Wednesday, June 29
Tuesday, June 28
Tatapan untuk yang menjadi auditee......
Bermula Isnin (28/06/2011) bermulalah Sesi Audit Dalaman kat tempat kerja Mummy- to- be... kali ni bukan takat bakal jadi auditee..tp merangkap sekali jadi auditor free.. (makan 3 kali sehari..haha kena mentioned jugak ni...)........ kalo rajin nanti cerita la apa berlaku dalam 3 hari ni... buat yang menjadi auditee.. kita cuci mata, jiwa dan kepala dulu!
Friday, June 24
blog sedang dikemaskini @ under construction
blog tengah dikemaskini.. so akan berubah-ubah mukanya dua tiga hari ini... harap memaklumkan... hehehe
Wednesday, June 22
Tuesday, June 21
Rahsia Seks Versi Selebriti Hllywood
Inilah Rahsia-rahsia mereka :
David dan Victoria Beckham - melakukan seks sebanyak lima kali sehari untuk mendapatkan anak perempuan.
Mrs. Honey : 5 kali sehari ? Usaha tangga kejayaan... ;)
Heidi Klum - l tidak memerlukan sebarang gimik seksi di bilik tidur sebelum mereka melakukan hubungan seks.
Mrs. Honey : Kena ada gimik seksi ke? apakah?????.
Megan Fox : Hanya pernah melakukan seks dengan dua lelaki sahaja sepanjang kehidupannya.
Mrs. Honey : 2 lelaki sahaja ok! .....
Brad Pitt dan Angelina Jolie : mempunyai tempat khas untuk membuat hubungan intim, jauh dari gangguan enam anak mereka iaitu kawasan di belakang air terjun buatan di kolam mandi di kediaman mereka.
Mrs. Honey :WOW!
Sumber : Kosmo Online
Monday, June 20
What is wordless wednesday?
arini mmg Monday... tp sahaja je nak bagi info menarik pasal posting bertajuk "wordless wednesday"..... mungkin ramai blogger or reader yang pernah terjumpa entry bertajuk sebegini... atau dalam bahasa melayu nya ditranslate secara lurus.... to be honest.. first time terjumpa entry Wordless Wednesday ialah tru entry Hidd.
RABU tanpa Kata.. heehehee
menurut Answer.com..... diterjemahnya begini:
entri lain dalam BM atau bahasa kebanggaan kita....
Rujukan: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan...
dah faham tak???k detail dia macam ni lah..
Wordless Wednesday ialah satu culture di mana pada hari rabu most of the blogger Worldwide akan post gambar je takde nak taip cecah lantai. Gambar tu tak kiralah korang jumpa kat google ke ataupun gambar yang ada dalam koleksi photobucket korang yang penting gambar tu ada maksud yang tak perlu diterangkan dengan ayat. Simple je kan... source:http://www.suterablogger.com
itew saja!!! daaaaaa.....
RABU tanpa Kata.. heehehee
menurut Answer.com..... diterjemahnya begini:
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
entri lain dalam BM atau bahasa kebanggaan kita....
Rujukan: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan...
dah faham tak???k detail dia macam ni lah..
Wordless Wednesday ialah satu culture di mana pada hari rabu most of the blogger Worldwide akan post gambar je takde nak taip cecah lantai. Gambar tu tak kiralah korang jumpa kat google ke ataupun gambar yang ada dalam koleksi photobucket korang yang penting gambar tu ada maksud yang tak perlu diterangkan dengan ayat. Simple je kan... source:http://www.suterablogger.com
itew saja!!! daaaaaa.....
Saturday, June 18
:: 40 Minggu Yang Ajaib :: finale
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.
Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda
Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda
Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.
Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.
Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.
Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
Anda
Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.
Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.
Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.
Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.
~maksud hadith~
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya
Friday, June 17
:: 40 Minggu Yang Ajaib :: part 2
Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng......
to be continue.......
to be continue.......
:: 40 Minggu Yang Ajaib ::
:: 40 Minggu Yang Ajaib ::
Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.
Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan
Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.
Thursday, June 16
SELAMAT TINGGAL
Sekian terima kasih. bye bye.. dah 5 tahun ko berkhidmat untuk diri ini.. dan ari ini ko telah meninggalkan aku..... AL-FATIHAH. Ntah bila la ada masa nak carik pengganti ni...huhu
p/s: en hubby... boleh masukkan dalam bajet JULY 2011 sik????
my pregnancy #7: 34 minggu
"Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya."... http://www.babycenter.com.my
Bersabar. Bertahan. Kuat Semangat. Redha. Tawakal. |
lagi 6 minggu kalo ikut kajian sains untuk lil caliph dipersembahkan kepada dunia......menjadi salah seorang khalifah di bumi Allah yang akan memakmurkannya.... membahagiakan orang di sekelilingnya... dan menjadikan hidupnya adalah untuk syurga Allah yang nyata... amin
2 minggu untuk cecah 9 bulan.... dan sekarang... malam dah tak tidur lena... jam 10, jam 4 lil caliph akan berenang riang dalam dunianya... dan bila ada usapan dari daddynya... bertambah riang la dia berenang.... mungkin terasa sudah sentuhan untuk bermanja bila dah menjenguk dunia nanti........
Pesanan dari Puan Adi Nang @ Hidd :
- Untuk suami-suami, kalau isteri anda sakit ketika contraction, janganlah panggil nurse. Sebab tiap kali anda panggil nurse, dia akan jolok untuk tengok bukaan. Dan sakit ketika kena jolok tu anda tak dapat bayangkan.
- Banyakkan berjalan. Macam aku. Sehari nak beranak pun masih berjalan-jalan.
- Makan je apa nak makan sebelum bersalin. Nak hentam ais banyak-banyak, minum air coke. (Sedapnya.)
- Tidur sepuas-puasnya.
- Tengok wayang selagi boleh.
p/s: pesanan itu ditujukan khas buat MR.HUBBY...
Wednesday, June 15
personaliti .....
tengah blogwalking... jumpa lah post ini....kiki berkongsi maksud personaliti warna dan tarikh lahir.. dan sy terjumpa lah maksud tarikh lahir dan warna saya....(ini hanya andaian semata-mata..jangan percaya sepenuhnya...kebetulan hanya kebetulan...)
tanggal lahir saya jatuh dalam kategori ni: 22 hingga 31hb Mac - Ungu
dan bermaksud:
Ungu
tp secara peribadi..sayasangat fanatik dengan warna kuning.. dan sekarang hampir berpaling tadah untuk menggilai warna "turqoiuse" ..... kata peramal warna itew..... (panggil peramal la kan yang mengeluarkan fakta itew)...jom huraikan ayat demi ayat...Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
- Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya = misteri?? sy pernah bertanya pada mereka yang baru kenak akan sy... apa pandangan anda pada sy pertama kalinya kita bertemu??? kata mereka..sy bakal jadi seorang yang sombong dan berlagak... hahahaha lucu sunggguh.....
- Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. = YES! Sy mmg memilih kawan.....kalo pertama kali sy mempunyai aura yang kurang baik dengan kamu...smpai bebila ttp takkan berubah..walau sebaik mana pun kamu baik denkat sy..... itu rewsam kehidupan... no body perfect!
- Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu.= yes! yang ni agak betol sedikit.... hehehe sedikit?sy mmg cepat terpengaruh.... plus kalo my best fren yang cakap... huhuh pastu jadiklah mangsa buli...... dan sangat susah nak menjahatkan diri... maksudnya...sangat susah nak buat menda yang menjaga kepentingan diri.......
