Saturday, May 28

shop atas talian.....

*sejak dua menjak dah pandai beli -membelah secara atas talian ni..... agak teruk jugak la sindrom untuk bersopping online.... paling latest carik barang baby.. ;) and yang agak murah dan best untuk sopping ialah web kat bawah ni......:
 <a href="http://www.LittleWhiz.com/default.cfm?RID=21232&TID=3"><img src="http://www.LittleWhiz.com/images/affiliate3.gif" border="0"></a>

*untuk barang yang murah n sangat berpatutan.kat sini .ladiesfash.   maxi dress ke.... tops ke.... yoga trousers, kat sini mmg syiok.. dia punya service sangat cepat dan tangkas.... dari segi kualiti kain... mmg sangat bersesuaian la dengan harga yang kate dah tawarkan ..... ;)

* k.. untuk hadiah yang bergambar..atau printed peribadi seperti yang kita nak.....saya suka beli je kat sini... buat hadiah birthday... hadiah perkahwinan ke..... apa-apalah jenis hadiah yang kita nak..... mmg cepat n sangat berkualiti produk dia....


ni hadiah buat mr.HUbby on our 1st anniversary.....
*dahtu... time nak buat cenderamata untuk tetamu datang majlis perkahwinan...ktrang tempah buat iconic-g N MINI  kugee gift kat sini...... yang ni kena tempah awal la dari majlis kita....kang tak smpai tepat masanya... menangis plak kang.....
  
ni iconic G..yang mini kugee gift tak de simpan soft copy arrrr......
*cenderamata dah beli online... off course la kad jemputan pun tempah online jugak..t yang sadisnya..kad jemputan pertama yang ktrang tempah dia tak leh buat..kebetulan kedai tu kat kelantan.. nkelantan time tu banjir.... huhu so ktrang kena buat tempahan kad baru.. n dia siap 2 mingu sebelum majlis... n mak penanten perempuan dah bising.. (mak Mrs Honey la... ;p) kad plak tempah kat sini...

kad jmputan sebelah perempuan..pink kareerrr...

baju grey tu ...;p
*apa lagi ekk pernah beli online... nak listed down banyak dah... k last.. baju kurung dah siap.. latest yang harganya n service nya sy berpuas hati ialah... ini


*pernah tak dapat online shop yang barang dia teruk n tak puas ati???? pernah la! dan sgt menyampah... tp takpelah..biarlah rahsia... kang dikatakan nak menutup rezeki org lak... bye!

Thursday, May 26

bahaya-air-masak-pada-bayi-bawah-6-bulan

Assalamualaikum…
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.


Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

p/s: sebab lil caliph tak kuar lagi... so ada masa nak mencari info sebanyak mungkin... tak salah..sharing is caring.. ;)

Wednesday, May 25

suka-suka #2

  •  saya sangat-sangatla gila termenung dan berfikir benda yang tak sepatutnya nak difikirkan. apa lah akan jadi dalam hidup saya untuk tempoh sepuluh tahun akan datang. waktu darjah 6, saya dah terfikir nanti saya nak kerja kat mana....sapalah bakal laki saya dan apalah jadi dengan saya. n paling tak boleh blah... saya nak kawen dengan lelaki yang ada keturunan kembar..ala macam aidil zaquan n zafuan adha (betol ke nama ni??) hehehe skang umur dah 27 tahun.... antara 12 tahun dan 27 tahun, 15 tahun dah berlalu..... pelbagai sejarah dah terukir, peristiwa manis dan pahit....cerita, pekung dan musibah... hanya Yang Maha Esa yang tahu
  • teringat lagi waktu umur 10 tahun, darjah 5...saya bercita-cita nak jadi professor ...wow! tp dalam hati... aku tak tahu pa menda la professor tu.... cakap je nak jadi professor..... hehehe dahtu masuk tingkatan 4..cita-cita pun bertukar..nak jadi ahli korporat... sedangkan perangai ntah apa-apa macam keparat..oppps...ayat tak leh blah...;p  sepanjang alam persekolahan...tak pernah jadi pengawas.... merangkap pengganas ada la kot... tu pun sikit jerrrr... hahahaha tAPi saya tahu... saya budak pandai (tak salah kan mengau diri pandai???) 
  • hakikat yang hendaklah diterima....kecermelangan, kepandaian dan kebaikan individu bukanlah hasil genetik..... mungkin kah agak keterlaluan dikatakan bukan takdir??? apa yang penting kemahuan dan pilihan sendiri... hak peribadi....  dan semakin dewasa ini telah mengajar saya erti semua itu..... nawaitu memainkan peranan sepenuhnya.....

