Monday, December 31

Bila Hati Terasa



Terasa hati.

Selalu....

kadang rasa nak beri pelempang. noktahkan dan takkan memandang lagi. dan  terakhir kali katakan: BYE!

NAMUN, Masih mengharapkan perubahan. dalam menjaga Hati

Will try to do my very best. Menjaga Hati yang belum tentu dapat menjaga hati ini.... 

And perhaps by then, no more terasa hati.

Hati terasa.

Sangat pedih.

:-(

Bye 2012

Friday, December 28

rumah kami di Homelink Residence, Bintulu

Ahad Lepas sempat menjenguk Homelink Residence kat Jalan Sebiew, p tengok progress rumah kami.....


rumah kami rumah tengah no 2.Atap dan carporch  pun tak pasang lagi
.

ni Rumah kat barisan hadapan rumah...

ni plak pemandangan dari tingkat atas rumah. rumah barisan lorong belakang

tangga dalam rumah. ni pun nak tunjuk ek? hehe

tingkat atas. dinding tak naik lagi

depan rumah. carporch tak buat lagi. balkoni atas dah ada

 Memang sangat teruja bila tengok progress rumah ni. agak cepat jugak la pemaju ni buat kerja. kami book dalam bulan mei 2012, masih tanah lagi, skang dah nampak rangka. sepanjang perjalanan balik, mmg banyak tol perancangan mummy and daddy. plus angan-angan Amani dah pandai bercakap lagi syiok kalo masuk rumah nanti.

untuk kabinet kitchen, settle dah.. nasib baik pemaju bermurah hati nak beri kitchen kabinet free (bawah je). dan kitrang just keluarkan bajet rm3k untuk completekan atas dan meja breakfast. plus, kitrang dapat free accesories dalaman. kira orait lah kan... ;)
kitrang pilih kaler ni.
 
p/s: hajat nak amik corner, tp harga umah corner di Bintulu dengan tanah yang seciput je tepinya, mak aiiii! . Apa nak buat,tak mampu :) nak beli kena tambah another rm100k. Takpelah, kot ada rezeki lain beli lagi umah lain.

Apapun, aku bersyukur sangat dengan rezeki yang ada. Rumah,walau sekecil mana pun ia,jika ada keberkatan didalamnya....pasti damai. InsyaAllah.

~kesimpulannya.. jangan membazir ye Surimah!

Perjalanannya begini

28/12/12.
* Semalam my lil princess Amani yg kiut genap 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah.
* perjalanan membesarkan Amani sangat happening n menyeronokkan. Kadang-kadang mummy rasa macam dah dara dah cik kak tu... Kekadang gaduh benda kecik je kot... Pity Amani. yang seronok nya untuk di kongsi, Amani masih lagi menyusu badan, cuma skang mummy dah start beri minum fresh milk. tapi cik kak tu menolak dengan sangat jayanya susu tersebut, adoiii...
* masuk Disember, pembinaan Masjid terindah memasuki alam ke 3 tahun, pergh betul ke ayat makciq ni?? Dan seandainya ada kesempatan.... Biarlah ia bertahan hingga ke syurga hendaknya....
* ramai dah tanya bila nak dapat adik untuk Amani, please jangan tanya. Itu kerja TUhan... Kami tak merancang... Cuma lambat atau cepat itu bukan kerja kami.. Semuanya bergantung dengan rezeki Allah SWT
* rumah yang dibeli awal Jun lepas masih dalam pembinaan. Tp kitrang dah start buat payment awal untuk membiasakan diri.. So far alhhamdulillah... Masih cukup untuk makan minum hingga hujung bulan gaji seterusnya.....
*what else? Lama dh tak
Menconteng disini... Rasa banyak cerita, tapi tak tau nak
Mulakan dari mana
* p/s: untuk diri sendiri. Jangan mengata orang kalo sendiri masih seperti yang dikata. Itu cerminan sendiri....

Wasalam



Chak!!


-Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 17

Toujours Skin- Pure collagen dust

yeay! collagen dust yang di order dari Hanis Zalikha dah ada dalam tangan... tak sabar nya nak try okey! haaha sebabnya mommy dah malas nak makan banyak sesangat mak bapak segala pil supplement yang ada.. walaubagaimanapun.. Vitamin C tetap jugak amik sebab sangat perlu hokey...

dan mommy ni mmg sangat pantang la kalo dipromote menda pasal kesihatan n kecantikan ni.. cepat je tangan nya nak kuar kan RM even dah tetengah bulan n gaji lambat lagi nak masuk. plus sanggung tu kurangkan bajet belanja sebab nak membeli. Tertarik nak beli lepas baca entri Cik Kak Hanis Zalikha ni, dia cite pasa Collagen dust...   BEAUTY MUST-HAVE, time tu leh tahan nafsu  lagi. tp baca plak mak dia punya entry, ANUGERAH ILLAHI aduhh terus la jatuh tergadah nafsunya hendak mencuba.. hehehe tapi tak salah kot kalo untuk kesihatan akan datang.....

email hanis hari Khamis yang lepas. cepat je dapat reply, dia reply mcam ni.. mommy copy paste je eik

 Hello there,

 How much per bottle of 70g and how long does it last?

RM170 (including postage). RM160 if you’re willing to come to my house (Shah Alam) and pick it up yourself (contact mom at
pungpangpungpang for this).

For my personal use, it can last for up to 2-3months. I use it daily.

Not recommended for Pregnant Woman and Kids Below the age of 7.

How to purchase?


  • Step 1: Bank in RM170 to my Maybank pungpangpungpang (Hanis Zalikha Zainal).


Step 2: Refer the transaction to keknis@yahoo.com + screencapture (if you use Maybank2U). Snap the receipt and email me the image if you use manual transfer.

Step 3: Send your details (Name, Location, Contact Number) to keknis@yahoo.com with the subject:COMPLETED.

Step 4: Delivery will be done within 1-3weeks depending on stock. We work on first come first serve basis.

For repeat order, please follow the same steps above. Our stock is frequently updated.



Answering frequently asked questions (FAQS)

What is Collagen Dust™?

Collagen Dust™ is actually marine hydrolyzed collagen that is 100% fish protein base product. The results are progressive, it works from within and the longer you stay on the product, the better your results will be. You can say it is an alternative to having collagen and Botox injections.


Does it work for skin?

Yes, by supplementing internally marine collagen, your skin will improve. Mom been using it for 2years, she’s aging but it doesn’t show (not that fast, at least). Your skin really does get perkier with Collagen Dust™. I believe that my skincare works better thanks to it.


Does it work for nails and hair?

Yes and yes. Collagen strengthens brittle nails. Hair should also be stronger and more elastic from the result of taking collagen (from ingestion). I use it mainly for hair to be honest, since I am always in and out of the saloon putting chemicals on it T_T. Must. Strengthen. Hair.


Does it reduce joint and muscle pain?

We have found this to be true. It works for us, my mom the superwoman no longer suffers backache and I no longer find myself lenguh-lenguh lutut at night when I wear my heels for too long during the day.


Is it HALAL?
Yes, certified. Industry secret: Most beauty products have added some concentrated collagen powder (Collagen Dust™) in their product line. What you’re purchasing is the real deal. Okay lemme copy paste my mom email reply:

“Kolagen yang Kak Nani ambil itu tidak dijual di pasaran. Kak Nani dapat dari seorang kawan yang supply concentrated marine collagen powder pada syarikat-syarikat kosmetik di Malaysia ni. Contohnya dia supply kat Sendayu Tinggi, product terbaru Chef Wan (Mavellous) dan hampir semua syarikat product kecantikan di Malaysia ini. Ada status halal. Maklumlah, disupply ke semua syarikat kosmetik orang Melayu di Malaysia ni.
Tetapi penggunaan colegen didalam product mereka sangat sedikit. Manakala yang Kak Nani dapat dari supplier memang pure collagen dan keberkesanannya seratus peratus atau direct.”

LOL.


How do I use it?

1-2 teaspoons per day for consumption, highly soluble in cold water (juice/Milo/teh ais), really suitable with bubur/laksa/soup (fish powder + liquid food = SCORE!).
You can also mix a pinch of Collagen Dust™ with your moisturizer before applying to face. Sprinkle it in your body lotion for perky boobies.
Guna luar dalam for best result.


Beautify and make yourself youthful with Collagen Dust™.

