Friday, July 29

She's a girl! @ perempuan lerrrr....

alhamdulillah.. Semuanya selamat sudah.. Benar -benar bersyukur pada Tuhan atas kesempatan yang diberikannya untuk melahirkan lagi seorang khalifah wanita di muka bumi ini... Saat menahan kontraksi benar-benar memberikan kesedaran betapa besarnya kekuasaan Allah dan tingginya pengorbanan seorang ibu...
Dan saat melahirkan turug ditemani suami yang tersayang dan ibu yang tercinta memberikan lagi semangat dan kekuatan yang tinggi.....
Setakat ini dulu berita kelahiran yang dinanti.. Ada masa ide dan kesesuaian... Akan dikarang pengalaman bersalin yang indah buat kenangan dan bacaan anakanda sharifah ameera amani ......

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, July 25

Boarding room #3

Ubat penahan sakit semasa bersalin





Ramai wanita merasa lega apabila diberi-tahu yang terdapat kaedah perubatan yang boleh mengurangkan sakit bersalin.



Entonox



Entonox adalah ubat sedut yang popular dan dapat mengurangkan sakit bersalin dengan efektif sekiranya anda dapat mengunakannya dengan baik. Ia adalah campuran oksigen dan nitrous oxide dan diberikan dengan mengunakan plastik mask yang diletakkan pada muka. Caranya ialah dengan memegang mask tersebut dan cuba menyedut ubat tersebut sedalam mungkin ke paru-paru. Walaubagaimanapun, kelegaan terhadap sakit cuma sekejap dan ramai diantara pesakit tidak dapat mengunakannya dengan betul.



Ubat suntikan











Ubat yang biasa diberikan ialah pethedine dan selalunya diberikan melalui injeksi pada bahagian punggung. Ia diberikan 4-6 jam bergantung kepada tahap kesakitan pesakit. Ia tidak begitu efektif dan boleh memberi rasa mengantuk kepada ibu. Kesan sampingan yang lain ialah bayi yang lahir juga mungkin mengalami masalah pernafasan selepas sahaja lahir tetapi ia cuma untuk sementara waktu.



Epidural







Epidural adalah ubat penahan sakit yang paling efektif dan sangat popular buat masa sekarang. Satu catheter kecil akan dimasukan kedalam tulang belakang dan ubat akan diberikan secara berterusan sehinggalah anak anda dilahirkan. Anda mungkin tidak dapat merasa perasaan untuk meneran sebagaimana wanita lain tetapi ia tidak melambatkan proses bersalin.



p/s: disebabkan bukaan semasa contraction terlalu cepat... Doc tak sempat nk suntik aku pape























BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, July 22

My pregnancy #11: week 39

Genap masuk minggu 39... Ada lagi seminggu nak due... Rasamhati mmg tak sabar... Lagi2 bila dah start cuti ni... Lg la tak sabar tunggu baby kuar.... 5 hari dh mr.hubby balik bintulu without mrs.honey...
Petang ni mr hubby datang! X sabar... Nanti boleh jenjalan lagi.....


"Ya, Allah, permudahkanlah segala urusanku dan lindungilah diriku dan anakku dari sebarang kesulitan..
Dan padaMu jualah aku bermohon...."




Tuesday, July 19

Belansungkawa

Isnin lepas (9/07/2011) adik ipar (makcik aku) mak meninggal dunia... Time siap nk g kerja tetiba dengar mak menangis kuar bilik. Mak join g bintulu time ni coz takut anak dia ni terbesalin d tmpat org..... Nasib mak baik... Sekian lama tak jumpa arwah, sabtu tu dia sempat melawat d hospital. Kata org ajal maut di tangan Tuhan.

Pagi selasa (10/07/2011) jam 10 pagi, dapat panggilan dari kakak ku di
Miri... Katanya nenek dah meninggal. Benar-benar buat jantungku berdegup... Tp air mata tak tertumpah setitik pun.... Mungkin tak rapat dengan arwah nenek. Telefon emak di rumah.. Mintak berkemas segera untuk balik ke Miri...telefon mr. Hubby.. Maklumkan segera berita diterima...Allah Maha Kuasa memberikan tenaga dan kesihatan buat diri ini.. Dalam sarat.. Masih mampu cergas dan berfikir dengan waras.....

