Thursday, December 29

Gajet (peralatan) Penyusuan saya

di saat berniat menyusukan Amani sepenuhnya... saya nekad untuk melabur gajet penyusuan ini:

Set Pam RM390.

Set simpanan susu perahan/ untuk bawak ke opis  RM94

 Dan kesemua set ini saya dapatkan dari onebabyworld. total pelaburan awal saya RM 484. dan kini masuk bulan ke 5 saya menyusukan Amani... mmg sangat menjimatkan... bayangkan jika dikira dengan nombor, setin susu RM100 SEBULAN (amik yg murah la) didarabkan dengan 5 bulan penyusuan,ini  baru 5 bulan.. belum lagi smpai setahun...2 tahun......

tetapi harus diingatkan... kita menyusukan bayi bukan untuk penjimatan semata.. tetapi kerana khasiatnya, kerana pahala yang dicari dan kerana ikatan antara anak dan ibu akan lebih kukuh dan akrab...

P/S: semoga setiap perancangan ini akan diTunaikan Allah S.W.T, Amin

Wednesday, December 28

Cabaran penyusuan Susu Ibu

“Tak semua orang bernasib baik…”

Semua ibu ingin melakukan dan memberikan yang terbaik buat anak masing-masing. Saya percaya kalau semua ibu tahu kebaikan susu ibu dan mendapat akses untuk ilmu penyusuan, semua orang nak menyusukan anak dengan susu terbaik tu. Tapi iye lah,  “..tak semua orang bernasib baik…”

Dalam hidup kita ni ada benda yang kita boleh ubah, dan benda yang kita tak boleh ubah. Yang pastinya kita tak boleh ubah masa silam, sejarah hidup, keturunan dan benda2 yang dah ditakdirkan macam siapa mak ayah kita, adik beradik dan sebagainya. Yang pasti juga kita tak boleh nak ubah orang lain, meskipun orang tu suami/isteri ataupun anak kita sendiri.

Semalam Amani 5 bulan, mmg sangat terasa susu badan dah merudum drastiknya... lebih-lebih lagi bila sebulan yang lalu  tinggalkan Amani untuk pergi berkursus, ditambahkan lagi mengepam tak ikut sesi perahan yang biasa...

Dan balik ke Sarawak bersama Amani, hati tambah sedih... bila dah mulakan sesi mengepam hasilnya hanya 2oz sahaja satu perahan, jika dulu boleh cecah 10oz satu perahan sebelum pergi berkursus......tp hati dikuatkan juga... walaupun terkilan apabila susu stok yg ditinggalkan tidak mencukupi. .bilangan hari berkursus ditambah... menyebabkan seminggu Amani dah minum susu Formula.... tak mengapalah sayang... Tuhan menduga kita.... seminggu pertama bersama Amani.. langsung Amani tak nak sentuh B mummynya... sangat sedih hati ini dan menangis... jika 3 bulan lalu Amani mmg tak berenggang langsung untuk direct feed.. siap boleh landing satu hari suntuk mengempeng.......

Hati dicekalkan juga, bermacam cara di cuba..info dicari... akhirnya Amani kembali seperti biasa... tp dugaan lain yang menduga lagi... air susu mula berkurangan... Amani cepat marah... segala macam cara untuk menambah susu badan dicuba.... Hati sedih lagi... benar lah dalam kajian.. bila hati sedih.. jiwa stress... susu lagi tak nak keluar.... ikhtiar diteruskan......

dan hari ini bermula lagi satu usaha...meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu buat Amani.....

Tuesday, December 27

Kita Manusia .....

Sejauh mana kita boleh pekakkan telinga?
Selama mana kita boleh tahan untuk tidak berkata-kata?
Sekebal mana hati kita untuk tidak maki pada dia?

Bila orang mengutuk kita sehabis baik punya, dalam hati akan berkata: " lantaq kau lah", tapi betul ke apa yang kita kata itulah maksudnya atau sekadar penyedap hati sahaja........kadangkala, bila dengar orang maki kita, rasa dalam hati bagai nak mencarut... segala benda nak sebut macam babi! bangang! loba!, dan sebagainya.... kadangkala rasa macam nak g terkam orang tu dan kerat berpuluh-puluh kali kerat....kalo tak pun tai[ sms.. maki hamun dahtu nak hantar kat orang tu (tapi akhirnya... sms tu saved to draft jer...). bila dah reda... fikiran dah waras maam biasa... akhirnya ikhlas hati kita kata... "takpelah.....cakaplah apa ko nak cakap".  Dan terus kita rasa macam malas nak fikir. Betul tak?

Aku macam tu.
Dan aku rasa kebanyakkan kita pun macam tu jugak.
Tak payah lah nak tipu.

Muka aku mmg jarang menunjukkan situasi sebenar kondisi dalaman.... tak perlu lah nak tunjukkan kita tengah stress atau tengah bergembira sangat depan sesapa.... kita manusia .. situasinya tetap sama .... aku lagi suka org kutuk aku depan-depan... tp peratusan orang tu dapat makian dari aku mungkin tinggi... tapi kejap ke.. lepas tu aku dah boleh geng balik dengan orang tu......  selalu nya yang menyampaikan tentang cakap-cakap orang tu memang dah ditokok tambah pun..... dalam hati mendidih bagai nak meletup.. tapi percayalah... nak maki bagai rak pun... orang tu sendiri tak cakap pun pun depan kita.....


