Anjuran terbaik Rasullulah bila ‘bersama isteri’. Insyaalah.
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’
dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan
Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan
terhadapnya selama-lamanya. “
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu
berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang
yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap
segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’
dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu
berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla
ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak
azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya
berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada
mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’
dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada
kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan
orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’
dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri
syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta
Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’
dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah
seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’
dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan
kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’
dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka
sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal
(terkemuka).
Mudah mudahan akan barakah Baitul Muslim
antum insyaalah dan akan lahirnya ramai para duat untuk mengambil alih
masuliyah deen ini.
Wallahuaklam
Semuga bermenfaat.
p/s: Ini sumber yg saya dapat. “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin
Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih,
dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah
s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Mungkin
boleh rujuk dalam wasiat Rasullulah kepada saydina Ali. Kesohehan Hadith
ini saya tidak pasti kerana saya bukan ahli Hadith. Mungkin boleh Tuan
buat research sikit.- Sumber
No comments:
Post a Comment
thanks for ur time dear..