Thursday, March 29

28 dan 8.




8 bulan



28 tahun

P/S: angka? Hadiah? Nilai?
P/S/S: syukur. Alhamdulillah. Doa. Kesejahteraan

Amin.

Salam.

- Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Saturday, March 24

Bayi 8 bulan

Tajuk macam dalam web baby center.com jeer... Tp agenda sebenar Amani lagi 3 hari masuk 8 bulan.... Kepandaian?? Salah satu nya seperti gambar tertera di bawah.... Enjoyzzz




















Bermain di bawah meja dan kerusi adalah satu kemestian.



Yippie!! Another new stuff for Amani. Amani dah boleh join kitarang makan semeja... Dah ada kerusi sendiri..... ^_* thanks to MR. Daddy......


Bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Udang Sepit Biru Masak Cili

Ok. Daddy Amani balik dr KL hari. So mommy rerajin la memasak sepesel. Resepi untuk mereka yang bukan pakar memasak... Ulangan... Bukan pakar memasak.

Resepi:
1. Udang galah 1/2 kg
2. Bawang merah + bawang putih + cili kering (yg dh dibuang biji n direbus) + halia+ serai +garam kasar= diblender sebati ( kalo rerajin boleh tumbuk)
Siap!

Eh... Eh... Blm lah.. Itu bahan utk memasaknyer

1. Tumis bahan yg dh diblend. Sehingga keluar minyak.....
2. Biarkan hingga pecah minyak. Pecah minyak bermaksud minyak keluar dr bahan tumisan kita tadi
3. Kalo sy, sy biarkan tumisan tu lama sikit atas api. Motif: cili masak, ramuan sebati, lagi sedap rasa kuah.
4. Masukkan sos tomato sesudu makan, sos cili sesudu makan, dan sesudu teh pati asam jawa, gula ( jika nak)
5. Selepas 15-20 minit, baru lah sy masukkan udang



6. Begini lah rupa selepas udang terjun ke dalam periuk ye kawan-kawan.......

7. Kerana sy malas nak masak satu lagi hidangan. Sy add-on brokoli dan kubis bunga sebagai hiasan...

8. Kalo brokoli dan kubis bunga tu dah layu ( jgn layu sangat, nanti vitamin hilang). Tutup api dan boleh dihidangkan.

Done! Selamat MEncuba (jika nak cuba)



- Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Friday, March 23

Aktiviti sampingan ketika sesi mengepam...

Banyak benda saya buat untuk menghilangkan kebosanan semasa mengepam.
  1. membaca - ni yang paling saya suka...(tak kira baca buku or baca blog tru phone)
  2. main computer games
  3. melayari internet
  4. menonton tv
  5. berbual dengan daddy Amani
  6. Borak sama Amani (time ni tandem nursing)
  7. tido …..hehhe, ini terjadi kalau mengepam 2 3 pagi….
bye!

 

Thursday, March 22

Mitos dan Fakta Penyusuan

seronok bila kita banyak mencari dan mendalami... sekrang sy seorang ibu... ibu yg vogue ala ayu (ha! dalam hati jangan nak dengki ye...)biasalah... manusia kan mudah melatah....

dalam tengah merayap ketika sesi blogwalking... terjumpa nukilan nanokc, ceritanya begini.....

"  tiba-tiba adik saya ni kata “dulu adik selalu kena tipu, kalau kitadah air guna daun keladi kat sungai tu air dia mesti jadi merah darah”….”rupanya sebab getah daub keladi tu yang tukar warna air tu jadi merah…dah besar ni baru tau”….lepas tu mak saya menyampuk…”dulu masa kamu kecik2 (masa masih menyusu badan…kami semua menyusu sampai umur hampir 3 tahun) jiran rumah kita selalu cakap susu ibu ni dah jadi darah…sebab kalau letak kat daun keladi nanti jadi merah…tipu je, nasib baik ibu tak caya”…hahaha..moral of the story…JADILAH ORANG YANG BERILMU…insyallah kita tetap dengan pendirian kita dan tahu setiap disebalik kejadian."

