Larangan Rasullulah untuk ‘bersama isteri’ ( tidak haram tetapi ianya tidak baik )
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau
berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada
pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka
sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan
anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka
ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang
bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap
semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat
daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada
faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak)
sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu
berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di
tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang
akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu
berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua
menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas
syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu),
maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan
kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu
daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti
kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang
yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu
berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari
enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan
terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung),
jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam
meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan
menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang
bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada
waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu
berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika
tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,
nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya
yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti
anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu pada akhir bulan maka sesungguhnya yang demikian itu
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak
tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya kerana
yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu
kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada
manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu
menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang
demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan
Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu –
ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga
malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu
kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan
anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan
menghendaki dunia daripada akhirat.”
p/s: Ini sumber yg saya dapat. “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin
Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih,
dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah
s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Mungkin
boleh rujuk dalam wasiat Rasullulah kepada saydina Ali. Kesohehan Hadith
ini saya tidak pasti kerana saya bukan ahli Hadith. Mungkin boleh Tuan
buat research sikit.-
Sumber