Tapi bila fikir-fikir, tak guna gak nak maki orang. Mungkin apa yang dia cakap tu ada betulnya. Sebab selalunya kita tak sedar apa yang kita buat, dan kita cakap. Orang yang perhatikan kita dan dengar yang selalunya akan nampak dan ingat.

Tapi kita selalu ego.
Takdenya kita nak mengaku.
Kan?

p/s: Hari ini Amani genap 5 bulan...... ^_*

Thursday, December 22

lap top in the bed_a warning!!



Please take time to read!! Very important!!! tell others about it

A well known family in Mequon lost their 25 year old son (Arun Gopal Ratnam) in a fire at home June 4th.

This is what happened. He graduated with MBA from University of Wisconsin-Madison two weeks earlier and came home. Had a lunch with his dad at home and decided to go back to clean up his room at school. Father told him to wait and see his mother before he goes back for a few days.

He decided to take a nap while waiting for his mom to come home from work. Neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. Their 25 year old son Arun died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire.

It was determined that the fire was caused by lap top in the bed.
When the lap top is on the bed cooling fan does not get air to cool the computer and that is what caused the fire.


Uneven surface of the bedsheet has blocked the air intake vent below the cpu fan. When the laptop is placed on a flat surface i.e. on desk/table, there is a gap between the desk surface and the base of the casing to allow air to flow/suck in through the air intake vent by the cpu fan to cool the cpu. This paragraph is added in by sender for better understanding of the senerio.

He did not even wake up to get out of the bed he died of carbon monoxide (CO).

The reason I'm writing this to all of you is that I have seen all of us using our lap top in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. Risk is real. Let us make it a rule not to use lap top in bed or put computer on bed with blankets and pillows around.

Broadcast this message & you may save others!!

Wednesday, December 21

Catatan Buat Diri Sendiri

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


Gambar terakhir seorang ibu.......

Dibawah iaklah gambar terakhir mendiang Gemma Hogg (31) bersama anak beliau Thomas. Gemma yang mengidap kenser payudara berkeras untuk menghantar Thomas untuk hari pertamanya di sekolah, meninggal dunia sehari selepas gambar-gambar ini diambil! FUKKEN SAD!!



Gemma tahu bahawa beliau akan meninggal dunia kerana walaupun sudah melakukan mesektomi dan rawatan kemoterapi sejak 2008, kanser pada tubuh beliau masih gagal dihapuskan. Oleh itu beliau berkeras juga mahu menghantar Thomas ke sekolah walaupun dalam keadaan lemah. She will not miss her child first day in school!

Untuk menghadapi saat mati, Gemma sempat mencetak gambar beliau pada bantal-bantal untuk anak beliau dengan kata-kata;

"When you need a cuddle I’m always here”

That is her way to make sure when she is gone her 3 children would still get to "hug her". Beliau juga sempat menghasilkan "memory box" yang diisikan gambar dan love notes kepada ahli keluarga beliau.

Sangat terharu baca artikel pasal ini. mmg mengguris jiwa.....


Sedih amat! Rest in peace Gemma Hogg... may you find peace.

laporan asal Daily Mail


 
Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharu.  :P 
SUMBER : EDISIKINI.COM

Perfume

Ingatkan nak buat topik wordless wednesday.. tp sebab dah lama sesangat schikong ni dibiar kesepian, rasanya nak share sesuatu juga....
 so sila lah membaca seperti di bawah...3 tips utama sebelum anda menyembur pewangi mahal (mahal ker??) setiap hari:

1. Sembur perfume pada BADAN bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni sembur perfume dulu baru pakai baju tau.

2.Tumpukan semburan perfume pada kawasan2 yang bernadi seperti pergelangan tangan, leher, bahagian dalam siku, bahagian pelipat lutut dan bahagian tengah antara 2  buku lali kaki.

3. Pakai perfume dari kaki ke atas. Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian kaki. Kaedah ini dapat menguatkan lagi  bauan perfume tersebut.

walau bagaimanapun, disebabkan malas dah nak menaip panjang dan masih dalam proses mewarming up, pesanan saya, sempena nak masuk tahun baru ni, trylah membeli perfume yang baru. kalo sebelom ni asyik pakai bau floral, apa kata tahun depan guna bau musky ke, fruity ke.. pelbagai bau pun takpe...ikut mood pakai..
.

 

wordless wednesday #6



Friday, December 16

Hidd Mihat: Hidup Kita.

Hidd Mihat: Hidup Kita.: Bila yang manis jadi tawar. Bila yang cantik jadi hodoh. Bila yang kaya jadi miskin. Bila yang besar jadi kecil. Bila yang kempis jadi bunci...

Sunday, December 4

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 2

Sekadar renungan...

"Kepercayaan umpama sebuah pasu...Sebaik saja ianya pecah walaupun boleh diperbaiki....Namun pasu itu sudah tidak akan sama lagi...."

