Sunday, December 27

Honeymoon......

wah, aku sendiri pun tak tahu apa definisi honeymoon sebenarnya.... namun bagi aku ia bermaksud, percutian berdua ("berdua ok..") ke mana-mana destinasi yang menarik perhatian sepasang suami-isteri tidak kira baru or sudah lama bernikah...... hehehe

destinasi pertama kami sebagai pasangan suami isteri yang kiut lagi comel kali ini ialah ibu kota, Negeri di bawah bayu...Kota Kinabalu. Kalau aku... kunjungan ini adalah yang ke-4.... dan bagi Mr. HUbby it was his 3rd time....Sahaja memilih KK sebagai destinasi pertama kerana, setiap kali ke sini... tidak lah menikmati sepenuhnya panorama di KK. datang-datang kompom pergi 1Borneo or mana-mana sopping komplek in here n borong barang macam takde dijual di tempat sendiri.

Hari Pertama 1 (11/12/2009)
Perjalanan bermula seawal 6.30 a.m berangkat dari Miri sarawak... menggunakan kuda besi kesayangan kami..... siap aku bangkit awal nak goreng segala benda yang boleh digoreng untuk di wa sebagai bekal. perjalanan dari Miri ke Kota Kinabalu akan mengambil masa dalam 8-9 jam sekiranya tidak berlaku sebarang kesesakan di pintu masuk sempadan. Buat pengetahuan, perjalanan Ke KK akan merentasi 4 pintu masuk n keluar negara Brunei darul Salam.

Perjalanan kami berjalan lancar. mungkin pertengahan cuti sekolah, membuatkan pintu masuk sempadan agak lengan. aku pun dah mula la berangan nak tido sepuasnya saat tiba di otel nanti. penat la buat kerja kawen ni. Namun... saat jam 10 pagi.... kami tiba di seberang sungai terusan.. terpaksa menunggu feri ulang alik membawa penumpang ke seberang. Dan..saat menyakitkan hati dan jiwa raga pun bermula.... berisan menunggu AMAT PANJANG OK!  Dan ktrang kena tunggu 2JAM 25 MINIT hanya untuk memasuki Bandar Lawas. huh!!!!


Perjalanan di teruskan...malas nak berhenti makan sebab hari dah semakin petang, Sabah mataharinya larik awal ok.... Dan alhamdulillah, kami tiba di kota Kinabalu jam 5.30 petang. menginap di hotel pilihan sentiasa...TANG DYNASTY PARK Hotel...... dan bermula lah perjalanan kami 6 hari 5 malam di sini......;)

p/s: aku malas nak kecikkan gambar.... nanti lah ekk..posting seterusnya .

No comments:

Post a Comment

thanks for ur time dear..