Wednesday, February 13

Februari

masuk bulan februari, ep! ni dah pertengahan februari. lama tol dah tak mengarang merepek dan merapu di sini... banyak kenjadian dan kenangan dah jadi dalam kehidupan seharian.. ada seronok ada sedih ada marah ada gembira... dan macam biasa, tak kan nya tak mummy Amani ni nak tak  cerita pasal Amani. cik kak dah masuk satu tahun 6 bulan. yes! she getting mature.. dah reti pakai gelang, rantai and jam tangan. amboi amboi amboi......

rumah yang kitrang beli hari tu dah macam 70% completed, Tuhan je tahu betapa berdebarnya hati ni nak tengok umah tu siap dan pindah masuk. ikut perancangan developer, insyaallah akan siap sepenuhnya dalam bulan julai. itu semua nak pakai duit ooo kalo nak pindah masuk. semoga rezeki sentiasa ada dan semangat untuk menyimpan sentiasa ada dan membara.

sejak 2 februari 2013 mummy amani ni berkampung di Kolej Tun Amad Zaidi UNIMAS. join kejohanan sukan staff ipt borneo 2013. satu pengalaman yang tak kan dilupakan sejak bergelar penjawat awam ni. mummy masuk main bola jaring dan karom. hahaha sebut join karom mmg sangatlah terlawak nya.. seumo hidup ni biasa menengok je og main dan tak pernah pun nak try. Alhamdulillah team bola jaring dapat tempat 3 bersama UITM Sarawak. mungkin ini yang terakhir kali lah nak join., tak larat rasanya badan ni nak bermain macam zaman sekolah dulu. lawan pun bukan calan-calang. semua baya 20-25.. mak ni dah anak sorang.. umo dah nak masuk 30 ok.

tapi skang mummy dah rasa macam kekurangan stamina dan berat badan pun dah makin bertambah. seronok tambah berat badan, tapi bila part nak berpesyen nak pakai baju lelawa sana sini, amatlah memeritkan hati. lagi lagi bila jeans tak muat no.... huhu sangat lah tak best. rasa macam nak mengurangkan berat, tapi seakan belum bersedia lagi hendaknya.. chewah ayat tak leh blah... hehehe

terlebih kekarangan lah pulak sudahnya.. biasa nya mmg idea akan datang membuak secara tetiba. bukan menulis untuk sesaja.. tapi ini lah kenangan dan nukilan untuk ditinggalkan bila kita dah tak ada nanti. mungkin Amani, mungkin adik adik amani kah yang akan membaca apa mummy rasa....

ingatlah, keseronokkan kehidupan kadangkala adalah dugaan dari yang Maha Esa




No comments:

Post a Comment

thanks for ur time dear..