p/s: Amani masih menyusu badan, doakan saya tamatkan tempoh penyusuan. insyallah sehingga umur Amani 2 tahun..... amin

Wednesday, March 21

Blog Under Maintanance

Blog sedang dikemaskini.. atau Bahasa internasionalnya yg hampir dituturi dan fahami seluruh pelusuk dunia.. BLOG IS UNDER MAINTANANCE. anda akan melihat paparan blog ini ntah hape-hape sepanjang tempoh kemaskini... dan sila abaikan.

ada kata: "block je la sementara"

jawab sy: tak nak! kot-kot ada rezeki masuk time block tu... camne????


VERSI BERGAMBAR PLAK

p/s: doakan sy murah rejeki selalu.. dapat berkongsi dengan umat Muhammad sejagat dan dikurniakan kesihatan yang baik sejahtera untuk seluruh keluarga sy dan sesiapa di sekeliling sy.... ^_*

Sunday, March 18

Pahala terakhir seorang isteri


Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.


Untuk renungan bersama... insyaAllah.. .

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua... ... ...

... .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain- main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggala h saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."


Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya..

- Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Friday, March 16

Klip Video Amani

jangan salah sangka plak ek.. sejak baby Amani bijak menggunakan gajet-gajet APPLE... mummy nya dah takyah nak berebut tukar channel TV dengan budak kecik tu. Antara Video klip WAJIB.. ditekankan ya.. WAJIB, bangun je tidur, nak mengelakkan dia menangis n makpak dia tak terganggu untuk bersiap turun kerja dan minum pagi dan segala macam yang perlu buat... buka je lah video ni... kompom leka punyer...

1. Elmo Duck Song. masuk umo  4bulan dah ajar dengar. Silap Haribulan boleh dengar ratusan kali sehari. tp skang dah besar sikit, budak kecik ni dah reti tukar lagu lain. Ilham ni dapat dari TN.. My lalinks cweety pie time lepak kat umah dia waktu induksi. seronok tengok niece dia sedap je dengar dalam iphone. hehehe

2. Two little dickie birds. ni hasil mak nyer mendengar aunty latifah menyanyi untuk cucu, Aunty Latifah merangkap mama my lalinks Intan Farhana. carik kat utube, JUMPA! skang mak pak Amani lak ajar kat anaknya.. siap isyarat tangan lagi

3. Baba Black Sheep. sebenarnya inilah lagu omputih pertama yang Mak Amani nyanyikan buat Amani. dalam pantang lagi dah dok nyanyikan. lepas tu, tinggalkan Amani kat umah mak di Miri sebulan sebab induksi di Serdang, semua kazen mazen dia hafal lagu ni. sebab nak enjoykan Amani n tak nak kasi budak kecik ni nangis... ehehe Sweet sesangat.


p/s: tp skang Amani dah start suka buku plak. Alhamdulillah. mmg sy Ulat Buku punya  mak.

p/s/s: mainan kekanak mmg tak banyak untuk Amani. rasanya setakat hari ini ada 3 sahaja. dan dah jadi barang purba pun. Amani lebih berminat nak keronyok plastik shopping mak dia atau main tutup tipuware di dapur. .. baguskan???





Monday, March 12

Dah sudah...

