Tuesday, December 10

Confinement day #35: we are @Hong Kong, Republic of China

Salam....

Hari 35 berpantang... Lagi 9 hari nak tamatkan tempoh berpantang..

Dan pada hari 35 ini merangkap tarikh masihi 2 Disember 2013 kami bertiga berangkat ke Hong Kong untuk percutian seterusnya...😃

Kompom ada yang tertanya (adakah?) kenapa bertiga n tidak berempat.. Sesungguhnya nenek Amani tidak memberikan pelepasan untuk baby Irdina follow sekali... Dalam hati mummy n daddy mmg kuat nak bawak sekali.. Tp ada pro n kontra jugak....

Dan percutian ini berakhir pada 6 Disember 2013..... 5 Disember 2013 genap usia perkahwinan kami 4 tahun... Alhamdulillah

ps: nanti ada kelapangan mummy tuliskan lebih details...


Lapangan terbang Hong Kong terminal 2


Check-out


Avenue of stars






Antara pancingan...


Victoria Peak





Hong Kong Disneyland


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 29

Tick tock tick tock




Are you ready????????



Get set.. ...




Go!



Oppss


Few days left



Ready to fly.....✈️✈️✈️✈️✈️✈️


P/s: doakan semuanya berjalan lancar...., tick tock tick tock

Bye!

Pss- all pic credited to Google images search

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 1

Alhamdulillah. Kurnia-Nya yang terindah ke-2












Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan, memberi semangat dan keikhlasan... Semoga semua yang terbaik berbalik kepada anda sekeluarga.

Terima Kasih , Ya Allah. Atas peluang ini sekali lagi.......

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kampung Pangkalan 2,Miri,Malaysia

Friday, October 25

Almost. Almost. There ^_*

Minggu 38...
Lama tol x bercerita pasal mengandungkan adik Amani....;) x macam Amani dulu.. Hapdated nya stp kali bertukar minggu....

Hua hua besar diameter pewut kali ini mmg melebihi diameter mengandungkan Amani...;) lain anak lain pengalamannya kan....
Tiz time antara yang menarik (wah! Menarik eik?!)-
1. Checkin Hospital 5 hari.....
2. Berat turun mendadak hingga 57kg
3. Lepas je kuar speta, terus mulut tak berenti mengunyah n makan hingga berat cecah 75 kg dh skang
4. Minggu 38, adeq baru 2.8kg tambah/tolak... Sampai gynea pun kata, "mummy u mmg makan utk diri sendiri n not baby".. Haish!! Kejam je bunyiknya....
5. Dah start cuti bersalin since 21/10/2013.....dan mmg menunggu hari
Doakan mummy selamat bersalin semuanya.. Ampunkan salah silap... Maaf atas kekasaran, keceluparan dan ketidakbertanggungjawaban....
- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Lorong Desa Senadin 2A,Miri,Malaysia

Monday, October 7

Entri tertangguh: jalan-jalan langkawi 2013 (Day 1)

salam sejahtera,

dah masuk minggu 36 kehamilan dah ni.. kiraan matematik bulan 9 bulan.. kalo kata bidalan mengandung 9 bulan 10 hari..  tp berdasarkan pengalaman mengandungkan Amani mummy beranak minggu ke 40. dengan kata lain bulan ke 10.. itulah tak tahu camne leh kuar istilah mengandungkan anak 9 bulan 10 hari tu.. huhuhuhu

merepek pulak dah.. ni nak cita psal jalan jalan ... tahun dah nak berganti baru teringat nak mencoret kat sini.. bukan apalah nak tulis kat sini. sesaja kang ada masa senggang busan.. leh view balik dah jalan p mana kan.... so ari ni tetiba semangat nak cerita pasal p langkawi plak dah...

entri terdahulu pasal ni ada kat sini. Entri ini sangat la panjang, dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental nak menaipnya.. hehehehe

 so banyak part ye!

Travel period: 27 MAC SEHINGGA 30 MAC 2013 (4 hari je pon!)

Hari PERTAMA @ Day 1 (27 MAC 2013)
It's my bufday!!! happy 29th birthday to me! hahaha mmg sengaja pilih hari ini kot... tiket dah beli awal tahun.. dahtu time beli, kitrang amik yang termurah la kononnya... amik la flgt dari miri ke kl, tp tak amik tiket balik lagi.....sebab nak jaga bajet la kononnya.. tapi kitrang amik fligt langkawi/KL pergi balik sebab mmg rasa sangat murah lah kononnya kalo pergi bertiga time tu plus beg segala kan....

nak dijadikan cerita, bilA TIBA SAAT nak pergi, daddy plak kena fly ke KL seminggu sebelum tu. so nak tak nak beli la tiket dari Bintulu pulak dan kali ni sebab tiket ke KL mmg dah mencanak naik, nak tak nak beli la jugak tiket Bintulu Ke KL , daddy hanya balik bintulu semata nak p amik mummy n amani... hua hua hua.. mmg membazir sudah di sini ye.....

perjalanan dari bintulu ke kl amik masa dalam 2 jamlah.. then kitrang bermastautin di LCCT terlebih dahulu, n tunggu jam 3.30 petang untuk fly ke Langkawi pulak dah. waktu ni Amani mmg dah sangat laju berjalan dan mmg dah tak reti lah nak duduk diam.