Tuesday, June 14
tak boleh dikomen???
entri ni dijumpai ketika sibuk blogwalkinG mungkin boleh dijadikan panduan buat teman-teman blogger yang pernah mengalami masalah sebegini... enjoy! sharing is caring... LOVE
KEPENTINGAN MENGUJI SISTEM KOMEN DI BLOG
Isnin lalu, aku dikejutkan dengan perubahan mendadak yang tak disangka-sangka terhadap blog ni. Sesuatu yang diluar jangkaan tiba-tiba berlaku. Aku sangat terkejut apabila melihat blog aku tiba-tiba bertempek sana-sini perkataan ni “Bandwith exceed limit”. Mak aih! Rasa nak nangis pun ada tengok blog aku jadi hodoh macam tu. Segala tulisan yang akan dilinkkan ke entri-entri dah ditutup dengan tulisan biru. Disebabkan terperanjat, sedih dan tak suka melihat keadaan blog macam tu, aku pun takde sanpshot blog aku time tu, kalau ada, mesti aku dah letak gambar, tunjuk kat korang.
Pelik juga kan, blogspot pun ada bandwith ke? Setahu aku, orang yang self-hosted je ada bandwith limit ni. Akhirnya, dalam jam 3 pagi, seorang rakan blogger, azuan razi telah memberikan aku jalan penyelesaiannya. Memang blogspot takde bandwith, tapi template yang aku gunakan tu, yang bandwith nya dah exceed limit. So, aku terpaksa tukar template time tu juga. Sebab aku rasa malu sangat visitor datang blog aku dan tengok keadaan blog aku macam tu. Ibarat orang datang rumah kita, dan tengok rumah kita berselerak.
Lepas dah tukar template secara sementara tu, keesokan malamnya, aku tukar template lagi. Sejak aku tukar template tu, blog aku jadi sunyi tanpa komen walaupun visitor ramai. Baru tadi aku perasan email dari azuan, menyatakan blog aku tak boleh tinggal komen. Alahai! Patutlah 1 komen pun tak lekat.
Disebabkan aku pun tak tahu katne nak adjust supaya boleh komen, dan aku tak sempat nak cari template yang serasi dengan mata dan jiwa raga aku ni, so aku simply guna je custom template yang blogger sediakan ni. Template putih bersih aku pilih. Last-last ni je lah jadinya. Baru ni letak header sebab template tu kosong sangat. Tapi header ni terlebar la pulak. Jenuh aku edit, dia tak mau mengecilkan diri juga.
Huhu…besar benar aku rasa header aku ni. Tapi, karang-karang lah aku adjust balik. Busy ler sekarang ni. Tambahan ni hujan-hujan, tak elok online. Nak off jap.
P/S: Pengajaran untuk aku. Lepas ni kalau tukar template, kena uji dulu, orang boleh tinggalkan komen ke tak?
Monday, June 13
dia bernama Jimmy Shanley
singgah kat blog beautiful nara......skang ni cepat je rasa nak sensetap.......
mcm2 kan...bila suami baik, isteri plak jahat--dunia akhir zmn sungguh..rasa bagai kisah antara dua darjat je....sbb wife jimmy ni anak org kaya kan..so egois tu tinggi lah kot...emm..tak kenal pon sapa wife jimmy ni..jgn komen lelebih...
dahtu tgk aKademi Fantasia 9 fnale semalam pun muka jimmy mmg sedih je.....
jom baca..

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”
p/s: semoga jimmy dan steri di berikan petunjuk dan hidayah-NYA..dan semoga keluargaku dan teman-teman seperjuanganku sentiasa dalam rahmat yang Maha Esa...amin
Wednesday, June 8
Lupakan nasihat kewangan
Artikel sangat menarik!
Ditulis oleh Salina Abdullah dan Fairuz Zaidan I-kon Berita Harian
Selasa, 17 Julai 2007 10:36
Saranan 'percuma' termasuk daripada rakan boleh jadikan situasi lebih huru-hara
MEMASUKI alam pekerjaan bukan sekadar satu impian tetapi satu kemestian. Suka atau tidak, seiring anjakan usia, kehidupan harus diteruskan bukan lagi dengan pembiayaan ibu bapa tetapi sendirian berhad (sendiri). bagaimana caranya untuk menampung keperluan ini? Tentunya dengan bekerja.
