Wednesday, June 30

Cinta seorang suami...

  • kehidupan kami yang berjauhan satu sama lain mungkin boleh aku jadikan faktor untuk memaparkan artikel ini.
  • bukan tidak percaya, tapi sekadar peringatan sahaja...;)
  • artikel ini aku jumpa di salah satu blog yang secara tidak sengaja aku membacanya.....

Kenapa si gadis masih terperangkap dalam situasi begitu? Aku bukan pakar perhubungan manusia, tetapi ini sesuatu yang lahir dari akal pagi Isnin aku. Mereka yang terperangkap dalam cinta suami orang ini selalu berfikir yang suami orang adalah seorang lelaki yang perfect. Perfect dari segala segi dan tidak semena-mena, suami orang itu menjadi seorang lelaki yang memenuhi kriteria seorang lelaki sejati. Ini yang sebenarnya.




1.Kedudukan kewangan yang kukuh. Oh yeah! Sudah semestinya ini yang seorang gadis cari dalam diri seorang lelaki secara am’nya. Dan, secara kebetulan, seorang yang mempunyai kewangan yang kukuh adalah mereka yang bekerjaya, berusia & sudah berumah tangga. Mereka mempunyai kewangan yang kukuh kerana mereka berusaha untuk menjaga keluarga mereka untuk hidup selesa. Rezeki yang seorang lelaki dapat ketika ini adalah niat asalnya untuk di’nikmati oleh si isteri & anak-anak, dan apa kes kau nak merasa pula?


2.Bertanggungjawab & ambil berat. Suami orang sayang, seteruk mana pun seorang lelaki yang bergelar suami orang, mereka sudah tahu apa erti tanggungjawab & bagaimana untuk melaksanakan’nya. Apa yang mereka aplikasikan ke’atas kau adalah satu proses berulang yang sudah mereka tahu itu mampu mempamerkan sifat kejantanan mereka. Kau orang kedua, atau senang cakap apa yang kau terima itu perkhidmatan second hand.


3.Romantik & pandai memujuk rayu. Dengar baik-baik, romantik & pujuk rayu adalah bidang yang menjadi kepakaran seorang lelaki selepas kahwin. Kepakaran di’sini merujuk kepada bagaimana mereka mengaplikasikan apa yang telah mereka cuba di’rumah ke’atas gadis-gadis bujang yang mendambakan sifat romantik seorang lelaki. Tanggapan yang lelaki bujang kurang romantik adalah tidak adil. Kenapa tidak kau bentuk sifat romantik seorang lelaki itu untuk kau & hanya kau seorang dan bukan’nya menjadi salah satu bahan eksperimen suami orang untuk memantapkan kepakaran mereka.

Aku tahu majoriti pembaca di’sini bukan’lah gadis-gadis sunti tetapi ada lelaki & suami orang yang boleh tolong sampaikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan. Secara realistik’nya, artikel sebegini seperti tidak berguna untuk mereka yang sedang hangat di’lamun cinta dengan suami orang, tetapi mencuba itu’kan lebih baik.



Ada pengalaman terperangkap dengan cinta suami orang?

kasut tinggi punca mandul?

entry menarik yang aku jumpa waktu bermalasan time keje...;p

Bahaya Bertumit Tinggi



Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID
BERKASUT tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita. Selain sebahagian daripada fesyen, penampilan akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.
Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.
Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.
Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.
Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).
Malah, dengan ketinggian begitupun, ia tidak boleh dipakai lebih dari tiga jam setiap hari secara berterusan.
Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung.
Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.
“Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung.
“Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.
“Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya.

“Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.

Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang.
“Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus.
“Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus,” ujarnya.
Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.
Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang.

“Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu,” katanya.

Menurut Dr. Asmah, kekerapan memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang.

“Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis.

“Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot,” katanya.
Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.
Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.
Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah tadi dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah.
Pada waktu malam, hati tidak dapat bekerja sepenuhnya bagi mengepam darah ke bahagian kaki. Cecair boleh ‘terkumpul’, menyebabkan peredaran akan menjadi lambat dan urat-urat di bahagian kaki akan membengkak. Cecair ini boleh menyumbang kepada terjadinya kekejangan otot dan sakit kaki.
ika tanda-tanda seperti di atas di alami oleh wanita yang hamil, mereka dinasihatkan untuk melihat semula jenis kasut yang dipakai.
Menurut Dr. Asmah lagi, dengan perut yang membesar dan payu dara yang juga ikut membesar, wanita hamil seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga.
Mereka akan berasa mengah dan nafas tercungap-cungap apabila berjalan agak lama dan jauh kerana terpaksa membawa badan yang begitu berat.
Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.
Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.
“Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan.
“Untuk lebih selesa, mereka digalakkan memakai kasut sukan kerana ia akan memberi keseimbangan.
“Jika masih berkeinginan untuk bergaya dengan kasut tumit tinggi, disarankan memakainya ketika kandungan belum lagi mencecah usia enam bulan,” katanya.
Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tip untuk penjagaan kaki semasa mengandung:
* Elak berdiri untuk jangka masa yang panjang tanpa rehat.
* Memakai stoking dengan kasut bertutup akan menambah keselesaan pada kaki. bagus4

* Mengangkat atau meninggikan kaki apabila perlu dan jika kaki mengalami kesakitan, cuba rendam kaki untuk seketika.


