Wednesday, May 25

suka-suka #2

  •  saya sangat-sangatla gila termenung dan berfikir benda yang tak sepatutnya nak difikirkan. apa lah akan jadi dalam hidup saya untuk tempoh sepuluh tahun akan datang. waktu darjah 6, saya dah terfikir nanti saya nak kerja kat mana....sapalah bakal laki saya dan apalah jadi dengan saya. n paling tak boleh blah... saya nak kawen dengan lelaki yang ada keturunan kembar..ala macam aidil zaquan n zafuan adha (betol ke nama ni??) hehehe skang umur dah 27 tahun.... antara 12 tahun dan 27 tahun, 15 tahun dah berlalu..... pelbagai sejarah dah terukir, peristiwa manis dan pahit....cerita, pekung dan musibah... hanya Yang Maha Esa yang tahu
  • teringat lagi waktu umur 10 tahun, darjah 5...saya bercita-cita nak jadi professor ...wow! tp dalam hati... aku tak tahu pa menda la professor tu.... cakap je nak jadi professor..... hehehe dahtu masuk tingkatan 4..cita-cita pun bertukar..nak jadi ahli korporat... sedangkan perangai ntah apa-apa macam keparat..oppps...ayat tak leh blah...;p  sepanjang alam persekolahan...tak pernah jadi pengawas.... merangkap pengganas ada la kot... tu pun sikit jerrrr... hahahaha tAPi saya tahu... saya budak pandai (tak salah kan mengau diri pandai???) 
  • hakikat yang hendaklah diterima....kecermelangan, kepandaian dan kebaikan individu bukanlah hasil genetik..... mungkin kah agak keterlaluan dikatakan bukan takdir??? apa yang penting kemahuan dan pilihan sendiri... hak peribadi....  dan semakin dewasa ini telah mengajar saya erti semua itu..... nawaitu memainkan peranan sepenuhnya.....

Tuhan pernah mengahadapkan saya dua jalan. 
Persoalannya, adakah jalan yang saya pilih, merupakan satu takdir. atau, takdir saya bermula dari jalan yang telah saya pilih?
  •  Kalau lah saya boleh berpatah balik kembali pada umur 18 tahun dan memulakan 19 tahun dengan lebih berhati-hati..... tp.......There is No Eraser in Real Life


No comments:

Post a Comment

thanks for ur time dear..