Seawal menjejakkan kami ke alam pekerjaan, anda pastinya menerima pelbagai nasihat kewangan...secara percuma. Jangan boros, perlu berjimat dan elakkan berhutang kad kredit. Ini sememangnya nasihat yang bagus.
Tetapi AWAS!!! Tidak semua nasihat, pesanan, petua dan pantang-larang kewangan yang anda terima itu bagus. Salah pertimbangan, kedudukan kewangan anda akan menjadi lebih huru-hara.
Penulis kolum kewangan The Wall Street Journal, Jonathan Clements, menyebut mereka yang baru menceburi bidang pekerjaan sering kali diberikan nasihat kewangan secara percuma dan kebanyakan nasihat itu tidak membantu sebaliknya mampu menimbulkan pelbagai masalah.
Empat `nasihat’ popular di bawah, kata Clements, adalah antaranya.
1. Himpun/Kumpul Tunai
Seawal menceburi dunia pekerjaan, pasti ramai yang menyimpan pelbagai cita-cita - membeli kereta, rumah dan tidak ketinggalan melabur dalam pasaran saham.
Tetapi, ramai pakar kewangan berpendapat perkara paling penting yang harus dilakukan adalah membuat simpanan untuk kecemasan sekurang-kurangnya enam bulan jumlah perbelanjaan harian.
Hakikatnya, kata Clements, nasihat ini tidak realistik. Sekalipun anda menyimpan 10 peratus daripada pendapatan selepas pembayaran cukai, anda mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat simpanan sebanyak itu.
Memburukkan keadaan, katanya, dalam memastikan simpanan kecemasan terus kukuh, ramai yang mengabaikan tabungan atau caruman yang lebih penting seperti skim kemudahan pekerja atau simpanan bagi pembelian rumah.
Nasihat beliau, lupakan tabungan untuk waktu kecemasan ini sebaliknya pastikan caruman dalam skim kemudahan pekerja, yang akan memberi pulangan lebih baik.
Ada simpanan dan nasib terbela sebagai pekerja.
2. Berbelanja mewah (besar)
Beli rumah paling besar yang boleh. Jangan, kata Clements. membuat pinjaman yang besar untuk membeli rumah yang besar dan mahal adalah satu tindakan tidak bijak, katanya. Anda hanya akan menambah beban perbelanjaan bulanan bagi membayar pinjaman perumahan dan mungkin beban membayar kos penyelenggaraan, cukai hartanah dan premium insurans perumahan sepanjang hayat.
Sepatutnya, beli rumah yang seadanya, sesuai dan selesa untuk anda dan keluarga.
3. Beli insurans nyawa

Ejen insurans sentiasa `mendesak’ pekerja muda, dalam usia 20-an untuk membeli insurans nyawa merangkumi kemudahan pampasan kematian dan simpanan pelaburan dengan alasan ia lebih murah jika dibeli pada usia muda.
Jangan! Kata Clements, pembelian insurans sebegini, yang ternyata mahal hanya akan menjadi pelaburan yang tidak berfaedah jika syarikat anda menawarkan pelbagai skim atau pelan kemudahan pekerja yang melindungi kebajikan anda.
Perlu ingat, tujuan utama membeli insurans nyawa adalah untuk melindungi keluarga anda - anda tidak memerlukannya jika tidak berkeluarga, tiada suami, isteri atau anak. Jika sudah berkeluarga, dapatkan insurans yang hanya menawarkan kemudahan atau pampasan kematian. Itu sudah memadai, kata Clements.
4. Bergerak seiring pertumbuhan ekonomi
Sering kali anda dinasihatkan supaya membuat pelaburan besar dalam pasaran saham pada usia muda kerana pertama, ada masa panjang sebelum bersara dan kedua, cukup masa mengaut keuntungan sebelum pasaran saham jatuh. Ini adalah nasihat yang bagus - secara teori.
