Saturday, June 30

Edisi Rajin: housekeeping.





fuh fuh! Penat siot every weekend housekeeping... Tambah lagi bila just berdua bersama Amani... Dengan menangis tak nak tinggal sorang..plus anak yg masih breastfeeding... Kompom menduga jiwa....(. Ceh! Ayat tak leh blah) hehehe

Ari ni sekali lg, bilamtak jenjalan balik Miri kompomlah tak de menda nak buat.. Ditambah plak daddynya keluar mencari rezki.. Jadi omaknya ni kenalah rerajinkan diri menghousekeeping.... Hehe tp setelah berfikir dengan sedalamnya... Hehehehe.. Kena ada solution lah... Tak tahan jiwa ini nak buat semua menda dalam sekelip mata.. Kalo daddy amani x kerja.. Kompom kitrang tak duduk umah mcm ari ini...

Solusinya... Mommy come out with tiz schedule.... Any komen?


Isnin: Mengemas ruang tamu dan vakum
Selasa: Mengemas dapur dan mop
Rabu : Menyimpan lipatan kain baju
Khamis : Mengemas bilik2 dan vakum
Jumaat: mengemas ruang tamu dan vakum (mungkin ada tamu bertandang besok!)

k done! Harapnya jadual jgn tinggal jadual je




Wednesday, June 27

cukup ker?

 sejak dua menjak menggantikan puasa tertinggal semasa cuti bersalin tahun lepas.. aku sangat concern dengan intake pengambilan air seharian.. ditambah pulak dengan keadaan sekarang yang menyusukan amani sepenuh masa malam hari.. dan mengepam siang hari.. hasil dari bacaan ringkas di sini, akhirnya keputusannya begini........

A person who is 138 pounds (abaikan! aku gemok)
and is exercising for 0 minutes (mmg takde masa langsung) ,
is not pregnant, (insyaallah lepas amani genap 2 thun tmpoh penyusuan)
is breastfeeding,
lives at a high altitude,
lives in a dry climate,
drinks 0 alcoholic drink(s),
when the weather is not very hot or very cold,
and is not sick with fever or diarrhea should have:

109 ounces of water today, or 3.3 liters.


If you eat a healthy diet, about 20 percent of your water may come from the foods you eat. If you eat a healthy diet you can drink 87.2 ounces of water today, or 2.6 liters.

Water is an obvious source for your daily fluid needs.
 Other good beverages include milk, herbal teas, low-sodium broth, or 100-percent fruit and vegetable juices.
Soft drinks will also count toward your daily total of fluid, just remember that sugar sweetened soft drinks add extra calories to you daily diet that you don't need,
  while drinking water may help you lose weight.

Tuesday, June 19

current situation....


Wednesday, June 13

# 9 Wordless Wednesday: Help me to choose Kitchen Kabinet









p/s: semua rekaan adalah hakmilik homerich sdn bhd.
p/s/s:tak tahu nk pilih n redesign.... ;(

Monday, June 11

Resepi kek sponge kastard

Mommy monster tgh mode baik punyer.... Rerajin sesangat nk try resepi kek span kastard dr opismate... Jom try!


KEK SPONG KASTARD

BAWAH
200 gram spong mix
4 biji telur
2 sudu kecil vanila
2 1/2 sudu besar air
3 sudu besar mentega (cair)

Pukul sponge mix dengan telur menggunakan high speed selama 5 minit. Tambahkan air dan pukul lagi selama 3 minit. Masukkan mentega dan gaul rata. Bakar selama 15 minit (180 'c).

TENGAH

800 gram susu segar
3 sudu kecil serbuk agar - agar
180 gram gula
6 biji kuning telur
100 gram susu segar
40 gram kastard

Masakkan agar - agar bersama 800g susu segar dan gula.
(adunan lain) Kuning telur, kastard dan 100g susu segar dicampur bersama. Satukan ke dalam adunan agar - agar.
Biarkan sejuk sekejap sebelum dilapis ke atas kek.

ATAS

Campurkan instant jelly (NONA) bersama 400 gram air panas. Biarkan sejuk sekejap sebelum dilapis ke atas kastard. Simpan ke dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA BOSS......




Saturday, June 9

EURO 2012: pilihan saya

Euro dtg lg! Yg pasti first match sy x tengok... Coz my favor team lambat lagi... Carta pilihan hatiku tahun ini

1. Germany ( berkenan zaman OLiver kahn jd keeper world cup)
2. Holland ( berkenan sebab kaler oren jersey diorang sgt ganteng!)
3. France (sebab dulu ada Eric Cantona)
4. England (player diorang sedap sesangat mata memandang) heheeeee

Anda bagaimana?.....

Senarai perlawanan utk tatapan anda


Friday, June 8

Mood K.O

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka
Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri
Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku


P/S: angry mode......


Thursday, June 7

Jom Simpan!