flight kl ke langkawi makan masa 30 minti ke  sejam je (tak ingat lah deng)... tu pon kitrang lama kat atas tunggu nak landing sebab keadaan trafik udara sesak.. oh ye! time kitarang pergi ni. kebetulan LIMA 2013 sedang berlangsung.. dan mmg ramai giloss manusia plus semua benda jadik mahal dan sesak!!
Selamat Datang Ke Pulau Langkawi.. ^_*


sesampai je kat airport, kitrang terus la mencarik kereta sewa... memula nak book awal-awal dari Bintulu, tp servey punya servay, nampak sangat pemilik kereta sewa naikkan harga kereta sewa diorang smapai 3 kali ganda! so kitrang decide la nak kamikaze je amik sewaan setibanya di langkawi. Keluar je dari pintu ketibaan, dah bertembung dengna deretan kaunter syarikat kereta sewa.. dan harga yang ditawarkan takdelah mencekik sangat, tapi masih mahal lah berbanding kalau kita smpai langkawi pada hari-hari biasa (bukan cuti skolah mahupun LIMA)

kitrang amik kereta VIVA je.... dahtu meneruskan perjalanan terus ke MALI PERDANA RESORT di pantai Cenang, kitrang pilih stay kat Cenang ni atas nasihat besties mummy.. diorang dah sampai dahulu ke langkawi ni. katanya better duduk cenang sebab lebih happening daripada duduk di KUAH (tgh bandar). sebab kuah pekan mati bila tiba malam. 

untuk tempahan hotel ni, kitrag buat try Booking.com. melalui booking ni nampak murah, tetapi terdapat hidden cost macam gomen tax dan service tax segala. dan kami bernasib baik sebab dapat bilik, mummy tempah sebelum LIMA 2013 diumumkan tarikhnya lagi. so kira macam dah tak risau la untuk penginapan. amik senang kitrang tempah 3 malam terus lah. berdasarkan pengalaman TN N TKIZ, mak tak sesat punyer kalo duduk dalam Langkawi ni. pusing-pusing tang tu jugak,

p/s: namun percayalah, bahawasanya  mummy lebih prefer untuk menempah hotel tru Agoda.com sebab harga semua termasuk tax, breakfast n bila sampai hotel dah tak perlu nak tambah apa-apa lagi atau kuarkan duit bayar otel lagi.

Hari pertama ni, dengan keadaan mummy yang mmg tengah mabuk kepayang, dan kesiannya Amani n daddy kena follow mummy duduk dalam bilik je.... sebab mmg dah tak larat sesangat kot nak berjalan dengan keadaan asyik nak muntah n pening kepala...... huhu hujungnya, kitrang lepak dalam bilik je smbil makan lah apa je yang ada.........


BAJET HARI PERTAMA
A. Tiket kapal terbang
1. MYY-KUL RM 210 (burned!)
2. BTU-KUL/ KUL-BTU  RM966  (2 adult + 1 infant)
3.KUL-LGK/ LGK-KUL RM379.00  (2 adult + 1 infant)

TOTAL TIKET : RM1555 (ni dah boleh sampai HONG KONG OK!!!)

B. Bayaran Kereta Sewa
1. VIVA 1.0CC- Untuk 3 mlm RM 350.

C.Penginapan-  MALI PERDANA RESORT, pantai cenang
4 hari 3 malam - RM423.40 

Bajet makan-makan tak yah la share eik!


  TOTAL BESAR: RM 2328.40
 

Monday, September 16

Minggu 33: Preparation???

Salam

Nampak nya anak kedua ni macam kureng sikit mummy update kt sini....

Sorry little one, bukan tak teruja, tp takdak masa n idea nak mencoret sayang..... Mummy n daddy pun excited lebih as many as ur sis Along Amani previously...^_*

Preparation untuk baby
1-Since check-up masuk 3/4 bulan doc dh detect gender, so mummy n daddy decide nak selongkar balik all newborn clothes Amani
2- but! Ada but.. It did'nt mean that our new sweetheart are getting all recycled stuff! No no no.. Dont u dare to think that way! Haaha chewah
3- sesungguhnya sangat beruntung dapat mak yang kaki sopping mcm mummy ni.... Hehe ada jeeee
4- pampers, mattress, toiletries semua bla bla bla semua belum standby lagi.. Asyik nak postpone je...
5- this time mummy n daddy decide nak dapatkan baby cot! Yeayyyy!! Mummy extra excited.




Majoriti in pink color..;) n plg mengejutkan.. All those clothes are still in great condition..9/10 lah.. Sbb terlampau banyak sangat kot baju dibeli n diterima....


Preparation untuk bersalin
1- insyaallah mummy akan bersalin d hospital yang sama dengan tempat bersalinkan Amani
2- n menggunakan khidmat doktor yang sama....;)
3- set berpantang, last time guna set gamat emas n shaklee.. This time mummy nak try guna set Nona roguy.... Sbb berat naik sangat mendadak kali ini ok.. N based on blogwalking reading n reviewa pelbagai pihak.. so im gonna get it!

Baru 33 weeks mummy dah mncecah 70kgs!!!


4- beranak amani dulu mummy punya final weight is 67kg jerrr!
5- persiapan lelain? Hahaha this time mummy mmg jenis ilek2 arrr.. Smpat lagi nak besopping.. Tp tgk lah nanti...

As usual, time mengandung perut membesar.. Kompom nak expose diri tu kureng.. Till we met again! Daaaaa....;)


Minggu 32 pregnancy


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 20

Selamat Hari Raya 2013/ 1434H

Assalamualikum dan salam sejahtera...

