Tuesday, January 19

malasku....

susah nak cakap.. bila hati jadi 2 3 nak pergi.... tawaran datang hanya sekali.... antara pergi or carik arr kerja lain... kalo aku masih bujang.. aku tak teragak-agak nak pergi....Ya ALLAH berikan la aku petunjuk lagi... sesungguhnya sesalan ku tidak mengikut petunjuk yang kau berikan dulu belum hilang lagi ketika ini....... namun apa yang boleh aku katakan semuanya akan ada hikmah di setiap kejadian-MU

aku rasa nak buat something yang lain lagi... tp ada ketika perasaan malas itu datang dengan tiba2..kadang-kadang bukan malas... tapi semangat dan keyakinan ku itu hanya datang bagai angin yang lalu... menghembus di petang hari..hehehehe

dahla.. tiada apa ku nak coretkan di dadamu schikong forever... tunggu la mood ceria ku datang balit...

Friday, January 8

Hari Ke-5 (15/12/2009)

  • penat wooo berendam semalam n snorkeling di manukan.... so hari ni kitrang bangkit lambat......
  • memandangkan hari hujan,,, hujan yang sengsangat la lebat di kota kinabalu... so dah tak tau nak menghala ke mana plak......
  • so e decide untuk melawat shopping mall yang ada di bandar KK ini...s eharusnya destinasi pertama is 1 Borneo
  • setle tawaf di 1 borneo..we heading to suria sabah. suria sabah belom di buka sepenuhnya ketika ini... yang ada hanyalah metrojaya.... barangan in metrojaya tak de yg menarik minat..cos seem like sama je ngn barang yang ada di paxen miri. jadik.. tak nak la memberatkan keta compact kesayangan hati dengan stuff yang leh dicarik di miri.....
  • post kali ni tak de gambar... sebab mata aku layu and badan terlampau penat hari tu untuk bergambar sakan.. hehehe
  • malam ni ktrang skali lagi g selera kampung air... sangat berbaloi2 makan seafood di sini...amat murah dan sedap! ingat nak ke kampung nelayan.... namun setelah membuat perbandingan harga dan jumlah isinya.... selera kampung air mengatasi segala nya...undi di menangi oleh SELERA KAMPUNG AIR SEAFOOD COURT..... Yeah!!!!
  • after dinner, kitrang pusing2 lagi skali di bandar kk... g jalan2 pasar malam gak... tp just cuci mata.....
  • sedih rasa hati nak tinggalkan bandar ni.... huhu nanti datang lagi arrr.....

Tuesday, January 5

Hari ke-4 (14/12/2009)



  • wah! hari ke-4.. dah menulis balik perjalanan bercuti ni... baru perasan yang kami berlama-lamaan di KK... weee! nanti bila la nak datang lagi...
  • satu yang nak di kongsikan... kami datang kali ini dengan berbekalkan bajet yg benar2 limited... tidak la sehendaknya akku boleh berbelanja sepuas-puas nafsu.... al mak-lum sahaja lah seusai majlis yg menggunakan bajet sendiri sepnuhnya... namun kepuasan bercuti itu tetap ada
  • malas nak tulis panjang... layan gambar je ek..
  • sedikit info ke pualau tunku abdul rahman:
    • mengandungi beberapa gugusan pulau... pelancong boleh memilih hendak ke mana2 pulau yg di kehendaki. tambang pergi balik rm17 seorang
    • cukai jeti rm6 seorang... kendian cukai pulai rm3 seorang.. aku tak paham kenapa ada banyak sangat cukai
    • sewa life jacket n peralatan snorkeling ialah rm20 keduanya. seandainya menyewa dari jeti... tiada deposit di perlukan. tetapi.. bagi yang menyewa peralatan di pulau... anda akan diminta menyediakan deposit sebelum brang diberikan.....
    • coral sangat cantik... ikan ta yah cakap..aku mmg hantu ikan...(bukan pemakan ikan okey!?)
    • bawak la habuk roti sendiri.... makanan better la bawak bekal dari awal.. kerana kedai2 makanan di pulau amat la terhad hidangannya... kemahalan barangan di jual? tidak la menceki darah... masih boleh diterima...;)