Realitinya, anda pasti tidak mahu melabur dalam pasaran saham dan panik ketika pasaran saham merudum. Lebih-lebih lagi, jika anda masih baru dalam `permainan’ ini dan tidak pernah berhadapan dengan krisis kejatuhan pasaran.
Sebaiknya, kata Clements, mulakan pelaburan dengan 60 peratus untuk saham dan 40 peratus bon. Jika anda tidak gusar dengan pasang surut pasaran saham, tingkatkan pelaburan saham ke 85 peratus atau 90 peratus satu atau dua tahun kemudian.
Kesimpulannya, jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat kewangan dan `termakan’ pujuk mereka yang konon-kononnya bergelar perundingan kewangan. Kenali kedudukan kewangan anda dan rancang perbelanjaan sebaiknya. Berpegang kepada perkara paling asas dan anda pasti tidak akan mengalami masalah kewangan.

10 tip pengurusan kewangan terbaik
1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.
Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding
kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.
5. Menabung
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
6. Melabur!
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
8. Semak liputan insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.
10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.
Elak papa untuk bergaya
AWAL bergelar pekerja tujuh tahun lalu, tidak terlintas untuk membeli kenderaan walaupun dia mampu untuk berbuat demikian. Dia lebih rela menaiki pengangkutan awam untuk berulang-alik ke pejabat. Alasannya cuma satu, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan melakukan perancangan sebagai jaminan masa depan.
Tambah pula ketika itu juga, Khairol Nizam Mohd Mostar, 32, baru mendirikan rumah tangga.
Walaupun Eksekutif syarikat swasta ini dan pasangannya bekerja, mereka begitu berhati-hati dalam merancang kewangan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan terutama jika berlaku kecemasan.
“Mula berkahwin, kami menetap di rumah mentua. Masing-masing baru bekerja, kedudukan kewangan kurang stabil dan kami tidak mahu terlalu cepat membuat pelaburan, yang akhirnya akan menyusahkan.
“Begitu juga dalam soal memiliki anak. Kami membuat perancangan sebaiknya kerana mahu yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah, kami kini memiliki dua anak, hendak masuk tiga,” katanya yang hanya memiliki kenderaan selepas setahun bekerja.
Khairol Nizam mengakui memang sukar untuk membuat tabungan ketika awal bekerja tetapi beliau tetap memastikan menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan setiap bulan untuk bekalan masa depan.
“Saya tidak mahu mengikut pepatah `Biar Papa Asal Bergaya’ kerana ia hanya akan menyusahkan. Disebabkan itu juga, saya mengelakkan menggunakan kad kredit apabila keluar berbelanja. Saya hanya menggunakannya pada waktu kecemasan,” katanya.
Ditanya mengenai cara berbelanja eksekutif muda yang baru bekerja hari ini, beliau berkata, seakan satu penyakit, eksekutif muda seronok seronok dan berbangga memiliki kad kredit tetapi tidak bijak menguruskan perbelanjaan.
Akibatnya, kata Khairol Nizam, ramai eksekutif muda hari ini menanggung hutang yang banyak malah ada yang diisytiharkan muflis.
Eksekutif Pembantu Pengarah, Norzakiah Othman, 26, yang baru tiga tahun bergelar pekerja ini juga mengalami saat sukar untuk menabung ketika mula bekerja dulu.
“Susah hendak menyimpan kerana banyak duit dihabiskan untuk perbelanjaan harian selain membayar balik duit pembiayaan pengajian dan memberikan sedikit kepada keluarga. Pendek kata, ketika itu hanya cukup-cukup makan.
“Hanya selepas setahun bekerja, kedudukan kewangan saya mulai stabil dan saya mula menyimpan. Pada masa yang sama, saya sekat keinginan untuk berbelanja. memang rambang mata, lebih-lebih lagi bila tiba musim jualan murah.
“Jika saya mahu berbelanja pun, saya pastikan jika ada tunai lebih. Saya tidak menggunakan kad kredit walaupun ada dua jenis kad,” katanya.