Perasan tak korang, kebanyakkan org muda zaman sekarang nampak banyak duit? 
ingatlah ya, orang yang kaya biasanya  dia lebih  banyak menyimpan di masa muda
dan perhatikan orang muda yang kaya adalah hasil daripada simpanan bapanya
jelas?
jika ada yang kaya dengan usaha sendiri itu bermakna dia seorang yang berjimat
tak percaya? cuba selidik :)
 tengah sesibuk blogwalking... terjumpa satu blog.... tips dia beri sangat bersesuaian dengan jiwa sy.. heehe tp mmg berhasil kalo nak follow ... 

Read & Follow
cara menyimpan duit yang berkesan bagaimana?

1) buka akaun ASB
semua orang tahu kan ASB tu bagus untuk simpanan masa depan? jadi start la simpan mulai sekarang (tp kalo simpan hujung bulan, amik awal bulan.... takde hasil la kawan...)

2)buka 1 akaun rahsia,
rahsiakan daripada sesiapa pun meskipun daripada suami/isteri , boyfriend ataupun girlfriend.Akaun itu untuk anda, jaminan diri anda , andaikata anda mempunyai teman hidup yang kerjanya menghabiskan duit anda je tak ke naya?(read:anda teraniaya,susah),haaaa itulah kepentingan 1 akaun rahsia =)

3)jangan guna lebih daripada pendapatan
kalau gaji anda cuma rm5000 janganlah guna macam gaji anda rm7000, kalau macam tu sampai bila pun anda tak dapat simpan.. =-='

4)jangan apply banyak kad kredit
jangan ikut trend sangat, kawan pakai kredit kad sepuluh anda pun nak sepuluh,
hello sedara itu kad hutang , esok lusa kena bayar. berpada-pada okey, apply satu je cukuplah (latih diri bayar cash)

5)simpan  sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan
kenapa 10%? kalau gaji anda kecil maka 10% tu okay la, kalau gaji dah berjuta lemon sukahati anda la nak simpan berapa banyak pun kan? (10% nampak besar?? mulakan dengan simpan 5% dulu)


6)simpan dalam bank, jangan simpan dalam tabung
bukan tak tahu diri sendiri macam mana kan? tangan siapa tak gatal tengok duit banyak?dan jangan apply atm card untuk bank tersebut buat buku je, automatik duit selamat. sebab? anda lebih malas beratur panjang untuk keluarkan duit daripada cucuk kad atm yang sememangnya mudah tu :)


7)kurangkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit
seperti wayang, karoke, bowling, kan lebih baik anda bersenam? :)(tak pun bercucuk tanam, kalo umah atas langit.. tanam je dalam bekas botol dynamo)


 p/s: lepas simpan jangan pedulikan terus duit tu.. anggap je anda dah buat belanja shopping... nanti dah tgk duit banyak dalam akaun... mmg tak sia-sia oooo

Wednesday, June 6

Lagu Suka Aku #3

 

LAGU INI SANGAT BEST!



Menjejaki usia 10 bulan

 Fuh fuh.. lama sudah tak cuci jiwa cuci minda kat schikong... sorry my dear bloggy... kekangan masa dan idea.. chewah... Beberapa hari lepas princess kitrang dah masuk umo 10 bulan... woow!


1. Budak kiut tu masih lagi menyusu emaknya..... dan emaknya ni pulak dah tetiba semakin hari semakin liat nak mengepam! haish! pam memahal gilo dibelinya... dah tu tak pakai semaksimum mungkin... mmg nak kena lempang cepat-cepat.... 


2. budak kiut tu jugak dah pandai berdiri! plus bertatih satu dua lagkah....



3. Lama xbercerita tentang Esklusive Breasfeedingkn. Alhamdulillah.. Target utk 1 tahun bakal tercapai. Cuma ade sedikit
kebimbangan kerana stock EBM semakin berkurangan kerana KEMALASAN yg
melanda.


4. Jadual mengepam ni kadang ikut kadang tersasar! Please Suri!! U have to do it!! Jadual mommy Amani mengepam begini- sebanyak 3x.

Iaitu sesi 1:
9-10am, Sesi 2: 12 - 1 pm dan sesi 3: 4-5 pm. InsyaAllah. Nak tambahakan stock Amani
Skrg nie hasil mengepam kurang memberangsangkan.
Dulu mase 3-6 bulan, sesi mengepam di opis dapat dalam 15-20 0z. Skrg nie dapat dalam 10-12 oz. dan kadang² dalam 9 oz. Sangat mendebarkan nurani.....

kalu kat umah memang x mengepam la sebabnyer si mak jemah tue, menempek
aje 24 jam even dier dah start makan. Makannyer kuat tapi menyusu jugak
kuat!! Haihhh.. x paham tul. Org kata kalu dah start makan, minum tue
akan berkurang tapi budak kiut nie nampaknya sama saje. Huhuhu... Kalu
12-16oz dihantar ke umah bs, sebanyak tu jugak habis... huwaaa~!! 



Takpe, mommy usaha selagi boleh k. Tapi ghamai kata badan Amani x besar tapi
isinya padat. dan dier sangatlah lincah.. Memanjat sana sini.. sangat
aktif... itu mungkin kelebihan susu ibu.....



Selagi ada daya, selagi ada iktiar dan doa Selagi itu boleh try bagik susu
badan. insyaAllah..