Tuhan pernah mengahadapkan saya dua jalan. 
Persoalannya, adakah jalan yang saya pilih, merupakan satu takdir. atau, takdir saya bermula dari jalan yang telah saya pilih?
  •  Kalau lah saya boleh berpatah balik kembali pada umur 18 tahun dan memulakan 19 tahun dengan lebih berhati-hati..... tp.......There is No Eraser in Real Life


Sunday, May 22

suka-suka #1

  • mula menulis blog dulu pun sebab suka-suka...lama kelamaan, hampir masuk tahun ketiga, jadi satu ketagihan pulak. ditambahkan lagi, bila dah tahu kita leh earns sikit demi sikit dengan pengiklanan internet..... seronok tengok "kaching" naik ..walaupun sikit demi sikit... sapa tak nak duit masyuk hanya dengan merepek-merapu syok sendiri kan?
  • kerja? so far seronok dengan keadaan sekarang, masih lagi dalam adaptasi dan percubaan... kadang-kadang benda yang buat kita stress, tak de la sesusah yang disangka... namun pengalaman akan mengajar kita seadanya..... pergaulan??? kadang-kadnag..kena pandai bawak diri... zaman menelaah dan di telaah dah jauh meninggalkan kehidupan ini... sekarang.. belajar lah menikmati hidup sehebat yang mungkin......
  • kawan??? zaman tidur sebantal, bangun dan lepak masak sesama di hujung minggu pun dah semakin jauh pergi.... ingatan dan memori memang sentiasa tersemat di hati.... kadang-kadang.. kita tak terjangka.. pertemuan yang singkat dan perkenalan yang tak selama mana, boleh menjadikan seseorang itu menjadi lebih dekat dan lebih memahami diri kita... Allah itu Maha Bijaksana.... sesungguhnya apa yang telah dia susun untuk kita adalah yang terbaik kan???
  • kewangan? ada pasang dan surutnya... semua orang...tak kira la yang paling kaya atau yang paling miskin pasti merasa saat berada di puncak dan sekali sekala akan jatuh tergadah menyembah bumikan.. yang penting..jangan libatkan orang lain...jangan susahkan orang tua kita... jangan rosakkan perhubungan indah yang telah terbina.... ;)
  • ok..skang tengah musim mengandung... so entry pun asyik cita pasal mengandung je memanjang... pastu.. entry pasal beranak...jaga anak... dan seterusnya... so nak tak nak, sapa yang terbaca, membaca atau terklik online journal sy ni.. maaf bebanyak.. sy menulis@menaip untuk kenangan peribadi....
p/s: saja merepek suka-suka... sebab MR. Hubby sangat la sesibuk sekarang, dan membuatkan tak sabar nak tunggu Llil Caliph muncul jadi teman sepermainan..... ADIOS!

Tuesday, May 17

my pregnancy #6 :7 bulan

Minggu ini baby dah 29 minggu.
Alhamdulillah........



Saban hari dah mula rasa lil caliph menendang dari dalam... sakit ok... n kadang-kadang membuatkan air mata ini mengalir kerana tak tahan... kepala dah di bawah berdasarkan latest scan untuk monthly check lepas..... kalo time nak tidur tu..lagi la bertambah aktif lil caliph renang berirama di dalam... dari catatan n bacaan berkenaan posisi tidur yang selesa... rata-rata mengatakan tidur mengiring... mmg selesa.... namun bila dah part nang beralih ke posisi sebelah plak...lil caliph akan mengeras...kena usap-usap plaj pujuk jangan la mengeras sayang.........sometimes, perut akan rasa seperti dicucuk-cucuk... apa la lil caliph buat ekk... rasa nak g scan time tu jugak tgk dia tengah buat apa... hehehe sakit memang sakit..tp dalam sakit tu.. seronok ok!

 Bila rasa perut seperti dicucuk-cucuk, mungkin baby pun tengah cari keadaan yang selesa untuk dia. Aku sakit, takpa. Yang penting baby kat dalam yang tak tau apa-apa kan?

selalu nya bila dah masuk bulan ke 7 kehamilan, kena buat check up 2 minggu sekali.... tetapi doktor yang observe tu kata...i can come another month lagi... meaning nya minggu ke 32/33... katanya baby ok... n nothing suspicious..... n mummy to be pun tak kisah...... asalkan semuanya selamat dan sejahtera;)

dah masuk bulan ke 7... jadi kami telah sepakat untuk memilih Miri city Medical Center untuk lokasi bersalin nanti... semoga semuanya mengikut perancangan......amin doakan lah ya..... ;) selain itu, barang-barang persiapan nak bawak ke hospital tak standby lagi.... ish! sepatutnya dah standby kan dalam keta... tp mR.Hubby dengan confidentnya kata baby tak nak kuar lagi... nak bersalin kat Miri jugak.... hope so......

