Friday, January 27

PAP SMEAR

PAP SMEAR!
Terus saya berdebar. Tak tahulah kenapakan. Tapi saya memang  takut nak buat Pap Smear. Sebab banyak kali baca orang kata sakit. Tolonglah.
Husband, dan saya masuk bilik scan baby. Alahai, rindu momen-momen indah menonton Amani di dalam rahim. Waktu pergi nak buat Pap Smear, Baby Amani tinggal sama Nenek..... rindunya kat budak kiut tu,...(eh! tetiba)

Berbalik tentang Pap Smear.
The process was really short. Only in less than one minute, everything’s done. Tak sakit pon bluek bluek. Cuma rasa tak selesa dan ngeri bila doctor masukkan tool inside your vagina. Memang tak sukalah! Tapi tak sakit pon. Tapi tak selesa. Tapi tak sakit tapi tak selesa. Harap semua dah faham dah T___T
Sebenarnya dari dulu-dulu lagi saya bercadang nak buat Pap Smear (ayat tipu). Since setiap wanita kena buat. Adalah penting. Tapi bila mengenangkan orang cakap sakit, saya jadi takut. Akhirnya, saya dah buat pon.
Pap Smear in general adalah sejenis screening test untuk mengesan kalau-kalau adanya cancer pada cervix wanita (betulkan kalau saya bagi maklumat palsu) Test ini adalah sangat penting, kalau anda belum tahu. Tapi saya pasti, ramai dah tahu dah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selalu sangat dihebah-hebahkan saranan supaya wanita melakukan ujian ini.
Untuk ilmu yang mendalam, saya serahkan kepada kuasa internet. Google, babe, google!
Semuanya OK. Keputusan Pap Smear sy?..No Problem/1 everything is fine! ALHAMDULILLAH

I can now plan for another pregnancy. BINGO, ACAH JE!

Ta.TA

AMANI ..6 BULAN HARI INI!!! ALHAMDULILLAH


  • Alhamdulillah.. syukur padaMu Ya Allah.. 
  • Hari ini genap 6 bulan usia Puteri kecik sy Sharifah Ameera Amani.  Sekejap je kan masa berlalu, dah setengah tahun dah menjadi ibu. Rutin hidup memang totally changed. Banyak benda baru yang saya belajar.
  • Alhamdulillah.. dalam usia 6 bulan ni nampak banyak perkembangan positif Amani. Dah semakin pandai berinteraksi dengan orang sekeliling. Dah pandai mengecap2 bila tengok mummy dan daddy makan.. dah tak sabar la tu kan. 
  •  Insya’Allah hari ni saya akan perkenalkan solid food kepada Amani . Mudah2an air tangan mummy akan memberikan keberkatan pada diri Amani 
  • Pada saat 6 bulan ini jugalah mencatatkan kejayaan saya menyusukan Amani. Rasa syukur yang tak terhingga.. dengan izin Allah saya diberikan rezeki dan kekuatan untuk menyusukan Amani dengan susu ibu sepenuhnya. Saya tolak semua kata2 negatif, saya pertahankan niat dan usaha saya. Saya cuba tanamkan segala yang positif alhamdulillah tercapai juga 6 bulan yang pertama. Jauh lagi perjalanan penyusuan saya ni, saya akan teruskan target sehingga setahun.. kemudian setahun setengah dan seterusnya 2 tahun. Harap2 Allah permudahkan segalanya.dan walaupun terkilan dalam hati, pernah beri Amani susu Formula juga..;(
  • Biarlah orang nak kata apa yang penting ini pencapaian saya sebagai seorang ibu. Saya harus “menepuk bahu saya sendiri” dan mengucapkan “tahniah” kepada diri saya sendiri. Mudah2an saya diberi kekuatan untuk memberikan susu ibu kepada zuriat2 yang akan datang.
  • Kekuatan saya ni datangnya dari dorongan dan sokongan padu yang tak berbelah bagi daripada suami tersayang.. kerjasama dari permata hati saya.. doakan saya supaya dapat meneruskan perjuangan 1 tahun 6 bulan lagi.

Untuk Amani  sayang.. thanks sebab bagi kerjasama pada mummy  untuk memberikan yang terbaik pada Amani  Mudah2an Amani membesar dengan sihat, mendapat keberkatan dari susu ibu yang mengalir dalam tubuh Amani dan menjadi anak solehah dan bijaksana ye sayang. Doakan mummy sihat supaya mummy dapat terus memberikan khidmat kepada Amani . 

Love both of u my hero n my princess ;) 
Award ni untuk kita sayang! :)
“DIPLOMA IN BREASTFEEDING” ;)
6 MONTHS BREASTFEEDING AWARD
{GARNET}
**SEKADAR CATATAN PERIBADI SEORANG IBU**


Thursday, January 26

i'm back!

