Wednesday, May 5

H-5 INN, Bintulu

  • sejak dah jadi pengunjung setia bandar bintulu ni... teruja plak nak memperkenalkan satu inn yang boleh aku tarafkan dengan hotel 2 or 3 bintang 
  • lokasi hotel ini ialah bersebelahan dengan stesen petronas jalan ahmad zaidi adruce. tak terkira dah berapa malam kami dah menginap di sini. kalau mencari hotel/ inn yang selesa dan bajet plak tidak terlalu besar dan tidak pulak terlalu kecik, boleh lah try inn ini.... rasanya ekspresi kali pertama dengar di hujung nya "inn" mungkin ramai yang tidak percaya jika aku katakan di dalam nya sangat grand dan tip top. terdapat 23 buah bilik sahaja di inn ini... dan tidak mustahil hampir setiap malam penuh. kontraktor, bisnesman, atau percutian keluarga amat berbaloi untuk berada di sini.
  • namun ku katakan lebih awal, jika hendak menginap di sini... silalah telefon or book lebih awal.. jika tidak sila lah mencari tempat lain
  • mengapa aku katakan angat berbaloi2? ok lah.. jika menginap di sini, harga yang di berikan di sertakan sekali dengan breakfast di restoran yang superb... hehehe breakfast nya sedap dan memuaskan hati .. jarang ada "inn" yg menawarkan pakej sebegini.... yang seronoknya, sarapan pagi adalah pilihan guest seperti yang terdapat dalam menu restoran. pilih la apa yang anda hendak makan. dan mereka akan sediakan. tidak sperti hotel lain yang menyediakan menu2 pelbagai @ buffet.
  • harga?  sperti di bawah:
    • selalunya kalau kami di sini, tak pernah dapat pun bilik deluxe single. so aku tak leh nak share berapa harga setelah tax n service caj. kami biasanya menginap di bilik deluxe queen. so total per nite RM112.50 ;) MURAH KAN???
      • of course la ada satu single bed extra buat tempat aku sepahkan dengan baju, barang sopping n segala macam.... (ala-ala jadi meja sampingan)
    • buat makluman, apa yang anda tgk dalam gambar itu lah serealitinya.... dalam bilik (deluxe double yg aku duduk, lain-lain aku tak tau) ada meja kerja, ada sofa n all other basics things yg confirm ada dalam mana2 hotel.
    • K LAH setakat ini sahaja.. aku pun tak tahu sal apa aku tiba2 nak share pasal inn ni... hehehe
  • p/s: ada permintaan plak untuk kontek: 
    • Shoplot 13 - 15 of Parent Lot 2646, District Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity  97000 Bintulu, SK, Malaysia

      +60 86-310 005

1 comment:

  1. Ala lain kali letak nama inn itu sekali dgn contact nombor senanglah orang nak book.setakat nama jalan buat apa.alahai....

    ReplyDelete

thanks for ur time dear..