============================================================


Sumber: Hanis Zalikha

than mlm buat paymen, petang jumaat tu dah smpai ke Bintulu Collagen Dust nya...

ingatkan botol kecik, upanya besar!

cukup la untuk 1-2 bulan

dalam macam serbuk mcam tepung susu
 K DONE! MOMMY START PAKAI MALAM NI JUGAK..

p/s: after krismas mommy counting calories ok.. berat dah up up and away sikit... sikitlah.. ;p


Wednesday, December 5

Ulangtahun Perkhawinan

hari pertunangan 25/05/08

Selamat Ulangtahun yang Ke- 3 Perkahwinan
"When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, 
you want the rest of your life to start as soon as possible." 

hari pernikahan 5/12/09


Semoga diri ini menjadi isteri yang membahagiakan suaminya,
yang menjadi pembantu bersama suaminya ke alam syurga.

dari berdua kita, adanya yang ketiga,
dan mengharapkan lagi kurniaan seterusnya,


Dan atas segalanya,
TERIMA KASIH YANG MAHA BERKUASA.


Monday, December 3

rindunya.....

seorang ibu muda yang lagi comel... bersuamikan seorang ayah yang hensem.. dan ada seorang anak yang tanteq lagi pandai posing..... dan kedua ibubapa itu mempunyai sorang satu telefon maha pintar....


apalagi!layannnnn...






























P/S: ini blog mummy, opkos gambar mummy lg byk dr daddy..;p

Wednesday, November 21

Mode: Blogpress-gila blogging

K done! Another wonderfull stuf added in My ipun... Memandangkan dh 24 jam internet plus gajet mahaiii di tangan... Apala salahnya memiliki blogpress sebagai tambahan aplikasi kan??? Rugi tak gunakan sepenuhnya kalo pakai fon pintar tp untuk receive dan buat call atau sesaja nak bermesej atau buka page google je 24 jam?

Dan seyakinnya sangat best guna aplikasini even dah terlambat menggunakannua kerana nk update blog kena buka pc adalah sgt mensampahkan...

Skang sambil cik kak bf pn dh boleh mommynya ni hapdate blog....

Da adios!
P/s; nak juga cita pasal cik kak ni.


Budak kecik ni mmg patuh pada peraturan.. Mommy tak tipu, kat umah jam 7.30 mlm, dia p rak buku dia n take one of the books n paksa mummy or daddy read it for her sedangkan dia tak tahu apa menda pun dlm tu.... Tp alhamdulillah... Mummy suka n ini cara kami...;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Omellette yang cantik a.k.a telur dadar versi hotel


credits: yummy!

Me kalo stay kat hotel, opkos le nak sekali breakfast, n the no 1 things yg nak rasa ialah omellette nya... a.k.a telur dadar versi otel... tp some people say omellette is not telur dadar.. so whatever! n serius.. lain otel lain rasa omellettnya... n the mos sedapness one me pernah rasa is at Concorde hotel shah alam.... the taste never change.. yummy!
n kang pulak ada plak kata me mengada nak masak telo dadar pun nak buat ala hotel.. helo.. pernah tak u all rasa bila makan telur dadar kat kedai lagi sedap dari u buat kat umah??? pernah tak?? even telur tu hanya didadarkan tambah garam sahaja??? ;p

so memandangkan takkan la ari-ari nak makan kat otel, so dengan sangat merajinnya mak budak ni menggoogle la caranya yg terbaik... dan terjumpalah satu blog yg berbahasa ibunda saya memberikan tips do and donts berkenaan mendapatkan omellette yg best! ....

layan..!
 
 
 
So here the dos and don'ts.

Dos:
  • Use butter. Real butter. I used salted butter.
  • Use at least three eggs. 3 okels?
  • Prepare ingredients in advance and set them separately (onions/bell peppers/tomatoes/etc). 
  • Add few drops of water into egg batter (steam from water bubbles help to make omelette cook evenly and puffy) I used 1 tbsp of fresh milk.
  • Use super low heat hence waiting is essential.  
  • Whisk egg batter only when you are ready to cook. Do not prepare any and set aside while you get other things done. 
  • Add a pinch of baking powder. ;)
  • Cover the pan while waiting for your omelette to cook. 


Don'ts:
  • Don't flip omelette at all. 
  • Don't use salt. Google said salt breaks down the egg texture. That's the reason why I used salted butter, to accommodate the taste.


