Tuesday, March 7

2017

salam

selamat tahun baru. lama gila dah meninggalkan alam penulisan ni.. cewahh ayat... kekadang memerlukan masa dan idea juga nak menulis.. kang tulis merepek merapu org kata kita syok sendiri pulak

 since dah masuk bulan ke 3 di tahun 2017 yang tak terasa pun dah kehadirannya, mommy nak update beberapa perkara pencapaian dalam hidup

  1. tahun ni bakal menerima lagi kehadiran seorang ahli keluarga baru. hehehe due datenya?ogos 3rd.. tp rasa macam akan kuar dalam julai sama amani n rizwan.. mmg tak terduga pun tuhan nak berikan kita rejeki... tetapi alhamdulillah semua tu ada hikmahnya... hendak tak hendak kita bersyukur dan terima dengan tangan yang terbuka hendaknya....
  2. rumah kitrang dah siap sepenuhnya. alhamdulillah. tapi masalahnya sekarang kitrang menunggu entah bila lagi layak menduduki.. asyik pospone memanjang.... apalah nasib .. huhu yang kesiannya kengkawan yang kena bayar umah sewa sama rega dengan nak membayar harga rumah bulan-bulan...
  3. ada beberapa isu besar berlaku juga dalam family.. harap-harap dapatlah selesai dengan baik dan tenang... kesian dengan mak... semakin tua semakin banyak dugaan nya kena fikir dan hadapi... kekadang kita rasa kita dah cukup membahgiakn tetapi rupanya kita telah menyentuh hati dan perasaan org tua dalam diam....
  4. tumbesaran dan pembesaran amani, irdina dan rizwan mmg seronok tengok dari masa ke masa... masing masing dh nampak telatah dan perangai memasing.. benar kata org, kita nk didik anak biarlah dari awal... jangan dah tua bujang baru nak di ajar kang ada yang menangis tua pulak lepas tu...
  5. work? passion makin hilang... ada ketika macam makan gaji buta... tapi kekedang seronok dan tak sabar nak ke tmepat kerja.. well life kan ada up n down.. mcam tu jugaklah di tempat kerja... semua ada pengalaman dan perasaan yang berlainan

k lah.. setakat ini sahaja buat permulaan... nanti dah rajin sangat mmg mommy hapdate hari- hari untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. lelebih lagi bila nak pindah masuk umah nanti.. mmg akan menggunakan segala aspek pencarian google dan semuanya sebagai rujukan... selain itu standby la duit akan mengalir keluar mcam water fall uall.. doakan rejeki kami sentiasa ada dan di murahkan selalu... amin

adios!

Tuesday, November 1

hotel review: Miri Marriott Resort & Spa, Sarawak. Malaysia

hi there,
 lama dah tak mencoret di sini. nak juga story pasal weekend treats kitrang waktu cuti hari raya haji yg lepas. menggunakan kemudahan selaku penjawat awam, so mommy decide (yes! i'm the decider ;p) untuk habiskan masa cuti di JW Marriot miri bersama anak-anak dan anak-anak buah sekali.

alhamdulillah, kitrang dapat bilik yg serba serbi baru, berdekatan dengan pool dan paling penting dekat dengan loby, dekat dengan parking (kitrang tak lalu lobi langsung sebb mmg bilik dia lalu gym then terus ke parking lot)  dekat dengan cafe. thank u!

malas nak cerita panjang.. enjoy ler tengok gambar ni ye...

pertama kali masuk bilik hotel. i akan periksa bilik airnya.....

everythiing is refurbished except bath tub tu la.. tp still clean n clear

sori gambar agak gelap sikit


bilik ocean deluxe room. dapat 2 katil double yang sangat empuk dan ohsem



everything is new! dulu diorang pakai jam sony kaler putih yg sekali radio tu n have to tune manually. yg ni semua digital n touch touch je uools

yg ni best. bilik air ni, kalo tak ditutup blind tu, mmg u yg di atas katil sebelah boleh tau org dalam bilik air tgh buat apa. amani n nina mmg suka buka tutup blind tu n mengacau mommy tgh nak poo poo hehehhee

ini balkoni. seberang tu je kolam kanak-kanak



kolam dia sangat bersih dan bau air dia fresh. tak macam di PE miri, pernah stay kat situ air kolam nya kuning dan berbau.... MUNGKIN KITRANG DATANG WAKTU PE staff tak cuci kolam lagi kot.. #bersangkabaik

Food? lupa plak nak snap-snap. almaklumlah anak mommy 3 org dah... kadang ingat kadang tak ingat. sebb dah beberapa kali menginap di sini... makanan dah macam makin sikit bilangan menu yg disediakan, sedih aaaa.. tp food quality dan kesedapan masih lg terjaga dengan baik... ohsem!


orait.. till we come again marriot miri... soon hopefully.....

p/s: untuk gomen rate- rm 279 with 2 breakfast. tp mcm mommy member program marriot, some times i get 233 pernite sebb cheaper than gomen .. ada hari-hari tertentu lah.. harga dah tertakluk dengna GST dan  Service caj ya...

Saturday, September 3

UNTUK DIA...


Selamat Hari Lahir Ke 31 Mr Love ❣❣❣



Bila dapat tahu pasangan kita sudah ditentukan
50 ribu tahun sebelum Allah jadikan 
Syurga, bumi dan segala yang diawangan
Terasa boleh melalui apa saja yang disediakan

Kita tahu sedangkan lidah lagi tergigit
Jangan lupa ketawa bersama bagai dicubit
Ada baiknya perkara lama tidak diungkit
Kerana cabaran berumahtangga naik turun tenggelam terbit 
Asal dilalui bersama yang lemah boleh terbangkit
Masalah gugur walau berbukit

Sekali-sekala berdua-duaanlah agar teringat zaman bercinta
Ini penting kerana kita sibuk mengurus rumahtangga
Kadang lupa ayat-ayat cinta yang pernah tertera
Tak ingat ke pesanan rahsia yang mencuit hatinya 😀

Masalah suami isteri disimpan rahsia
Salah adu kawan boleh menjadi orang ketiga
Kalau perlu bantuan jumpalah ahli keluarga
Yang boleh berlaku adil lagi saksama

50 ribu tahun sudah bercinta
Nikmat terasa ratusan abad lamanya

Nukilan Indah dari: Haslinda Ali FitFab