Nasi Hujan Panas versi bersantan

by - 11:17 AM

Copy resepi letak kat blog sendiri sebab next time tak perlu googling lagi...

Nasi Minyak Hujan Panas
Sumber resepi: rosmarlina @jintanmanis.com

Bahan-bahannya:

3 cawan beras biasa ( kalau guna beras basmathi atau beras Jasmine lagi sedap) 

1 batang kulit kayu manis
2 inci halia ( dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar ( dicincang halus)
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
3 sudu besar butter@marjerin
2 kuntum bunga lawang
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau
susu segar secukupnya @ susu cair
sedikit kismis dan garam

Cara-caranya

1. Basuh beras seperti biasa dan toskan. Kemudian di dalam kuali masukkan butter dan tumis kayu manis dan bunga lawang . Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis senbentar hingga semuanye layu.

2. Kemudian masukkan beras yang ditos tadi dan gaul sebati.

3. Masukkan beras yang siap ditumis tadi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan susu segar serta kismis, kuantiti susu segar bergantung pada paras air di dalam periuk nasi masing-masing ya, sesuaikan rasa, masukkkan sedikit garam. On periuk nasi dan tunggu sampai masak.

4. Setelah nasi masak, ambil 3 batang lidi atau chopstick, masukkan 1 lidi di dalam pewarna merah, hijau dan kuning, kemudian cucukkan di dalam nasi, letak kan dua tiga tempat setiap warna, kemudian gaul rata nasi, anda akan dapatkan warna warni yang cantik, jadilah nasi hujan panas.

sedap dimakan panas-panas dan sedia untuk dihidangkan ape jua lauk pauk kegemaran anda. Selamat Mencuba.

- untuk menaikkan seri lagi nasi minyak hujan panas ini, boleh juga ditabur dengan sedikit hirisan daun celery@daun sup ataupun bawang goreng, sedap dimakan panas-panas dan mudah untuk di sediakan.

You May Also Like

0 comments

thanks for ur time dear..

NEWSLETTER

Follow My Instagram