"Kepercayaan dan kejujuran merupakan antara nadi utama dalam sebuah perhubungan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat."

Tanggal 05 Disember 2009 -1.30ptg (sabtu).....
Lot 8*...
Kpg Pengkalan Lutong
Miri, Sarawak

Telah tertulis di Loh Mahfuz..... Menjadi pasangan yang sah dan InsyaAllah memakmurkan bumi Tuhan hingga ke Syurga.....amin

Wednesday, November 30

Minggu ke 2 ....

*genap 10 hari menetap di serdang....
*genap 10 hari berjauhan dengan baby Amani n Dear Hubby
*genap 10 hari pam susu dan kendian dibuang begitu sahaja ke dalam sinki.... Sebabnya?? Hotel mmg takde langsung mini bar atau peti ais
*genap 10 hari jugak menahan hari dan perasaan... Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya seandainya tidak mampu menanggungnya.....
* lagi 15 hari bakal di lalui di seberang LAut Cina Selatan ini.....

"hati... Tabahlah dikau...."

Friday, November 11

11.11.11

 Cantik tarikh hari ni.... cuaca hari ni pun cantik... yang tak cantiknya hari ni.. sy demam selesema.. demam yg sangat dasyat bagi insan yang tak selalu demam ni...  tp mmg sy sangat percaya.. kalo kita demam.. itu tandanya Allah mengingati kita.. mungkin ada kesilapan atau kealpaan yang kita lakukan di dunia ni.. kekadang risau dalam hati kenapa la sy tak demam setahun ni.... ^_*

Ahad ni 1st journey fly without my baby... Insyaallah stok susu EBM Amani mencukupi... 3 hari 2 malam... rasanya tak bermasalah jugak kot.. iman kena kuat... sedangkan amani tinggal semalam di umah mak pon dah kerinduaan tak terkata...

then kena fly ke serdang plak.. hopefully ada rezki amani terbang sekali... tp minggu terakhir la kot... first time amani n nenek naik fligt... hope takde apa yang berlaku....

lama gegila dah tak mencoret kat sini... mungkin masa membataskan.. bukan tak leh nak update tru fon.. asyik jailbreak jer.. terus fon merajuk... hua hua hua.....

skang sy masih menyusukan Amani.. dugaan?? hehe nasib baik sy merantau ke negeri org.. n puas jugak menggali ilmu untuk breasfeeding... jd saya dah berjaya untuk tempoh 3 bulan... lagi 3 bulan sy dah boleh naik pentas amik diploma.. DIPLOMA?? satu sumber kata....

menyusukan bayi 6 bulan: peringkat duploma
menyusukan bayi 12 bulan: peringkat Ijazah
menyusukan bayi 18 bulan:peringkat Master
menyusukan bayi 24 bulan::PHD
 
 
Percaya & Yakin...
Allah Maha Pengasih Penyayang
Sentiasa berprasangka baik dengan Allah
Teruskan beramal dan berdoa

Up to me!

Up to me! Perghhh mcm ayat marah -marah je... Skang my baby dh masuk 3 bulan dan 4 hari... Cepat tol masa berlalu....sy dah jadi peminat Apple.. ^_*


Apple's Rise to Number 1
[Source: Online MBA]



- Posted using BlogPress from my �� iPhone

Thursday, October 27

3 bulan

THE MOMENT ARE PRICELESS

SEMOGA MENJADI ANAK YANG TERBAIK DAN SOLEHAH

Masa cepatnya berlalu. Rasa macam baru lagi Amani lahir ke dunia ni. Rupa-rupanya dah 3 bulan. Dulu masa mengandung rasa tersaaaaaaaaaaangat la lama nak melepasi 3 trimester yang sangat menyeronokkan itu

Benarlah kata orang.."saat gembira kita rasakan bagai sesaat tetapi saat bersedih dirasakan bagai bertahun".

Anakkuwiraku Giveaway

http://www.anakkuwiraku.com/2011/10/anakkuwiraku-giveaway.html


KHAS UNTUK BLOGGER!!!!!!!!

1. Tempekkan gambar Giveaway ini di  blog anda.

2. Letakkan link ENTRY ini  pada gambar tersebut.

3. Tinggalkan komen di ENTRY ini nama blog anda untuk kami lawati.

4. Tarikh tutup ialah pada 15 November 2011.

Cabutan akan dibuat sebelum 30 November. Maka jangan tunggu lagi!
 Jom sertai!!!



Tuesday, October 25

IF YOU NURSE YOUR BABY

  
 Dikongsikan bersama dari: susuibu.com.


Breastfeeding your baby for even a day is the best baby gift you can give. Breastfeeding is almost always the best choice for your baby. If it doesn't seem like the best choice for you right now, these guidelines may help.

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR JUST A FEW DAYS, he will have received your colostrum, or early milk. By providing antibodies and the food his brand-new body expects, nursing gives your baby his first - and easiest - "immunization" and helps get his digestive system going smoothly. Breastfeeding is how your baby expects to start, and helps your own body recover from the birth. Why not use your time in the hospital to prepare your baby for life through the gift of nursing?