How to:
[1] Heat non stick pan.
[2] Add butter and it should bubble up almost immediately. Tilt the pan to coat it evenly.
[3] As butter foam starts browning, pour in eggs. Cover the pan.
[4] Once bottom of the omelette starts to thicken and the top still a bit runny/creamy, sprinkle the ingredients but not too much. Cover the pan.
[5] Let the omelette brown for few seconds (less than a minute) and yeszaaa, perfect omelette is ready to serve.
 
 
p/s: jgn tak try! trust me its works
 
 
 

Thursday, November 15

renungan awal Muharram: apasal malas sembahyang?

Apasal la aku malas sembahyang.....?
Apasal la aku malas sembahyang......
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Yang berdiri tanpa roh siang dan malam.....



Apasal la aku malas sembahyang........
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara dah aman tak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh nak luang.....

Apasal la aku malas sembahyang.........
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu biar boleh pikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa la aku tak kenang.....

Apasal la aku malas sembahyang.........
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket consert aku sanggup beratur panjang,
Apa ingat masuk syurga boleh hutang.....?

Apasal la aku malas sembahyang........
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....

Apasal la aku malas sembahyang.........
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa yang dapat halang..

credit to :- UstazMukaBuku



Thursday, November 1

Satu Perkongsian: Anjuran terbaik Rasullulah bila ‘bersama isteri’.


Anjuran terbaik Rasullulah bila ‘bersama isteri’. Insyaalah.
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka).
Mudah mudahan akan barakah Baitul Muslim antum insyaalah dan akan lahirnya ramai para duat untuk mengambil alih masuliyah deen ini.
Wallahuaklam
Semuga bermenfaat.

p/s: Ini sumber yg saya dapat. “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Mungkin boleh rujuk dalam wasiat Rasullulah kepada saydina Ali. Kesohehan Hadith ini saya tidak pasti kerana saya bukan ahli Hadith. Mungkin boleh Tuan buat research sikit.- Sumber


Satu Perkongsian: Larangan Rasullulah untuk ‘bersama isteri’ ( tidak haram tetapi ianya tidak baik )

Larangan Rasullulah untuk ‘bersama isteri’ ( tidak haram tetapi ianya tidak baik )

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”


p/s: Ini sumber yg saya dapat. “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Mungkin boleh rujuk dalam wasiat Rasullulah kepada saydina Ali. Kesohehan Hadith ini saya tidak pasti kerana saya bukan ahli Hadith. Mungkin boleh Tuan buat research sikit.- Sumber

Wednesday, October 31

November are coming!!!

Esok Dah 1 NOVEMBE. Sekejap je masa berlalu...pejam celik-pejam celik dah masuk bulan November. Dah nak sampai hujung tahun.

Dalam masa dua bulan yang tinggal ni, banyak benda kena setel...komitmen kepada kerja yang bakal bertambah akan membataskan masa yang ada. Tapi takpe, masa yang tinggal dalam dua bulan ni akan diuruskan dengan sebaik mungkin.
 
MATLAMAT AWAL TAHUN?? TAK pernah pun senaraikan apa matlamat tahun ini. dan seperti dibawah...
 
1.Rumah-DONE!!
2. Macbook Pro- Bawak Ke tahun depan la kot
3.holiday- done!
4. menyimpan duit di ASB dengan penuh berdisiplin setiap bulan- setakat oktober done! tak tahu la Nov n dec ni. hopefully matlamat tercapai
 
satu je lagi matlamat tahun ni tak tercapai...tak priority sangat la kot... boleh lagi bawak ke tahun hadapan.  setiap tahun mmg takkan tetapkan matlamat lebih-lebih. afraid tak tercapai dek akal. huhu

Tahun depan ada misi penting yang perlu dilaksanakan. Semoga perancangan yang telah dirancangkan sebelum ini dapat dilaksanakan dengan izin Allah s.w.t.. Amin....



Wednesday, October 24

catatan semalam

Lama dah tak berkongsi di sini....

Kehidupan? Bertambah mencabar... Ada naik ada turun..... Dugaan tetap ada walau dalam ketenangan dan kebahagiaan.....

Kewangan? Sejak buat pembelian terbesar bersama... Bajet bertambah ketat.. Dah takleh nak sesuka hati lanting $$$ sana sini... Pemantauan 200%...

