Bayi
Telinga luaran mula jelas  kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari  yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari  normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di  dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas  daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Bayi
Majoriti organ bayi sudah  terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang  ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami  membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang  merehatkan diri jika ada kesempatan.
Bayi
Jantung bayi berdegup antara  110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana  dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari  dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi  sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya  menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah  kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga  minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga  berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Bayi
Tulangnya mula berkembang,  begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan  bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya  daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang  kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda  “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna  bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu  dara anda mula jelas kelihatan.
Bayi
Organ-organ bayi dalam  kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin  menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada  kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada  morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika  beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini,  keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik  daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia  kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada  suami.
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat  berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada  kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya.  Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar.  Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada  degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir  dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan  oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak  hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua  itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak.  Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya  ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah  boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya  rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin  bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam  kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara.  Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang  dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Bayi
Anggota badan bayi kini  terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi  anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah  menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin  membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian  tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi  berdarah ialah antara masalah yang biasa.
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih  lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif  bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh  yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah  terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin  dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin  mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam  hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke  dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam  kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk  dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal  juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda  semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara  kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga  mula kelihatan pada muka anda.
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan  putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada  cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda
Rahim semakin cepat membesar  dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat  pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan.  Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya  tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu  yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan  injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali  semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini  tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu  pedas ataupun bergoreng......
to be continue.......
to be continue.......
 
 
No comments:
Post a Comment
thanks for ur time dear..