Wednesday, December 31

31 Disember 2014

 Salam

Mengambil masa dan waktu mencatat catatan untuk hari terakhir pada tahun 2014.  Tak sangka sungguh dah mencecah hari terakhir untuk sesi kali ini. Alhamdulillah ya Allah, masih lagi diberi peluang untuk diri ini mencuci dosa-dosa yang pernah dilakukan, besar atau kecil, masih berdosakah atau telah tersuci kah....

Mengharapkan tahun yang akan datang akan memberikan seribu rahmat dan keberkatan bukan sahaja untuk insan bernama Surimah Haji Basri ini, malah untuk suami yang sentiasa di hati Wan Hasburllah Wan Julihi, serta anak-anak yang telah dilahirkan dengan sepenuh tenaga dan sekuat hati Sharifah Ameera Amani Wan Hasburllah dan Sharifah Ameera Irdina Wan Hasburllah.

Tidak melupakan ibu yang sangat dikasihi Hajah Siti Atikah Sidi, Ibu dan ayah mertua, Binot Halus dan Wan Julihi Wan Ajoli serta arwah bapa yang sangat ku rindui Haji Basri Ani. Diri ini tidak pandai menggambarkan perasaan melalui perlakuan atau pernyataan mulut, tetapi percayalah bahawa diri ini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semuanya..... moga tahun yang mendatang ini juga memberikan lebihan rezeki tidak kira lah dari segi wang ringgit, harta benda, malah ada yang lebih bernilai iaitu kasih sayang yang melimpah ruah dari anak-anak dan cucu. serta doa-doa menuju rahmat dan kasih sayang Allah yang takkan pernah putus untuk selamanya hingga lah kita bersama di Syurga......

Keluarga tidak kira adik beradik kandung dan ipar, kita semua adalah keluarga yang satu. makcik dan pakcik yang sentiasa memberikan pandangan dan nasihat, sentiasa ada kala susah dan senang, semoga tahun yang akan mendatang nanti memberikan lagi kita seribu satu nikmat keakraban satu keluarga yang tidak ternilai harganya,

rakan-rakan dan sahabat taulan, kita mungkin  bukan dari rumpun yang sama, dari agama yang sama. tetapi kita sama-sama berada di satu bumi yang nyata milik Sang Pencipta. doakan persahabatan kita untuk tahun mendatang menjadi satu persahabatan yang memupuk perpaduan dan kesepakatan selalunya... yang memurnikan kehidupan dan memberikan seribu satu kenangan yang terindah dan abadi selamanya

panjang ceritaku pagi ini. insya-allah akan lebih berusaha untuk membina keluarga yang harmoni dan sejahtera serta memberikan yang terbaik dari semua segi untuk semua insan yang berada di sekeliling.

Amin. Terima Kasih Ya Allah






31 Disember 2014
8.15 pagi

Wednesday, October 22

Bacakan utk anak-anak sebelum tido

Panduan buat diri sendiri...


Dipetik dari :SINI


********************************************************
Untuk mendapatkan anak yang sholeh, lembut hatinya, rajin belajar dan juga rajin beribadah, bacakan ayat-ayat ini sebelum anak-anak betul-betul terlelap tidur. Jadi kira-kira mereka sudah terpejam tapi masih bisa menerima stimulus dari luar.

Bacakan Ayat-Ayat Ini Sebelum Anak Anda Terlelap Tidur

Apa ayat-ayat yang dibaca?

1. Surat Al-Fatihah 1 kali
2. Ayat Kursi 1 kali
3. Surat al-Insyiroh 1 kali
4. Surat Thoha ayat 1-5, 1 kali

Setelah itu kemudian hembuskan di ubun-ubun anak kita. Niatkan agar anak menjadi anak yang sholeh dan pandai, rajin beribadah dan juga belajar.

Jika sudah terlanjur tidur, bisa juga anda bacakan ayat-ayat tersebut ketika anak anda sedang tidur. Kemudian hembuskan juga di ubun-ubun dengan niat yang sama. InsyaAllah anak-anak akan menjadi anak yang kita idam-idamkan. Amin…


- Posted using BlogPress from my i5s

Thursday, September 11

Duit masuk. masuk, dan terus masuk





Salam

lama tol dah tak mengarang.. tetiba mengarang merepek di sini cerita pasal duit.. tipulah kalau ada manusia sekarang kata "jangan jadi hamba duit" tapi sebenarnya dalam hati, iri hati tengok orang tu buat duit manjang kan???

mummy rajin belanjakan duit.. hehehe ye lah dah nama duit masuk, takkan nak peramkan aje.... kompom nak spend.. ingat senang ke nak dapat duit then simpan memanjang sampai mati? ok2.. ada orang kata sediakan payung sebelum ujan.. maksudnya standby duit kecemasan ke, duit kematian ke... insyallah... ada...

tapi nak tau cara dapat duit merata-rata.. tapi tak lah bebnyak macam buat bisnes juta -juta... ;) kalo kaki rajin online n ngadap pc 24 jam tu, leh try cara mummy cantik ni... hehehehe MUMMY SHARE MANA yang mummy suka buat je tau.. yang mmg sesangat senang dan tak menyakitkan otak

TENGOK TU... atas belah kanan tu...
1. nuffnang - buat blog, tulis dan published. kena da status gliterati baru dapat iklan bebayar ye anak-anak. kalo ko glamer macam redmummy ke, mcm denaihati ke... nak-nak ko dapat sejuta setahun nong.....


2. microworkers- kerja ko sign up, like. komen je arahan kerja yang diberikan... ni mak dibayar dalam USD anak-anak ye....
TENGOK TU... atas belah kanan tu...

ni kalo rajin ari-ari takde gangguan leh dapat dalam 10usd sehari...  darab ler dalam rm3.. dah berapa... ko duduk ngadap internet baca cerita retis je manjang.. ada ke orang nak bayar 30 hengget free-free sehari????


3. ejen dropship-  ko promo gambar ke/ produk ke dahtu order kat tuan empunya.. stok postage tak yah pikir... kira jadi tukang amik order macam kat kedai makan tu

sebnarnya banyak lagi kerja kerja secara online yang boleh dikerjakan, nak lagi detail... boleh mendaftar kat sini


P/S: TETAPI... TERUS TERANG YE ANAK-ANAK.... 3 KERJA DI ATAS YANG MAK NI SHARE TAK LA MASUK ARI-ARI.. KALO MALAS MACAM MAK NI.... SEHARI DAPAT 20-30 SEN USD JE.....