Anak? Bertambah bijak saban hari.. Keletahnya menjadi2..... Dan kami masih mengharapkan rezeki seterusnya......amin

Akhirat?- sentiasa membaiki diri.. Dan sedih sejak dua menjak lompong sana sini yang 5.. Oh Tuhanku.. Hamba Mu ini semakin meninggi dosanya... Ampunkanlah... Berikan kekuatan keutuhan iman...

P/S- apabila tidak solat... Semua amalan pahala tidak dikiraa........




Tuesday, October 9

Nasi Briyani tanpa perencah Briyani

Semalam mode rerajin nak masak something rare in life.. Wah! Ayat....
Kebetulan skang kt umah mkn berasmathi dh, so y not try buat briyani... Dan pencarian mencRi bahan segera bermula!! Berjalan dr rak ke rak dlm supermarket, mommy x jmpa pn 3 in 1 briyani...(yes! sy mmg berniat nak guna paste segera buat briani ok!;( hampir putus asa di situ.....)

Dan godekpunya godek, mommy buat resepi sendiri (hasil research bersama Mr. Google)...

Macam ni..
Bahan-bahannya
1. Berasmathi -3cup (ni makan 6-8og)/ beras biasa pn boleh
2. Bunjut sup adabi-1 bgkus
 3.halia-sedang nak- tumbuk
 4.bawang holland/ bawang besar-1 biji dihiris memanjang
5. Serbuk kari-2 sudu makan
 6.serbuk kunyit-1 sudu teh 7. Stok ayam- untuk sukatan masak beras di atas (mommy buat stok guna ayam yg bakal dijadikan lauk bersama beriani ni)
8. Minyak sapi-2 sudu besar (penting! Sebb ni buat lg sedap)
9. Ayam (mommy guna drumstick besar 6ketol)/ daging lembu/daging kambing- rebus utk buat stok td
 10. Santan 150ml/ susu sejat

Cara membuatnya- 1. Basuh beras dan tos. Biar sejat seketika
2. Bunjut adabi dibuka dan ditumbuk halus-sehalusnya kalo dapat, kalo tak nak tumbuk pn boleh.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak sapi, tumis bunjut adabi yg dh ditumbuk tadi, sekali bersama bawang, halia
4. Bau tumisan harum, masukkan beras mati, gaul rata
5. Masukkan serbuk kari, servuk kunyit garam, gula (jika nak)
6. Gaul sebatio jangan hangus- dlm 2-3 minit je
7. Kendian alihkan beras digoreng td dlm periuk nasi , masukkan stok ayam/stok daging dan santan. Ikut sukatan memasak nasi biasa. DAN! Ayam dimasukkan sekali! Gaul merata!
8. Kalo nk wangi masukkan daun pandan.tekan cook! Dan biarkan
9. Selain itu, kalo rasa bunjut td x berempah sangat, leh masukkan rempah ratus tambahan
10. Done! Selamat memcuba


 p/s: gambar dh letak kat instagram... hehehe

Friday, October 5

Friday, September 28

Pengeluaran KWSP bagi yang memilih skim pencen

salam sejahtera,

PENGAKUAN/ Disclaimer:

post ini adalah tulisan hasil pengalaman peribadi saya pada tahun 2012. dan saya BUKAN staff KWSP.


 jika ada yg sebarang perubahan peraturan baru di KWSP, mohon rujuk website mereka secara terus... atau direct ke kaunter pertanyaan KWSP. staf mereka sangat membantu dan selalu yang terbaik...

edited post: preivious post adalah info lama. jadi bermurah hatilah nak update infor terbaru. yang mana tak sepayah yang lama...




kesimpulannya seperti dibawah:

 INFO 1
 Pencarum akan dapat 45% untuk caruman selepas bekerja dengan kerajaan. 55% kerajaan akan ambil... Caruman semasa kerja dengan swasta, kita akan dapat 100%...


maksudnya, dari jumlah keseluruhan (akaun 1 dan akaun 2), kalo kita baru kerja bersama gomen 3 tahun, kita hanya dapat 45% sahaja dari nilai, dan selebihnya gomen tarik.yang gomen tarik itu adalah, SEMUA SYER MAJIKAN YE. DIULANGI, SEMUA SYER MAJIKAN.... HEHEH.
 kalo sebelum masuk gomen itu anda dah kerja swasta, n dah potong kwsp, duit itu 100% ANDA PUNYA



