Wednesday, October 5

CatatanTerindah #3

Siri catatan terindah terakhir...Pengalaman bersalin pertama kalinya...

Selepas air ketuban dipecahkan... Aku lepak bersama mak dan mr.hubby dalam bilik.. Sambil tengok tv... Pelik jugak asal suntikan tahan sakit tak diberikan lagi... Mungkin jugak diorang ingat aku lambat lagi nak bersalin... Setiap setengah jam nurse masuk nak tengok bacaan graf baby.....

3.00 petang.
Contraction mula terasa. Sakit contraction tu aku tak tau nak huraikan macamana...tp bagi aku.. Sakit pinggang waktu tu mcm nak tercabut... Selawat dan doa tak putus- putus....... Aku kongsikan doa nabi Yunus dibawah. Dan benar-benar membantu dan mempermudahkan aku. Subhanallah!

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim"

Mungkin amalan ambil spirulina seawal 7 bulan memberikan sedikir kelegaan...
Sakit contraction bukanlah seakan di-siat hidup-hidup rasanya....dihadapi dengan lapang dada dan tenang. alhamdulillah

4.00 petang
Dr. Lee datang balik. Periksa bukaan. "owh! Buka sudah besar!" aku blur, mr.hubby blur, mak lagi lah blur.

Dengan kompidennya Dr.lee kata "bawa masuk labour room, lagi setengah jam beranak". Dan dia turun ke kliniknya di bawah.

Dan dalam masa yang sama aku seakan seperti hendak buang air besar selepas sembelit bertahun! Nurse pulak sibuk nak bawak aku g labour room. Mak n mr. Hubby masujksekali.. Waktu dlm perjalanan mmg aku dh rasa nk meneran sesangat!

Dalam bilik bersalin
Teruja. Sakit. Sejarah

Aku dipindahkan d katil bersalin. Masa ni mmg dah nak terkeluar sesangat. Nurse periksa di"situ". OMG! Kepala baby dah kuar! Awak jangan push dulu! Tunggu dr datang. " aku dah rasa nak terkeluar sesangat.

Dr. Lee sampai.. keadaan dah kelam kabut... sebab aku memang dah tak tahan sesungguh nak "membuang". kendian nurse beri 2 suntikan.. aku dah tak ingat suntikan apa. since dr. Lee dah berdepan betol-betol dengan aku, mmg dah tak tertahan dan terus push!  Terus baby keluar. Then dengar suara baby, Dr. Lee tanya "nak mandikan dulu atau nak terus azsnkan. mr.Hubby terus azan kan. dan aku dok borak ngn dr. yang tengah menjahit. mmg langsung takde rasa sakit sebab dah suntik kot. hehehe
 
Dapat tengok pastu pegang baby, memang sesuatu yang paling indah. Aku keluarkan baby dalam masa tak sampai seminit. Rezeki masing-masing, sama ada senang atau susah :)

Itulah pengalaman bersalin aku. Aku bersalin memang langsung dalam keadaan yang tak terduga. terlalu mudah rasanya. Alhamdulillah atas kurniaan itu Ya Allah. moga zuriat seterusnya aku di berikan lagi kesenangan untuk melahirkan sebaik ini.



2 comments:

  1. alhamdulillah.. Allah mempermudahkan perjalanan bersalin kitak...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..best o mun branak sng.hehe.n dioa ya ng mujarab! sgt berkesan juak ke atas kmk..

    ReplyDelete

thanks for ur time dear..