Selamat Hari Lahir Ke 31 Mr Love ❣❣❣
Bila dapat tahu pasangan kita sudah ditentukan
50 ribu tahun sebelum Allah jadikan
Syurga, bumi dan segala yang diawangan
Terasa boleh melalui apa saja yang disediakan
Kita tahu sedangkan lidah lagi tergigit
Jangan lupa ketawa bersama bagai dicubit
Ada baiknya perkara lama tidak diungkit
Kerana cabaran berumahtangga naik turun tenggelam terbit
Asal dilalui bersama yang lemah boleh terbangkit
Masalah gugur walau berbukit
Sekali-sekala berdua-duaanlah agar teringat zaman bercinta
Ini penting kerana kita sibuk mengurus rumahtangga
Kadang lupa ayat-ayat cinta yang pernah tertera
Tak ingat ke pesanan rahsia yang mencuit hatinya 😀
Masalah suami isteri disimpan rahsia
Salah adu kawan boleh menjadi orang ketiga
Kalau perlu bantuan jumpalah ahli keluarga
Yang boleh berlaku adil lagi saksama
50 ribu tahun sudah bercinta
Nikmat terasa ratusan abad lamanya
Nukilan Indah dari: Haslinda Ali FitFab
No comments:
Post a Comment
thanks for ur time dear..