Friday, June 5

we wish for....

ntah.
tatau pun nak tulis apa.
Macam sangat banyak dalam otak tapi tatau mau keluarkan yg mana.
Cerita tentang baby??? Pregnancy checkup???
 Raya???? Puasa pun tak lagi kot.
 dan progress rumah.

Dan macam sangat bizi lately... (typical!)

Progress rumah setakat ni adalah ok.



kontraktor  Sunpizz dah siap pasang kitchen cabinet. just kitchen hood dan geng nya mana boleh pasang dulu.. kang menangis hilang dari pandangan... grill rumah pun tak pasang lagi kot... DUIT lagi.....




Lampu sikit lah, kipas baru beli satu and water heater dah setel (bilik air bawah je.) bilik air atas kena beli yang jenis besar sikit.. yang boleh cater satu tingkat atas..



And we wish for sooo many things for our new house.
Tapi kan, yg basic2 ni pun dah guna duit berbelas ribu.
Nampak gaya cam kena ngumpul duit balik la utk dapat yg diimpi nih.

And here are the things that we want for the house yg kena nunggu ada duit lebih/bonus baru bleh beli :
1. New curtains (for all bedroom )
2. Carpet (living room/family hall/master bedroom)
3. Wall-to-wall mirror (dining room/family hall/master bedroom)
4. 6' mirror (living room)
5. Room divider
6. New sofa (large 3-seater semi leather/ leather sofa)- atas alasan tak nak selalu tangan tukar perabot dan boleh jimat.. hahaha iye ke??
7. Sofa bed (bilik bawah)- buat tengok tv dan boleh jadikan bilik tetamu sekali kalo ada yang datang bermalam
8. Built-in wardrobe

9. New bed-

(for all bedroom )
10. Bathroom mirror (bathroom 2 & 3)




k dah! jangan list banyak sangat.. tak tercapai dek akal nanti....



huuu... everything seems to be too expensive for us at this moment T_T



















Wednesday, June 3

pengeluaran EPF/KWSP untuk bayaran ansuran bulanan

salam

rata-rata yang jumpa blog ni buat pencarian atas nama pengeluaran epf,

ok.. untuk makluman, kita dah boleh kuarkan duit EPF buat bayar bulanan umah kita... yang kita dok bayar bulan-bulan dekat bank tu... bila dah pakai duit epf ni, duit yg kita salu bayar bulan-bulan tu boleh la disimpan atau buat persiapan nak beli barang rumah ke.. nak buat renovation umah ke... bergantunglah kepada berapa jumlah simpanan AKAUN 2 yang ada dan berapa sebulan

sebagai contoh,

option 1:

monthly payment umah RM1560. Akaun 2  ada dalam 15000 sebagai contoh... so kita bahagikan 15000/1560= 9.61 (anggaran dalam 9bulan)..jadi pihak epf akan kuarkan duit kita untuk buat bayar umah tadi untuk 9 bulan sahaja... kalo bayar bulan kita rm150 sahaja.. lagilah heaven, dekat setahun tu tak yah bayar umah......


option 2: 

monthly payment umah rm1560. lepas tu dalam akaun 2 epf ada dalam 9000 sahaja. kalau buat ikut option 1 diatas. rm9000/1560 =5 bulan sahaja tempoh pembayaran nya. kita rasa agak singkat kan. jadi kita guna skill kedua ini. bayaran bulan biasa kita bayar sendiri 1560/ 2 =rm780. katakan duit epf tadi ada 9000 / 780 =11 bulan. ini bermaksud, kita keluarkan duit sendiri tadi rm780 + rm780 (duit dari epf)= rm1560. at least kurang lasikit bebanan kan. selama 11 bulan kita akan gunakan duit epf separuh dan duit gaji atau apa apa la setiap bulan untuk langsaikan ansuran bulanan rumah kita tadi


untuk prosedur kali ini agak mudah ye tuan tuan dan puanpuan... memandangkan ini pengeluaran kali kedua, jadi beberapa dokumen tak perlu lah nak sediakan... antara yang  dibawa:

1. MYKAD (SANGAT PENTING)
2.  Penyata Kira-kira Pembiayaan Perumahan (yg ini request dari pihak bank tempat kita berhutang beli umah tu. mcm kitrang PUBLIC Bank- PRINT STATEMENT NI PON KENA BAYAR RM20 UOLLS! Pandai kan bank buat duit) - penyata ni kena ikut standard yg epf nak.. kalo tak sama, sia-sia je hantar permohonan nanti kena reject uolls
3.buku depan bank/ penyata bank yang ada no akaun korang (bank yg dilantik oleh EPF semestinya)

itu je ye.. borang-borang yang epf letak dekat web diorang tu nando dipakai!!! penat je print.. skang semua elektronik ye dik!

PERTAMA KALI NAK BUAT PENGELUARAN UNTUK ANSURAN BULANAN


1. MYKAD (SANGAT PENTING)
2.  Penyata Kira-kira Pembiayaan Perumahan (yg ini request dari pihak bank tempat kita berhutang beli umah tu. mcm kitrang PUBLIC Bank- PRINT STATEMENT NI PON KENA BAYAR RM20 UOLLS! Pandai kan bank buat duit) - penyata ni kena ikut standard yg epf nak.. kalo tak sama, sia-sia je hantar permohonan nanti kena reject uolls
3.buku depan bank/ penyata bank yang ada no akaun korang (bank yg dilantik oleh EPF semestinya)
4. s& p /SNP UMAH 

proses bayaran mmg cepat uoll... kitrang submit application pada 25/05/2015 pagi jam 10.... EPF dh buat payment kepada pihak bank pada 27/05/2015... amacam??? pantas kan???

ok.. satu lagi ye.. banyak benor pesanan... untuk duit buat bayaran ansuran bulanan ni, kita boleh pilih nak mintak bank in ke akaun kita atau bayar terus kepada pihak bank... saranan makcik yang bijak ni, suh la bank p bayar terus ke bank... kang ada yg pakai duit ribu raban tu buat beli barang lain... manusia skang ni bukan leh nampak duit lebih sikit.. mula la nafsu serakah berbelanja tu nak berubah.... hehehehe

 tapi ada juga kes yg tak leh nak masukkan duit ke dalam akaun pengeluar...

SEBAB: peminjam ada membuat tunggakan bayaran bulan... maksudnya, ada la terskip bayar umah bulan-bulan.. dengan ini secara otomatik, epf akan masukkan terus ke dalam akaun loan kita......


ok lah... sekian sahaja la omelan makcik untuk hari ini.. semoga dapat memberikan manfaat.. terima kasih....