Wednesday, May 15

DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) Standard 1/ 2

Anak sulung, Amani, tahun kedua dalam kelas Dual Language Programme (DLP)



Sebelum tu nak buat penerangan di sini, saya bukan seorang guru mahupun seorang pendidik, saya berkongsi berdasarkan pengalaman sebagai seorang ibu yang baru sahaja masuk tahun ke dua (2019) di alam sekolah rendah dan anak saya yang sulung sedang mengikuti program ini di sekolah kebangsaan di Bintulu, Sarawak.

Semasa anak saya yang sulung ini masuk darjah 1, jiwa ni mmg takut, susah hati dan macam-macam la bermain di fikiran. dan saya sangat berterima kasih kepada seorang ibu, Pn Zubaidah Mat. Yang saya kenali di Tadika Anak saya. Dan kebetulan anak sulung beliau adalah setahun usia nya lebih dari Amani. Dan dia dah melalui pengalaman saya setahun lebih awal. 

cut the story short, i know some parent here eager nak tahu cepat apa benda ntah DLP ni kan. ok lah.. saya teruskan catatan saya yang tak seberapa ni. 

Catatan 1:
2018, Amani mendaftar darjah 1. kemudian ada sesi orientasi selama 3 minggu di sekolah beliau. dan dalam tempoh 3 minggu kami dimaklumkan akan ada ujian saringan untuk anak-anak bagi menentukan dia masuk kelas DLP atau aliran biasa. 

Untuk DLP, pembelajaran Matematik dan Sains akan diajar dan uji dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. walaupun nanti waktu exam, kertas soalan akan ada dwi- bahasa, untuk anak anak yang dari aliran DLP mereka adalah DIWAJIBKAN untuk menjawab dalam bahasa inggeris. walaupun dalam bahasa melayu mereka jawab tu betul. (ini cerita tahun 2018, Dr. Mazlee belum naik jadi menteri pendidikan lagi ya.)

Amani adalah keluaran Smart Reader Kids dan siap masuk IEP (Intensive English Programme), it cost us more ok. hahahahaha dan sejujurnya, Programme ni ngam pulak dekat amani, and only certain pupils kat tadika tu yg disuggest untuk amik program ni. 


ahh sudah merepek lagi mak ni.. ;p  
Catatan 2
ada parent yang tertanya apa bentuk soalan saringan ni, frankly speaking mmg i tak tahu apa-apa langsung. tapi atas bantuan pn zubaidah tu, dia berikan keyakinan yang amani akan boleh jawab soalan-soalan saringan  tahun 1 itu jika dia dah pandai baca n kira-kira yang basic. ditambahkan lagi  keyakinan diberikan oleh pengetua Smart reader pun kata, silibus diorang dah follow apa yang KPM nak dan no worries katanya tentang ujian saringan tu. tp hati mak ni, mmg was-was. tp bila tengok muka amani, i trust her 150% bab akademik ni. 

Tekaan,  betul semuanya amani dan geng bas sekolah smart reader dia semua lepas untuk ujian saringan DLP ni.

Catatan 3 kebaikan dan keburukan DLP

 Dan bila anak dah lepas saringan ni, ibu bapa akan dipanggil dan diberikan masa 1-3 hari kot untuk fikirkan nak terima ke tidak tawaran kemasukan ke kelas DLP ni. ada beberapa faktor nak dilihat disini bila anda pilih DLP . Kami diberikan borang yang akan ditandatangan menandakan persetujuan untuk menerima atau menolak
YANG  SO GOOD

  •  jika anak kita jenis yang kuat daya saingan dan boleh menjawab soalan yang diutarakan dengan baik, jd mungkin tak da masalah untuk masuk kelas budak terpilih
  • untuk subjek sains dan matematik, akan diajar dalam bahasa inggeris. jadi ada kelebihan sikit untuk anak anak kita yang dah masuk tadika berteraskan bahasa inggeris sebulum ini. dan mmg dah jadi satu kelebihan jugak la di situ. macam masuk uitm la semua menda english, dan itu pun satu kelebihan jugak.

YANG NOT SO GOOD


  • bila dah terpilih dalam kelas DLP. anak kita tu dah tak boleh nak tukar ke aliran kelas biasa, waima pindah skolah pun kena carik skolah yang mmg ada aliran DLP sampai dia tingkatan 5 nanti.
  • Standard 1 DLP, sampai habis sekolah menengah lah DLP. So kena make sure ada sekolah menengah area rumah kita yang offer DLP jugak. Otherwise, sila lah ulang alik ke sekolah yang lebih jauh.

  • Possibility of terms lebih susah bila in English especially bila dia move to upper primary and apatah lagi secondary school.

  • frankly speaking, sebagai mak, boleh plak terpikir, reti ke cikgu amani ni nanti nak mengajar semua menda tu dalam bahasa omputih ni. amboih hang..;p tapi i berdasarkan penerangan dari Guru besar cikgu yang mengajar tu nanti adalah terlatih dan bersesuaian dengan silibus yang mereka kena ajar nanti. tp lepas mak ni tau sapa cikgu sains cikgu math, then malu pada diri sendiri sebab bersangka negetip kan memula tadi. alhamdulillah cikgu tu tak skema dan tak jugak clumsy, very the good teacher uolls. 

    P/S: kenapa part yang not so good ni lagi banyak dari yang good ya. biasa la buat permulaan mmg semua benda nak think negative kan....

    Catatan  4

    Nov, 2018 , selesai sesi darjah 1 untuk amani. math sains dia mmg tak da masalah, yang bermasalahnya BM. tp lulus semua matapelajaran. Bila dilihat kepada kertas peperiksaaan, amani dapat Skor A, tp kedudukan dalam kelas dia sangat corot. tapi tak apalah amani. janji belajar erti pembelajaran dan pengajaran persekolahan..... 

    takdelah susah sangat pulak math dan sains nya dala BI, kids are having fun on their own style at school...

     

    INI contoh kertas soalan  DLP 





     

    DLP Tahun 2, 2019

    Selepas Pilihanraya, berdebar jugak la apa akan jadi dengan silibus anak anak ni nanti. kita sendiri sedia maklum bagaimana dengan sistem pendidikan di Malaysia ni. akan berubah mengikut siapa yang memegang portfolio sebagai Menteri Pendidkan ketika itu.

    Paling drastik tiada istilah peperiksaan untuk anak anak tahap 1. dan mak ni tak tau gembira atau tidak dengan keputusan itu. dalam hati nanti nak tau anak kita paham macam mana dan cikgu akan sambil lewa- again my negative thinking come out 

     

    bila dah masuk tahun kedua DLP, dengan silibus pembelajaran yang sama, tapi pengajaran lebih berteraskan kepada komunikasi dan skills. dan saya sangat seronok pulak dengan cara baru ini. Amani ni jenis senyap sunyi punya budak, tp bila menjawab exam mmg excellent. jdi ini bukan yang kita nak kan? kita nak anak yang cemerlang kedua-duanya.. budak kelas banyak membantu dari segi built up amani punya confident level dalam komunikasi. dan rasanya bukan pilihan yang silap juga la untuk masukkan dia dalam DLP ni kan...

     

    next: is irdina. yang ni tak tahu lagi prestasi dia nanti macam mana, next year 2020 dia akan masuk darjah 1. same skool with amani tapi tak tahu lagi aliran apa... 

     

     

    harap dapat membantu ... tq 


2 comments:

  1. Thank you , this is really helpful. Jazakkillah khayr katiran

    ReplyDelete
  2. hi...klu sekolah sjkc biase bolehkah masuk kelas dlp di sekolah menengah...

    ReplyDelete

thanks for ur time dear..