IF YOU NURSE YOUR BABY FOR FOUR TO SIX WEEKS, you will have eased him through the most critical part of his infancy. Newborns who are not breastfed are much more likely to get sick or be hospitalized, and have many more digestive problems than breastfed babies. After 4 to 6 weeks, you'll probably have worked through any early nursing concerns, too. Make a serious goal of nursing for a month, call La Leche League or a Lactation Consultant if you have any questions, and you'll be in a better position to decide whether continued breastfeeding is for you.

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR 3 OR 4 MONTHS, her digestive system will have matured a great deal, and she will be much better able to tolerate the foreign substances in commercial formulas. If there is a family history of allergies, though, you will greatly reduce her risk by waiting a few more months before adding anything at all to her diet of breastmilk. And giving nothing but your milk for the first four months gives strong protection against ear infections for a whole year.


IF YOU NURSE YOUR BABY FOR 6 MONTHS, she will be much less likely to suffer an allergic reaction to formula or other foods. At this point, her body is probably ready to tackle some other foods, whether or not you wean. Nursing for at least 6 months helps ensure better health throughout your baby's first year of life, and reduces your own risk of breast cancer. Nursing for 6 months or more may greatly reduce your little one's risk of ear infections and childhood cancers. And exclusive, frequent breastfeeding during the first 6 months, if your periods have not returned, provides 98% effective contraception.


IF YOU NURSE YOUR BABY FOR 9 MONTHS, you will have seen him through the fastest and most important brain and body development of his life on the food that was designed for him - your milk. You may even notice that he is more alert and more active than babies who did not have the benefit of their mother's milk. Weaning may be fairly easy at this age... but then, so is nursing! If you want to avoid weaning this early, be sure you've been available to nurse for comfort as well as just for food.


IF YOU NURSE YOUR BABY FOR A YEAR, you can avoid the expense and bother of formula. Her one-year-old body can probably handle most of the table foods your family enjoys. Many of the health benefits this year of nursing has given your child will last her whole life. She will have a stronger immune system, for instance, and will be much less likely to need orthodontia or speech therapy. The American Academy of Pediatrics recommends nursing for at least a year, to help ensure normal nutrition and health for your baby.


IF YOU NURSE YOUR BABY FOR 18 MONTHS, you will have continued to provide your baby's normal nutrition and protection against illness at a time when illness is common in other babies. Your baby is probably well started on table foods, too. He has had time to form a solid bond with you - a healthy starting point for his growing independence. And he is old enough that you and he can work together on the weaning process, at a pace that he can handle. A former U.S. Surgeon General said, "it is the lucky baby... that nurses to age two."

IF YOUR CHILD WEANS WHEN SHE IS READY, you can feel confident that you have met your baby's physical and emotional needs in a very normal, healthy way. In cultures where there is no pressure to wean, children tend to nurse for at least two years. The World Health Organization and UNICEF strongly encourage breastfeeding through toddlerhood: "Breastmilk is an important source of energy and protein, and helps to protect against disease during the child's second year of life."* Our biology seems geared to a weaning age of between 2 1/2 and 7 years**, and it just makes sense to build our children's bones from the milk that was designed to build them. Your milk provides antibodies and other protective substances as long as you continue nursing, and families of nursing toddlers often find that their medical bills are lower than their neighbors' for years to come. Mothers who have nursed longterm have a still lower risk of developing breast cancer. Children who were nursed longterm tend to be very secure, and are less likely to suck their thumbs or carry a blanket. Nursing can help ease both of you through the tears, tantrums, and tumbles that come with early childhood, and helps ensure that any illnesses are milder and easier to deal with. It's an all-purpose mothering tool you won't want to be without! Don't worry that your child will nurse forever. All children stop eventually, no matter what you do, and there are more nursing toddlers around than you might guess.

WHETHER YOU NURSE FOR A DAY OR FOR SEVERAL YEARS, the decision to nurse your child is one you need never regret. And whenever weaning takes place, remember that it is a big step for both of you. If you choose to wean before your child is ready, be sure to do it gradually, and with love.

Growth Spurts/Pecutan Pertumbuhan

 Sekarang sy seorang mummy, blog ni pun dah beralih la ke arah blog yang bersifat keibuaan sikit.....hehehe nanti lain hari sy beralih angin plak menjadi blog merapu plak... ada informasi menarik yang sy jumpa di sini... kerna Amani pun pernah mengalaminya 2 kali setakat ini...tulisan di bawah sy culik dari Pakar Laktasi Malaysia. tak di ubah agar takda informasi yang berubah....

 “Growth Spurt” ataupun “Pecutan Pertumbuhan” atau macik2 ckp “beralih haribulan”. Time ini selalunya takde angin takde ribut baby akan  meragam sepanjang hari. Kdg2 papa pun boleh tension and gelabah, betul tak? Jgn panik! Baby bukan kena sampuk. Kalau check perut baby x kembung jgn pulak susah hati fikir benda lain. Memang inilah perkara biasa anak2 kecil esp yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ). Tubuh baby memerlukan lebih bnyk susu dan baby perlu sampaikan hakikat ini pada breast mamanya. Dia sdg menghantar signal dgn menghisap lebih bnyk dr biasa, atau cerewet dr biasa dan sedang memberitahu tubuh mama supaya hasilkan lebih susu utk perkembangan tumbesarannya. Dan tubuh anda akan hasilkan lebih bnyk susu pd hari-hari berikutnya (jika anda menyusu baby lebih kerap pd hari ‘mengamuk’ nya).
Mama jgnlah runsing. Tubuh anda pasti dpt menyediakan bekalan secukupnya. Anda hanya perlu beri peluang, perhatikan tanda-tandanya ~ maksud saya disini bila anda lihat baby hendak menghisap dgn lebih kerap, pastikan anda memberi baby peluang itu. 

