Resepi kek sponge kastard

by - 6:00 PM

Mommy monster tgh mode baik punyer.... Rerajin sesangat nk try resepi kek span kastard dr opismate... Jom try!


KEK SPONG KASTARD

BAWAH
200 gram spong mix
4 biji telur
2 sudu kecil vanila
2 1/2 sudu besar air
3 sudu besar mentega (cair)

Pukul sponge mix dengan telur menggunakan high speed selama 5 minit. Tambahkan air dan pukul lagi selama 3 minit. Masukkan mentega dan gaul rata. Bakar selama 15 minit (180 'c).

TENGAH

800 gram susu segar
3 sudu kecil serbuk agar - agar
180 gram gula
6 biji kuning telur
100 gram susu segar
40 gram kastard

Masakkan agar - agar bersama 800g susu segar dan gula.
(adunan lain) Kuning telur, kastard dan 100g susu segar dicampur bersama. Satukan ke dalam adunan agar - agar.
Biarkan sejuk sekejap sebelum dilapis ke atas kek.

ATAS

Campurkan instant jelly (NONA) bersama 400 gram air panas. Biarkan sejuk sekejap sebelum dilapis ke atas kastard. Simpan ke dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA BOSS......




You May Also Like

0 comments

thanks for ur time dear..

NEWSLETTER

Follow My Instagram