Friday, October 16

TAHUN 2020. ADA dan TIADA

SALAM SEJAHTERA UNTUK SEMUA

Menghampiri penghujung tahun 2020 yang banyak betul kenangan sama ada manis atau pahit. dan sesungguhnya semua itu adalah erti kehidupan dan akan sentiasa dijadikan  pedoman dan panduan.

kalo dahulu zaman sekolah.. kalo cikgu sekolah suruh buat karangan atau lukisan untuk tahun 2020, akan terbayangla... kereta terbang, baju silver kilat-kilat dan bangunan pencakar lagit menjadi igauan.. bukan aku sorang rasanya.. malah sesiapa sahaja yang lahir sezaman dengan aku. dan sesungguhnya.. melangkah ke  tahun 2020 adalah tersasar jauh lebih dari apa yang dibayangkan sebelum ini.

dan ketika itu.. bila hitung tahun umo, baru cecah 36 tahun dan tak terbayangkan lagi kehidupan ketika ini bagaimana, pernah terbayang kan Corona Virus yang menghantui seluruh dunia, dengan jutaan kematian yang mengakibatkan.. bukan kereta sahaja yang  tak terbang malah kapal terbang pun tak terbang sekali.. tapi bahana virus yang tak ternampak di mata, tapi terkesan di hati. bila mana anak anak tidak dapat memberikan penghormatan terakhir menguburkan ibu bapa yang meninggal akibat virus durjana ini..

dan ketika tahun ini juga, pelbagai dugaan untuk kawan kawan  didengari.. dengan adanya perintah kawalan pergerakan.. ramai juga yang kehilangan kerja, putus punca pencarian... dalam di alam maya, terbaca pulak ada yang disiksa dan diratah penjaganya ketika perintah ini dilaksanakan. sifat kemanusiaan hilang sehingga sanggup menyiksa darah daging sendiri. dan tahun ini dirasakan benar-benar menyiksakan.

 

 



Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

(Hadith Riwayat Abu Daud)

 

 tunggu la rajin lagi... aku update, k bye! adios





Wednesday, November 20

It's where my demons hide

When the days are cold
And the cards all fold
And the saints we see
Are all made of gold
When your dreams all fail
And the ones we hail
Are the worst of all
And the blood's run stale
I want to hide the truth
I want to shelter you
But with the beast inside
There's nowhere we can hide
No matter what we breed
We still are made of greed
This is my kingdom come
This is my kingdom come
When you feel my heat
Look into my eyes
It's where my demons hide
It's where my demons hide
Don't get too close
It's dark inside
It's where my demons hide
It's where my demons hide
When the curtain's call
Is the last of all
When the lights fade out
All the sinners crawl
So they dug your grave
And the masquerade
Will come calling out
At the mess you made
Don't want to let you down
But I
Source: LyricFind

Too Good at Goodbyes

Too Good at Goodbyes
 
You must think that I'm stupid
You must think that I'm a fool
You must think that I'm new to this
But I have seen this all before
 
I'm never gonna let you close to me
Even though you mean the most to me
'Cause every time I open up, it hurts
So I'm never gonna get too close to you
Even when I mean the most to you
In case you go and leave me in the dirt
 
But every time you hurt me, the less that I cry
And every time you leave me, the quicker these tears dry
And every time you walk out, the less I love you
Baby, we don't stand a chance, it's sad but it's true
 
I'm way too good at goodbyes
(I'm way too good at goodbyes)
I'm way too good at goodbyes
(I'm way too good at goodbyes)
I know you're thinking I'm heartless
I know you're thinking I'm cold
I'm just
 
Source: LyricFind

Wednesday, May 15

DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) Standard 1/ 2

Anak sulung, Amani, tahun kedua dalam kelas Dual Language Programme (DLP)



Sebelum tu nak buat penerangan di sini, saya bukan seorang guru mahupun seorang pendidik, saya berkongsi berdasarkan pengalaman sebagai seorang ibu yang baru sahaja masuk tahun ke dua (2019) di alam sekolah rendah dan anak saya yang sulung sedang mengikuti program ini di sekolah kebangsaan di Bintulu, Sarawak.

Semasa anak saya yang sulung ini masuk darjah 1, jiwa ni mmg takut, susah hati dan macam-macam la bermain di fikiran. dan saya sangat berterima kasih kepada seorang ibu, Pn Zubaidah Mat. Yang saya kenali di Tadika Anak saya. Dan kebetulan anak sulung beliau adalah setahun usia nya lebih dari Amani. Dan dia dah melalui pengalaman saya setahun lebih awal. 

cut the story short, i know some parent here eager nak tahu cepat apa benda ntah DLP ni kan. ok lah.. saya teruskan catatan saya yang tak seberapa ni. 