PLEASE mama, dont offer any nestum/food (For baby below 6 months) formula milk or pacifier (puting getah tiruan) kerana ini definitely akan menghalang baby menyampaikan mesejnya kepada breast si mama. Ini akan menyebabkan gangguan kitaran supply & demand anda and menyebabkan baby akan semakin lapar dan susu mama mula kering/kurang.. Sila rujuk kitaran permulaan susu formula versi Sarakids di SINI.

Penting disini utk mama tidak panik unless baby ada menunjukkan ciri2 yang tidak normal dr kebiasaannya seperti menangis sehingga biru kehitaman atau apa2 yang dianggap “bukan dlm kes growth spurt”. Ya-lah mama, u know ur baby better than others =)

PERCAYA ATAU TIDAK


 
5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Sunday, October 16

I' m a breastfeeding mom! ^_~

" Ya Allah, Engkau berikan lah diriku kekuatan dan kesabaran dlm mengharungi cabaran dlm menyusukan Sharifah Ameera Amani "




Wednesday, October 5

CatatanTerindah #3

Siri catatan terindah terakhir...Pengalaman bersalin pertama kalinya...

Selepas air ketuban dipecahkan... Aku lepak bersama mak dan mr.hubby dalam bilik.. Sambil tengok tv... Pelik jugak asal suntikan tahan sakit tak diberikan lagi... Mungkin jugak diorang ingat aku lambat lagi nak bersalin... Setiap setengah jam nurse masuk nak tengok bacaan graf baby.....

3.00 petang.
Contraction mula terasa. Sakit contraction tu aku tak tau nak huraikan macamana...tp bagi aku.. Sakit pinggang waktu tu mcm nak tercabut... Selawat dan doa tak putus- putus....... Aku kongsikan doa nabi Yunus dibawah. Dan benar-benar membantu dan mempermudahkan aku. Subhanallah!

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim"

Mungkin amalan ambil spirulina seawal 7 bulan memberikan sedikir kelegaan...
Sakit contraction bukanlah seakan di-siat hidup-hidup rasanya....dihadapi dengan lapang dada dan tenang. alhamdulillah

4.00 petang
Dr. Lee datang balik. Periksa bukaan. "owh! Buka sudah besar!" aku blur, mr.hubby blur, mak lagi lah blur.

Dengan kompidennya Dr.lee kata "bawa masuk labour room, lagi setengah jam beranak". Dan dia turun ke kliniknya di bawah.

Dan dalam masa yang sama aku seakan seperti hendak buang air besar selepas sembelit bertahun! Nurse pulak sibuk nak bawak aku g labour room. Mak n mr. Hubby masujksekali.. Waktu dlm perjalanan mmg aku dh rasa nk meneran sesangat!

Dalam bilik bersalin
Teruja. Sakit. Sejarah

Aku dipindahkan d katil bersalin. Masa ni mmg dah nak terkeluar sesangat. Nurse periksa di"situ". OMG! Kepala baby dah kuar! Awak jangan push dulu! Tunggu dr datang. " aku dah rasa nak terkeluar sesangat.

Dr. Lee sampai.. keadaan dah kelam kabut... sebab aku memang dah tak tahan sesungguh nak "membuang". kendian nurse beri 2 suntikan.. aku dah tak ingat suntikan apa. since dr. Lee dah berdepan betol-betol dengan aku, mmg dah tak tertahan dan terus push!  Terus baby keluar. Then dengar suara baby, Dr. Lee tanya "nak mandikan dulu atau nak terus azsnkan. mr.Hubby terus azan kan. dan aku dok borak ngn dr. yang tengah menjahit. mmg langsung takde rasa sakit sebab dah suntik kot. hehehe
 
Dapat tengok pastu pegang baby, memang sesuatu yang paling indah. Aku keluarkan baby dalam masa tak sampai seminit. Rezeki masing-masing, sama ada senang atau susah :)

Itulah pengalaman bersalin aku. Aku bersalin memang langsung dalam keadaan yang tak terduga. terlalu mudah rasanya. Alhamdulillah atas kurniaan itu Ya Allah. moga zuriat seterusnya aku di berikan lagi kesenangan untuk melahirkan sebaik ini.



Wednesday, September 21

Kongsi apa yang patut dikongsi....

sepanjang cuti bersalin, blogwalking sahaja tanpa nak menulis apa -apa. renungkan.....


Komunikasi adalah terapi untuk setiap hubungan.

