Thursday, December 30

buku merah @ buku rekod kesihatan ibu

Panduan berguna untuk sesapa yang pertama kali "pregnant"...wah baiknya aku nak sediakan panduan pulak. ni based on my experience la. lebih2 lagi sesapa yang duduk di sarawak (seluruh Malaysia pun guna buku yg sama)...untuk PENDAFTARAN KEHAMILAN. .Sila baca dari awal hingga akhir... :

1. saat anda merasakan anda hamil, sila terus ke poliklinik berdekatan atau klinik kesihatan kerajaan. Mungkin ada yang berpendapat tidak perlu, yes! mmg tak perlu kalau anda memang senantiasa berpoket penuh atau tinggal di kawasan yang hospital swasta nya adalah serba lengkap dengan bekalan darah, pakar dan sebagainya. seawal tadi telah dimaklumkan, ini untuk panduan sesiapa di SARAWAK.

Untuk pengetahuan, di poliklinik atau klinik kesihatan, tidak kesemua hari adalah hari ibu. maksudnya disini, anda hendaklah memastikan hari anda pergi mendaftar merupakan hari ibu. kalau tidak, sia-sialah sahaja kedatangan atau cuti anda pada hari kejadian. berkenaan. sila la bertanya kepada kengkawan atau berhubung terus dengan pihak terbabit.

til this date 28/04/2015- tak buat dah buku merah untuk anak ke-3 ni.. sebab hospital colombia asia bintulu terus preparekan untuk mummy...

n nowadays dengar2 semua hari dah boleh daftar untuk kehamilan.....

2. sesiapa pun maklum bahawa poliklinik adalah tumpuan ramai, untuk mengelakkan merasa sangat bosan menunggu, sila la tiba di tempat mendaftar lebih awal. kalau boleh  tunggu la sebelum pintu gate dibuka....(acah je). penantian mmg satu penyiksaan. ok. buat yang berada di Bintulu, seandainya anda pergi mendaftar di poliklinik Bintulu, anda tidak perlu mengambil nombor giliran. terus lah ke klinik pemeriksaan Ibu mengandung dan tinggalkan Kad pengenalan anda di kaunter pendaftaran. dan tunggu sehingga nama anda dipanggil.

3. jangan lupa membawa sijil nikah anda kerana ianya diperlukan untuk membuktikan anda mengandungkan anak yang sah dan bukan luar nikah. selain itu, adalah disarankan untuk membawa sample air kencing anda dari umah. kerana mungkin bekas yang disediakan pihak hospital kotor dan tidak memenuhi tahap kebersihan anda, dan mungkin juga anda tidak mahu bergelut degan orang ramai menggunakan tandas awam yang sedia ada.

4. selepas pendaftaran, anda akan menunggu lebih kurang sejam ke 2 jam (seandainya anda lambat datang...macam saya..;p) sehinggalah nama dipanggil. anda akan ditimbang, diambil tinggi, ujian air kencing dijalankan dan kemudian menuggu untuk masuk ke bilik pemeriksaan.

5. dalam bilik pemeriksaan, anda dikehendaki untuk berbaring dan dibuat pemeriksaan buah dada. jadi, seeloknya anda berpakaian lah dengan sekasual mungkin. dan juga pemeriksaan rahim. darah akan diambil dalam 5ml untuk diuji di makmal. selain itu, permiksaan HIV juga dilakukan.selain itu, jururawat juga akan check masalah tiroid (tekak) jika ada. mungkin ada dikalngan ibu mengandung mengalami masalah bengkak dalam tekak.  kadar tekanan darah anda akan diperiksa dan beberapa tips dan panduan berguna  diterangkan oleh jururawat.

6. bagi yang mendaftar lewat kehamilan mereka, mungkin berpeluang untuk terus discan kandungan. namun bersedialah untuk dimarahi kerana lewat membuat pendaftaran. seelokknya seawal mungkin anda merasakan hamil dan jangan menunggu hingga 12 minggu.

7. seandainya tiada masalah, selesai la sudah, dan anda akan dapat buku merah @ buku rekod kesihatan ibu. dan anda akan diberi pilihan untuk membuat pemeriksaan bulanan di poliklinik atau di luar (klinik swasta la ni...). dan semua yang termaklum di atas kos nya ialah : PERCUMA!

macam ni la rupa buku rekod kesihatan tu. saya tak sempat nak upload saya punya. gambar ni saya cilok dari sini : http://yeopaja.blogspot.com/2010/08/buku-pink-rekod-kesihatan-ibu.html
KEPENTINGAN NYA????

1. Seandainya berlaku komplikasi kritikal, hospital swasta tidak dapat membuat sebarang penyelesaian,anda akan dirujuk semula ke hospital kerajaan. dan buku ini sangat penting untuk rujukan mereka. kalau tidak........anda akan dilayan dengan ...tak payah cakap!
2. semua maklumat berkenaan diri anda adalah termaktub dalam buku rekod ini. dan ianya benar2 membantu pihak kesihatan melakukan tugas mereka......


Sekian. Terima Kasih.... ^_^

9 comments:

  1. salam, kak...nak tanye, kalau nk buat ujian pap smear kat poliklinik bintulu ada hari2 tertentu ka??or boleh dtg tros je..tq..;)

    ReplyDelete
  2. x pernah try pap smear di poliklinik bintulu. sy buat di miri medical center... kalo nak buat pap smear. kena pastikan bersih dari sebarang darah (haid/nifas).

    ReplyDelete
  3. ape hak mereka nak marah2 kita...?? sedangkan diaorg x tau ape mslah kita n kenapa kita lambat daftar dsbgnya......

    ReplyDelete
  4. ape hak mereka nak marah2 kita...?? sedangkan diaorg x tau ape mslah kita n kenapa kita lambat daftar dsbgnya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua tempat akan marah.. tp ini based on apa yg dikongsikan oleh rakan-rakan.... ;)

      Delete
  5. Diorg marah bersebab..mana la tau kamu daftar lambat..tetiba scan ada abnormal ke, kandungan luar rahim ke, kandungan anggur ke...sapa susah? Kesan awal dpt diselamatkan awal...kalau lewat??? Terjadi apa2 pada diri si ibu, diorg jgk di salahkan, kan?

    ReplyDelete
  6. Diorg marah bersebab..mana la tau kamu daftar lambat..tetiba scan ada abnormal ke, kandungan luar rahim ke, kandungan anggur ke...sapa susah? Kesan awal dpt diselamatkan awal...kalau lewat??? Terjadi apa2 pada diri si ibu, diorg jgk di salahkan, kan?

    ReplyDelete
  7. Hospital columbia Bintulu ada provide buku pink x. Atau kta perlu buat buku pink di klinik kesihatan dulu baru dpt pergi check up d columbia?

    ReplyDelete
  8. Hi sis 6minggu dah boleh buka buku pink tak kat poliklinik bintulu??

    ReplyDelete

thanks for ur time dear..