RAYA MODE
  • masih mode raya lagi arini... baru 13 Syawal... InsyaAllah kalau ada kesempatan, ingin dan akan rasanya membuat sunat puasa syawal dan seterusnya ganti kan puasa yang tertinggal tu....
  • Tahun ini giliran menyambut Aidilfitri di Kuching... umah sebelah hubby plak.. kitrang balik seminggu awal, sebab dah lama sangat rasanya tak menjenguk Parent in laws
  • dah masuk kali ke 2 rasanya menyambut syawal terlebih dahulu di umah mentua. jadi macam dah terbiasa sedikit walaupun kekoknya masih ada
  • untuk syawal kali ini. mummy preggy masuk 7 bulan.. dahtu sabtu ahad mummy akan merajinkan diri nak buat kek sendiri untuk hidangan hari raya... bukan apa.. pengaruh rakan kat opis jugak.. excited tengok diorang berkongsi resepi dan teruja jugak rasanya nak buat sendiri...
  • tahun lepas banyak pembaziran dalam menyediakan bahan kek... tp tahun ini agak teratur dan Alhamdulillah takde la membazir.... 
  • menjadi satu kepuasan yang tak terucap bila kita tengok sendiri apa yang dah disediakan untuk hidangan tetamu adalah hasil tangan sendiri dan bukan beli  tunjuk..^_^ 
  • raya ke -5 kami dah start travel balik ke miri. dan perjalanan kali ini rasanya makin pnjng. di mana kami terpaksa bermalam di sibu sebab mummy dan Amani mabuk perjalanan. mungkin tak makan tengahri sebb semua kawasan rehat tak buka kedai makannya... mungkin masih mode raya lagi.
KANDUNGAN
  • adik amani ni dah masuk 29 minggu 2 hari saat coretan ni.. benarlah kata orang.. setiap kandungan dan kelahiran pasti ada saat manis pahit yang berlainan
  • tipulah kalo kata kali ini takde perasaan takut dan gementar. perasaan itu sentiasa ada. entah bagaimana sesi pertarungan melahirkan Hamba Allah ini nanti
  • "berikan  yang terbaik dan permudahkan la segala urusan ini ya Allah" 
  • bila kandungan dah masuk 7 ni.. mula la excitednya nak sediakan barang-barang keperluan. baju baju NEW BORN Amani yang mash elok sesangat dah start dibasuh .... mana yang dapat diguna pakai semula akan digunakan....  
  • insyaallah kali ini memilih doktor yang sama menyambut kelahiran Amani yang lepas, masuk kandungan 8 bulan nanti akan mula buat checkup dengan Dr Lee. pakar sakit puan di Miri City Medical Centre. bukan tak nak beranak di Bintulu, tpi lebih mudah di sisi family sendiri. mak pun dekat dan segala urusan selepas bersalin lebih mudah Insyaallah
  • dalam perancangan, nak berpantang di umah sendiri di Bintulu... tapi... tengoklah nanti bagaimana....
Gambar?
hehe.. tetiba malas nak share gambar kat sini.. sebab banyak dah di muatnaik di FB.. kalo rajin boleh lah ke www.facebook.com/SurimahSueHasburllahWan


wassalam....

Wednesday, July 31

Sh. Ameera Amani turns 2!

Salam semua!

entri tertangguh.. ingat nak hapdate on the date baby amani dilahirkan... sungguh la takda kesempatan.. so sori my lalink sweetie pie Amani...







Sharifah Ameera Amani, masuk tahun ke -2 dah umurnya, Alhamdulillah.. membesar dengan baik sekali ditambahkan lagi nampak hasilnya bila anak menyusu ibu. bijak dan sudah pandai nak menilai dan mengerti arahan dan larangan.. cuma mummy and daddy dcide tak nak la regit sangat mentadbir urus cik kak sorang ni. ditambhkan lagi nanti adiknya akan menyusul...

sorry mummy nothing can describe anymore... i'm speechless and i love u so much dear amani and daddy...




Friday, July 12

lagi kisah pasal vaksin untuk anak



rentetan post semalam.. kebetulan tgh blogwalking di blog Dr. Halina a.k.a blog owner for barelysupermommy ... so ini lah sharing dari sahabat baik beliau yang boleh dijadikan input/ informasi tambahan buat semua....klik je link di bawah

---------> Happy Reading semua!

Wednesday, July 10

14 imunisasi wajib untuk anak

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak.
Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.

Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.

Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan.

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian.

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri.

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).

ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan.

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun.

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme.

TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.

HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.

HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan.

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi.


Sumber: www.MeetDoctor.com
Disemak oleh Dr. Vinny Yoanna 

Karipap Rangup

Okey! Cuti panjang..4 hari wok! Mana tak rerajin nak masak.. Pagi td buat lAksa sarawak.. Ni mmg dh expert punya otai (pujidiriituperlu)......
Lepas tu buat la jejak jejak blog... Terjmpa la resepi buat karipap.. Apa lagi.. Tgk bahan semua ada.. Terus la buat...;)
Kredit to Hasue... Resepi kitak share semua best!!!!
Karipap Ros Sedap
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam
Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
- Posted using BlogPress from my iPhone

Welcoming Ramadhan... Selamat Menunaikan Ibadah

post signature

tik tok tik tok, dah datang semula Ramadhan, semoga semuanya berjalan lancar.. dua tahun lepas menyambut ramadhan dengan berpantang... dan tahun ini mummy sambut Ramdhan dengan  berbadan dua.. dan mengharapkan berkemampuan untuk menunaikan semua ibadah sepatutnya dengan jayanya dan tidak memudaratkan diri dan adik Amani...

buat semua.. selamat menunaikan ibadah dan jagalah amalan kita masing masing.....