Catatan 1:
2018, Amani mendaftar darjah 1. kemudian ada sesi orientasi selama 3 minggu di sekolah beliau. dan dalam tempoh 3 minggu kami dimaklumkan akan ada ujian saringan untuk anak-anak bagi menentukan dia masuk kelas DLP atau aliran biasa. 

Untuk DLP, pembelajaran Matematik dan Sains akan diajar dan uji dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. walaupun nanti waktu exam, kertas soalan akan ada dwi- bahasa, untuk anak anak yang dari aliran DLP mereka adalah DIWAJIBKAN untuk menjawab dalam bahasa inggeris. walaupun dalam bahasa melayu mereka jawab tu betul. (ini cerita tahun 2018, Dr. Mazlee belum naik jadi menteri pendidikan lagi ya.)

Amani adalah keluaran Smart Reader Kids dan siap masuk IEP (Intensive English Programme), it cost us more ok. hahahahaha dan sejujurnya, Programme ni ngam pulak dekat amani, and only certain pupils kat tadika tu yg disuggest untuk amik program ni. 


ahh sudah merepek lagi mak ni.. ;p  
Catatan 2
ada parent yang tertanya apa bentuk soalan saringan ni, frankly speaking mmg i tak tahu apa-apa langsung. tapi atas bantuan pn zubaidah tu, dia berikan keyakinan yang amani akan boleh jawab soalan-soalan saringan  tahun 1 itu jika dia dah pandai baca n kira-kira yang basic. ditambahkan lagi  keyakinan diberikan oleh pengetua Smart reader pun kata, silibus diorang dah follow apa yang KPM nak dan no worries katanya tentang ujian saringan tu. tp hati mak ni, mmg was-was. tp bila tengok muka amani, i trust her 150% bab akademik ni. 

Tekaan,  betul semuanya amani dan geng bas sekolah smart reader dia semua lepas untuk ujian saringan DLP ni.

Catatan 3 kebaikan dan keburukan DLP

 Dan bila anak dah lepas saringan ni, ibu bapa akan dipanggil dan diberikan masa 1-3 hari kot untuk fikirkan nak terima ke tidak tawaran kemasukan ke kelas DLP ni. ada beberapa faktor nak dilihat disini bila anda pilih DLP . Kami diberikan borang yang akan ditandatangan menandakan persetujuan untuk menerima atau menolak
YANG  SO GOOD

  •  jika anak kita jenis yang kuat daya saingan dan boleh menjawab soalan yang diutarakan dengan baik, jd mungkin tak da masalah untuk masuk kelas budak terpilih
  • untuk subjek sains dan matematik, akan diajar dalam bahasa inggeris. jadi ada kelebihan sikit untuk anak anak kita yang dah masuk tadika berteraskan bahasa inggeris sebulum ini. dan mmg dah jadi satu kelebihan jugak la di situ. macam masuk uitm la semua menda english, dan itu pun satu kelebihan jugak.

YANG NOT SO GOOD


  • bila dah terpilih dalam kelas DLP. anak kita tu dah tak boleh nak tukar ke aliran kelas biasa, waima pindah skolah pun kena carik skolah yang mmg ada aliran DLP sampai dia tingkatan 5 nanti.
  • Standard 1 DLP, sampai habis sekolah menengah lah DLP. So kena make sure ada sekolah menengah area rumah kita yang offer DLP jugak. Otherwise, sila lah ulang alik ke sekolah yang lebih jauh.

  • Possibility of terms lebih susah bila in English especially bila dia move to upper primary and apatah lagi secondary school.

  • frankly speaking, sebagai mak, boleh plak terpikir, reti ke cikgu amani ni nanti nak mengajar semua menda tu dalam bahasa omputih ni. amboih hang..;p tapi i berdasarkan penerangan dari Guru besar cikgu yang mengajar tu nanti adalah terlatih dan bersesuaian dengan silibus yang mereka kena ajar nanti. tp lepas mak ni tau sapa cikgu sains cikgu math, then malu pada diri sendiri sebab bersangka negetip kan memula tadi. alhamdulillah cikgu tu tak skema dan tak jugak clumsy, very the good teacher uolls. 

    P/S: kenapa part yang not so good ni lagi banyak dari yang good ya. biasa la buat permulaan mmg semua benda nak think negative kan....