Dalam apa-apa jenis hubungan sekalipun, asas untuk mempertahankan setiap hubungan itu adalah berkomunikasi. Tidak kira jenis apa pun samada call, sms, BBM, Whatsapp, YM, Gtalk, Skype, Wall FB yakni Twitter sekali pun sekurang-kurangnya antara kita dan pasangan mesti luangkan sedikit masa untuk berbual antara satu sama lain.

Orang kata sesibuk mana pun kita, bertanyalah khabar. Kalau tak sebab nak tanya bini kau sihat ke tak, kau fikir sebab anak kau lah. Takpe, bini kau tak kecik hati pun sebab kalau dia pun, dia akan tanya anak dia dulu daripada suami dia. Haha.

Berbalik kepada berkomunikasi. Ada kawan aku cerita, dia selalu berbual-bual dengan pasangan dia sebelum nak tidur. Fikirkan tentang masa depan mereka berdua, masa depan anak-anak, tentang esok nak makan apa, tentang macamana nak memantapkan lagi ekonomi family, hubungan kelamin dan anak-anak.

Bila kita berbual-bual dengan pasangan kita, kita rasa beban pun hilang dan boleh tidur dengan nyenyak. 8 jam bekerja di pejabat walaupun kau tak di bebani dengan kerja yang banyak, otak tetap tepu juga. Kalau tak sebab kerja pun, kau tepu dengan orang keliling di pejabat. Sebab itu bila balik rumah tu, seronok bila pasangan kita buat sesuatu yang kita suka. Hilang penat kejap walaupun sebenarnya kau tak dapat rehat sangat pun bila balik rumah sebab mengadap kerenah anak-anak pulak. Jadi, berbual-bual sebelum tidur itu pun satu langkah yang bijak juga sebab kita boleh berbual-bual dalam keadaan yang tenang.

Kita dah hidup di dunia yang serba canggih. Kalau dulu-dulu handphone kita entah campak mana, tapi sekarang handphone sentiasa dalam genggaman kita. Jadi, apa salahnya sesambil bertweet tu hantarlah sms ke atau apa-apa lah dekat pasangan korang. Just nak dia tau yang kau ingat dekat dia.

Dan bila kau dapat apa-apa pesanan, sila lah balas.
Jangan kau baca sekali lalu je.....

Nukilan ni catatan terbaik dari:

http://susudalambotol.blogspot.com/2011/09/berkomunikasilah-dengan-cara-apa.html


sent from my iphone 4

Friday, September 9

45 hari berlalu........

Masa pergi terlalu pantas..... Aktiviti????? ^_~ Buat renungan semua.... "Andai kita tidak mampu membeli rumah banglo mewah maka jangan kita pandang serong pada yang memiliki banglo mewah. Malah jika kita menaiki kereta ke tempat kerja, jangan dihina mereka yang menaiki bas. Setiap orang punya kemampuan tersendiri. Sama juga dalam hidup ini....hati perlu bersih, baru rezeki akan datang. Tidak perlu cemburu pada hasil orang lain tetapi jadikan inspirasi untuk kita lebih maju. Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang lambat laun akan menutup banyak pintu rezeki dan rahmat ALLAH."

Monday, August 15

Catatan terindah 2

Sambungan......

Dalam menunggu ketibaan mr. Hubby otw dr btu (bintulu), aku smpat lagi mandi... Sarapan.. Sapu bilik tidur.. Sapu ruang tamu.....

Dlm masa yg sama mak pn smpai dari pasar tamu..."eik! Asal tak g hospital lagi??" mak bising... "kak long kt, kite x sakit lagi..... Nanti bosan duduk wad lelama...."

Tapi mmg betol, mmg tak sakit langsung. Aku kuar masuk toilet nk periksa ada darah lagi tak... Ada air pecah tak.. Tp mmg takde! Sesal pulak panggil mr. Hubby balik.......

11.25 pagi
MR. Hubby smpai. Air muka dah cuak.. Mommy to be masih eksyen kool. Siap tanya "by, nak g hospital ker??". Dahtu siap bebalas twitter with my besties... Kokiz n farhana... Hehe

Then hubby kata pergi skang.. Kalo dh tgahri jam.. Lambat sampai hospital. Nak dijadikan al-kisah... Cakap kat hubby "lapar lagilah... Singgah makan tengahri leh?" hubby on kan jer.. Mak pulak geleng sudah.... Aku order laksa sarawak spesel! Favorite tuu....

1.00 pm
Debar. Cuak. Teruja

Sampai di Miri City Medical Centre. Naik tingkat 2. "nurse, saya nak beranak" hahaha nurse blur (mungkin muka aku tak de simptom nak beranak terus). Nurse jawab "nak masuk wad ke? Register tingkat 3. Kat sini bayar bil je. Nanti saya call diorang di atas suruh standby"

Naik tingkat 3. Soklan dan situasi yang sama. Nasib baik nurse semua frenly... Yg tak leh lupa.. Diorang bagi list bilik pilihan untuk checkin, mcm masuk hotel pulok dh. Urusan remeh serahkan bulat2 kt mr. hubby... Aku nak beranak je!