Monday, June 28

1st love song

OUR FIRTS LOVE SONG EVER... LOVE IT TILL NOW! N EVER

as i look into your eyes


i see all the reasons why

my life's worth a thousand skies

you're the simplest love i've known

and the purest one i'll own

know you'll never be alone

[chorus:]

my baby you

are the reason i could fly

and 'cause of you

i don't have to wonder why

baby you

there's no more just getting by

you're the reason i feel so alive

though these words i say are true

they still fail to capture you

as mere words can only do

how do i explain that smile

and how it turns my world around

keeping my feet on the ground

[repeat chorus]

i will soothe you if you fall

i'll be right there if you call

you're my greatest love of all

[repeat chorus]

arianna i feel so alive

Tuesday, June 22

a picture speaks a thousand word...;)

Bila Putus Cinta

rasanya kalo my best fren ever baca topik ni... it's was dedicated for u dear lalink.....
rasanya, bila putus cinta, dunia ni rasa dah nak kiamat.

Dunia kiamat Ketika Putus Cinta


kalo dapat, dah tak nak lagi dah menghadapi hari-hari seterusnya. namun sayang, selagi nyawa kita belum "expired", selagi itulah kita perlu meneruskan perjalanan hidup......



OK! Jiwa Seakan sangat-sangat la perit. sangat sakit hingga menusuk jiwa. berhari-hari, berminggu-minggu, hingga ada yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Orang-orang di sekitar pasti akan  berkata, "Sudahlah, luka putus cinta seperti ini pasti sembuh sendiri, masa dan waktu akan beredar dengan pantas." Namun itu terasa seperti nasihat yang sia-siaa karena Anda sama sekali tidak merasa seperti itu. Setiap hari yang berlalu dari momen tragis itu, Anda merasa semakin pedih, kegundahan yang sulit dinyatakan dengan kata-kata. Sepertinya tidak ada seorang pun yang bisa memahami rasa pilu di hati Anda.

Sahabatku sayang, U ARE NOT ALONE! 

Berdasarkan statistik yang bole di "google" kan untuk melihatnya, setiap hari akan ada pasangan yang putus cinta, bercerai mati atau bercerai hidup ... ;)

Anda BERHAK untuk merasa kecewa, hancur dan tersakiti! to be continue....;)

Tuesday, June 15

fakta menarik

*terjumpa banyak blog yang memaparkan fakta menarik yang boleh dikongsikan bersama. time ni aku tgh cari soalan pengetahuan am untuk program kanak-kanak JPN, bagi permainan Telaga minda. punya la sakit aku view satu persatu, kebnyakkan nya tidak membantu untuk soalan program tersebut. tapi sedikit sebnyak memberi kan aku pulak ilmu pengetahuan yang baru

Jika bersin terlalu kuat dapat meretakkan tulang iga. JIka mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala dan leher Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan
trus mati . jika memaksa mata terbuka saat bersin, bola mata bisa
meloncat keluar.


 
Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya berupa kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur
kerja mata
Kalajengking bisa dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka,mereka akan murka dan menyengat dirinya sendiri


Pada poster film �Pretty Woman� Julia Robets terlalu pendek untuk digandingkan dengan Richard Gere. Maka digunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia. - cerita yang aku minat giler smpai sekarang
Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.
❥ Alasan kenapa diiklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam seperti sedang tersenyum
Dengan menaikan kaki pelan2 dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir hisap.
❥ teknik mengadun terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W
❥ Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu lari sepanjang lapangan bola sebelum benar-benar mati.
RSVP adalah Respondez s�il Vous Plait yang artinya �mohon jawaban�- Tajuk lagu maulana af8 tu.....

Dalam bahasa Inggris, �Naked� artinya tanpa perlindungan. �Nude� artinya telanjang
❥ Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

Monday, June 14

hubugan jarak jauh

sejak kami menikah... mmg tak berpeluang nak tinggal sebumbung..... saat di ijabkabulkan, aku mendapat surat tawaran di serapkan ke jawatan tetap. Rezeki kawen kata orang... mula nya tidak ambil pusing. dengan harapan aku di tempatkan sedaerah dengan Mr. hubby. tapi takdir menentukan. dah ku kira ada hikmah atas segalanya. kini selepas 6 bulan menikah, belum ada lagi rezeki untuk menimang cahaya mata. agak sukar kiranya aku hamil sekarang, sedangkan Mr.HUbby jauh di depan mata. maka akan bertambahlah kerisauannya. namun, kami masih selesa dengan perhubungan jarak jauh ini. tetapi, ada ketika nya ia benar-benar menyiksa jiwa dan raga.