    Catatan  4

    Nov, 2018 , selesai sesi darjah 1 untuk amani. math sains dia mmg tak da masalah, yang bermasalahnya BM. tp lulus semua matapelajaran. Bila dilihat kepada kertas peperiksaaan, amani dapat Skor A, tp kedudukan dalam kelas dia sangat corot. tapi tak apalah amani. janji belajar erti pembelajaran dan pengajaran persekolahan..... 

    takdelah susah sangat pulak math dan sains nya dala BI, kids are having fun on their own style at school...

     

    INI contoh kertas soalan  DLP 





Friday, February 22

oh em geeee

punya berkurun lama.. tak menjengok.. menulis bila perlu katanya kan..

siapa perasan lately ni cik epal aka bloggerati instafamous atau apa sahajala gelarannya.. terus la tetiba rajin semangat nak menulis..  i mmg follow dah cik epal ni dari zaman memula dia naik jd blogger.. bertahun lama.. tapiii....... biasalah aku ni kejap je semangatnya nak jadikan inspirasi lepas tu hampeh.. tu yang blog ni jadi bersarang,, hahahaha

cik epal ni sama juga glamernya dengan redmommy.. antara blogger terawal.  5-6 tahun dulu, instagram tak la seglamer skarang. sikit sikit org google.. jd bila ada blogger blogger ni.. diorang akan tulis la apa yang diorang pernah rasa, pengalaman dan pengetahun yang mereka ada.

contoh la blog aku yg tak seberapa ni, waima tak menulis since nak setahun dah... iklan dari nuffnang masuk la juga waima rm5 je kan.. bukan senang org nak bayar kits sesaja tanpa usaha... cewaahhh

kadang-kadang org akan kata blogger ni macam syok sendiri. tapi sama la maksudnya dengan instafamous atau youtubers tu.. kalo muka tak tebal.. muka tak syok sendiri.. macam mana nak tarik viewers dan followers kan. jumlah followers dan viewers yang tinggi sangat memainkan peranan. bila dah rating naik.. nama insta dan nama blog plus youtube kita turut sama naik dan cepat je nak jadi perhatian pengiklan pengkilan semalaysia dan sedunia.

sekarang macam terperasan plak. payment untuk iklan di blog ni macam senang plak masuk berbanding zaman semua orang nak memblog dulu.. ke dah ramai dah tak nak menulis.. lebih senang nak buat caption direct dari fon terus ke akaun insta dan fb memasing..


tepuk dada tanya selera..

k la.. bye


Tuesday, May 22

Long deep silence



lama betul dah tak menulis di sini. iklan pun macam dah kena tarik dah, on & off. selamat tahun baru kepada yang sudi menjengah.... dan dah masuk bulan ke 6 2018 merangkap anak ke 4 dah nak masuk 9 bulan...dan beberapa hari lagi kita akan ditinggalkan Ramadhan.....

tahun ini dimulakan dengan kehidupan coretan cerita kita pindah ke rumah baru.. yang mana rumahnya dibeli tahun 2012 kemudian siap 2014 tp tak leh nak duduk sehingga 2017... siapa pernah tahu perasaan menunggu tu macam mana, dari anak seorang sekarang dah ada 4 anak baru kita boleh pindah masuk... tapi seronok bila kita pindah masuk anak-anak dah mula mengenal kehidupan dan dah pandai menzahirkan isi tersirat perasaan mereka.. kemanisan itu lagi terasa dan takkan dapat dilupakan..... dan lebih seronok bila anak anak semakin membesar dan sudah pandai menilai erti cantik, mahal dan berjaga-jaga...



kami pindah masuk selepas mengambil kira sempena hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW... 1 Disember yang lepas... alhamdulillah.. semua nya berjalan lancar... proses pindah 100% kami berdua berjaya laksanakan..... dengan kudrat dan daya sendiri.. dan kemudian mcm biasa mommy mintak me time- massage.... ehehheehe

jadi kebiasaan nya minggu anniversary mmg kami suami isteri akan amik cuti rehat seminggu, but then 2017 punya celebration mmg digunakan sepenuhnya dengan mengankut dan mengangkat semua barangan di Flat UPM ke rumah manis rumah.... seronok bila sama-sama susah senang keluarkan dan masukkan balik barang-barang sedia ada .. dan bila dah pindah randah macam ni, kita dapat tgk brg kita banyak mana selama idup di tempat org ni...

to be continue.. rajin nanti update lagi

Thursday, November 2

30 Kesan Maksiat dan Dosa?

30 Kesan Maksiat dan Dosa?

Setiap dari kita mesti pernah buat dosa dan maksiat. Buat setakat pernah, bahkan mengulangi lagi dosa-dosa itu. Sebab apa ulang? Sebab rasa seronok. Tetapi, dalam dunia ini juga, setiap perbuatan dan tindakan kita, PASTI akan ada kesan. Kesan sama ada baik, atau buruk. Jadi hari ini, insyaAllah kami akan kongsikan KESAN daripada berbuat maksiat.