Bab Makan..semua menda nak makan, semua dapat so far... sebab memikirkan akan berpantang dalam bulan puasa dan Hari Raya... jeles wooooo..... huhu

Another 2 months to go.
Semoga semuanya dipermudahkan.
Amin.

my pregnancy #5 :baby checklist


ok.memandangkan ari ini CUTI WESAK merangkap time off sy... terasa rajin nak menghupdate.. ditambahkan lagi geng gaduh a.k.a Mr. Hubby kerja.. so sy ada banyak masa terbuang...barang baby mmg ktrang beli agak lambat... lambat ke?? sengaja tunggu nk masuk 7 bulan baru nak sibuk carik... hehehe sebab??? my family bising kang beli awal-awal.. huhu just follow the elder....

tetapi... pada pendapat saya.... bagi yang tak bermasalah untuk jalan ke hulu hilir semasa hujung kehamilan..mungkin nasihat tu leh la diterima... kalo jenis tak larat... carik je la yang penting-penting di awal kehamilan anda.......
mr.HUbby smapai je umah... terus tak sabo nak snap-snap.... hehehe



nak share jugak barang yang masuk dalam senarai terpenting bakal mummy and daddy ni.... disamping mengambil nasihat bahawa jangan borong sangat baju newborn kerana baby cepat membesar......

Senarai keperluan sambut bayi pertama:

1.    Baju Lengan Panjang 100% cotton (6 pasang) - 4 done
2.    Baju Lengan Pendek 100% cotton (6 pasang) - 4 done
3.    Singlet Bayi 100 % cotton (4 pasang)- 2 done
4.    Seluar Panjang Berstokin (6 pasang)
5.    Seluar Panjang Tanpa Stokin (4 pasang)- 2 done
6.    Seluar Pendek (4 pasang) -  done
7.    Selimut Bertopi (1 unit) - done
8.    Selimut Tanpa Topi (2 unit)
9.    Barut Perut Baby (6) -done
10.  Kain Lampin (1 set / 10@12 unit) - done
11.  Topi Bayi (1) - done
12.  Sarung Kaki & Tangan (3/5 pasang) - 4 sets done
13.  Stokin Lawa Untuk Berjalan-jalan (5) - 4 done
14.  Tuala Mandi Bayi (2) -  done
15.  Lapik Plastik Untuk Menukar Baju/Diapers (Plastic Changing Mat 1 unit)- done
16.  Minyak Yu Yee Cap Limau - disapu pada perut bayi lepas mandi dan mengelakkan kembung perut -  done
17.  Botol Susu kecil Berus Botol - Lebih untung jika beli yang set dan cari yang BPA-Free - done
18.  Susu Formula Bayi Baru Lahir (Jika bayi sukar minum Susu Ibu) - Pek kecil untuk testing dulu
19.  Breast Pump (Kepada Ibu yang bekerjaya)
20.  Bag bayi (Optional sahaja) - done
21.  Diapers / Jenis Lampin Pakai Buang Saiz NEWBORN atau XS (1@2 pack dulu takut alergic) - done
22.  Baby Wet Wipes Pek Besar dan kecil- big done
23.  Bedak Bayi, Shampoo mandi, baby oil (beli set kecil tengok keserasian dulu) - done
24.  Besen Mandian Bayi
25.  Putik Kapas untuk mencuci kotoran di pusat bayi
26.  Set bantal bayi dan tilam, selimut etc
27.  Electric Swing (ayun electric)
28.  Bekas Air Thermos -  done (yg portable belum done.)
29.  Set Katil Bayi (Optional sahaja)

30. Car seat
31. Baby Nail Clipper
32. Confinement Set
33. Sterilizer
34. Baby Carrier
35.    Maternity Underwear & Bras



wow!banyak dah done... hehehe sakang dah takleh mengadap internet...sebab tangan gatal je nak order...nanti mr.Hubby bising sebab tak ikut ceklist... huhuhuu