1. Jam 4.04 pg. aku dh takleh nak tido. Sape suruh berjaga kemaskan blog? Chitt!
2. Pelik sebab sejak mei 2011 satu iklan tak masuk, rupanya da masalah teknikal (padan muka). Aku x aware pasal html coding... Jd duit x jalan.
3. Terkejut iklan bukan nuffnang, dh separuh jalan untuk dicashout! Tp tetap nak biarkan smpy 4 angka. (moga angan2 jadi kenyataan)
4. Blog aku ni dh mcm blog kekeluargaan sesangat. Motif sebenar aku blogging sebab suka suki n sibuk ikut peredaran zaman (aku jd blogger pd 20.08.2008) . Tahun ni masuk tahun keempat. Alhamdulillah
5. Aku tak suka mencarut dalam blog. Walaupun perasaan nak mencarut sebab melepaskan geram ru ada (skang lagi la x boleh, nanti Amani ikut!)
6. Datuk Seri Shahrizat letak jawatan dah.


K bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Exit 1,Bintulu,Malaysia

Friday, March 9

Khas Untuk Diri Sendiri

 Permulaan March ni banyak betul dugaan kitarang. Kewangan, kehidupan dan masa depan. Dugaan Tuhan datang sekaligus, setelah sekian lama bersenang dan berbahagia. Pengajaran Kitarang dapat:


1. Jangan riak dan takbur dengan bahagia yang kita ada sekarang. Tak perlu lah nak sibuk tweet dan facebooking semua menda yang mengatakan kita bahagia dan ada segalanya dan nak jalan kemana-mana. Cukuplah dengan  Bersyukur dan berdoalah hari-hari yang kita  masih bahagia setakat ini. Dan minta juga, bahagia itu kekal sampai mati.

2.  In the future, kita tak tau apa yang akan jadi. Memanglah semua orang nak bahagia sampai bila-bila. Tapi mana kita nak tau esok tulat nak jadi apa kan? Dan jangan sesekali nak komen hal rumahtangga/ kehidupan  orang lain. Kau tak rasa, kau diam. Nanti kau dah rasa, baru kau faham.

Manusia berubah.
Kena ingat tu!!


Mungkin dari baik jadi sampah.
Mungkin juga dari sampah jadi ustaz ustazah.

Saturday, March 3

Februari untuk Amani

Masuk bulan Mac. Banyak kenangan terindah buat Amani....

Amani... Tok ialah memori buat Amani di bulan Februari 2012 sempena umur ke 7bulan




1. Amani dh terer makan.




2. Amani baru start demam juak bulan tok. Seminggu....;(




3. Amani juak dh steady duduk bulan tok. Tahniah sayang!




4. Amani dh reti milih channel tv. No cartoon... But spongebob okay..;p




5. Amani first time duduk dlm troli shopping.




6. Amani start duduk dlm baby chair bila makan luar



Amani... Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak dan membahagiakan ibu bapa dunia dan akhirat....

-Posted using BlogPress from my iPhone by Surie Wan

Friday, March 2

Bukan hipokrit

Ini satu perkongsian bersama... Renungkan....


Sepanjang yang aku selalu jumpa, yang aku selalu baca dan dengar dengan telinga sendiri, ramai diantara kita menggunakan alasan tidak mahu hipokrit apabila bercerita tentang kesalahan sendiri.

Perkataan 'TIDAK MAHU HIPOKRIT' dijadi sebagai benteng halimunan yang kononnya memaafkan setiap salah dan silap.

Contoh paling senang,

1) Aurat.
"Aku bukan taknak tutup aurat. Tapi this is me. Aku tak hipokrit macam perempuan lain. Yang pakai tudung tapi still buruk perangai. Kadang kadang pakai tudung sebab dah disuruh mak bapak dari kecik. Bukan sebab keinginan sendiri. Aku nak tunggu sampai hati aku ikhlas tutup aurat baru aku nak buat."

2) Hubungan Sesama Manusia
"Aku kalau tak suka kat orang tu, memang aku tak suka bermuka-muka. Depan tunjuk baik. Belakang aku kutuk. Aku memang akan tunjuk kat dia aku benci dia. Aku tak hipokrit macam orang lain,"

3) Konflik Identiti
"Aku taknak hipokrit nyah. Ini la diri mak sebenar. Mak perempuan terperangkap dalam badan sendiri. Buat apa aku nak pura-pura gagah kalau naluri aku memang perempuan..awww"

4) Konflik Seksual
"Naluri aku memang suka kaum sejenis. I've done nothing wrong. Aku dah dilahirkan begini. Ini lah diri aku sebenar. Tuhan yang cipta aku macam ni. Kat mana salah aku. Takkan aku nak hipokrit kawen dengan perempuan padahal nafsu aku kat lelaki?"

