG BERANI BINTI KEKASIH ALLAH 😘😍😇





Tq Allah.