Untuk apa?

Supaya kita sama-sama muhasabah, dan berusaha sebaik mungkin untuk tinggalkan maksiat. Moga Allah pelihara dan bantu kita untuk tinggalkan maksiat sebelum kita jadi mayat.

1. Membantutkan potensi diri

Baca surat panjang Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqash semasa pembukaan kota Parsi.

2. Nafsu tidur akan bertambah

Kata Hassan al Basri, 

"Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan dosa, dia akan terhalang melakukan solat malam dan puasa di siang hari".

(Al-Maqrizi, Mukhtasar Qiyaam-Allail)

3. Nafsu makan akan semakin liar.

Kata Ar Robi’ (semasa menambah kata-kata Imam Syafie),

"Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.”

(Siyar A’lamin Nubala)

4. Banyak kerja tak menjadi.

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 124, 

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

5. Allah tarik keberkatan rezeki.

“Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.”

(Riwayat Imam Ahmad)

6. Hubungan dengan manusia makin rosak

Kata seorang salaf,

"Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.”

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

7. Allah tarik nikmat kesihatan tubuh badan

Kata Ibnu Abbas r.anhu,

“Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

8. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati.

Kata Imam Malik,

“Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.”

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

9. Otak malas berfikir.

Kata seorang ulama salaf,

"Perbuatan dosa dan maksiat mampu merosakkan akal fikiran manusia kerana dalam akal fikiran ada cahaya, manakala perbuatan derhaka dapat memadamkan cahaya. Apabila cahaya itu padam, akal fikiran menjadi lemah.."

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

10. Allah tarik keberkatan masa

Kata Ibnu Qayyim,

"Sungguh! Maksiat itu adalah sebab hilangnya keberkatan rezeki dan waktu."

11. Allah tarik nikmat beribadah

Lihat penerangan nombor 3.

12. Melengah-lengahkan solat terasa normal

Kata Ibnu Qayyim,

"Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali"

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)


13. Susah menerima teguran dan nasihat.

Allah berfirman dalam surah al-Muthaffifiin ayat 14,

“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”

14. Rasa diri hebat dan paling betul.

Allah berfirman dalam surah as soff ayat 5,

Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.

15. Semua orang dia nak komplen

Allah berfirman dalam surah al maarij ayat 19 -21,

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah,
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

16. Tak suka tengok kelemahan diri

Lihat pada poin 13 dan 14.

17. Suka cari kesalahan orang

Allah berfirman dalam surah yaasin ayat ke 18 dan 19,

Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

18. Sebulan tak baca Quran rasa normal

Lihat pada poin nombor 3.

19. Hati tak terasa apa-apa dengan kematian

Kematian itu sepatutnya menghidupkan hati. Tetapi apabila hati tak terasa apa-apa dengan kematian, itu tanda hati dan mula "nazak".

20. Sukar bergaul dengan masyarakat

Lihat pada poin nombor 6

21. Jiwa cepat resah

Rasulullah sallahu alayhi wasallam bersabda,

“Mintalah fatwa pada jiwamu. Mintalah fatwa pada hatimu (baginda menyatakannya sampai tiga kali). Kebaikan adalah sesuatu yang menenangkan jiwa dan menenteramkan hati. Sedangkan keburukan (dosa) selalu menggelisahkan jiwa dan menggoncangkan hati.”

(Riwayat Ahmad dan Ad Darimi)

22. Cepat putus asa

Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 36 dan 37,

“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.”

“(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”

23. Suka lari dari masalah

Lihat pada poin nombor 22

24. Suka mencarut

Rasulullah sallahu alayhi wasallam bersabda,

“Tidak lurus (istiqamah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”

(Hadis riwayat Ahmad)

25. Cepat marah dan melenting

Rasulullah sallahu alayhi wasallam bersabda,

"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api.."

(Riwayat Abu Daud)

Syaitan itu sifatnya sukakan maksiat. Mana ada syaitan sukakan pahala dan amal soleh.

26. Subuh gajah terasa normal

Lihat pada poin nombor 12

27. Mengelak dari majlis ilmu

Lihat pada poin nombor 8 dan 9

28. Mengelak dari bersama orang yang soleh

Maksiat biasanya membuatkan kita SENGAJA menjauhkan diri daripada orang-orang soleh sebab takut daripada ditegur atas maksiat.