Ramadhan 2011

zwow! kalender Islam Masih Jamadil Akhir.... sy dah nak masuk Ramadhan?? tetiba terkenang Ramadhan tahun lepas....entry menarik di sini.... memberikan seribu satu kenangan terindah.... sambut Ramadhan Di Putrajaya buat pertama kalinya... (before tis sambut di Puncak Perdana..zaman study.. tak di ambil kira..;p). dalam masa yang sama.... pertama kalinya begelar isteri... tapi berada jauh di perantauan sambut Ramadhan bersama kawan-kawan.....so pity Mr. Hubby smbut Ramadhan macam org bujang ...;(  dan sekali lagi.. tahun ini InsyaAllah Mr.Hubby kena sambut sensorang lagi kalo dia tak dapat amik cuti untuk sambut bersama-sama di Miri nanti... dengan izin Allah.. mungkin sy dah bersalin tika itu.. dan berpantang di rumah Mak di Miri sinun.....

Bila dah cakap pasal ramadhan.... kompom la ada bazar ramadhan.... n makannya marvelos... n antara buka puasa terbaik dan terindah tahun lepas adalah seperti berikut fotonya.... (cewah! macam nak bagi award.. hehehe)

Kenangan 1
with madam ika... teman seiring sejalan..... we have a wonderful moment...





kenangan 3: the most sweetest one!

Kenangan 2
 
with Mrs. DH
with Mrs.JC
 


semuanya adalah yan g terindah.....









Sunday, May 15

July @ August??

July @ August?? by MRS. HONEY
July @ August??, a photo by MRS. HONEY on Flickr.
Wow! Lil caliph are getting bigger... Awal trimester dan masuk trimester kedua.....my tummy memang tak nampak langsung pembesarannya..... Mmg risau ok! Asal g monthly checkup confirm takut je... Lepas scan n discuss sikit2 with d doctor.....sy lega.... Menunggu lagi peningkatan seterusnya.... Tp..masih lg tak nampak besar..... Sehingga masuk bulan ke 6 ... Dan hasilnya ketara.....hahahaha sex??? Dh tau dah.....;p
Sent from my Nokia C6 phone

Saturday, May 7

my pregnancy #4 :record

GETTING READY
hasil bacaan  di sini. blog yg mmg dah lama saya follow dari awal perkahwinan smpai sekarang. very intersting pregnancy record yang sememangnya patut untuk di coretkan buat kenangan.


1. Why do you want to have a baby?
Dah setahun menikah, mulanya mmg merancang untuk tidak mempunyai zuriat lagi. mungkin benar kata orang, bila minda dan badan belum bersedia, Tuhan Mendengar naluri kami suami isteri, tanpa sebarang ubatan dan kawalan untuk tidak mengandung, termakbul doa kami. dalam masa setahun itu juga, kami tinggal berasingan.MR.Hubby di Borneo, dan mRs Honey di Peninsular. bagaikan perjalanan ini telah diatur secantiknya, peluang untuk berkhidmat setampat bersama MR.hubby, 5 hari sebelum ulangtahun perkahwinan, kami disahkan bakal menjadi Daddy and Mummy! Alhamdulillah. even time tu family dah da yang mula curiga dengan prestasi kami tak berzuriat lagi... ilek la.... ;p dan ketika itu, kami mmg sudah bersedia!
renungan: Setelah kamu bertemu The Right Man, having the baby is always right.

.
2. What lifestyle changes are you making to prepare for trying to get pregnant?
 Perkara pertama?? hehehe saya dah imagine nanti saya kena morning sickness yang teruk tak ..salu masuk hospital tak macam my sista Lisa.... atau adakah saya takkan merasa apa yang pregnant lady rasa??? tetiba je dapat tahu diri ini pregnant, mana la sempat nak making any preparation. siap seminggu before dapat tahu preggy, kami hubby n wife sibuk nak menurunkan berat badan.. turun naik bukit, joging dan berpindah rumah. ish2... sorry lil caliph.. ;( 

tp bila dah tahu, saya mula mencari info pasal mengandung atau kehamilan. saya mula makan semua jenis pil yang doktor bagi tu... kurma kismis mmg dah jadi gula-gula manis buat saya. saya nak melahirkan anak yang terbaik dan menjadi insan cemerlang... cewah! 