Wasalam...

Sunday, June 9

Resepi vermicelli Goreng

Selamat Hari Ahad.. Memandangkan daddy Amani balik kerja waktu Subuh, so mmg idak la akan makan minum di luar hujung minggu...

Godek punya godek ada vermicelli (sy panggil mihun itali)... Ada udang sosej bla bla blaaaa...

Ini resepinya (pinjam dariSini
Plus ada edit sikit sikit..;)

Bahan-bahan untuk membuatnya:

Spaghetti (aku pilih San Remo Vermicelli 1/3 bungkus)
- rebus selama 6-8 minit dan toskan, masa merebus aku masukkan minyak masak sedikit.
15-20 ekor Udang (aku suka udang)
- buang kepala & kulit, belah belakang udang
5 tangkai cili kering - rendam dalam air panas dan potong menyerong (tak letak sebb Amani kecik lagi/ tp ganti dengan campuran puri tomato 2 sudu makan & 1 sudu makan cili giling)
Cendawan butang dalam tin) - hiriskan nipis
1 biji bawang besar Holland - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
4 s/b olive oil ( guna minyak masak je)
Sedikit oregano (tak letak)
serbuk lada hitam
serbuk cili (bagi sape yang suka pedas lebih)

garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan air rebusan spaghetti

Cara membuatnya:

1. Masukkan Olive oil dalam kuali
2. Cara aku gorengkan udang terlebih dahuludengan olive oil tu, udang dah masak & garing terus angkat & ketepikan dulu.
3. Guna olive oil yang sama goreng udang tu untuk tumis bawang besar dan bawang putih.
4. Bila bawang dah layu, masukkan cili kering.
5. Masukkan cendawan, air rebusan spaghetti, garam dan gula.
6. Bila dah agak kering sikit jer, masukkan spaghetti, oregano, serbuk lada hitam, serbuk cili & udang yang telah di goreng tadi. Kacau rata dan tutup la apinya.
7. Dah siap, hidangkan utk keluarga tersayang...




Ini lh hasilnya.. Sedap sgt.. Trust me!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 7

cuti Gawai 2013: Karipap Pusing

selepas kejayaan untuk membuat karipap berhasil.. akhirnya hari kedua cuti Gawai tu rerajin la sesangat nak buat karipap versi pusing.. kali ini guna resepi kat bawah ni, thanks kak liyana! sharing is caring... 

Resepi Karipap Pusing
Bhn utk doh:
Doh A

2 cwn tepung gandum
1/4 cwn air ( bole tambah jika kurang)
sedikit garam

Doh B:

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn margerine ( jika belum boleh mnjadi doh tambah lg margerin)

Cara membuatnya...

1. Satukan bhn A uli sehingga sebati dan menjadi doh.Bulat2kan sebesar bola golf.ketepikan.
Bila bhn dah menjdi doh ketepikan.Buatlah bebrepa biji dgn adunan yg ada.

2. Uli pula bhn B sehingga sebati dan bole dikepal.Jika masih berderai bolelah ditambah sedikit margerine
lagi.Awas jgn terlalu byk margerine nnti pastrinya terlalu rapuh dan kurang sedap.Bila bhn B dah sebati
bulat-bulatkan sebesar bola golf .
Buatlah beberapa biji dgn adunan yg ada.

3. Ambil bhn A leper-leperkan dan masukan bhn B seperti inti.( Bhn A masukan dlm bhn B).
Bulat2kan kembali......
4. Setelah semua siap di bulat, leperkan mngikut ketebalan yg sesuai... (jgn terlalu tebal dan jgn terlalu nipis)
5. Setelah dileperkan, gulung adunan td dan potong adunan kepada 8 bahgian.
6. Leperkan setiap bhagian, masukan inti dan buat sisi karipap spt biasa. ( permukaan yg digelek adalah bhgian luar karipap)
7. Goreng dgn mnyak yg byk dan jgn terlampau panas. Menggoreng dgn cara mnyiram mnyak ke atas karipap supaya pusingan nya lbih ketara...
Selamat mencuba... ♥♥♥
 
huargh! excited menjadi... hehehe
 
 post signature

Cuti Gawai 2013: Karipap Versi Biasa


Ini Entri Tertunggak.. baru nak hapdate....

Okey! Cuti panjang..4 hari wok! Mana tak rerajin nak masak.. Pagi td buat lAksa sarawak.. Ni mmg dh expert punya otai (pujidiriituperlu)......
Lepas tu buat la jejak jejak blog... Terjmpa la resepi buat karipap.. Apa lagi.. Tgk bahan semua ada.. Terus la buat...;)

Ini Versi Karipap Biasa tak pusing pusing ok.. untuk karipap pusing ada lagi kisahnya... hehehe
 
Kredit to Hasue... Resepi kitak share semua best!!!!
Karipap Ros Sedap
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

bye!

ini sebelum masuk kuali untuk digoreng

atas tu, karipap sedikit hangit sebab api kuat. yg bawah tu laksa sarawak leerrr



post signature

Wednesday, May 29

kehidupan kami

betapa merindui untuk mencoret disini... rindu sebab lama dah tak membebel disini... kiranya bila ada kesempatan dan kelapadangan pun, belom past kuat nak mencoret disini...

kerana betapa sakitnya kepala nak buat ayat dan melayan jiwa bila nak mencoret disini.....