29. Memendekkan umur dan keberkatan hidup

Kata Ibnu Qayyim,

"Ketahuilah bahwa maksiat dapat mengurangi umur dan pasti dapat pula mengurangi keberkatannya, sebagaimana pula amalan kebaikan dapat menambah umur. Itulah perbuatan dosa dapat mengurangi umur."

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)

Bahagian ini, ulama' ada selisih pandangan. Ada yang kata kurangnya umur ni maksudnya kurangnya/tiada keberkatan hidup. Tiada keberkatan hidup ni maksudnya hidup jauh dari Allah. Ada juga kata ia memang hakiki kurang umur. Walaupun Allah dah tetapkan ajal, tetapi Allah juga ada hak untuk panjangkan umur, dan pendekkan umur. berdasarkan apa yang Dia mahu. Sebab memang ada hadis tentang panjangkan umur.

Wallahua’lam.

30. Maksiat menumbuhkan maksiat lain

Kata seorang ulama salaf,

"Jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorongnya untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi pelakunya."

(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)


Moga Allah beri kita kekuatan untuk meninggalkan segala maksiat dan ketagihan maksiat, lalu dengan pantas berlari kepada Allah untuk bertaubat lagi dan lagi sampailah mati. Huhu.

Wallahua'lam

- Shukery Azizan -

Sunday, August 20

Sh. Ameera Ufaira- pengalaman bersalin.

HARI KE 30 SELEPAS BERSALIN.


- seminggu sebelum kelahiran.. mommy makin penat.. terasa berat bebenar dh membawa seorang bayi dengan anggaran 2.7-2.8kg kata Dr.
- kali ini, adalah kelahirannya disambut oleh Dr yg sama menyambut kelahiran Syed Ameer Rizwan...2 tahun yg lepas...Di Bintulu Medical Center
- Khamis, 20 Julai.. Mommy x masuk pejabat.. ingatkan dah nak bersalin dengan tak boleh tido malamnya... rupanya false alarm....
-jumaat, 21 Julai... masuk pejabat.. makan pagi dan tengahari sesama kawan di pejabat.. kemudian berjalan2 dan selesaikan saja apa yg patut... sebab mmg dh merasakan akan bersalin dalam masa terdekat....malam ni, perasaan nak makan laksa sarawak membuak pulak.. jam dah 10 malam.. tp niat ditangguhkan.. tunggu esok.. lagipun dalam seminggu ini... menu laksa sarawak mcm dh hari2 makan..
- Sabtu, 22 Julai, jam 4 pagi... mommy rasa sakit pinggang yg sangat tp masih mampu bertahan.. bahagian ari2 dh terasa pedihnya.. tp masih memaksa mata untuk dilelapkan....
-jam 7.30 pagi, bangun dan nak buat laksa. potong ayam, udang, rebus mihun dan... tgh merebus ayam untuk stok.... kepedihan semakin terasa di bahagian ari-ari... lain macam dah ni...
- terus mandi dan gerakkan mr. hubby.. dan kontraksi seakan 5 minit jaraknya... mr hubby siap mandi menyanyi.. aii.. ilek pulak cik abang ni mandi... dan terpaksa diberitahu mmg dh rasa nak bersalin... berat tu dah makin terasa di bahagian bawah.. 
- sampai hospital 8.30am pagi, direct ke klinik dr lim.. potong que sedia ada... dr lim periksa bukaan, oh my surimah! it's... already 9cm... if any contraction to push.. please wait..😂 stop walking n use the wheelchair to the labor room.... masuk bilik doktor lenggang kangkung sekali kuar naik wheelchair siap senyum lagi .... 
- 8.45 am i was in the labor room, before there's a young woman waiting for her c-sec... going out n we are smiling each other..
- nurse mcm dh kelam kebut sebb tetiba diberitahu ada patient nak bersalin.. mommy tukar baju  and baring atas katil untuk bersalin... mulut dah tak berhenti dengan zikir Nabi Luth dalam perut ikan,... 
- Dr lim masuk, Suri, sy pecahkan air ketuban.. if any contraction happen.. u be ready to deliver... few mins.. the sensation are cominggggg.....
- dengan berpandukan arahan dari encik doktor, Sh Ameera Ufaira dilahirkan.... dalam meneran tu, cik hubby yang berdiri sebelah kanan tetiba tukar posisi ke depan nak tengok jugak ufaira keluar .. hehehe n i was.. wheres my husband?? time meneran sempat pulak malu takut terberak.. oh my! selepas 2 kali pushing.. welcome to the world dear!

