AMANI ..6 BULAN HARI INI!!! ALHAMDULILLAH

by - 6:00 PM


  • Alhamdulillah.. syukur padaMu Ya Allah.. 
  • Hari ini genap 6 bulan usia Puteri kecik sy Sharifah Ameera Amani.  Sekejap je kan masa berlalu, dah setengah tahun dah menjadi ibu. Rutin hidup memang totally changed. Banyak benda baru yang saya belajar.
  • Alhamdulillah.. dalam usia 6 bulan ni nampak banyak perkembangan positif Amani. Dah semakin pandai berinteraksi dengan orang sekeliling. Dah pandai mengecap2 bila tengok mummy dan daddy makan.. dah tak sabar la tu kan. 
  •  Insya’Allah hari ni saya akan perkenalkan solid food kepada Amani . Mudah2an air tangan mummy akan memberikan keberkatan pada diri Amani 
  • Pada saat 6 bulan ini jugalah mencatatkan kejayaan saya menyusukan Amani. Rasa syukur yang tak terhingga.. dengan izin Allah saya diberikan rezeki dan kekuatan untuk menyusukan Amani dengan susu ibu sepenuhnya. Saya tolak semua kata2 negatif, saya pertahankan niat dan usaha saya. Saya cuba tanamkan segala yang positif alhamdulillah tercapai juga 6 bulan yang pertama. Jauh lagi perjalanan penyusuan saya ni, saya akan teruskan target sehingga setahun.. kemudian setahun setengah dan seterusnya 2 tahun. Harap2 Allah permudahkan segalanya.dan walaupun terkilan dalam hati, pernah beri Amani susu Formula juga..;(
  • Biarlah orang nak kata apa yang penting ini pencapaian saya sebagai seorang ibu. Saya harus “menepuk bahu saya sendiri” dan mengucapkan “tahniah” kepada diri saya sendiri. Mudah2an saya diberi kekuatan untuk memberikan susu ibu kepada zuriat2 yang akan datang.
  • Kekuatan saya ni datangnya dari dorongan dan sokongan padu yang tak berbelah bagi daripada suami tersayang.. kerjasama dari permata hati saya.. doakan saya supaya dapat meneruskan perjuangan 1 tahun 6 bulan lagi.

Untuk Amani  sayang.. thanks sebab bagi kerjasama pada mummy  untuk memberikan yang terbaik pada Amani  Mudah2an Amani membesar dengan sihat, mendapat keberkatan dari susu ibu yang mengalir dalam tubuh Amani dan menjadi anak solehah dan bijaksana ye sayang. Doakan mummy sihat supaya mummy dapat terus memberikan khidmat kepada Amani . 

Love both of u my hero n my princess ;) 
Award ni untuk kita sayang! :)
“DIPLOMA IN BREASTFEEDING” ;)
6 MONTHS BREASTFEEDING AWARD
{GARNET}
**SEKADAR CATATAN PERIBADI SEORANG IBU**


You May Also Like

2 comments

thanks for ur time dear..

NEWSLETTER

Follow My Instagram