Bilik 201.
Nurse masuk. 2 org. "maaf puan, kami nak check bukaan" aku cuak! Terbayang dah info yg aku baca kat blog pasal nurse akan seluk menyeluk kalo nak bersalin. Nasib baik mak n mr. h ada sama.. Aku buat muka kompiden tak sakit... Hehe

"puan, dah buka 6cm! Pn kuar darah pukul berapa?" "pagi td jam 4". "ha! Pagi tadi? Tp jam1 baru g hospital". Aku senyum.......kendian nurse keluar.

Nurse dtg balik bawak segala mcm menda ntah.. Yg guna utk cek jantung baby n satu alat panjang.
"kami terpaksa pecahkan air ketuban. Takut baby dah berak di dalam. Kalo air jernih, boleh tunggu kontraksi, kalo hijau.. Puan kena bersalin segera." nurse seluk lagi...alamak! "puan, td kami cek mmg bukaan 6cm.. Sekarang dh jadi 2 cm balik" aku sgt takut! "kami call doktor dulu."

Doktor naik. Dr. Lee, my gynea yg cek tiap mimggu.."hi sue, hi wan...baby nak kuar suda oooo" buat lawak aku tak suka..;p then dr. Lee seluk .. Sabar je lah.... "wei, apa ini... Sudah buka 6cm...." gertak dr.lee kt nurse2 tadi..... Tp mungkin baby amani main sorong tarik... Hehe kendian........

Sakit pertama yang aku rasa. Dr. Lee masukkan 4 jari untuk mencari air ketuban dan kemudian dia masukkan satu alat yang panjang pastu dia cucuk-cucuk air ketuban sampai pecah........ Alhamdulillah..... Jernih.......


Apa nak jadi lepasni, aku redha.......... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, August 12

16 hari bunga semakin berkembang

16 hari menjengah dunia

Sharifah Ameera Amani

Sy dh jadi Mommy! Gelaran yang dh dianugerahkan Allah 16 hari yang lalu. Sekejapnya masa. Macam just in a blink of eyes. Blink, Amani dh 16 hari usianya.
Genap 15 hari semalam 11 Ogos 2011 pusat Amani baru tanggal.


Nanti Amani akan sebulan... Setahun ... Dan sterusnya meneruskan kehidupan di bumi Allah...... Moga Mommy n Daddy akan dapat mendidik dan memelihara Amani sebaiknnya.

Amanilah pengarang jantung sy skarang. Sumpah! Masih tak percaya sy dh melahirkan satu nyawa berharga pada usia ini. Tak percaya saya melakukannya. Allah terlalu Pemurah kepada sy. Terima kasih Allah.
Skang Amani kuat menyusu. Dan moga Allah terus mengurniakan rezeki buat Amani semeriahnya. Amani ada double dimple on her right n single dimple on her left. Sangat comel bila marah... 

Dia tidur banyak sepanjang siang. Malam-malam dia susah nak tidur. Sebab malam-malam, mata dia membulat ajak Mommy dengan Daddy main. Prrrrft. Dan lagi parah bila mommy kena jaga alone..... Parah hingga menitiskan air mata.

Masa dua tiga hari lepas lahir, Amani kena jaundice sikit. Nasib baik tak teruk. Kuning sampai ke dalam mata. Tapi Alhamdulillah. Dah recover.. Tp bisa juga menitikkan air mata ini. Takut dan risau tak keruan.

Skang Masih excited membelek anak lagi. Ada masa sy kongsikan lagi........



We’ll learn. It just a matter of time. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, August 8

Catatan terindah 1


26 Julai 2011

Risau. Takut. Berdebar.
Due date nak bersalin tinggal 2 hari lagi... Mr hubby dh balik bintulu kerja macam biasa... Kejap-kejap msg tanya dah ada tanda tak... Ada darah tak, sakit perut tak..... Dan dengan manjanya aku menjawab "belom gik by, ilek arrr..." (tp dalam hati nak menangis sebab takut mr.hubby tak sempat temankan aku bersalin).

8.00 malam
Bosan. Kosong. Mengada
Malam ni tetiba rasa nak amik gambar perut bebanyak. Di samping tu sibuk nak tunjuk kat my lalinks farhana n azriena yg aku pakai baju iBandung. Lepas tu awal plak masuk tidoq.. Lepas cakap- cakap ngan lil caliph dlm pewut..."baby ameera tok bila nak kuar?? Mummy bosan duduk umah takdaq keja"..... 

27 Julai 2011

4.00 pagi
Sejak masuk trimester terakhir ni, jadi satu kewajipan untuk bangun g toilet time macam ni. Kalo di Bintulu, Mr.hubby mangsa dikejutkan ke toilet... Aku pun tak paham.. Apalah yang ditakutkan sangat nak ke toilet... Dhtu skang kt umah mak.. Kompom aku intai2 dengar ada tak sesapa turun ke dapur. Pagi ni mcm takde, so sekali lagi aku masuk toilet berbekalkan iphone ditelinga bertemankan suara mr.hubby...