 Kehamilan:
  • alhamdulillah, usia kandungan @ adik Amani @ baby kiut masuk minggu ke 17 sudah atau bahasa senangnya masuk 4 bulan.
  • dan akan due pada 6 November 2013..  ini pun berdasarkan tarikh scan.. dan seperti biasalah.. yang menentukan nanti Allah bila nak adik Amani ni kuar.. kot terawal kah.. atau terlambatkan...
  • dan sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa atas segalanya, kali ini mmg merasa penatnya mengandung.. dengan pening, mual dan loya serta muntah berterusan hingga saat ini. dan sesungguhnya hati ini berdebar apa lah pulak dugaan untuk hari yang akan datang
  • kadang-kadang pernah terduga di hati jahat ini, apakah ini balasan atas dosa-dosa yang lampau.. yang sering meninggalkan tiang agama... dan seterusnya diduga dengan segala keranah mengandung ini....
  • buku pink dah setel dah... buat di kk kidurong, sangat la susahnya nak buat di bintulu ni.. kalo kat miri or kuching tak buat pun takpe.. selagi beranak kat hospital yang kita pilih tu n tak perlu nak buang masa p buat
  • dan buat pertama kalinya jugak.. kandungan kali ini  membuatkan mummy amani cek in hospital sela,a 4 hari 3 malam.. seronok siot! ahaha adalah manusia suka masuk speta... lagi-lagi bila masuk speta sebb kurang air dan kencingnya banyak keton... nak tahu apa itu keton dalam urin, sila lah google sendiri ye
Amani 
  • Usianya  menjangkau 2 tahun, perangainya boleh la tahan sesangat. saban hari ada je benda nak digaduhkan dengan anak bijak ni
  • but i miss her so much while writing this... sob! sob!
  • macam dah tahu sesangat dah cik kak ni bila mummy preggykan her sis/bro....hari-hari she love to kiss my tummy. kata org tua-tua.. bila yang kakak/abang tu suka sangat dekat ngn perut kita time mangandung... maknanya jantina yang didalam tu sama la dengan dia... 
  • mungkin ada benarnya.. sebab mummy sejak dah preggy balik, no seafood! no rice! kalo makan jugak pening dan angin semacam... sedangkan semua tu adalah fanatik kalo jumpa...
  • dan lagi dua bulan genaplah sudah tempoh penyusuan amani.. betapa merinduinya cik kak ni nanti nak bergantung lepas mummy balik kerja.. tp skang dia macam dah paham sesangat je bila tengok mummy balik penat.. so she will get her own drinks... minum dalam cawan n duduk dan baca bismilllah sambil tadah tangan nak baca doa... ;)

Work 
  • masih lagi dalam proses belajar menyanyangi tempat kerja.. dalam hati mungkin rasa nak carik tempat lain.. tapi kekadang keseronokan di tempat kerja tu tak datang tiba-tiba dan sekelip mata....
  • mungkin 10 tahun mungkin 20 tahun baru kita sedar betapa kita bekerja di tempat itu adalah keseronokan dan kerinduan berpanjangan
  • kadang-kadang rindu jugak nak balik ke tempat kerja lama.. tpi yang tak seronoknya bila mengenangkan jauh dari suami dan keluarga...
  • kadang-kadang, tak semuanya dapat di coretkan di sini.. biarlah ia tersimpan dalam hati  

Thursday, April 11

Pengalaman Beli rumah pertama kali...

Sharing is caring kan? catatan ni buat simpanan peribadi jugak. mana la tau ada rezeki lain nak beli kali ke-2, ke3, ke 4.. bla...bla.. bla... hehehe

ok jom start!

p/s: entri ini sangat panjang.. jangan baca kalo tengah sibuks...


Booking deposit 
 1. sediakan booking fees. kitrang haritu, kena book dengan bayaran RM2000. Dan Alhamdulillah, rezeki baru masuk dan mampu la membayonya even kira macam berebut je nak amik rumah tu.
2. harus diingatkan, booking fees ni berlainan la ikut pemaju, ada yang mintak takat RM500 je.. ada jugak yg pernah kami dengar mintak 10% dari harga rumah yang dijual.
3. Booking fees ni kira macam mmg kita nak sgt  beli la umah tu. belum lagi kita tau loan kita tu akan lepas atau tak.
4. untuk pengalaman kami, pemaju ni siap kata, kalo loan u lepas, diorang akan deduct dari booking fees tu. maksudnya, kalo mcm rumah kami tu RM 368,000. MINUS booking fees RM2000, So loan yang kami kena buat ialah RM366,000. BEGITULAH YA.

 TP NI kalo anda loan 100%. macam kitrang, kitrang buat loan 90% sahaja.

5. yang seronoknya time kitrang booking tu, pemaju dah siap kata, kitarang akan dapat kitchen cabinet free, tiles whole house free smpai ke carporch, plus bathroom semua dah decorate semua. plus! kitrang siap boleh pilih design, color segala macam!! besst kan?
6. ok, mungkin ada persoalan, kalo loan tak approved macam mana. bila loan anda kompom dah tak approved, pergi semua bank mmg reject, nak tak nak, pemaju akan pulangkan duit booking itu. 

lepas tu....... kita p buat loan plak!

