Thursday, December 29

Gajet (peralatan) Penyusuan saya

di saat berniat menyusukan Amani sepenuhnya... saya nekad untuk melabur gajet penyusuan ini:

Set Pam RM390.

Set simpanan susu perahan/ untuk bawak ke opis  RM94

 Dan kesemua set ini saya dapatkan dari onebabyworld. total pelaburan awal saya RM 484. dan kini masuk bulan ke 5 saya menyusukan Amani... mmg sangat menjimatkan... bayangkan jika dikira dengan nombor, setin susu RM100 SEBULAN (amik yg murah la) didarabkan dengan 5 bulan penyusuan,ini  baru 5 bulan.. belum lagi smpai setahun...2 tahun......

tetapi harus diingatkan... kita menyusukan bayi bukan untuk penjimatan semata.. tetapi kerana khasiatnya, kerana pahala yang dicari dan kerana ikatan antara anak dan ibu akan lebih kukuh dan akrab...

P/S: semoga setiap perancangan ini akan diTunaikan Allah S.W.T, Amin

Wednesday, December 28

Cabaran penyusuan Susu Ibu

“Tak semua orang bernasib baik…”

Semua ibu ingin melakukan dan memberikan yang terbaik buat anak masing-masing. Saya percaya kalau semua ibu tahu kebaikan susu ibu dan mendapat akses untuk ilmu penyusuan, semua orang nak menyusukan anak dengan susu terbaik tu. Tapi iye lah,  “..tak semua orang bernasib baik…”

Dalam hidup kita ni ada benda yang kita boleh ubah, dan benda yang kita tak boleh ubah. Yang pastinya kita tak boleh ubah masa silam, sejarah hidup, keturunan dan benda2 yang dah ditakdirkan macam siapa mak ayah kita, adik beradik dan sebagainya. Yang pasti juga kita tak boleh nak ubah orang lain, meskipun orang tu suami/isteri ataupun anak kita sendiri.

Semalam Amani 5 bulan, mmg sangat terasa susu badan dah merudum drastiknya... lebih-lebih lagi bila sebulan yang lalu  tinggalkan Amani untuk pergi berkursus, ditambahkan lagi mengepam tak ikut sesi perahan yang biasa...

Dan balik ke Sarawak bersama Amani, hati tambah sedih... bila dah mulakan sesi mengepam hasilnya hanya 2oz sahaja satu perahan, jika dulu boleh cecah 10oz satu perahan sebelum pergi berkursus......tp hati dikuatkan juga... walaupun terkilan apabila susu stok yg ditinggalkan tidak mencukupi. .bilangan hari berkursus ditambah... menyebabkan seminggu Amani dah minum susu Formula.... tak mengapalah sayang... Tuhan menduga kita.... seminggu pertama bersama Amani.. langsung Amani tak nak sentuh B mummynya... sangat sedih hati ini dan menangis... jika 3 bulan lalu Amani mmg tak berenggang langsung untuk direct feed.. siap boleh landing satu hari suntuk mengempeng.......

Hati dicekalkan juga, bermacam cara di cuba..info dicari... akhirnya Amani kembali seperti biasa... tp dugaan lain yang menduga lagi... air susu mula berkurangan... Amani cepat marah... segala macam cara untuk menambah susu badan dicuba.... Hati sedih lagi... benar lah dalam kajian.. bila hati sedih.. jiwa stress... susu lagi tak nak keluar.... ikhtiar diteruskan......

dan hari ini bermula lagi satu usaha...meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu buat Amani.....

Tuesday, December 27

Kita Manusia .....

Sejauh mana kita boleh pekakkan telinga?
Selama mana kita boleh tahan untuk tidak berkata-kata?
Sekebal mana hati kita untuk tidak maki pada dia?

Bila orang mengutuk kita sehabis baik punya, dalam hati akan berkata: " lantaq kau lah", tapi betul ke apa yang kita kata itulah maksudnya atau sekadar penyedap hati sahaja........kadangkala, bila dengar orang maki kita, rasa dalam hati bagai nak mencarut... segala benda nak sebut macam babi! bangang! loba!, dan sebagainya.... kadangkala rasa macam nak g terkam orang tu dan kerat berpuluh-puluh kali kerat....kalo tak pun tai[ sms.. maki hamun dahtu nak hantar kat orang tu (tapi akhirnya... sms tu saved to draft jer...). bila dah reda... fikiran dah waras maam biasa... akhirnya ikhlas hati kita kata... "takpelah.....cakaplah apa ko nak cakap".  Dan terus kita rasa macam malas nak fikir. Betul tak?

Aku macam tu.
Dan aku rasa kebanyakkan kita pun macam tu jugak.
Tak payah lah nak tipu.

Muka aku mmg jarang menunjukkan situasi sebenar kondisi dalaman.... tak perlu lah nak tunjukkan kita tengah stress atau tengah bergembira sangat depan sesapa.... kita manusia .. situasinya tetap sama .... aku lagi suka org kutuk aku depan-depan... tp peratusan orang tu dapat makian dari aku mungkin tinggi... tapi kejap ke.. lepas tu aku dah boleh geng balik dengan orang tu......  selalu nya yang menyampaikan tentang cakap-cakap orang tu memang dah ditokok tambah pun..... dalam hati mendidih bagai nak meletup.. tapi percayalah... nak maki bagai rak pun... orang tu sendiri tak cakap pun pun depan kita.....