Al-kisah, ada macam tanda nak bersalin. Ada tompok darah mcm memula aku tahu period aritu. Disebabkan terlampau banyak sangat info berkenaan mengandung dah terbaca, aku wat derk je. Sebab banyak info kata kalo kuar darah jer.. Lambat lagi nak bersalinnya. Dan mcm biasa mr.hubby tanya lepas kuar dar toilet...."dAh ada tanda X?"... N mcm biasa aku kata... "belommmmmmmmmmmm"

7.30 pagi
Sekali lagi masuk toilet.. Tanda tompok darah masih keluar. Rasa cuak. Tapi eksen cool... Tak cakap kat sesapa. Diam jer... Sebab confident nak tunggu air ketuban pecah!! Hahaha

8.00 pagi
Tetiba sibuk tanya kakak aku, " eh, kalo kuar darah, itu nak bersalin kerrr"... N kakak aku tu dengan yakin nya..."yelah!! Cepat g hospital... Nanti sapa nak sambut kat umah...." dah sudah.... Aku gabra plak dalam kooool.... Hehe telefon kakak yang sulung mintak anta ke hospital.... Sms mr.hubby mintak balik ke miri segera....

Perasaan masa tu masih blur. Dah nak beranak dah aku??? Mcm tak percaya... Sebab aku selalu tengok dalm drama org nak beranak ni sengsara gilos petandanya.


9.30 pagi
Teruja. Lapar. Berdebar
Kak long call "akak g breakfast dulu ek. Belom lagi ko nak bersalin. Aku rasa dalam jam 4 petang kot.. Lagipun ko tak de rasa sakit kan?? Laki ko dah call panggil balik? Kalo ko rasa sakit gilosss, call tau... Nanti aku dtg anta g hospital".

Haish! Kak long aku mengalahkan doktor. Tp apa dia cakap mcm mengena je. Mmg langsung tak rasa nak bersalin. Aku pergi cek lagi. Darah takde lagi dah. Aku cuak! Rasa bersalah plak panggil hubby balik sebelum masanya..... Huhu




BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Confinement#1: eBM ameera

Confinement#1: eBM ameera by MRS. HONEY
Confinement#1: eBM ameera, a photo by MRS. HONEY on Flickr.


Via Flickr:
Wah! Entry pertama selepas 12 hari melahirkan lil caliph known as Sharifah Ameera Amani .. N will be called Amani.. nak share satu je... Excited nak kongsi susu perahan pagi ni cecah 4 oz! Sangat bangga ok... Sebelum ni perah nak dapat 1 oz pun parah... Alhamdulillah..;)tetiba cerita pasal ebm@ susu perahan... Kisah bersalin, pantang belom ada idea menarik lagi... Blog ni jd satu jurnal yang mcm syok sendiri.. Tp inilah rencah kehidupan...
Dari zaman mula belajar blogging, degree, tunang bla bla n blaaaaa

Friday, July 29

She's a girl! @ perempuan lerrrr....

alhamdulillah.. Semuanya selamat sudah.. Benar -benar bersyukur pada Tuhan atas kesempatan yang diberikannya untuk melahirkan lagi seorang khalifah wanita di muka bumi ini... Saat menahan kontraksi benar-benar memberikan kesedaran betapa besarnya kekuasaan Allah dan tingginya pengorbanan seorang ibu...
Dan saat melahirkan turug ditemani suami yang tersayang dan ibu yang tercinta memberikan lagi semangat dan kekuatan yang tinggi.....
Setakat ini dulu berita kelahiran yang dinanti.. Ada masa ide dan kesesuaian... Akan dikarang pengalaman bersalin yang indah buat kenangan dan bacaan anakanda sharifah ameera amani ......

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, July 25

Boarding room #3

Ubat penahan sakit semasa bersalin





Ramai wanita merasa lega apabila diberi-tahu yang terdapat kaedah perubatan yang boleh mengurangkan sakit bersalin.



Entonox



Entonox adalah ubat sedut yang popular dan dapat mengurangkan sakit bersalin dengan efektif sekiranya anda dapat mengunakannya dengan baik. Ia adalah campuran oksigen dan nitrous oxide dan diberikan dengan mengunakan plastik mask yang diletakkan pada muka. Caranya ialah dengan memegang mask tersebut dan cuba menyedut ubat tersebut sedalam mungkin ke paru-paru. Walaubagaimanapun, kelegaan terhadap sakit cuma sekejap dan ramai diantara pesakit tidak dapat mengunakannya dengan betul.



Ubat suntikan











Ubat yang biasa diberikan ialah pethedine dan selalunya diberikan melalui injeksi pada bahagian punggung. Ia diberikan 4-6 jam bergantung kepada tahap kesakitan pesakit. Ia tidak begitu efektif dan boleh memberi rasa mengantuk kepada ibu. Kesan sampingan yang lain ialah bayi yang lahir juga mungkin mengalami masalah pernafasan selepas sahaja lahir tetapi ia cuma untuk sementara waktu.



Epidural







Epidural adalah ubat penahan sakit yang paling efektif dan sangat popular buat masa sekarang. Satu catheter kecil akan dimasukan kedalam tulang belakang dan ubat akan diberikan secara berterusan sehinggalah anak anda dilahirkan. Anda mungkin tidak dapat merasa perasaan untuk meneran sebagaimana wanita lain tetapi ia tidak melambatkan proses bersalin.



p/s: disebabkan bukaan semasa contraction terlalu cepat... Doc tak sempat nk suntik aku pape























BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop