Thursday, June 2

doa menjaga suami... ;)


 SHARING IS CARING!


Sejak kisah Salih Yaakob @ Abang Jem mengahwini isteri yang keempat minggu lepas. Ramai juga suami-suami yang berangan untuk mengikut jejak langkahnya. Mungkin itulah yang ada dalam setiap kepala otak mereka. Bukan senang nak maintain empat isteri sekali! Yang ada satu isteri pun dah pening kepala dibuatnya. Berbagai ragam dan kehendak mereka yang diluar jangkaan yang tak dapat ditunaikankan. 

Setakat mampu sahaja belum tentu lagi dapat berbini empat. Kepada suami-suami yang berniat nak kawin lebih dari satu, sila contohi keadilan dan kehebatan Abang Salih. Kalau tidak, tak payahlah bermimpi disiang hari. Kalau artis sendiri pun sampai bercerai-berai nak kawin lain, inikan pula kita yang kurang dalam serba-serbi termasuklah tenaga batin. 

Disini captain dapatkan satu doa dari Surah Taha ayat 109. Bacalah doa tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya. 

Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Terjemahannya:

Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya.

Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.

No comments:

Post a Comment

thanks for ur time dear..