Showing posts with label wednesday. Show all posts
Showing posts with label wednesday. Show all posts

Wednesday, December 31

31 Disember 2014

 Salam

Mengambil masa dan waktu mencatat catatan untuk hari terakhir pada tahun 2014.  Tak sangka sungguh dah mencecah hari terakhir untuk sesi kali ini. Alhamdulillah ya Allah, masih lagi diberi peluang untuk diri ini mencuci dosa-dosa yang pernah dilakukan, besar atau kecil, masih berdosakah atau telah tersuci kah....

Mengharapkan tahun yang akan datang akan memberikan seribu rahmat dan keberkatan bukan sahaja untuk insan bernama Surimah Haji Basri ini, malah untuk suami yang sentiasa di hati Wan Hasburllah Wan Julihi, serta anak-anak yang telah dilahirkan dengan sepenuh tenaga dan sekuat hati Sharifah Ameera Amani Wan Hasburllah dan Sharifah Ameera Irdina Wan Hasburllah.

Tidak melupakan ibu yang sangat dikasihi Hajah Siti Atikah Sidi, Ibu dan ayah mertua, Binot Halus dan Wan Julihi Wan Ajoli serta arwah bapa yang sangat ku rindui Haji Basri Ani. Diri ini tidak pandai menggambarkan perasaan melalui perlakuan atau pernyataan mulut, tetapi percayalah bahawa diri ini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semuanya..... moga tahun yang mendatang ini juga memberikan lebihan rezeki tidak kira lah dari segi wang ringgit, harta benda, malah ada yang lebih bernilai iaitu kasih sayang yang melimpah ruah dari anak-anak dan cucu. serta doa-doa menuju rahmat dan kasih sayang Allah yang takkan pernah putus untuk selamanya hingga lah kita bersama di Syurga......

Keluarga tidak kira adik beradik kandung dan ipar, kita semua adalah keluarga yang satu. makcik dan pakcik yang sentiasa memberikan pandangan dan nasihat, sentiasa ada kala susah dan senang, semoga tahun yang akan mendatang nanti memberikan lagi kita seribu satu nikmat keakraban satu keluarga yang tidak ternilai harganya,

rakan-rakan dan sahabat taulan, kita mungkin  bukan dari rumpun yang sama, dari agama yang sama. tetapi kita sama-sama berada di satu bumi yang nyata milik Sang Pencipta. doakan persahabatan kita untuk tahun mendatang menjadi satu persahabatan yang memupuk perpaduan dan kesepakatan selalunya... yang memurnikan kehidupan dan memberikan seribu satu kenangan yang terindah dan abadi selamanya

panjang ceritaku pagi ini. insya-allah akan lebih berusaha untuk membina keluarga yang harmoni dan sejahtera serta memberikan yang terbaik dari semua segi untuk semua insan yang berada di sekeliling.

Amin. Terima Kasih Ya Allah






31 Disember 2014
8.15 pagi

Wednesday, July 10

Welcoming Ramadhan... Selamat Menunaikan Ibadah

post signature

tik tok tik tok, dah datang semula Ramadhan, semoga semuanya berjalan lancar.. dua tahun lepas menyambut ramadhan dengan berpantang... dan tahun ini mummy sambut Ramdhan dengan  berbadan dua.. dan mengharapkan berkemampuan untuk menunaikan semua ibadah sepatutnya dengan jayanya dan tidak memudaratkan diri dan adik Amani...

buat semua.. selamat menunaikan ibadah dan jagalah amalan kita masing masing.....

Wasalam...

Wednesday, September 19

# 10 Wordless Wednesday: turqoise bedroom



p/s: selagi tak siap umahnya.. selagi itu boleh verangan.. ;p

Wednesday, June 13

# 9 Wordless Wednesday: Help me to choose Kitchen Kabinet









p/s: semua rekaan adalah hakmilik homerich sdn bhd.
p/s/s:tak tahu nk pilih n redesign.... ;(

Monday, June 20

What is wordless wednesday?

arini mmg Monday... tp sahaja je nak bagi info menarik pasal posting bertajuk "wordless wednesday"..... mungkin ramai blogger or reader yang pernah terjumpa entry bertajuk sebegini... atau dalam bahasa melayu nya ditranslate secara lurus.... to be honest.. first time terjumpa entry Wordless Wednesday ialah tru entry Hidd.

RABU tanpa Kata.. heehehee

menurut  Answer.com..... diterjemahnya begini:

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

entri lain dalam BM atau bahasa kebanggaan kita....

Rujukan: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa  description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan...

dah faham tak???k detail dia macam ni lah..

Wordless Wednesday ialah satu culture di mana pada hari rabu most of the blogger Worldwide akan post gambar je takde nak taip cecah lantai.  Gambar tu tak kiralah korang jumpa kat google ke ataupun gambar yang ada dalam koleksi photobucket korang yang penting gambar tu ada maksud yang tak perlu diterangkan dengan ayat.  Simple je kan... source:http://www.suterablogger.com

itew saja!!! daaaaaa.....