- u are blessed! dan dr Lim berulangkali menyatakan begitu sambil membuat kerjanya yg seterusnya...u're coming here, within few minutes it's time... oh my! u're been blessed! i really believe that woman like u are blessed! kalau la kamu dtg tengah malam td.. sy mmg tak sempat nak sambut anak kamu.. kerana jarak umah sy, 30 minit dr sini.....😘
- dan sesungguhnya.. dalam hati ini menangis mengenangkan dosa2 yg pernah dilakukan selama d muka bumi Tuhan ini....😇

9.15 pagi, 22 julai 2017, Sabtu @ Bintulu Medical Centre... merupakan kali ke 4 mommy melahirkan seorang lagi kalifah muka bumi dengan berat 2.84kg... 

Nama nya - Sharifah Ameera Ufaira Binti Wan Hasburllah- yang mulia PUTERI YANG BERANI BINTI KEKASIH ALLAH 😘😍😇





Tq Allah. 

Wednesday, August 2

number four...


introducing. number four


Sharifah Ameera Ufaira Wan Hasburllah
moga menjadi seorang anak yang secantik namanya, berani menegakkan agama, berani membantu sesama insan atas nama kebenaran dan kebaikan....



-Posted using BlogPress from my iPhone 6s

Tuesday, March 7

2017

salam

selamat tahun baru. lama gila dah meninggalkan alam penulisan ni.. cewahh ayat... kekadang memerlukan masa dan idea juga nak menulis.. kang tulis merepek merapu org kata kita syok sendiri pulak

 since dah masuk bulan ke 3 di tahun 2017 yang tak terasa pun dah kehadirannya, mommy nak update beberapa perkara pencapaian dalam hidup

  1. tahun ni bakal menerima lagi kehadiran seorang ahli keluarga baru. hehehe due datenya?ogos 3rd.. tp rasa macam akan kuar dalam julai sama amani n rizwan.. mmg tak terduga pun tuhan nak berikan kita rejeki... tetapi alhamdulillah semua tu ada hikmahnya... hendak tak hendak kita bersyukur dan terima dengan tangan yang terbuka hendaknya....
  2. rumah kitrang dah siap sepenuhnya. alhamdulillah. tapi masalahnya sekarang kitrang menunggu entah bila lagi layak menduduki.. asyik pospone memanjang.... apalah nasib .. huhu yang kesiannya kengkawan yang kena bayar umah sewa sama rega dengan nak membayar harga rumah bulan-bulan...
  3. ada beberapa isu besar berlaku juga dalam family.. harap-harap dapatlah selesai dengan baik dan tenang... kesian dengan mak... semakin tua semakin banyak dugaan nya kena fikir dan hadapi... kekadang kita rasa kita dah cukup membahgiakn tetapi rupanya kita telah menyentuh hati dan perasaan org tua dalam diam....
  4. tumbesaran dan pembesaran amani, irdina dan rizwan mmg seronok tengok dari masa ke masa... masing masing dh nampak telatah dan perangai memasing.. benar kata org, kita nk didik anak biarlah dari awal... jangan dah tua bujang baru nak di ajar kang ada yang menangis tua pulak lepas tu...
  5. work? passion makin hilang... ada ketika macam makan gaji buta... tapi kekedang seronok dan tak sabar nak ke tmepat kerja.. well life kan ada up n down.. mcam tu jugaklah di tempat kerja... semua ada pengalaman dan perasaan yang berlainan

k lah.. setakat ini sahaja buat permulaan... nanti dah rajin sangat mmg mommy hapdate hari- hari untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. lelebih lagi bila nak pindah masuk umah nanti.. mmg akan menggunakan segala aspek pencarian google dan semuanya sebagai rujukan... selain itu standby la duit akan mengalir keluar mcam water fall uall.. doakan rejeki kami sentiasa ada dan di murahkan selalu... amin

adios!

