ok jom start!
p/s: entri ini sangat panjang.. jangan baca kalo tengah sibuks...
Booking deposit
1. sediakan booking fees. kitrang haritu, kena book dengan bayaran RM2000. Dan Alhamdulillah, rezeki baru masuk dan mampu la membayonya even kira macam berebut je nak amik rumah tu.
2. harus diingatkan, booking fees ni berlainan la ikut pemaju, ada yang mintak takat RM500 je.. ada jugak yg pernah kami dengar mintak 10% dari harga rumah yang dijual.
3. Booking fees ni kira macam mmg kita nak sgt beli la umah tu. belum lagi kita tau loan kita tu akan lepas atau tak.
4. untuk pengalaman kami, pemaju ni siap kata, kalo loan u lepas, diorang akan deduct dari booking fees tu. maksudnya, kalo mcm rumah kami tu RM 368,000. MINUS booking fees RM2000, So loan yang kami kena buat ialah RM366,000. BEGITULAH YA.
TP NI kalo anda loan 100%. macam kitrang, kitrang buat loan 90% sahaja.
TP NI kalo anda loan 100%. macam kitrang, kitrang buat loan 90% sahaja.
5. yang seronoknya time kitrang booking tu, pemaju dah siap kata, kitarang akan dapat kitchen cabinet free, tiles whole house free smpai ke carporch, plus bathroom semua dah decorate semua. plus! kitrang siap boleh pilih design, color segala macam!! besst kan?
6. ok, mungkin ada persoalan, kalo loan tak approved macam mana. bila loan anda kompom dah tak approved, pergi semua bank mmg reject, nak tak nak, pemaju akan pulangkan duit booking itu.
lepas tu....... kita p buat loan plak!
Dokumen untuk pemohonan loan
lepas dari bayar deposit n isi form...
kene sediakan dokumen semua...
kalau kate umah 2 nama...then 2-2 orang pon kene sediakan..
1] slip gaji 3 bulan (kitrang haritu ada bank mintak sampai 6 bulan)
2] penyata terbaru kwsp
3] bank statement
4] ic
berkenaan dengan pemilihan loan ni, kita ada banyak pilihan. sapa yang kerja gomen tu,boleh la try mintak loan gomen bahagian perumahan. selain itu, apply loan konvensianal atau islamik. ada leh apply kat banyak banyak bank. kendian bandingkan mana yang terbaik dan termampu anda nak beri komitmen tetiap bulan.
nak loan umah ni untuk bayar balik bukan macam nak loan kereta. lainlah anda tu anak tauke balak kaya, umah leh beli cash je kan...
pengalaman kitrang haritu, kitrang takde la pergi dari bank ke bank. ejen-ejen bank ni yang sibuk pon pang call siang malam suh set appoinmt buat loan kat bank diorang.
dan akhirnya kami memilih pinjaman perumahan islamik dari Public Bank.
Loan Bank dan Lawyer
1.Untuk proses mendapatkan loan ni, sangat-sangatlah bergantung kepada kredit peribadi anda. kalo anda banyak sangat loan sebelumnya, mungkin ada lama sikit. kami berdua haritu, dalam masa seminggu je dah dapat offer letter. Alhamdulillah.2. Dan harus diingatkan, terdapat jugak geng-geng kami yang mengambil masa 1-2 bulan untuk mendapatkan kelulusan dan pinjaman perumahan.
3. memang berbeza2 peratus faedah dan care pembayaran setiap bank... offer memang lain2...ade banyak baik dan buruknyer jugak...kiteorang carik yang mane loan ley pergi tinggi supaye pembayaran deposit dan kos guaman dapat dikurangkan dan jugak peratusan faedah yang rendah...
5. lepas anda dah setuju, barulah perjanjian belirumah dahal guaman akan dibuat dan ditandatangani. kalo anda senyap je tanpa ada respon kepada pihak bank, otomatik lepas sebulan bank akan membatalkan tawaran tersebut,
OKAY! MUMMY DAH CAKAP SIAP SIAP KAN ENTRY NI SANGAT PANJANG! SEBAB NAK KASI INGAT BALIK DAN BUAT AYAT LAGI
Sales n purchase agreement [SnP]
1. selesai dah pilih bank mana yang nak dibuat loan, diorang akan sediakan SnP untuk ditandatangani. untuk perkara sebegini, ianya melibatkan peguam. peguam ni anda boleh pilih nak pakai lawyer carik sendiri atau pakai je lawyer bank tu.- kitrang hari tu pakai je lawyer bank yang merangkap sekali jadi lawyer pemaju.
2. tapi gitau awal, lawyer ni kena dua org yg berbeza. lepas tu, org bank akan call kita untuk datang tandatangan surat perjanjian, kalo SnP tu ada 100 keping muka surat, maknanya anda kena initial setiap muka surat tu smpai nak tercabut tangan.
3. lepas tu derang akan buat salinan dan stamp duty-oleh pihak lawyer pulak..
mase nak tandatangan tu..
4.pihak
pemaju pon ade lawyer nyer sendiri tau yang ko kene tandatangan once anda
dah tandatangan ngan bank...haaaa..memang banyak urusan anda kene buat..
5. lawyer bank uruskan pinjaman perjanjian jual beli umah ni..
lawyer pemaju pulak uruskan pasal umah yang anda dah beli tu..
kire
ape yang anda boleh claim atau tak biler berlaku ape2 sepanjang tempoh
warranty umah tu...atau..ape yang anda boleh buat atau tak kat umah anda
tu..
walaupon anda kate
ko beli sendiri umah tu..tapi anda belum tentu ley suka2 hati nak buat
umah tu bengkel kereta ker..kedai ker..atau anda tak ley suke2 hati nak
tambah atau pecah..haaaa....anda ley kene saman tau...