1. musim bersuka-ria dah habis....Insyaallah akan ada lagi perancangan untuk edisi bercuti seterusnya. kena top-up mana yang lompong sana sini...
2. percutian kali ini sangat seronok... sebab disertai oleh abah, emak n emak.... hehehe dan lagi seronok bawak tuan puteri Amani .. sapa sangka tahun ini ktrang berdua dah ada baby yang nak masuk umur 6 bulan... tp masih lagi terasa macam baru kawen (hahaha ngegeh!)
3.Yang tak seronoknya... percutian ke Kota Kinabalu kali ini sy tak tangkap banyak gambar ... yang banyak ialah gambar budak cecik nama Amani... dan akhirnya menyesal tak sudah gambar sikit sangat bila dah transfer ke pc untuk diprint ..;(
4. rasanya macam dah tak nak g cuti ke KK lagi.. sebah barangan dah macam agak naik harganya... apa kata kita p Bandung lak next time.. ada tak readers yang sudi sponsor?? do PM me.... ;p
5. ada masa dan ketika terluang, sy akan buat jurnal perjalanan kami selama 8 malam dan 9hari di negeri di bawah bayu.....

"Ya Allah, terima kasih atas rezekimu, kesihatan yang dikurniakan dan keluarga yang bahagia buat kami"










Wednesday, January 11

AYAT AYAT KELAKAR ....SAMY VELLU

AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Monday, January 9

Hari pertama hantar pengasuh + cerita breasfeeding

Hari ini hari pertama Amani dihantar ke rumah pengasuh..dh byk kali tertangguh nak hantar... Mak nek Amani kata sunyi duduk umah kalo Amani takde.....mlm sebelum dah prepare siap2 barang Amani sebab takut lambat bangun.., hujungnya, kul 3 pagi dah bangun sebab nerves! Hehe


Hantar Amani bermakna kena hantar sekali dengan stok EBM. Buat permulaan, hantar 3oz x 5 botol= 15oz.... Selama dalam jagaan Mak Nek, Amani minum 3oz x 4 botol... Tp sebab takut baby sitter tak biasa ready lah dengan xtra 1 botol...dan siap pesan pukul 4 jgn beri minum sebab aku tak mengepam susu sejam before balik kerja

Kesudahannya, balik petang Ini, ada 2oz tak habis...... Tp esok Mak Nek dah pesan, takyah la hantar Amani... Tunggu lah sampai lepas Tahun Baru Cina... Mak Nek balik Miri.....

P/s: excited nak bawa Amani holiday di KK! KK here we come!!!

Tuesday, January 3

erti hidup....

1. Lepas kawen kitarang masih tak tinggal sebumbung... sorang di utara sorang lagi di selatan.... lepas kawen 2 bulan,dugaan Tuhan lagi dasyat, sorang di bumi Kenyalang sorang lagi di Tanah Melaya.......
2. Lepas 7 bulan berjauhan, percintaan jarak jauh.... kitrang menikmati hubungan itu se"enjoysssnya"... naik kapal terbang dah macam naik bas jer, asal tiket murah sikit, terus beli... kalo hubby tak ke semenanjung, wifey kena terbang ke sarawak...... time ni duit dah macam air mengalir.... saving usah cakap... memang tak sempat nya nak merasa dividen atau bonus hujung tahun... dan Tuhan itu Maha Mengasihani hamba-Nya....
3. Sekarang dah tinggal sebumbung, belajar menjalani hidup berumah tangga sendiri... lebih-lebih lagi di perantauan.. tak kenal sesiapa... tiada saudara mara... tiada kenalan rapat juga,... kadang-kadang ada pasang dan surutnya......kendian..... Allah kurniakan Hadiah terindah suami isteri di dunia... Sharifah Ameera Amani... sekarang dah 6 bulan.... Alhamdulillah.....
4. bila dah bertiga, tanggungjawab makin berat... benar lah kata sesetengah orang.... perkahwinan adalah sesuaru yang amat indah jika didalami "objektif" perkahwinan itu sendiri.... jangan ingat seronok kawen sebab dah boleh bersama 24jam.. tapi tak terfikir nak melengkapkan kehidupan itu sendiri.....
5.bila bertiga, ditambahkan lagi wifey yg bekerja.... baby kena la hantar kat nursery atau baby sitter... pagi-pagi tu kena lah persiapkan diri wifey plus siapkan skali baby.....terkilan rasa hati bila dengar Mr. Hubby tanya "nak minum air apa?"... yg paham akan paham...... ;(

Happy New Year 2012!


 It Make Me Ponder........

In a world of comparisons
and conformity,
make your own statement.

Honor your own truth.

Have the courage to be yourself;
risk speaking your own thoughts
and claiming your emotions.

Share your vulnerabilities
fears, doubts and insecurities;
let the others experience the real you.

Have the courage to be yourself,
and realize that you are;
A WONDERFUL PERSON

DON'T AFRAID TO BE YOURSELF.

by: Diane Holcomb.