INFO2
1. Melengkapkan borang .
  • Borang Permohonan KWSP 9J (AHL) (borang web) (lepas masukkan semua butiran sila print)
  • Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan (yang ni mintak ketua jabatan untuk buat pengesahan)

Lampiran yang diperlukan seperti berikut:

 
1. salinan Kad Pengenalan (TAK PERLU KALAU TERUS KE KAUNTER)
2. salinan Tawaran ke Jawatan Tetap (SURAT MEMULA DAPAT KERJA DULU)

3. salinan Pengesahan Jawatan dan  

4. salinan Skim Taraf Berpencen.(Surat daripada JPA) 

5. Buku Bank atau Penyata Bank.
(panel yang dilantik oleh KWSP(TERKINI) (boleh semak di laman web kwsp)



dah cukup semua diatas... boleh la ke kaunter kwsp berdekatan anda

info 3
Bagi yang musykil pasal pembahagian duit dalam akaun 1 dan akaun 2 tu sebab,  dalam akaun 1 lagi banyak dari akaun 2, 

orang KWSP (masa saya buat permohonan ini tahun 2012) kata pembahagiannya begini:

Akaun 1: 70% daripada jumlah keseluruhan terkumpul
Akaun 2 : 30 % daripada jumlah keseluruhan terkumpul
 
UNTUK PENGALAMAN SAYA: saya dapat semua duit caruman selama saya kerja kompeni swasta dan duit kerja sebagai sambilan gomen. lepas tu, yg duit kerja gomen yang bertaraf tetap, caruman majikan  semua tak dapat.. masuk tabung pencen kot...
 

Info 4 
kaedah pembayaran: 
1. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda tetapi dengan syarat:  
 
(i) Akaun bank anda masih aktif.
(ii) Akaun bank anda dibuka
dengan panel bank KWSP yang dilantik.
(iii) Akaun bank anda jenis
Simpanan/Semasa (akaun persendirian). 


2. Kalau anda takut terbagi salah no akaun, boleh je mintak pihak kwsp buat cek atas nama anda ya

Info 5
proses/ bila duit keluar?

kalau ikut kwsp diorang akan cakap dalam masa 21 hari bekerja. percayalah..  kalau anda tak pernah buat sebarang pengeluaran,PROSES PENGIRAAN MUNGKIN LAGI  cepat. kalau pernah amik untuk beli umah, lambat sedikit sebab amik masa nak buat kiraan yang tepat... 

pengalaman peribadi: 14 hari bekerja. akan dapat sms dari kwsp berkenaan kemasukan duit tersebut. saya  mendapati, duit masuk awal sehari daripada sms tu datang ye... 
 
sekian pengalaman saya mengenai duit kwsp yang dah ditutup selamanya... tunggu nak pencen je dah ni

sekian










Wednesday, September 19

oh dear! memiliki rumah sendiri



beritahu aku sapa yang tak excited nak ada rumah sendiri? dgn hasil pendapatan sendiri dan sendiri jugak yang kena keluarkan duit untuk mendirikannya? di saat tengok brochure plus baru nak apply loan dari bank, laki bini dah sibuk declare  "rumah kita". ....kannnn?

ditambah kan lagi dengan verangannya.. yang tak ingat dunia, macam duit tu masuk tak reti nak habis... itu perkara NORMAL! DAN TAK BERDOSA PON!! dan hakikatnya kena ada angan-angan lah apa yang kita nak dan mahu pada rumah baru tu nanti. dan bertambah moleknya jika (ada extra budget) mendapatkan khidmat nasihat interior designer........

tp.... SAPA NAK SPONSOR TOLONG BERI KHIDMAT NASIHAT FREE KAt  MOMMY NI???????


BERIKUT ANTARA KEINGINAN BERNAFSU BESAR MOMMY:

AREA DAPURNYA BEGINI:



RUANGTAMUNYA BEGINI:


 KAMAR BERADUNYA BEGINI:



BILIK AIRNYA BEGINI:



Ruang Makannya begini:

dah! p tutup PC skang... BYE!