Cuti Gawai 2013: Karipap Versi Biasa

by - 7:45 AM


Ini Entri Tertunggak.. baru nak hapdate....

Okey! Cuti panjang..4 hari wok! Mana tak rerajin nak masak.. Pagi td buat lAksa sarawak.. Ni mmg dh expert punya otai (pujidiriituperlu)......
Lepas tu buat la jejak jejak blog... Terjmpa la resepi buat karipap.. Apa lagi.. Tgk bahan semua ada.. Terus la buat...;)

Ini Versi Karipap Biasa tak pusing pusing ok.. untuk karipap pusing ada lagi kisahnya... hehehe

 
Kredit to Hasue... Resepi kitak share semua best!!!!
Karipap Ros Sedap
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

bye!

ini sebelum masuk kuali untuk digoreng

atas tu, karipap sedikit hangit sebab api kuat. yg bawah tu laksa sarawak leerrr



post signature

You May Also Like

1 comments

  1. kacaknya karipap ktk sue..k tangan ka k acuan?rajin ktk ow even tgh mabuk2..hehe

    ReplyDelete

thanks for ur time dear..

Follow My Instagram