Friday, March 2

Bukan hipokrit

Ini satu perkongsian bersama... Renungkan....


Sepanjang yang aku selalu jumpa, yang aku selalu baca dan dengar dengan telinga sendiri, ramai diantara kita menggunakan alasan tidak mahu hipokrit apabila bercerita tentang kesalahan sendiri.

Perkataan 'TIDAK MAHU HIPOKRIT' dijadi sebagai benteng halimunan yang kononnya memaafkan setiap salah dan silap.

Contoh paling senang,

1) Aurat.
"Aku bukan taknak tutup aurat. Tapi this is me. Aku tak hipokrit macam perempuan lain. Yang pakai tudung tapi still buruk perangai. Kadang kadang pakai tudung sebab dah disuruh mak bapak dari kecik. Bukan sebab keinginan sendiri. Aku nak tunggu sampai hati aku ikhlas tutup aurat baru aku nak buat."

2) Hubungan Sesama Manusia
"Aku kalau tak suka kat orang tu, memang aku tak suka bermuka-muka. Depan tunjuk baik. Belakang aku kutuk. Aku memang akan tunjuk kat dia aku benci dia. Aku tak hipokrit macam orang lain,"

3) Konflik Identiti
"Aku taknak hipokrit nyah. Ini la diri mak sebenar. Mak perempuan terperangkap dalam badan sendiri. Buat apa aku nak pura-pura gagah kalau naluri aku memang perempuan..awww"

4) Konflik Seksual
"Naluri aku memang suka kaum sejenis. I've done nothing wrong. Aku dah dilahirkan begini. Ini lah diri aku sebenar. Tuhan yang cipta aku macam ni. Kat mana salah aku. Takkan aku nak hipokrit kawen dengan perempuan padahal nafsu aku kat lelaki?"

Dan banyak lagi.

Maksud Hipokrit digunakan sebagai tiket yang telah disalah erti. Salah aplikasi.

Bagi aku, bila kau cuba untuk menjadi baik, sedangkan hati masih ingin berbuat jahat, itu bukan hipokrit. Itu bisikan syaitan. Kita manusia biasa. Setan ada di celah pelusuk tubuh kita. Adalah menjadi satu normal kalau setiap manusia itu mempunyai niat jahat. Cuma jangan lah dilaksanakan.



Tipu la kalau aku cakap sekarang ni, walau aku sudah bertudung, masih ada lagi keinginan nak melawa. Bertabarujj supaya nampak cantik. Nak-nak kalau tengok gamba perempuan rambut lebat, paras bahu, ada warna-warna sikit rambut, ya rabbi teringinnya aku nak bukak tudung balik dan pergi Giant sambil freehair. Keinginan tetap ada. Tahan dengan tak tahan je la.

Solat pun sama. Aku pernah tanya kawan aku yang boleh dikatakan menjaga jugakla solat dia. Samada "Pernah tak kau rasa malas nak solat?" dengan lajunya dia cakap, "mesti la pernah..setan ada kat mana-mana kot" Tapi kau lawan je la. Bukan bermakna, time kau malas solat, tapi kau solat jugak, kau akan jadi hipokrit.

Hubungan sesama manusia. Senang cerita kalau kita aplikasikan dengan saudara mara lah contoh. Kalau kau tak gemar dengan certain perangai mak saudara/mertua/adik beradik, tak bermakna kau boleh berlaku biadap dengan mereka dengan alasan taknak hipokrit. Buat baik je la macam biasa. Tak perlu konflik. Lama-lama sejuk la hati tu. Menjaga hati sesama manusia kan lebih baik dari kita layan diorang dengan biadap. Bukan Hipokrit pun.



Konflik identiti/seksual pun sama la. Semua salahkan naluri. Padahal kalau dikaji betul betul, homoseksual adalah sejenis tabiat yang datang kerana penyakit hormon - dan ia boleh diubati. Ni tidak. Asal tertarik dengan kaum sejenis je, terus rebel nak jadi pondan. Cari la solusi B kalau dah tau solusi A tu tak elok. Tak boleh B, ambik C. Tak boleh C, pergi D, E, F. Sampai Z pun boleh. Aku dulu pun suka tengok porn lesbian. tapi takde pulak aku jadi lesbian. HEHEHhehe..heheh hehehehh. Dulu OKAAAyyy...DULUU..

Kalau agak-agak dah buat silap/dosa tu, diam dan jangan melawan hukum. Tak perlu bagi alasan "Taknak Hipokrit..taknak hipokrit"

Aku tidak lah mahu cerita tentang dosa pahala. Semua pembaca aku bijak pandai. Doktor ada. Engineer ada. Pegawai Besar ada. Penolong Pengurus KWSP ada. Timbalan Pengurus KWSP pun ada. Segan la dengan tuan dan puan. Semua lebih cerdik dari aku.

Tapi point aku mudah je. Bila kita melawan kehendak dan nafsu jahat di hati, dan memaksa diri untuk terus berjalan ke arah kebaikan, itu bukan hipokrit. Itu, melawan bisikan syaitan, namanya.

dan catatan ini aku copy paste dari link ini..:

Kredit: http://perempuanjomblo.blogspot.com/2012/02/bukan-hipokrit.html

No comments:

Post a Comment

thanks for ur time dear..