Tapi bila fikir-fikir, tak guna gak nak maki orang. Mungkin apa yang dia cakap tu ada betulnya. Sebab selalunya kita tak sedar apa yang kita buat, dan kita cakap. Orang yang perhatikan kita dan dengar yang selalunya akan nampak dan ingat.

Tapi kita selalu ego.
Takdenya kita nak mengaku.
Kan?

p/s: Hari ini Amani genap 5 bulan...... ^_*

Thursday, December 22

lap top in the bed_a warning!!



Please take time to read!! Very important!!! tell others about it

A well known family in Mequon lost their 25 year old son (Arun Gopal Ratnam) in a fire at home June 4th.

This is what happened. He graduated with MBA from University of Wisconsin-Madison two weeks earlier and came home. Had a lunch with his dad at home and decided to go back to clean up his room at school. Father told him to wait and see his mother before he goes back for a few days.

He decided to take a nap while waiting for his mom to come home from work. Neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. Their 25 year old son Arun died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire.

It was determined that the fire was caused by lap top in the bed.
When the lap top is on the bed cooling fan does not get air to cool the computer and that is what caused the fire.


Uneven surface of the bedsheet has blocked the air intake vent below the cpu fan. When the laptop is placed on a flat surface i.e. on desk/table, there is a gap between the desk surface and the base of the casing to allow air to flow/suck in through the air intake vent by the cpu fan to cool the cpu. This paragraph is added in by sender for better understanding of the senerio.

He did not even wake up to get out of the bed he died of carbon monoxide (CO).

The reason I'm writing this to all of you is that I have seen all of us using our lap top in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. Risk is real. Let us make it a rule not to use lap top in bed or put computer on bed with blankets and pillows around.

Broadcast this message & you may save others!!

Wednesday, December 21

Catatan Buat Diri Sendiri

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


Gambar terakhir seorang ibu.......

Dibawah iaklah gambar terakhir mendiang Gemma Hogg (31) bersama anak beliau Thomas. Gemma yang mengidap kenser payudara berkeras untuk menghantar Thomas untuk hari pertamanya di sekolah, meninggal dunia sehari selepas gambar-gambar ini diambil! FUKKEN SAD!!



Gemma tahu bahawa beliau akan meninggal dunia kerana walaupun sudah melakukan mesektomi dan rawatan kemoterapi sejak 2008, kanser pada tubuh beliau masih gagal dihapuskan. Oleh itu beliau berkeras juga mahu menghantar Thomas ke sekolah walaupun dalam keadaan lemah. She will not miss her child first day in school!

Untuk menghadapi saat mati, Gemma sempat mencetak gambar beliau pada bantal-bantal untuk anak beliau dengan kata-kata;

"When you need a cuddle I’m always here”

That is her way to make sure when she is gone her 3 children would still get to "hug her". Beliau juga sempat menghasilkan "memory box" yang diisikan gambar dan love notes kepada ahli keluarga beliau.

Sangat terharu baca artikel pasal ini. mmg mengguris jiwa.....


Sedih amat! Rest in peace Gemma Hogg... may you find peace.

laporan asal Daily Mail


 
Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharu.  :P 
SUMBER : EDISIKINI.COM

Perfume

Ingatkan nak buat topik wordless wednesday.. tp sebab dah lama sesangat schikong ni dibiar kesepian, rasanya nak share sesuatu juga....
 so sila lah membaca seperti di bawah...3 tips utama sebelum anda menyembur pewangi mahal (mahal ker??) setiap hari:

1. Sembur perfume pada BADAN bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni sembur perfume dulu baru pakai baju tau.

2.Tumpukan semburan perfume pada kawasan2 yang bernadi seperti pergelangan tangan, leher, bahagian dalam siku, bahagian pelipat lutut dan bahagian tengah antara 2  buku lali kaki.

3. Pakai perfume dari kaki ke atas. Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian kaki. Kaedah ini dapat menguatkan lagi  bauan perfume tersebut.

walau bagaimanapun, disebabkan malas dah nak menaip panjang dan masih dalam proses mewarming up, pesanan saya, sempena nak masuk tahun baru ni, trylah membeli perfume yang baru. kalo sebelom ni asyik pakai bau floral, apa kata tahun depan guna bau musky ke, fruity ke.. pelbagai bau pun takpe...ikut mood pakai..
.

 

wordless wednesday #6



Friday, December 16

Hidd Mihat: Hidup Kita.

Hidd Mihat: Hidup Kita.: Bila yang manis jadi tawar. Bila yang cantik jadi hodoh. Bila yang kaya jadi miskin. Bila yang besar jadi kecil. Bila yang kempis jadi bunci...

Sunday, December 4

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 2

Sekadar renungan...

"Kepercayaan umpama sebuah pasu...Sebaik saja ianya pecah walaupun boleh diperbaiki....Namun pasu itu sudah tidak akan sama lagi...."

"Kepercayaan dan kejujuran merupakan antara nadi utama dalam sebuah perhubungan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat."

Tanggal 05 Disember 2009 -1.30ptg (sabtu).....
Lot 8*...
Kpg Pengkalan Lutong
Miri, Sarawak

Telah tertulis di Loh Mahfuz..... Menjadi pasangan yang sah dan InsyaAllah memakmurkan bumi Tuhan hingga ke Syurga.....amin