selepas kejayaan untuk membuat karipap berhasil.. akhirnya hari kedua cuti Gawai tu rerajin la sesangat nak buat karipap versi pusing.. kali ini guna resepi kat bawah ni, thanks
kak liyana! sharing is caring...
Resepi Karipap Pusing
Bhn utk doh:
Doh A
2 cwn tepung gandum
1/4 cwn air ( bole tambah jika kurang)
sedikit garam
Doh B:
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn margerine ( jika belum boleh mnjadi doh tambah lg margerin)
Cara membuatnya...
1. Satukan bhn A uli sehingga sebati dan menjadi doh.Bulat2kan sebesar bola golf.ketepikan.
Bila bhn dah menjdi doh ketepikan.Buatlah bebrepa biji dgn adunan yg ada.
2. Uli pula bhn B sehingga sebati dan bole dikepal.Jika masih berderai bolelah ditambah sedikit margerine
lagi.Awas jgn terlalu byk margerine nnti pastrinya terlalu rapuh dan kurang sedap.Bila bhn B dah sebati
bulat-bulatkan sebesar bola golf .
Buatlah beberapa biji dgn adunan yg ada.
3. Ambil bhn A leper-leperkan dan masukan bhn B seperti inti.( Bhn A masukan dlm bhn B).
Bulat2kan kembali......
4. Setelah semua siap di bulat, leperkan mngikut ketebalan yg sesuai... (jgn terlalu tebal dan jgn terlalu nipis)
5. Setelah dileperkan, gulung adunan td dan potong adunan kepada 8 bahgian.
6. Leperkan setiap bhagian, masukan inti dan buat sisi karipap spt biasa. ( permukaan yg digelek adalah bhgian luar karipap)
7. Goreng dgn mnyak yg byk dan jgn terlampau panas. Menggoreng dgn cara
mnyiram mnyak ke atas karipap supaya pusingan nya lbih ketara...
Selamat mencuba... ♥♥♥
|
huargh! excited menjadi... hehehe |
No comments:
Post a Comment
thanks for ur time dear..