Monday, June 6
Daddy, how was I born?
Daddy, how was I born?
A little boy goes to his father and asks 'Daddy,
how was I born ?'
'Well, son, I guess one day
you will need to find out anyway!
Scroll down...You'll love this ........
A little boy goes to his father and asks 'Daddy,
how was I born ?'
The father answers,
'Well, son, I guess one day
you will need to find out anyway!
Your Mom and I first got together in a chat room on Yahoo.
Then I set up a date via e-mail with your Mom and we met at a cyber-cafe. We sneaked into a secluded room, and googled each other.
There your mother agreed to a download from my hard drive.
As soon as I was ready to upload, we discovered that neither one of us had used a firewall, and since it was too late to hit the delete button ,
nine months later a little
Pop-Up appeared that said:
Scroll down...You'll love this ........
'You got Male!
Friday, June 3
udang goreng butter basah
Nak share resepi ni...
udang kalo masak apa pun..mmg sy hantu bantai.. sekilo tu boleh makan sorang... tp yang menariknya.. waktu mula-mula preggy... sangat alergik ngn udang... mmg tak nak makan langsung.... tp skang dah masuk minggu 32.. dah datang balik dah minat nak makan udang... hehehe
sekarang dah melelat pulak dah cerita pasal menda lain.. sedangkan nak cerita pasal resepi.... ini versi basah.... bukan yang kering yang ada telur bagai tu......
BAHAN-BAHAN:
500 GM/ 1KG Udang (ikut suka)
200ML susu isian sejat (susu cair) *200ML ni setengah tin susu sejat yg 400g
1 tangkai daun kari
5 biji cili padi di potong-potong (kalo tak nak pedas, boleh guna 1 biji cili merah besar)
100gm BUTTER
garam, gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. panaskan minyak dalam kuali (minyak hendaklah betol-betol panas).
2. goreng udang hingga kemerahan.. (jangan terlampau garing, nanti tak sedap...). asingkan
3. panaskan kuali (kuali baru), masukkan butter... apabila butter dah cair dan berbuih, masukkan susu sejat/susu cair..... kacau hingga sebati dan pekat.. kalo nak lagi sedap.. boleh juga tambah nestum atau oat.. kalo nak plain pun boleh.....
4. kendian, masukkan garam, gula, cili padi udang dan daun kari tadi.... gaul hingga sebati
5. siap.. dan hidang.. ^_^
nota kaki: kalo tak pekat, sy tambah tepung jagung sikit ..gula tak tambah pun sebab susu sejat tu kadang-kadang ada yang dah manis...
selamat mencuba... ;)

Thursday, June 2
doa menjaga suami... ;)
SHARING IS CARING!
Sejak kisah Salih Yaakob @ Abang Jem mengahwini isteri yang keempat minggu lepas. Ramai juga suami-suami yang berangan untuk mengikut jejak langkahnya. Mungkin itulah yang ada dalam setiap kepala otak mereka. Bukan senang nak maintain empat isteri sekali! Yang ada satu isteri pun dah pening kepala dibuatnya. Berbagai ragam dan kehendak mereka yang diluar jangkaan yang tak dapat ditunaikankan.
Setakat mampu sahaja belum tentu lagi dapat berbini empat. Kepada suami-suami yang berniat nak kawin lebih dari satu, sila contohi keadilan dan kehebatan Abang Salih. Kalau tidak, tak payahlah bermimpi disiang hari. Kalau artis sendiri pun sampai bercerai-berai nak kawin lain, inikan pula kita yang kurang dalam serba-serbi termasuklah tenaga batin.
Disini captain dapatkan satu doa dari Surah Taha ayat 109. Bacalah doa tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya.
Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Terjemahannya:
Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya.
Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.
NAK BACA LAGI? KAT SINI: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-supaya-suami-tak-kahwin-lain.html#ixzz1Yizf3UuS
Subscribe to:
Posts (Atom)