31 Disember 2014

by - 8:12 AM

 Salam

Mengambil masa dan waktu mencatat catatan untuk hari terakhir pada tahun 2014.  Tak sangka sungguh dah mencecah hari terakhir untuk sesi kali ini. Alhamdulillah ya Allah, masih lagi diberi peluang untuk diri ini mencuci dosa-dosa yang pernah dilakukan, besar atau kecil, masih berdosakah atau telah tersuci kah....

Mengharapkan tahun yang akan datang akan memberikan seribu rahmat dan keberkatan bukan sahaja untuk insan bernama Surimah Haji Basri ini, malah untuk suami yang sentiasa di hati Wan Hasburllah Wan Julihi, serta anak-anak yang telah dilahirkan dengan sepenuh tenaga dan sekuat hati Sharifah Ameera Amani Wan Hasburllah dan Sharifah Ameera Irdina Wan Hasburllah.

Tidak melupakan ibu yang sangat dikasihi Hajah Siti Atikah Sidi, Ibu dan ayah mertua, Binot Halus dan Wan Julihi Wan Ajoli serta arwah bapa yang sangat ku rindui Haji Basri Ani. Diri ini tidak pandai menggambarkan perasaan melalui perlakuan atau pernyataan mulut, tetapi percayalah bahawa diri ini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semuanya..... moga tahun yang mendatang ini juga memberikan lebihan rezeki tidak kira lah dari segi wang ringgit, harta benda, malah ada yang lebih bernilai iaitu kasih sayang yang melimpah ruah dari anak-anak dan cucu. serta doa-doa menuju rahmat dan kasih sayang Allah yang takkan pernah putus untuk selamanya hingga lah kita bersama di Syurga......

Keluarga tidak kira adik beradik kandung dan ipar, kita semua adalah keluarga yang satu. makcik dan pakcik yang sentiasa memberikan pandangan dan nasihat, sentiasa ada kala susah dan senang, semoga tahun yang akan mendatang nanti memberikan lagi kita seribu satu nikmat keakraban satu keluarga yang tidak ternilai harganya,

rakan-rakan dan sahabat taulan, kita mungkin  bukan dari rumpun yang sama, dari agama yang sama. tetapi kita sama-sama berada di satu bumi yang nyata milik Sang Pencipta. doakan persahabatan kita untuk tahun mendatang menjadi satu persahabatan yang memupuk perpaduan dan kesepakatan selalunya... yang memurnikan kehidupan dan memberikan seribu satu kenangan yang terindah dan abadi selamanya

panjang ceritaku pagi ini. insya-allah akan lebih berusaha untuk membina keluarga yang harmoni dan sejahtera serta memberikan yang terbaik dari semua segi untuk semua insan yang berada di sekeliling.

Amin. Terima Kasih Ya Allah






31 Disember 2014
8.15 pagi

You May Also Like

0 comments

thanks for ur time dear..

Follow My Instagram