Saturday, March 24

Udang Sepit Biru Masak Cili

Ok. Daddy Amani balik dr KL hari. So mommy rerajin la memasak sepesel. Resepi untuk mereka yang bukan pakar memasak... Ulangan... Bukan pakar memasak.

Resepi:
1. Udang galah 1/2 kg
2. Bawang merah + bawang putih + cili kering (yg dh dibuang biji n direbus) + halia+ serai +garam kasar= diblender sebati ( kalo rerajin boleh tumbuk)
Siap!

Eh... Eh... Blm lah.. Itu bahan utk memasaknyer

1. Tumis bahan yg dh diblend. Sehingga keluar minyak.....
2. Biarkan hingga pecah minyak. Pecah minyak bermaksud minyak keluar dr bahan tumisan kita tadi
3. Kalo sy, sy biarkan tumisan tu lama sikit atas api. Motif: cili masak, ramuan sebati, lagi sedap rasa kuah.
4. Masukkan sos tomato sesudu makan, sos cili sesudu makan, dan sesudu teh pati asam jawa, gula ( jika nak)
5. Selepas 15-20 minit, baru lah sy masukkan udang



6. Begini lah rupa selepas udang terjun ke dalam periuk ye kawan-kawan.......

7. Kerana sy malas nak masak satu lagi hidangan. Sy add-on brokoli dan kubis bunga sebagai hiasan...

8. Kalo brokoli dan kubis bunga tu dah layu ( jgn layu sangat, nanti vitamin hilang). Tutup api dan boleh dihidangkan.

Done! Selamat MEncuba (jika nak cuba)



- Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

2 comments:

thanks for ur time dear..