.
3. What financial changes and plans are you making?
Masih sukakan wang! ada ke orang tak suka kan wang?? bila dah tau mengandung..mr.hubby plak tukar keta! huargh... org baru nak join the family!..dia p sibuk tukar kete.. tp ada betul juga katanya....ktrang selalu travelling.. perlukan keselesaan dan kemudahan untuk membawa segala macam menda yang perlu nanti.

dulu mmg saya sangat suka shopping online. pantang berkenan order n buy! g shopping complex pun borong sakan macam takkan ada lagi peluang nak membeli barang. tp skang... kena dengar cakap suami.... kena standby beralah untuk keperluan baby, n saya masih dalam proses installed application itu dalam hardisk kepala ini... hehehe

paling menarik, sekrang kitrang shopping tunggu member's day supaya boleh kumpul points memanyak n redeem kendian hari... hehehehe

Tapi saya berharap, kami mampu memberikan yang terbaik buatnya kelak. Saya tidak mahu kedekut dengan anak saya. Sama macam ibubapa tidak pernah kedekut dengan saya.  Tapi yang penting, kami akan bagi dia pendidikan............
.
4. How do you think your life will change if you have a baby?
dalam kepala ni ingat baby sahaja! hehehe tp mungkin pada tahun pertama.... dalam proses pengenalan menjadi ibubapa.....hidup mungkin totally change sepenuhnya... tap sapa sangka..semuanya perancangan dari yang Maha Esa Juga kan..... namun saya percaya ia akan menjadi sesuatu yang indah dan berbaloi...

saya salu ingat pesanan dari kengkawan yang dh beranak "nanti ko ada handbag ..sangat susah ko nak shopping tak ingat dunia..." - dan saya nak kikis tanggapan itu... anak ada rezeki dia tersendiri..... dan am going to shop til drop too...;p

Tapi satu yang saya sangat yakin. Kehadirannya kelak akan membahagiakan lagi hidup kami sekeluarga. Saya harap juga, selepas bergelar emak, saya menjadi insan lebih baik dan pandai buat kek (eh tetiba pulak).. hahaha saya reti beli kek sahaja dan makan kek sebelum ini.

mungkin juga lepas ni saya akan mula pandai membebel semahunya kat mR. Hubby n baby macam mak saya... dan mungkinkah saya akan jadi ibu moden yang tak reti nak marah anak dan biarkan dia membesar mengikut arus peredaran masa??? tunggu dan lihat.....

.
Saya sarankan, pembaca yang sedang pregnant pon membuat record sebegini. Bukan sahaja sebagai memori simpanan, tapi sangat interesting. No? Akan mengabadikan lebih banyak record kelak. Jomlah buat record. Anda tulis dalam blog anda pula, bagitahu saya, nanti saya boleh baca :D

my pregnancy #3

  1. lagi 83 hari harus di tempuhi.... entah sampai atau terlebih hari atau terkurang.....semoga dirahmati Allah selalu dan dalam perlindungannya... amin
  2. skang dah rasa heaven sebab sangat syiok rasa lil'caliph menendang n berenang  (berenang??) dalam perut... it was a wonderful sensation my dear.....
  3. setakat bulan ini..... rasanya telah pun mengidam beberapa jenis makanan n minuman yang so far senang nak dapat... tp tak kena masa.....
    • nescafe O: tetiba tengah tengok maharaja lawak.. jam 11.30 tercium bau nescafe kat hidung... ntah dari mana bau tu datangm n hubby pening sebab ktrang mana da minum nescafe o.... hehehe cari-carik dalam beg travelling.. jumpa sepeket kecik yg dibawa dari Wangsa Maju dulu... naseb baik tak expired.. ^_6
      credit: google
      • nasi kerabu: time kerja... tetiba baca share en. azmi pensyarah time kat UITM dulu... katanya tgah sedap makan nasi kerabu n nescafe.... terus la terliur satu hari suntuk kat tempat kerja.... at last, my colleague bagitau kat SEDC Bintulu ada warung kelate yang jual nasi kerabu... sedap macam yang  nak... tp harga nya 3 kali ganda....dari yg pernah di makan kat Putajaya dulu

    credit: google
    •   Biskut Famous Amos: dhtu nak plak yang panas plus nk choco chips with pecans. cari sampai kat apot Bintulu... dan seluruh supermarket Bintulu aku pusing n keluar masuk... n sah takde!dan Tuhan Maha Kaya... kebetulan ktrang kena attend satu majlis kawen di Kuching... so aku beli stok RM50++ buat bekal balik bintulu... tp malangnya masuk ke perut setakat perjalanan di sibu... hehehehe


    credit google


    • durian: wow. yang ni best sesangat.. kalo ikotkan nafsu.. mmg  nak bantai smpai sepuluh biji.. tp my hubby sangatlah tak nak memberikan peluang isterinya ini bermanja dengan durian, takut baby panas... ingat nak makan seulas... tp disebabkan meliur sesangat.. time mr. hubby mandi... bantai smpai 4/5 dari sebiji durian itu.... dan padahnya.... tak leh nak tidur malam n angin naik smpai kepala... padan muka mummy to be ni....
    credit:google



    • ABC N Sotong kangkung: yang ni lagi dasyat penangannya...smpai kena mc n admit masuk hosp. 4 jam... hehehe gara-gara ais yang ditelan melampau kehadaman perut... lepas bantai satu mangkuk besar.. malam tu balik rumah bantai lagi satu mangkuk aiskrim.... mmg kehausan yang tersangat n rasa aiskrim tu sangat la sesedap rasa... akibatnya, sesak nafas n sakit dada.... mulanya doktor kata asma... sangat terkejut kerana sepanjang hidup di muka bumi ini... mmg takde pernah dapat asma.... dugaan.....




    •   kuih cincin: yang pernah beli kat kuching bulan 3 lepas.... ish2.. lil caliph ni nak makan barang import je memanjang... hahahha alasan tak leh diterima..."anak lam perut ni nak makan.." dapat dari mana?? kuching mali... hehehe thank u my family..;)
    credit:google
    da lagi beberapa menda yang menyebabkan air liur bakal ibu ini yang meleleh... nanti rajin smbung.. hehehehe

      Thursday, May 5

      i'm tired!

      which one the best......

      help me to choose.... before lil caliph melihat dunia yang luas ini... kena sambar ini dulu....':p



       dan setakat ini.... 3 telco gergasi di bawah telah membuat penawaran yang sangat baik.......
      plan ini kah??? tgk warna je dh tau telco mana kan???

      atau yang kuning menawan inikah????

      atau yang biru inikah???? telco plg latest menawarkan pakej ini dan yang pertama memberikan insurance perlindungan percuma terhadap iphone n ada kaler putih yang menawan...;p

      1. nanti time pantang boleh main game semahunya......
      2. live blog sesuka hati aku nak buat bila
      3. skrin yang lebar n tahan lasak......
      4. suka hati aku lerrrrr...;p

      Wednesday, May 4

      dena & ameer

      entry dah ditaip awal.. tp tak published untuil now.. tgh mode rajin... aku edit n upload... tp gambo sikit je tau.... hehehe congratulation dena n ameer.. moga bahagia hingga akhir hayat.... amin.. jom layan gambo...
      pasangan pengantin yang sangat cool n sepadan...

      antara tetamu kehormat yg membantu membuka pintu dewan..;p

      pantang tengok kamera.. ish2

      hehe... special punya tag..;p

      gambar tok sangat meaningful......
      sayang tol sik pat bergambar ngn pengantin di sitok... huhu
      all girls??? ben n mr hubby ne???
      US!

       sampai sekarang aku kompius kenapa boleh berlaku salah ejaan word weeding dengan weeding.... ini bukan kes pertama



      \

      jemu???


      entry ini sambungan entry putus cinta yang lepas..... (lepas tu tahun lepas punya entry da...)
      • Jemu itu wajar.
      semua orang mmg patut untuk merasa JEMU... bukan tiap saat.. tapi ada ketika nya bukan?? dan ia normal untuk rasajemu.....interpretasijemu juga berbeza untuk tiap ketika... carik sendiri!!
      • Jemu itu bukan bererti harus mencari yang baru alias pengganti.
      Somehow, someday, kita pasti akan rasa rindu pada sesuatu yang satu ketika dahulu pernah kita buang dan singkirkan dari hidup.....
      JADI! sebelum membuat penyingkiran, fikirkan la sedalamnya niat itu adakah kita bersedia untuk melepaskan atau bersedia untuk mencari penggantinya?- hidup hanya sekali sahaja... dan mungkin tidak mahu berlaku penyesalan dalam hidup.. yang akan membuatkan kita berfikir " kalau lah dulu aku........ " atau.. "kalau dulu akku memilih...".- lebih parah lagi kalau ia adalah soal C.I.N.T.A


      • Jemu itu biasa, tapi cinta itu luar biasa
      Mana ada manusia yang suka melakukan perkara yang menjadi kebenciannya.... pasti ada rasa sayang dan cinta kan???- buat siapakah???? atau cinta diri sendiri???

      So, If u love something or someone.. Even u feel bored with it.. U still need to remember the comitment. Don’t give up to do your best then GOD will do the rest ;)