Alfatihah buat arwah nenek Zubaidah dan makcik JAmilah.. semoga roh kalian ditempatkan bersama mereka yang beriman dan ditempatkan bersama mereka yang terbaik... Amin


boarding room#2

arini 2nd day dh kt umah... Motif utama jadikan bilik penanten jadik bilik biasa... Tp sayang plak nak tukar deco- deco sedia ada.......


Miss my bunny.....


Bilik penanten 1 tahun 7 bulan lepas n now... Hehe

Kt bwah ni gamba askar- askar yg kena layan ari-ari mendatang.... Penat juga wooooo









To be continue......

Monday, July 18

boarding room #1

Menunggu tanda-tanda baby kuar......benar kata org.... Penantian satu seksaan.....n aktiviti ari ni macam post- it di bawah:

Friday, July 15

my pregnancy #10: week 38

Woe!!! Minggu 38 sudah... Isnin nanti stattttt cuti sudah.... N dup dap jugakkkk... Ikutkan hati mmg la malas nak cuti awal2....tp memandangkan nak bersalin d miri nak tak nak kena balik awal2.... Kang nanti sapa la nak sambut di bintulu ni kan... Tinggal berdua je dengan mr.hubby
Lately ni semakin kuat nak makan..... Asal ek??baby makan or nafsu makan meningkaf atau baby dh turun jd space perut mulai besar semula.... Hehe

Monday, July 11

my pregnancy #9 :@ 37 minggu

 wow... the clock is ticking......
  • sabtu lepas... cek up pertama dengan doktor yang bakal menyambut kelahiran my lil caliph....  puas ati with DR. LEE from Women Specialist Clinic, MCMC, Miri... layanan beliau  superb... but a lil bit laser... hehehe I LOIKE... ;P
  • katanya my lil caliph too small... so far 2.5 kg.. sepanjang monthy cekups with Dr Lau, in Bintulu.. so far everything ok.... so as First time mummy wannabe... it make me a lil bit worry.... n paling syiok.. kata Dr. Lee.. my body is too big.. n all the nutrient that i have eaten only consume by me n not my baby.. huhu pity u lil caliph.. but i still felt that she's are healthy n active..;) mummy should not worry
  • kendian, Dr. Lee katanya air ketuban mummy wannabe sikit... huhu lagi la rasa takut... dahla nerves nak melahirkan.. ditambah lagi dengan kenyataan begitu... bertambah la takut n nerves... namun doa terus dipanjangkan.. dan semoga semuanya selamat....
  • as a conclusion... the Dr. kept reminding me to make sure lil caliph are moving more than 10 times a day as usual.... n sekiranya tarikh due tiba... my baby tak kuar lagi secara semulajadinya... mungkin kena Induce... ;( 
  • To my lil Baby .... make sure u are arriving safely n fine all the way to ur new world....love u sayang...


Friday, July 8

Tips Menghidupkan Keseronokan Bekerja

Nuffnang Ads

TIPS BERGUNA DARI PEREMPUAN JOMBLO.

Tips Menghidupkan Keseronokan Bekerja


Bagi yang sudah kematian mood untuk bekerja;

1) Hargai masa lapan jam
Lazimya kita bekerja lapan jam sehari dan seeloknya gunakan masa lapan jam yang diberikan untuk melangsaikan semua tugas kamu. Hargai setiap detik dan jangan gunakannya untuk melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja seperti bersembang, berbual di telefon , membaca majalah dan sebagainya.

2) Keluar segera
Bila sudah tamat waktu kerja, jangan berlengah-lengah lagi. Pulang segera dan lakukan apa sahaja yang tidak mengingatkan anda kepada kerja. Bila jam sudah menunjukkan tamat waktu bekerja, itu tandanya waktu untuk anda melakukan aktiviti kesukaan anda. Jika malas pulang awal, lakukan aktiviti yang tidak melibatkan anda dengan kerja seperti pergi ke gymnasium yang terdekat.