Dokumen untuk pemohonan loan
lepas dari bayar deposit n isi form...
kene sediakan dokumen semua...
kalau kate umah 2 nama...then 2-2 orang pon kene sediakan..
1] slip gaji 3 bulan (kitrang haritu ada bank mintak sampai 6 bulan)
2] penyata terbaru kwsp
3] bank statement
4] ic
berkenaan dengan pemilihan loan ni, kita ada banyak pilihan. sapa yang kerja gomen tu,boleh la try mintak loan gomen bahagian perumahan. selain itu, apply loan konvensianal atau islamik. ada leh apply kat banyak banyak bank. kendian bandingkan mana yang terbaik dan termampu anda nak beri komitmen tetiap bulan.
nak loan umah ni untuk bayar balik bukan macam nak loan kereta. lainlah anda tu anak tauke balak kaya, umah leh beli cash je kan...
pengalaman kitrang haritu, kitrang takde la pergi dari bank ke bank. ejen-ejen bank ni yang sibuk pon pang call siang malam suh set appoinmt buat loan kat bank diorang. 

dan akhirnya kami memilih pinjaman perumahan islamik dari Public Bank. 

Loan Bank dan Lawyer
1.Untuk proses mendapatkan loan ni, sangat-sangatlah bergantung kepada kredit peribadi anda. kalo anda banyak sangat loan sebelumnya, mungkin ada lama sikit. kami berdua haritu, dalam masa seminggu je dah  dapat offer letter. Alhamdulillah.

2. Dan harus diingatkan, terdapat jugak geng-geng kami yang mengambil masa 1-2 bulan untuk mendapatkan kelulusan dan pinjaman perumahan.

3. memang berbeza2 peratus faedah dan care pembayaran setiap bank... offer memang lain2...ade banyak baik dan buruknyer jugak...kiteorang carik yang mane loan ley pergi tinggi supaye pembayaran deposit dan kos guaman dapat dikurangkan dan jugak peratusan faedah yang rendah...

4. Setelah bank offerkan pinjaman mereka, anda hanya ada masa sebulan sahaja untuk membuat pertimbangan. kalo lambat, anda kena lah buat permohonan baru dari proses awal lagi. 

5. lepas anda dah setuju, barulah perjanjian belirumah dahal guaman akan dibuat dan ditandatangani. kalo anda senyap je tanpa ada respon kepada pihak bank, otomatik lepas sebulan bank akan membatalkan tawaran tersebut, 

OKAY! MUMMY DAH CAKAP SIAP SIAP KAN ENTRY NI SANGAT PANJANG! SEBAB NAK KASI INGAT BALIK DAN BUAT AYAT LAGI



Sales n purchase agreement [SnP]
 1. selesai dah pilih bank mana yang nak dibuat loan, diorang akan sediakan SnP untuk ditandatangani. untuk perkara sebegini, ianya melibatkan peguam. peguam ni anda boleh pilih nak pakai lawyer carik sendiri atau pakai je lawyer bank tu.- kitrang hari tu pakai je lawyer bank yang merangkap sekali jadi lawyer pemaju.
2. tapi gitau awal, lawyer ni kena dua org yg berbeza. lepas tu, org bank akan call kita untuk datang tandatangan surat perjanjian, kalo SnP tu ada 100 keping muka surat, maknanya anda kena initial setiap muka surat tu smpai nak tercabut tangan. 


3. lepas tu derang akan buat salinan dan stamp duty-oleh pihak lawyer pulak..
mase nak tandatangan tu..
4.pihak pemaju pon ade lawyer nyer sendiri tau yang ko kene tandatangan once anda dah tandatangan ngan bank...haaaa..memang banyak urusan anda kene buat..

5. lawyer bank uruskan pinjaman perjanjian jual beli umah ni..
lawyer pemaju pulak uruskan pasal umah yang anda dah beli tu..
kire ape yang anda boleh claim atau tak biler berlaku ape2 sepanjang tempoh warranty umah tu...atau..ape yang anda boleh buat atau tak kat umah anda tu..
walaupon anda kate ko beli sendiri umah tu..tapi anda belum tentu ley suka2 hati nak buat umah tu bengkel kereta ker..kedai ker..atau anda tak ley suke2 hati nak tambah atau pecah..haaaa....anda ley kene saman tau...

6. haaa...agreement ni semua pulak..
tetap perlukan duit...
tuk lawyer pemaju..tak mahal sangat...stamping...copy agreement tu semua mungkin dalam Rm2-3 ratus..ni anda kene bayar cash...- dan disebabkan kos lawyer untuk pemaju ni murah, pemaju kitrang beli umah tu beri free je! so no need to kuar any extra money!!!

7. Tetapi, ada tetapinya tuk lawyer pinjaman bank..agak mahal..ley cecah Rm3-4 ribu...ni kire yuran guaman..

pinjaman dan bayaran yuran guaman
1. ade pemaju cover sampai 100% loan...
ade yang hanyer 90%
2. kalau cover 90% tu..anda kene bayar ar dulu yang lagi 10% tu sebelum ko kuarkan duit epf...[pilihan sendiri]
sebab nyer...biler anda dah ade SnP agreement tu jer baru ko ley buat permohonan tuk kuarkan duit epf tau...
3.kalau cepat orang tu buat..cepat ar anda dapat..
macam kiteorang..SnP tu siap sebelum loan diapply lagi!! punya kompiden pemaju tu loan kitrang ni akan approved.. nasib baik cepat je proses loan.

4. anda kene tau...lebih tinggi deposit...lebih rendah ar bayaran bulanan..macam tu ar sebalik nyer..

