TIPS BERGUNA DARI PEREMPUAN JOMBLO.
Tips Menghidupkan Keseronokan Bekerja
Bagi yang sudah kematian mood untuk bekerja;
1) Hargai masa lapan jam
Lazimya kita bekerja lapan jam sehari dan seeloknya gunakan masa lapan jam yang diberikan untuk melangsaikan semua tugas kamu. Hargai setiap detik dan jangan gunakannya untuk melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja seperti bersembang, berbual di telefon , membaca majalah dan sebagainya.
2) Keluar segera
Bila sudah tamat waktu kerja, jangan berlengah-lengah lagi. Pulang segera dan lakukan apa sahaja yang tidak mengingatkan anda kepada kerja. Bila jam sudah menunjukkan tamat waktu bekerja, itu tandanya waktu untuk anda melakukan aktiviti kesukaan anda. Jika malas pulang awal, lakukan aktiviti yang tidak melibatkan anda dengan kerja seperti pergi ke gymnasium yang terdekat.
3) Jangan bawa pulang
Biar banyak mana pun kerja yang bertimbun, seeloknya jangan bawa pulang. Sebaiknya kamu habiskan di pejabat. Jika kena kerja lebih masa, sesekali tidak ada masalahnya. Jika dibawa pulang, boleh mengganggu waktu rehat anda.
4) Lima hari seminggu
Jika kita ditetapkan untuk bekerja lima hari seminggu, maka tetapkan waktu kerja kamu cuma lima hari sahaja. Hujung minggu adalah hari untuk anda berehat dan bergembira bersama rakan dan keluarga.
5) Habiskan cuti
Jangan simpan sahaja cuti tahunan, sebaliknya gunakan cuti untuk anda merehatkan dan menenangkan fikiran. Gunakan peluang untuk mencipta keseronokan. Walaupun tidak pergi bercuti sekurang-kurangnya dapatlah kamu berehat-rehat di rumah, melupakan soal kerja seketika. Gunakan cuti untuk caj semula "bateri" supaya lebih bertenaga dan bersemangat untuk bekerja.
6) Tahu batas
Kamu mesti tahu sejauh mana kemampuan kamu dalam bertugas. Jika rasanya kamu sudah tidak mampu untuk melangsaikan kerja, berhenti seketika. Jangan memaksa diri, sehingga tugasan di pejabat menjejaskan kesihatan minda dan fizikal anda. Jika rasa tidak mampu, mintalah bantuan daripada rakan dan jangan biarkan tekanan di pejabat menyeksakan diri.
7) Jauhi rakan sepejabat pada Hujung Minggu
Jika boleh, elakkan bertemu rakan sepejabat pada hujung minggu. Bertemu rakan sepejabat hanya akan mengingatkan anda pada kerja. Hendak atau tidak topic perbualan pasti berkaitan dengan kerja. Paling tidak tentu kamu atau rakan sepejabat kamu akan meluahkan rasa tidak puas hati dengan rakan sepejabat lain. Seelok-eloknya janganlah bertemu mereka.
---------------------------------------------------
Aku faham kalau kalau ada di tempat kerja kamu, tips ni mungkin tak berapa boleh nak diaplikasikan atas faktor orang atasan yang bersifat kukubesi misalnya. Atua work load yang melampau banyak. Atau apa apa sahajalah alasannya. Tapi aku rasa mungkin boleh dimulakan dengan forward balik tips ni kat bos kamu. Highlight sikit kat perkara nombor (2) dan (5).
Kena maki, aku tak tanggung, OK?
p/s: Jumaat dah!? Holiday mood!
No comments:
Post a Comment
thanks for ur time dear..