Dan banyak lagi.

Maksud Hipokrit digunakan sebagai tiket yang telah disalah erti. Salah aplikasi.

Bagi aku, bila kau cuba untuk menjadi baik, sedangkan hati masih ingin berbuat jahat, itu bukan hipokrit. Itu bisikan syaitan. Kita manusia biasa. Setan ada di celah pelusuk tubuh kita. Adalah menjadi satu normal kalau setiap manusia itu mempunyai niat jahat. Cuma jangan lah dilaksanakan.



Tipu la kalau aku cakap sekarang ni, walau aku sudah bertudung, masih ada lagi keinginan nak melawa. Bertabarujj supaya nampak cantik. Nak-nak kalau tengok gamba perempuan rambut lebat, paras bahu, ada warna-warna sikit rambut, ya rabbi teringinnya aku nak bukak tudung balik dan pergi Giant sambil freehair. Keinginan tetap ada. Tahan dengan tak tahan je la.

Solat pun sama. Aku pernah tanya kawan aku yang boleh dikatakan menjaga jugakla solat dia. Samada "Pernah tak kau rasa malas nak solat?" dengan lajunya dia cakap, "mesti la pernah..setan ada kat mana-mana kot" Tapi kau lawan je la. Bukan bermakna, time kau malas solat, tapi kau solat jugak, kau akan jadi hipokrit.

Hubungan sesama manusia. Senang cerita kalau kita aplikasikan dengan saudara mara lah contoh. Kalau kau tak gemar dengan certain perangai mak saudara/mertua/adik beradik, tak bermakna kau boleh berlaku biadap dengan mereka dengan alasan taknak hipokrit. Buat baik je la macam biasa. Tak perlu konflik. Lama-lama sejuk la hati tu. Menjaga hati sesama manusia kan lebih baik dari kita layan diorang dengan biadap. Bukan Hipokrit pun.



Konflik identiti/seksual pun sama la. Semua salahkan naluri. Padahal kalau dikaji betul betul, homoseksual adalah sejenis tabiat yang datang kerana penyakit hormon - dan ia boleh diubati. Ni tidak. Asal tertarik dengan kaum sejenis je, terus rebel nak jadi pondan. Cari la solusi B kalau dah tau solusi A tu tak elok. Tak boleh B, ambik C. Tak boleh C, pergi D, E, F. Sampai Z pun boleh. Aku dulu pun suka tengok porn lesbian. tapi takde pulak aku jadi lesbian. HEHEHhehe..heheh hehehehh. Dulu OKAAAyyy...DULUU..

Kalau agak-agak dah buat silap/dosa tu, diam dan jangan melawan hukum. Tak perlu bagi alasan "Taknak Hipokrit..taknak hipokrit"

Aku tidak lah mahu cerita tentang dosa pahala. Semua pembaca aku bijak pandai. Doktor ada. Engineer ada. Pegawai Besar ada. Penolong Pengurus KWSP ada. Timbalan Pengurus KWSP pun ada. Segan la dengan tuan dan puan. Semua lebih cerdik dari aku.

Tapi point aku mudah je. Bila kita melawan kehendak dan nafsu jahat di hati, dan memaksa diri untuk terus berjalan ke arah kebaikan, itu bukan hipokrit. Itu, melawan bisikan syaitan, namanya.

dan catatan ini aku copy paste dari link ini..:

Kredit: http://perempuanjomblo.blogspot.com/2012/02/bukan-hipokrit.html