5. yuran guaman pulak- ade yang ditanggung oleh pihak bank dengan masukkan sekali dalam pinjaman anda tu..-nampak macam lebih mudah..tapi maknenyer loan anda akan bertambah...
selalunyer yuran guaman dalam 2-3 ribu jugak dan mungkin lebih..bergantung pada jumlah loan rumah tu...

6.tapi ade yang kene anda bayar sendiri...so tanyer betul2 dulu pada pihak bank yang andamohon pinjaman tu samaada die akan masukkan sekali atau anda kene bayar cash sendiri..supaye senang anda nak sediakan duit awal2...

7. biler dah setel bayar..setel SnP..copy pon anda dah dapat...
anda hanyer tunggu surat tuk pembayaran sampai..



pembayaran rumah
1.ade sesetengah bank...kite hanyer perlu mule bayar biler rumah dah siap dan kunci dah dapat..so tak beban sangat...
selalu nyer orang kerje kerajaan ar akan dapat benefit tu...
atau loan nyer dalam mase yang singkat...contoh 20 tahun jer..

2. tapi kebiasaannyer...kite dah mule bayar balik pinjaman umah tu dari muler2 umah tu di buat mengikut peratusan...
dari2 start pilling...naik tiang...letak bumbung...pasang tingkap..masuk api air..sampai ar siap sepenuhnyer...

3.macam nilah, anda tengok umah tu dah naik 10%...
haa..waktu tu ko dah kene start bayar..bukan full..
mungkin 2-3 ratus jer..
dan setiap kali umah tu siap mengikut peratus..
so..bayaran bulanan pon akan bertambah..
sampai ar umah tu siap sepenuhnyer.
baru anda kene bayar full...

contoh kalau umah anda Rm250 ribu...
[tapi anda jangan hengat anda bayar takat tu...
lepas interest bagai..loan anda boleh cecah sampai hampir setengah juta tau..!!]
jadi...kali pertama anda kene bayar sebelum umah tu siap...
mungkin dalam Rm450-600 sebulan..
lepas tu akan bertambah lagi setiap bulan antara Rm50-100 dari jumlah sebelum tu...
sampai ar umah anda siap..waktu tu anda mungkin dah kene bayar Rm1000 lebih sebulan dan kekal sampai 3 tahun [ikut perjanjian dan bank]
dan akan bertambah mengikut interest lepas tu...

tapi kalau harge umah rendah...
kurang dari Rm 200 ribu...bulanan tak akan cecah Rm 1000 pon...


kalau proses ni semua berjalan cepat..
ley setel sebelum umah baru anda tu naik..kire ok..
tak perlu bayar sekali banyak..
bayar sikit2 ikut peratus...

tapi kalau mase proses ni masih tak settle2 lagi..
dan pulak umah anda dah naik separuh..
hah...penin ar anda..sebab biler settle jer semua..
gedebuk ko kene bayar lebih mahal sikit..
contoh..umah dah naik 60%..dan ikut perjanjian ko kene bayar lebih kurang 5% dah dari jumlah loan...
beribu gak ar..kalau anda tak bayar..anda tak dapat kunci biler umah dah siap..
lagi haru...



nak ingatkan ..ni bergantung pada interest bank dan perjanjian awal..
jadi sebelum anda setuju tuk tandatangan loan tu..
anda tanyer betul2 berape bulanan anda kene bayar..dan biler nak start bayar...
supaye anda lebih bersedia..
ikut pengalaman kitrang, kitrang dah start bayar 5-6 bulan selepas perjanjian. umah baru naik 10% time tu. dan kami suami isteri sepakat untuk buat bayaran penuh. sebabnya, nak membiasakan diri kami membuat perbelanjaan berhemat. takdelah terkejut sangat nanti dah start nak bayar penuh, belanja bulanan macam takde beli umah. tak ke naya...ramai jugak geng yang sama beli, just bayar interest sahaja atau ikut seperti catatan di atas.

untuk 3 tahun pertama, umah kami sebulan RM1544....

amacam?? complicated tak???? hehehe.. begitulah ceritanya

untuk entri ini, mummy banyak merujuk jdi sini. lagi detail penerangannya. 

sekian



semoge Allah terus memudahkan urusan...aminnn...



p/s: ini catatan peribadi, nukilan untuk rujukan peribadi. moga jangan ada yg kata nak menunjuk atau meninggi diri.....


Tuesday, April 9

Breastfeeding, pregnancy, life..... episod Akhir






hehehe.. tajuk bersambung dari yang lepas.

lepas suggestion mr hubby nak buat UPT, SO before mr Hubby fly to kl that nite, chewah! nak juga cakap omputih. kitrang singgah ke guardian, n sebab pengaruh artis sesangat, mummy p amik clearblue digital tu plus 2 lagi yang ordinary UPT kits.

dahtu sampai je kerumah, terus buat UPT sebb mmg dah tak sabar kot.. badan mmg dah rasa lain macam kan. so mmg tak teragak agak la lagi  nak buat...Keputusannya begini...

sangat jelas double linenya.. berbanding kali pertama pregnant dulu... masih ada kabur-kabur sedikit
ni pengaruh fasha sandha la ni.. nak jugak perabih duit beli yang digital punya konon nak dapat exact weeks.. tpi upanya, dia leh mention sampai 3 weeks plus je.. nak tak nak ko kena jugak p jumpa doktor ye


 k lah... bye..;)





