Sunday, June 9

Resepi vermicelli Goreng

Selamat Hari Ahad.. Memandangkan daddy Amani balik kerja waktu Subuh, so mmg idak la akan makan minum di luar hujung minggu...

Godek punya godek ada vermicelli (sy panggil mihun itali)... Ada udang sosej bla bla blaaaa...

Ini resepinya (pinjam dariSini
Plus ada edit sikit sikit..;)

Bahan-bahan untuk membuatnya:

Spaghetti (aku pilih San Remo Vermicelli 1/3 bungkus)
- rebus selama 6-8 minit dan toskan, masa merebus aku masukkan minyak masak sedikit.
15-20 ekor Udang (aku suka udang)
- buang kepala & kulit, belah belakang udang
5 tangkai cili kering - rendam dalam air panas dan potong menyerong (tak letak sebb Amani kecik lagi/ tp ganti dengan campuran puri tomato 2 sudu makan & 1 sudu makan cili giling)
Cendawan butang dalam tin) - hiriskan nipis
1 biji bawang besar Holland - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
4 s/b olive oil ( guna minyak masak je)
Sedikit oregano (tak letak)
serbuk lada hitam
serbuk cili (bagi sape yang suka pedas lebih)

garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan air rebusan spaghetti

Cara membuatnya:

1. Masukkan Olive oil dalam kuali
2. Cara aku gorengkan udang terlebih dahuludengan olive oil tu, udang dah masak & garing terus angkat & ketepikan dulu.
3. Guna olive oil yang sama goreng udang tu untuk tumis bawang besar dan bawang putih.
4. Bila bawang dah layu, masukkan cili kering.
5. Masukkan cendawan, air rebusan spaghetti, garam dan gula.
6. Bila dah agak kering sikit jer, masukkan spaghetti, oregano, serbuk lada hitam, serbuk cili & udang yang telah di goreng tadi. Kacau rata dan tutup la apinya.
7. Dah siap, hidangkan utk keluarga tersayang...




Ini lh hasilnya.. Sedap sgt.. Trust me!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 7

cuti Gawai 2013: Karipap Pusing

selepas kejayaan untuk membuat karipap berhasil.. akhirnya hari kedua cuti Gawai tu rerajin la sesangat nak buat karipap versi pusing.. kali ini guna resepi kat bawah ni, thanks kak liyana! sharing is caring... 

Resepi Karipap Pusing
Bhn utk doh:
Doh A

2 cwn tepung gandum
1/4 cwn air ( bole tambah jika kurang)
sedikit garam

Doh B:

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn margerine ( jika belum boleh mnjadi doh tambah lg margerin)

Cara membuatnya...

1. Satukan bhn A uli sehingga sebati dan menjadi doh.Bulat2kan sebesar bola golf.ketepikan.
Bila bhn dah menjdi doh ketepikan.Buatlah bebrepa biji dgn adunan yg ada.

2. Uli pula bhn B sehingga sebati dan bole dikepal.Jika masih berderai bolelah ditambah sedikit margerine
lagi.Awas jgn terlalu byk margerine nnti pastrinya terlalu rapuh dan kurang sedap.Bila bhn B dah sebati
bulat-bulatkan sebesar bola golf .
Buatlah beberapa biji dgn adunan yg ada.

3. Ambil bhn A leper-leperkan dan masukan bhn B seperti inti.( Bhn A masukan dlm bhn B).
Bulat2kan kembali......
4. Setelah semua siap di bulat, leperkan mngikut ketebalan yg sesuai... (jgn terlalu tebal dan jgn terlalu nipis)
5. Setelah dileperkan, gulung adunan td dan potong adunan kepada 8 bahgian.
6. Leperkan setiap bhagian, masukan inti dan buat sisi karipap spt biasa. ( permukaan yg digelek adalah bhgian luar karipap)
7. Goreng dgn mnyak yg byk dan jgn terlampau panas. Menggoreng dgn cara mnyiram mnyak ke atas karipap supaya pusingan nya lbih ketara...
Selamat mencuba... ♥♥♥
 
huargh! excited menjadi... hehehe
 
 post signature

Cuti Gawai 2013: Karipap Versi Biasa


Ini Entri Tertunggak.. baru nak hapdate....

Okey! Cuti panjang..4 hari wok! Mana tak rerajin nak masak.. Pagi td buat lAksa sarawak.. Ni mmg dh expert punya otai (pujidiriituperlu)......
Lepas tu buat la jejak jejak blog... Terjmpa la resepi buat karipap.. Apa lagi.. Tgk bahan semua ada.. Terus la buat...;)

Ini Versi Karipap Biasa tak pusing pusing ok.. untuk karipap pusing ada lagi kisahnya... hehehe
 
Kredit to Hasue... Resepi kitak share semua best!!!!
Karipap Ros Sedap
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

bye!

ini sebelum masuk kuali untuk digoreng

atas tu, karipap sedikit hangit sebab api kuat. yg bawah tu laksa sarawak leerrr



post signature