Tuesday, August 7

18 Ramadhan sudah....

Salam Ramadhan semua... dah masuk pertengahan Ramadhan... blog terbengkalai... sebab banyak urusan plus takde masa nak mencoret disini.. sesungguhpun pakai iphong.. tetap jugak malas nak berbloging secara tegar...

catatan tertunggak:
1. Amani dah setahun! dan setahun jugak maknya ni dah menyusukannya.. alhamdulillah takde masalah besar sepanjang tempoh penyusuan itu.. dan dengan harapan berlarutan hingga cukup tempoh penyusuan seperti dalam Al- quran. Amin
2. Sepanjang berpuasa, Alhamdulillah takde masalah nak menysukan atau nak mengepam stok susu bekal Amani. jumlah nya tetap sama.. tiada berubah walaupun seharian tak makan apa-apa..s esungguhnya besar Kekuasaan Allah. setiap insan di muka bumi ada rezeki masing-masing
3. Kat opis? kitrang dah shooting Raya 2012. jom enjoyss gambar...

















Monday, July 23

Catatan perkongsian : Biarlah ia menyusu..

catatan perkongsian dari sini. sangat indah nukilannya,

Biarlah ia menyusu..

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Salam sejahtera dan semuga sentiasa di dalam rahmat Allah hendaknya.
Ratna,
Semasa di Haram kak Ngah melihat ramai ibu-ibu yang membawa anak-anak serta bayi mereka yang masih menyusu. Ada juga menyusukan bayi sedangkan mereka sedang mengikuti halaqah al-qur’an.
Melihat mereka, kak Ngah terkenang kunjungan tetamu ke rumah kami dari sekitar Saudi beberapa bulan yang lepas. Kebanyakan mereka terdiri dari Ibu-ibu muda yang mengikut suami bekerja di Saudi. Mereka menyusukan bayi ketika berada di sini. Lalu, terdengar perbincangan mereka sesama sendiri.
“Ya Allah, susah betul anak menyusu badan ni. Sukar berenggang..”
“Ya..anak saya pun begitu. Sudah mahu masuk 2 tahun. Berbagai cara telah saya cuba, namun tidak berjaya.”
Si bayi menyusu dengan tenang tanpa menghiraukan perbincangan ibu-ibu mengenai mereka. Sebentar kemudian bayi mereka terlena. Perbincangan diteruskan.
“Bukannya apa.. saya bimbang jika balik Malaysia nanti. Terlalu terikat dengan kita, susah kita mahu bekerja.”
Sambil membancuh teh nak-nak, kak Ngah terfikir-fikir bagaimanakah cara terbaik untuk menasihati ibu-ibu muda itu kerana kak Ngah pernah mengalami perasaan seperti itu. Benar, kita mahu berikan yang terbaik untuk bayi namun, dalam masa yang sama ada perasaan lain yang bergelodak di dalam hati.
Tiada masalah menyusukan bayi jika tiada banyak tugasan menanti. Namun, kadangkala ia menjadi terbeban apabila bayi itu bagaikan mengongkong si ibu agar tidak pergi ke mana-mana. Bayi bagaikan menyatakan,”Ulit lah saya. Jangan buat kerja..”
Si ibu akan merasa lebih bersalah, lemas dan tertekan apabila mereka juga mempunyai anak-anak lain yang perlu disediakan makanan dan di tambah lagi dengan kerjarumah yang perlu dibereskan.
Sambil menuang teh panas ke dalam gelas, sebagai kakak, kak ngah cuba memberi pandangan sisi kepada mereka.
“Berapa tahun umur bayi ini?”
“1 tahun 6 bulan.. ”
“Biarlah ia menyusu..dalam al-quran ada menyatakan tunggu sehingga bayi berumur 2 tahun. Tidak lama, cuma 6 bulan sahaja lagi”

Dalam surah Surah Al-Baqarah, ayat 233, firman Allah SWT yang bermaksud,

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian.
Apabila keduanya ingin meleraikan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”


Ratna,
Sebenarnya kak Ngah terkenangkan anak-anak yang telah membesar. Rasanya baru semalam mereka masih menyusu dan masih terasa hangat memeluk mereka. Merenung anak mata bundar mereka di dalam pangkuan.
Kak Ngah suka sekali apabila melihat bayi menyusu sambil menggengam jari tangan ibunya, bagai tidak mahu dilepaskan. Itulah saatnya ibu paling dekat dengan si bayi. Dan itulah saatnya bayi mengharapkan ibunya. Tiada yang lain.
Tahukah mereka, anak-anak membesar dengan cepat. Lalu, zaman bayi mereka tidak akan berulang. Mereka akan berdiri, berjalan, berlari dan pergi. Sekali mereka keluar dari rumah, segalanya berubah. Mereka akan dewasa, menemui pasangan jika ada jodoh mereka lalu berumahtangga.
Akhirnya ibu bersendirian dan berseorangan.
Ratna… kalau boleh kak ngah luahkah, mahu sahaja kak Ngah katakan kepada ibu-ibu muda itu;
“Susuilah bayi itu dengan kasih dan sayang. Pasti kita tenang dan tidak rasa terbeban. Ia amanah Allah, lakukan dengan ikhlas keranaNya. Sesungguhnya kita manusia lemah lagi tidak bermaya, mahu melakukan perkara yang baik pun kita perlu memohon dari Allah yang maha berkuasa.”
“Lagipun manakan sama susu ibu dengan susu lembu..”
Ratna,
Katakan kepada mereka,” Bayi itu nanti akan meleraikan diri dari menyusu apabila sampai masanya. Biarlah ia menyusu…berikan hak mereka. Nanti, si ibu akan terbayang serta rindu saat itu apabila anak-anak mula meninggalkan mereka. Yang tinggal hanya kenangan.”
Salam sayang dari kami di Madinah al-Munawarrah.

- Rumah kecil di Jabal Uhod -



 p/s: lagi 4 hari mommy berjaya menyusukan Amani genap setahun... alhamdulillah atas rezeki mu Ya Allah

Thursday, July 19

House:Kitchen Kabinet again!

Bajet Ciput nafsu besar...huhu now Miss Nina (house ejen/ anak tauke developer) dah tambahkan pening kepala plak.. aritu mmg  developer offer free kitchen cabinet.. basic lah macam   yang dalam entry ni lah... lepas bayar downpayment, Nina offer plak another upgrading kitchen cabinet... siap lah... mata nak semua.. duit nya? NANDO!

Tadaaa! cantik kan design dapur umah kitrang?? hahaha! verangan la sangat...
ada few option kitrang dapat.. dan paling murah di offer 3k!  design yang bawah ini.. segibik! ni sy cilok dari facebook kontraktor yang akan buat kc ni nanti....




 dan seperti gambar-gambar dibawah ni opkos kena tambah lebih lagi.. dan bahagian dapur agak kecik lah.. sebb diorang tak buat seperator wet n dry kitchen. so kena buat sendiri renovationnya...

design ni lawa juga... tp dapur sempit akan jadi lagi sempit kot...
untuk design ni kena tambah another 3k. tp dapurnya takde la besar cenggini
kabinet kaler putih ni agak cantik jugakkan... tp takut plak nampak kotor.. so we decide pilih dark cekelet...tp lam hati ni masih kuat nak pilih putih as kc.