namun apa yang dapat aku simpulkan di sini, bagi mana-mana psangan yang berjauhan, kuatkanlah iman, perteguhkan lah hati. kepercayaan, kasih sayang dan rasa cinta itu, seharusnya semakin di pupuk saban hari... janga ada yang terlalai atau terleka mahupun terlepas pandang antara kita dan pasangan......;)


Sunday, June 13

Sindrom gangguan usus

lately aku mmg tak lawas dalam pembuangan air besaq... huhu bukan sahaja lately... byk kali dah.... kdang-kadang aku makan faber max... kadang-kadang aku telan teh herba... itu bila aku dah betol -betol tak tahan......
tapi sampai bila aku nak  bergantung kepada bahan-bahan sampingan tu?? nak juga jadi orang normal yang bila dah makan banyak.. leh kuar sendiri bahan buangannya.. dan bukan memerlukan produk sampingan....

adakah aku mengalami gangguan usus seperti yg di nya takan di bawah???

* Sindrom gangguan usus (IBS) adalah masalah yang melibatkan usus besar. Ia boleh mengganggu fungsi normal kolon (usus besar). IBS tidak merbahaya tetapi ia boleh menjejaskan gaya dan kualiti hidup anda. Anda mungkin akan rasa tidak selesa dan tertekan. Sesetengah pesakit yang mengalami IBS tidak boleh bekerja, menghadiri majlis sosial, atau melakukan perjalanan walaupun tempat yang dituju berdekatan.

IBS adalah masalah utama di negara Barat. Malah IBS adalah salah satu daripada masalah yang paling kerap didiagnos oleh pakar gastroenterologi. Masalah tersebut semakin menular di rantau Asia Pasifik dan menyebabkan semakin ramai orang menghidapnya. Secara umumnya, wanita dan golongan muda berisiko dua kali ganda menghidap IBS berbanding kaum lelaki. Wanita muda cenderung untuk mendapat IBS semasa kedatangan haid dan apabila mereka berada dalam keadaan tertekan.

berdasarkan apa yang termaktub seperti di atas?? adakah aku tertekan??? tapi tertekan kenapa???? kedatangan haid diserang ibs??? aku tak datang haid pun tak lawas juga... huhu tolong lah.......;(

Friday, June 11

iklan di tarik!

  • wa! sakitnya ati aku.. sebab dah lama tak memblogging aku punya blog dah takde iklan ... mana nak masyuk duit... huhuh sedih ni... 
  • tak dapat update regularly sebab hp sony aku rosak... so nak tak nak... tunggu la dapat smartphone baru masyuk! ini pun tgh menunggu green lite dari mrs. sue.. hehehehe
  • keje? macam biasa... nothing special to share here... staff gomen mesti tahu kan apa tugas rutin yang kena di lakukan .. kalo ada even baru saja rutin tugas akan berubah...
  • lagi sembilan hari dari sekarang, abang ipar aku merangkap abang long mrs. sue akan melangsungkan perkahwinan. bulan ni murah rezki aku.. asyik balik sarawak then dapat jumpa mrS. sUE.. SONOKNYE....;P
  • planning for future??? ntah la... tak tau lagi... tp for holiday... mrs. Sue kata proceed.. hehehe seronoknya...... tak sabar makkkkkkk!;p
  • kawan2??? aku rindu sangat nak gurau senda ngn mereka semua... terutamanya yang lima tahun study ngn aku peringkat diploma n ijazah... geng aku primary n secondary.. bukan aku tak rindu.. tapi kita seakan makin jauh kan????
  • dahla.. aku tak de gambar nak share sini... see u soon... lepas ni sambun gnak potong bookmar untuk program kanak-kanak tempat aku

Tuesday, June 8

Norlisa & Triswandi Basri Wedding.... 05/06/2010-06/06/2010

*selesai akad nikah.. aku baru je sampai time ni.. terus sesi bergambar.. hehehe
* malam berinai..... saepasang baju je pakai. da la tunggu dia make-up punya la lama

*hayati la yang seterusnya... wink!!!


Thursday, June 3

kehidupan

aku rasa macam dah mula adapt dengan suasana krja di seksyen pusat sumber jabatan peguam negara.... nak di katakan sangat seronok.. amat jauh sekali... mun senarionya berbeza andai ketuanya sekepala....

tapi yalah kan.... setiap orang mempunyai cara yang terendiri untuk mentadbir org bawah nya.... selang sehari dari sekarang, adik bongsu perempuan kami akan melangsungkan perkahwinannya... sayang au tidak dapat turut serta untuk majlis akadnya. namun bersyuur ku pada Tuhan kerna dapat balik jua pada hari bahagia Norlisa Haji Basri

apa lagi kisah boleh ku konsikan disini. untuk menjadi blogger teggar amat sukar juga rasanya, perlu kreatif dan rajin. macam aku ni... ikot mood je...... hehehe lagi pun bukan ada apa yang hendak ku konsikan.....