Saturday, May 7

my pregnancy #4 :record

GETTING READY
hasil bacaan  di sini. blog yg mmg dah lama saya follow dari awal perkahwinan smpai sekarang. very intersting pregnancy record yang sememangnya patut untuk di coretkan buat kenangan.


1. Why do you want to have a baby?
Dah setahun menikah, mulanya mmg merancang untuk tidak mempunyai zuriat lagi. mungkin benar kata orang, bila minda dan badan belum bersedia, Tuhan Mendengar naluri kami suami isteri, tanpa sebarang ubatan dan kawalan untuk tidak mengandung, termakbul doa kami. dalam masa setahun itu juga, kami tinggal berasingan.MR.Hubby di Borneo, dan mRs Honey di Peninsular. bagaikan perjalanan ini telah diatur secantiknya, peluang untuk berkhidmat setampat bersama MR.hubby, 5 hari sebelum ulangtahun perkahwinan, kami disahkan bakal menjadi Daddy and Mummy! Alhamdulillah. even time tu family dah da yang mula curiga dengan prestasi kami tak berzuriat lagi... ilek la.... ;p dan ketika itu, kami mmg sudah bersedia!
renungan: Setelah kamu bertemu The Right Man, having the baby is always right.

.
2. What lifestyle changes are you making to prepare for trying to get pregnant?
 Perkara pertama?? hehehe saya dah imagine nanti saya kena morning sickness yang teruk tak ..salu masuk hospital tak macam my sista Lisa.... atau adakah saya takkan merasa apa yang pregnant lady rasa??? tetiba je dapat tahu diri ini pregnant, mana la sempat nak making any preparation. siap seminggu before dapat tahu preggy, kami hubby n wife sibuk nak menurunkan berat badan.. turun naik bukit, joging dan berpindah rumah. ish2... sorry lil caliph.. ;( 

tp bila dah tahu, saya mula mencari info pasal mengandung atau kehamilan. saya mula makan semua jenis pil yang doktor bagi tu... kurma kismis mmg dah jadi gula-gula manis buat saya. saya nak melahirkan anak yang terbaik dan menjadi insan cemerlang... cewah! 

.
3. What financial changes and plans are you making?
Masih sukakan wang! ada ke orang tak suka kan wang?? bila dah tau mengandung..mr.hubby plak tukar keta! huargh... org baru nak join the family!..dia p sibuk tukar kete.. tp ada betul juga katanya....ktrang selalu travelling.. perlukan keselesaan dan kemudahan untuk membawa segala macam menda yang perlu nanti.

dulu mmg saya sangat suka shopping online. pantang berkenan order n buy! g shopping complex pun borong sakan macam takkan ada lagi peluang nak membeli barang. tp skang... kena dengar cakap suami.... kena standby beralah untuk keperluan baby, n saya masih dalam proses installed application itu dalam hardisk kepala ini... hehehe

paling menarik, sekrang kitrang shopping tunggu member's day supaya boleh kumpul points memanyak n redeem kendian hari... hehehehe

Tapi saya berharap, kami mampu memberikan yang terbaik buatnya kelak. Saya tidak mahu kedekut dengan anak saya. Sama macam ibubapa tidak pernah kedekut dengan saya.  Tapi yang penting, kami akan bagi dia pendidikan............
.
4. How do you think your life will change if you have a baby?
dalam kepala ni ingat baby sahaja! hehehe tp mungkin pada tahun pertama.... dalam proses pengenalan menjadi ibubapa.....hidup mungkin totally change sepenuhnya... tap sapa sangka..semuanya perancangan dari yang Maha Esa Juga kan..... namun saya percaya ia akan menjadi sesuatu yang indah dan berbaloi...

saya salu ingat pesanan dari kengkawan yang dh beranak "nanti ko ada handbag ..sangat susah ko nak shopping tak ingat dunia..." - dan saya nak kikis tanggapan itu... anak ada rezeki dia tersendiri..... dan am going to shop til drop too...;p

Tapi satu yang saya sangat yakin. Kehadirannya kelak akan membahagiakan lagi hidup kami sekeluarga. Saya harap juga, selepas bergelar emak, saya menjadi insan lebih baik dan pandai buat kek (eh tetiba pulak).. hahaha saya reti beli kek sahaja dan makan kek sebelum ini.

mungkin juga lepas ni saya akan mula pandai membebel semahunya kat mR. Hubby n baby macam mak saya... dan mungkinkah saya akan jadi ibu moden yang tak reti nak marah anak dan biarkan dia membesar mengikut arus peredaran masa??? tunggu dan lihat.....

.
Saya sarankan, pembaca yang sedang pregnant pon membuat record sebegini. Bukan sahaja sebagai memori simpanan, tapi sangat interesting. No? Akan mengabadikan lebih banyak record kelak. Jomlah buat record. Anda tulis dalam blog anda pula, bagitahu saya, nanti saya boleh baca :D

No comments:

Post a Comment

thanks for ur time dear..