Monday, March 18

Breastfeeding, pregnancy, life..... episod 1


Assalammualaikum wbt,

pergh tajuk nak aje dalam bahasa omputih ya mak Amani.... lama sungguh dah tak menulis disini.. banyak cerita suka duka dan khabar berita nak dikongsikan. hopefully semua nya mendapat keredhaan dan rahmat dari Illahi. Khabar apakah agaknya geng-geng yang lain, yang nukilannya lama dah tak dijejak. maaflah, bukan lupa atau tak lalu nak tengok, tp kesempatan dan masa sentiasa mencemburui jika kita tak pandai nak mengurusnya dengan bijak.
kisahnya begini ( ni baru nak cerita berkaitan tajuk entry)...  rasanya dah lama sangat mummy tak cerita kisah penyusuan bersama Amani, cik Kak tu dah berusia 1 tahun 8 bulan @ 20 bulan. bermakna lagi 4 bulan genap tempoh penyusuan nya secara ekslusif bersama mummynya yang kiut ni.. (awww!) 

beberapa bulan kebelakangan.. perubahan pelik mula terasa, puting macam melecet plus sakit selepas Amani menyusu. macam memula start menyusukan Amani saat baru lahir dulu... tp mummy ignore aje... kendian, bila sesi mengepam, mummy pelik... even pam masih 3 kali sehari di opis, tp hasilnya penghujung petang hanya 4oz sahaja atau sebotol kecik tu dan itu hanya untuk sekali penyusuan sahaja. stok beku tak usah cakap lagi, mmg habis terus.. tambah lagi mummy attend sukan bornoe staff ipta early february.....mmg takde langsung stok kecemasan. tp budak bijak ni, even tak dapat susu sebelah pagi (di taska) dia tak merengek. still minum jugak air suam atau air milo yang bs sediakan untuk beliau. tp time mummy balik kerja, siaplah... bergantung samapai pagi eseoknya......

ceritanya tak habis di situ je.... kendian awal Mac, mummy dah rasa satu badan hangin. lagi-lagi bila pagi petang dah mual plus angin... dan baru perasan dekat 2 bulan dah tak period. memula nak abaikan aje.. sebab sejak bersalin dan menyusukan ni.. memang period sy tak teratur langsung... sehinggalah daddy Amani perasan ada perubahan dalam dirinya (daddy ok!). malam malam dia akan cari something masam untuk buat ulam. dan favor dia kompom kedondong. dan segibik dengan perangai dia time mummy preggy kan Amani dulu! pada satu malam (wah! dah macam cerita panglipur lara)... " Better u buat UPT, Kot kot Amani nak dapat adik".. mummy just laugh. .....


to be continue...^_*



Wednesday, February 13

Februari

masuk bulan februari, ep! ni dah pertengahan februari. lama tol dah tak mengarang merepek dan merapu di sini... banyak kenjadian dan kenangan dah jadi dalam kehidupan seharian.. ada seronok ada sedih ada marah ada gembira... dan macam biasa, tak kan nya tak mummy Amani ni nak tak  cerita pasal Amani. cik kak dah masuk satu tahun 6 bulan. yes! she getting mature.. dah reti pakai gelang, rantai and jam tangan. amboi amboi amboi......

rumah yang kitrang beli hari tu dah macam 70% completed, Tuhan je tahu betapa berdebarnya hati ni nak tengok umah tu siap dan pindah masuk. ikut perancangan developer, insyaallah akan siap sepenuhnya dalam bulan julai. itu semua nak pakai duit ooo kalo nak pindah masuk. semoga rezeki sentiasa ada dan semangat untuk menyimpan sentiasa ada dan membara.

sejak 2 februari 2013 mummy amani ni berkampung di Kolej Tun Amad Zaidi UNIMAS. join kejohanan sukan staff ipt borneo 2013. satu pengalaman yang tak kan dilupakan sejak bergelar penjawat awam ni. mummy masuk main bola jaring dan karom. hahaha sebut join karom mmg sangatlah terlawak nya.. seumo hidup ni biasa menengok je og main dan tak pernah pun nak try. Alhamdulillah team bola jaring dapat tempat 3 bersama UITM Sarawak. mungkin ini yang terakhir kali lah nak join., tak larat rasanya badan ni nak bermain macam zaman sekolah dulu. lawan pun bukan calan-calang. semua baya 20-25.. mak ni dah anak sorang.. umo dah nak masuk 30 ok.

tapi skang mummy dah rasa macam kekurangan stamina dan berat badan pun dah makin bertambah. seronok tambah berat badan, tapi bila part nak berpesyen nak pakai baju lelawa sana sini, amatlah memeritkan hati. lagi lagi bila jeans tak muat no.... huhu sangat lah tak best. rasa macam nak mengurangkan berat, tapi seakan belum bersedia lagi hendaknya.. chewah ayat tak leh blah... hehehe

terlebih kekarangan lah pulak sudahnya.. biasa nya mmg idea akan datang membuak secara tetiba. bukan menulis untuk sesaja.. tapi ini lah kenangan dan nukilan untuk ditinggalkan bila kita dah tak ada nanti. mungkin Amani, mungkin adik adik amani kah yang akan membaca apa mummy rasa....

ingatlah, keseronokkan kehidupan kadangkala adalah dugaan dari yang Maha Esa




Monday, January 14

Berdua.

Berdua tu maksudnya mr & mrs hubby.


dan sekali lagi,  kuarkan bajet merepek beli ....
credit:XBOX 360 SET

dan

credit: Samsung 3D Led TV

ini


semalam. 13/01/2012.

dan cadangan asalnya, nak beli ini,
credit: LED Ceiling fan

untuk rumah baru kami nanti adalah TERBATAL.

K BYE!