Tuesday, November 1

hotel review: Miri Marriott Resort & Spa, Sarawak. Malaysia

hi there,
 lama dah tak mencoret di sini. nak juga story pasal weekend treats kitrang waktu cuti hari raya haji yg lepas. menggunakan kemudahan selaku penjawat awam, so mommy decide (yes! i'm the decider ;p) untuk habiskan masa cuti di JW Marriot miri bersama anak-anak dan anak-anak buah sekali.

alhamdulillah, kitrang dapat bilik yg serba serbi baru, berdekatan dengan pool dan paling penting dekat dengan loby, dekat dengan parking (kitrang tak lalu lobi langsung sebb mmg bilik dia lalu gym then terus ke parking lot)  dekat dengan cafe. thank u!

malas nak cerita panjang.. enjoy ler tengok gambar ni ye...

pertama kali masuk bilik hotel. i akan periksa bilik airnya.....

everythiing is refurbished except bath tub tu la.. tp still clean n clear

sori gambar agak gelap sikit


bilik ocean deluxe room. dapat 2 katil double yang sangat empuk dan ohsem



everything is new! dulu diorang pakai jam sony kaler putih yg sekali radio tu n have to tune manually. yg ni semua digital n touch touch je uools

yg ni best. bilik air ni, kalo tak ditutup blind tu, mmg u yg di atas katil sebelah boleh tau org dalam bilik air tgh buat apa. amani n nina mmg suka buka tutup blind tu n mengacau mommy tgh nak poo poo hehehhee

ini balkoni. seberang tu je kolam kanak-kanak



kolam dia sangat bersih dan bau air dia fresh. tak macam di PE miri, pernah stay kat situ air kolam nya kuning dan berbau.... MUNGKIN KITRANG DATANG WAKTU PE staff tak cuci kolam lagi kot.. #bersangkabaik

Food? lupa plak nak snap-snap. almaklumlah anak mommy 3 org dah... kadang ingat kadang tak ingat. sebb dah beberapa kali menginap di sini... makanan dah macam makin sikit bilangan menu yg disediakan, sedih aaaa.. tp food quality dan kesedapan masih lg terjaga dengan baik... ohsem!


orait.. till we come again marriot miri... soon hopefully.....

p/s: untuk gomen rate- rm 279 with 2 breakfast. tp mcm mommy member program marriot, some times i get 233 pernite sebb cheaper than gomen .. ada hari-hari tertentu lah.. harga dah tertakluk dengna GST dan  Service caj ya...

Saturday, September 3

UNTUK DIA...


Selamat Hari Lahir Ke 31 Mr Love ❣❣❣



Bila dapat tahu pasangan kita sudah ditentukan
50 ribu tahun sebelum Allah jadikan 
Syurga, bumi dan segala yang diawangan
Terasa boleh melalui apa saja yang disediakan

Kita tahu sedangkan lidah lagi tergigit
Jangan lupa ketawa bersama bagai dicubit
Ada baiknya perkara lama tidak diungkit
Kerana cabaran berumahtangga naik turun tenggelam terbit 
Asal dilalui bersama yang lemah boleh terbangkit
Masalah gugur walau berbukit

Sekali-sekala berdua-duaanlah agar teringat zaman bercinta
Ini penting kerana kita sibuk mengurus rumahtangga
Kadang lupa ayat-ayat cinta yang pernah tertera
Tak ingat ke pesanan rahsia yang mencuit hatinya 😀

Masalah suami isteri disimpan rahsia
Salah adu kawan boleh menjadi orang ketiga
Kalau perlu bantuan jumpalah ahli keluarga
Yang boleh berlaku adil lagi saksama

50 ribu tahun sudah bercinta
Nikmat terasa ratusan abad lamanya

Nukilan Indah dari: Haslinda Ali FitFab

Thursday, September 1

hotel review: Hotel Pullman Miri

salam sejahtera.. wow macam dh nak buat teks ucapan pulak

tetiba rerajin sesangat nak menulis hari ini sebab cuaca sejuk.. kerja pon dah settle so culik masa kejap cerita pasal hotel baru kitrang stay di miri

mommy mmg org miri ... tetapi apabila cik hubby ada task ke miri, secara otomatik akan dapat la menginap di hotel secara alaminya percuma... Memandangkan cik hubby diberikan pilihan utk memilih hotel yang mana, jadi kita kompomla memilih hotel yang baru buka  (walaupun kena kuarkan bajet sendiri dahulu sebb hotel belom daftar untuk LO company).

ok kali ni kita stay di  Hotel Pullman Miri. Lokasi dia betul betul tepi waterfront miri berdekatan dengan restoran muara lelapan yang glamer tu..