6. haaa...agreement ni semua pulak..
tetap perlukan duit...
tuk lawyer pemaju..tak mahal sangat...stamping...copy agreement tu semua mungkin dalam Rm2-3 ratus..ni anda kene bayar cash...- dan disebabkan kos lawyer untuk pemaju ni murah, pemaju kitrang beli umah tu beri free je! so no need to kuar any extra money!!!
7. Tetapi, ada tetapinya tuk lawyer pinjaman bank..agak mahal..ley cecah Rm3-4 ribu...ni kire yuran guaman..
pinjaman dan bayaran yuran guaman
1. ade pemaju cover sampai 100% loan...
ade yang hanyer 90%
2. kalau cover 90% tu..anda kene bayar ar dulu yang lagi 10% tu sebelum ko kuarkan duit epf...[pilihan sendiri]
sebab nyer...biler anda dah ade SnP agreement tu jer baru ko ley buat permohonan tuk kuarkan duit epf tau...
3.kalau cepat orang tu buat..cepat ar anda dapat..
macam
kiteorang..SnP tu siap sebelum loan diapply lagi!! punya kompiden pemaju tu loan kitrang ni akan approved.. nasib baik cepat je proses loan.
4. anda kene tau...lebih tinggi deposit...lebih rendah ar bayaran bulanan..macam tu ar sebalik nyer..
5. yuran guaman pulak-
ade yang ditanggung oleh pihak bank dengan masukkan sekali dalam
pinjaman anda tu..-nampak macam lebih mudah..tapi maknenyer loan anda akan
bertambah...
selalunyer yuran guaman dalam 2-3 ribu jugak dan mungkin lebih..bergantung pada jumlah loan rumah tu...
6.tapi ade yang kene anda bayar sendiri...so tanyer betul2 dulu pada pihak bank yang andamohon
pinjaman tu samaada die akan masukkan sekali atau anda kene bayar cash
sendiri..supaye senang anda nak sediakan duit awal2...
7. biler dah setel bayar..setel SnP..copy pon anda dah dapat...
anda hanyer tunggu surat tuk pembayaran sampai..
pembayaran rumah
1.ade sesetengah bank...kite hanyer perlu mule bayar biler rumah dah siap dan kunci dah dapat..so tak beban sangat...
selalu nyer orang kerje kerajaan ar akan dapat benefit tu...
atau loan nyer dalam mase yang singkat...contoh 20 tahun jer..
2. tapi kebiasaannyer...kite dah mule bayar balik pinjaman umah tu dari muler2 umah tu di buat mengikut peratusan...
dari2 start pilling...naik tiang...letak bumbung...pasang tingkap..masuk api air..sampai ar siap sepenuhnyer...
3.macam nilah, anda tengok umah tu dah naik 10%...
haa..waktu tu ko dah kene start bayar..bukan full..
mungkin 2-3 ratus jer..
dan setiap kali umah tu siap mengikut peratus..
so..bayaran bulanan pon akan bertambah..
sampai ar umah tu siap sepenuhnyer.
baru anda kene bayar full...
contoh kalau umah anda Rm250 ribu...
[tapi anda jangan hengat anda bayar takat tu...
lepas interest bagai..loan anda boleh cecah sampai hampir setengah juta tau..!!]
jadi...kali pertama anda kene bayar sebelum umah tu siap...
mungkin dalam Rm450-600 sebulan..
lepas tu akan bertambah lagi setiap bulan antara Rm50-100 dari jumlah sebelum tu...
sampai
ar umah anda siap..waktu tu anda mungkin dah kene bayar Rm1000 lebih
sebulan dan kekal sampai 3 tahun [ikut perjanjian dan bank]
dan akan bertambah mengikut interest lepas tu...
tapi kalau harge umah rendah...
kurang dari Rm 200 ribu...bulanan tak akan cecah Rm 1000 pon...
kalau proses ni semua berjalan cepat..
ley setel sebelum umah baru anda tu naik..kire ok..
tak perlu bayar sekali banyak..
bayar sikit2 ikut peratus...
tapi kalau mase proses ni masih tak settle2 lagi..
dan pulak umah anda dah naik separuh..
hah...penin ar anda..sebab biler settle jer semua..
gedebuk ko kene bayar lebih mahal sikit..
contoh..umah dah naik 60%..dan ikut perjanjian ko kene bayar lebih kurang 5% dah dari jumlah loan...
beribu gak ar..kalau anda tak bayar..anda tak dapat kunci biler umah dah siap..
lagi haru...
nak ingatkan ..ni bergantung pada interest bank dan perjanjian awal..
jadi sebelum anda setuju tuk tandatangan loan tu..
anda tanyer betul2 berape bulanan anda kene bayar..dan biler nak start bayar...
supaye anda lebih bersedia..
ikut pengalaman kitrang, kitrang dah start bayar 5-6 bulan selepas perjanjian. umah baru naik 10% time tu. dan kami suami isteri sepakat untuk buat bayaran penuh. sebabnya, nak membiasakan diri kami membuat perbelanjaan berhemat. takdelah terkejut sangat nanti dah start nak bayar penuh, belanja bulanan macam takde beli umah. tak ke naya...ramai jugak geng yang sama beli, just bayar interest sahaja atau ikut seperti catatan di atas.
untuk 3 tahun pertama, umah kami sebulan RM1544....
amacam?? complicated tak???? hehehe.. begitulah ceritanya
untuk entri ini, mummy banyak merujuk jdi sini. lagi detail penerangannya.
sekian
semoge Allah terus memudahkan urusan...aminnn...
p/s: ini catatan peribadi, nukilan untuk rujukan peribadi. moga jangan ada yg kata nak menunjuk atau meninggi diri.....