3) Jangan bawa pulang
Biar banyak mana pun kerja yang bertimbun, seeloknya jangan bawa pulang. Sebaiknya kamu habiskan di pejabat. Jika kena kerja lebih masa, sesekali tidak ada masalahnya. Jika dibawa pulang, boleh mengganggu waktu rehat anda.

4) Lima hari seminggu
Jika kita ditetapkan untuk bekerja lima hari seminggu, maka tetapkan waktu kerja kamu cuma lima hari sahaja. Hujung minggu adalah hari untuk anda berehat dan bergembira bersama rakan dan keluarga.

5) Habiskan cuti
Jangan simpan sahaja cuti tahunan, sebaliknya gunakan cuti untuk anda merehatkan dan menenangkan fikiran. Gunakan peluang untuk mencipta keseronokan. Walaupun tidak pergi bercuti sekurang-kurangnya dapatlah kamu berehat-rehat di rumah, melupakan soal kerja seketika. Gunakan cuti untuk caj semula "bateri" supaya lebih bertenaga dan bersemangat untuk bekerja.

6) Tahu batas
Kamu mesti tahu sejauh mana kemampuan kamu dalam bertugas. Jika rasanya kamu sudah tidak mampu untuk melangsaikan kerja, berhenti seketika. Jangan memaksa diri, sehingga tugasan di pejabat menjejaskan kesihatan minda dan fizikal anda. Jika rasa tidak mampu, mintalah bantuan daripada rakan dan jangan biarkan tekanan di pejabat menyeksakan diri.

7) Jauhi rakan sepejabat pada Hujung Minggu
Jika boleh, elakkan bertemu rakan sepejabat pada hujung minggu. Bertemu rakan sepejabat hanya akan mengingatkan anda pada kerja. Hendak atau tidak topic perbualan pasti berkaitan dengan kerja. Paling tidak tentu kamu atau rakan sepejabat kamu akan meluahkan rasa tidak puas hati dengan rakan sepejabat lain. Seelok-eloknya janganlah bertemu mereka.

---------------------------------------------------

Aku faham kalau kalau ada di tempat kerja kamu, tips ni mungkin tak berapa boleh nak diaplikasikan atas faktor orang atasan yang bersifat kukubesi misalnya. Atua work load yang melampau banyak. Atau apa apa sahajalah alasannya. Tapi aku rasa mungkin boleh dimulakan dengan forward balik tips ni kat bos kamu. Highlight sikit kat perkara nombor (2) dan (5).

Kena maki, aku tak tanggung, OK?


p/s: Jumaat dah!? Holiday mood!

Tuesday, July 5

my pregnancy #8 :9 bulan @ 36 minggu

2 hari lepas, Jumaat (1 Julai 2011) genap 36 minggu atau 9 Bulan.

Kalau ikutkan kiraan matematik, Tepat 29/Julai/ 2011 nanti cukup-cukup 40 minggu mengandung (even Doktor dah kata due aku 28/07/2011). Tapi kalau dari risikan cerita kawan-kawan, kebanyakkannya tak sama dengan due date yang doktor bagi. Ada yang masa 37 minggu dah bersalin. Ada yang 10 hari awal dari due date. From now on..... mmg dalam saat kritikal dan gentinglah kononnya kan??? hehehe nerves?? takut?? semua ada... tapi terpulang la kepada Takdir dan ketetapan yang dah termaktub untuk perjalanan hidup kita... dan hanya mampu untuk menerima sahaja. macam kata mak, semua perempuan nasibnya berbeza bila mengandung dan melahirkan... ada yang baik dan ada yang akan diduga dengan dugaan yang dia sememangnya mampu nak menghadapinya......

setakat ni semua menda yang nak masuk tekak dah dapat.. kecuali durian yang ntah mana nak carik lagi di saat-saat genting ni... huhuhu kalo da jual online mmg dah borong dah... ;( tp plg seronok  dah tempah biskut raya... buat makan before bersalin.. hehehe tempahan khas from kokiz monster..