Tarikh Penginapan: 31 July- 6Ogos 2016 (7 hari 6 malam )

Jenis Bilik : Deluxe Room, With 2 single beds & Sea-view
Ulasan: bila masuk je ke dalam bilik ni.. wow! mmg deko dia superb plus cantik. benda masih baru semua kan .. apa nak heran??? nama dah hotel nak dekat dekat 5* .. hehehe

layan gambar dulu ye..dan baca caption mommy komen sana sini ya


gambar gelap sikit..p/s i pakai ipon utk call dan msg je.. tangkap gambar i tak reti;p

ini partition tengah-tengah bilik. bisnes hotel kan, mcm ala empira hotel subang. open wardrobe

yg ni mmg superb sangat oii! deko sangat cantik gilosss. part paling annoying, item toiletries punya  mcm mini shampoo so on tu, kena mintak! tu pun kalo sempat terserempak dengan staff dia! kamon la! takkan staff tak kena brief pasal refill balik yg dah habis tu... kitrang stay 7 hari kot?????? mmg kitrang salu bawak toiletries stuff sendiri.. tp yg hotel punya tu kitrang buat jadi bubble bath untuk budak berdua tu...next akan jadi 3 la team mandi tu...

tapi i akan tetap datang balik la stay di pullman ni.. best what tido hotel free ..;p



ini mini pantry la konon. 7 hari duduk sini, everyday kena mintak stuff 3 in 1 tu di refill. bukan la nak kata i nak sangat benda free tu, tp kalau hotel lain setiap kali lepas diorang kemas bilik all the stuff diorang refill tau! ini perkara basic ok. 


pernah sekali ktrang stay di sunway tower hotel... housekeeping staff tu kira mcm dah kenal la sebb duduk 3 minggu kot, so dia tgk ktrang ada anak-anak, dia siap letak extra toiletries plus 3 in 1 ni semua...sampai towel pun dapat extra everyday tanpa perlu request...


ini lah sea-view yang kitrang hadap hari-hari. nanti cukup jam ada la kapal -kapal lalu lalang yang bawa pekerja offshore balik onhsore lalu kat muara ni sungai miri ni... hehehe  sea-view sangat  (mata ke atas)

ini kawasan lobi. macam standard deko je upa design pullman ni..sebab kalo masuk pullman kuching ke, atau tgk iklan pullman lain, design dia lebih kurang je. 

ini kawasan pool, ada pool dewasa dan kanak-kanak

ini muka mmg tak boleh tak, kalo stay hotel wajib mandi swimming pool

ini pool diorang, sapa pernah stay merits hotel miri, tak pon ala marina bay hotel Singapore,,, ala macam ni.. ngadap bandar pool nya. area pool ni ada jakuzi dan bilik sauna. guest boleh pilih lak nak guna mana-mana kemudahan ni. plus ada spa dan fitness gim. kalau tengah swimming di pool ni, mmg guest dari bilik boleh lihat u clearly.. malam seronok pulak tgk org swimming sebb mcm ikan duyung je org dalam kolam plus ada lampu kan



untuk komen pasal staff.. ada yang positip ada yang negatif...

1. certain staff mmg sangat beradap dan beretika kerja di hotel ni  .. ada staf oh my gucci! dia mcam pilih muka tau.. bila tgk muka makcik ni selekeh je..buat-buat tak nampak je dia...time cik hubby masuk checkin, staff mcm buat derk je tgk dia.. which was not a good perception when u are for the first time enter a house..... the next day, cik hubby pakai formal siap ada logo company.... then baru diorang buat muka manis bagai till checkout.... tp kat makcik ni... masih tetap makcik kampung ....

2. time lepak d pool, satu kaunter ala reception la kunun nya, ada staff jaga bahagian gym ada yg spa... perempuan 2 org.,. sayang mommy tak ingat nama... pandangan mata mmg tak layak ko duduk kusi front-line... muka tu mmg kena la jaga bebetul,  Senyum sayang, jangan buat muka ketat,, taula mommy ni muka tak da duit juta-juta...  huish, spoil! sebb mommy pun bertugas di kaunter perkhidmatan bersama geng sekerja lain... never ever u jeling ur client or tunjuk muka masam even ko tgk monopos ke ...pms ke... itu semua letak tepi...

3. tapi semua yg negatif ni boleh diperbaiki... improve ke arah yg lebih baik nanti ya....


breakfast-

ktrang dapat 1 je free breakfast.. i was like... erkk... salu (mmg selalu sgt) dapat 2 free breakfast than kitrg akan add on for my mum.. but this time dapat 1 je.. kendian cik hubby pergi taste dulu.. only get 2/5 star je boleh bagi... ruang besar.. tp menu dia sangat-sangat simple plus no choice sangat....... we have better di tang dynasty park hotel KK, even topup bayar rm12 je. 

OVERALL: THIS VISIT WAS NOT FAVORABLE. WE STAYED FOR 7 DAYS. BUT NOTHING SPECIAL TO REMEMBER. THANKS PULLMAN MIRI...ADA REJEKI JUMPA LAGI....